Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS,

JALAN BEHOR, 01000 KANGAR, PERLIS.

Kepada:
Encik Rizam Bin Zamri,
Penasihat Kursus WAJ3113,
PISMP Matematik (B),
IPG Kampus Perlis.

Tarikh: 22 September 2014

Tuan / Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MEMANCING DI TELUK BAYU
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa program akan diadakan seperti maklumat yang berikut.
Tarikh
:
27 28 September 2014
Tempat:
Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah.
Ahli kelab
:
19 orang

3.
Tujuan Program Memancing di Teluk Bayu ini diadakan adalah untuk melatih pelajar
mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab di samping membina semangat dan keyakinan
pelajar melalui pendedahan kepada aktiviti luar kawasan IPG Kampus Perlis.
4.
Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput untuk turut serta dalam program ini sebagai
penasihat dan pembimbing kepada ahli kelab. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan jayanya. Berserta surat jemputan ini turut dilampirkan tentatif program.
Kerjasama serta sokongan yang diberi untuk menjayakan mesyuarat ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
________________________________
(MUHAMAD FARIS BIN AZAMAN)
Setiausaha,
Kursus WAJ 3113,
PISMP Matematik B Semester 6,
IPG Kampus Perlis.

TENTATIF PROGRAM
PROGRAM MEMANCING DI TELUK BAYU
27 September 2014 (Sabtu)
8.30 pg

- berkumpul di kafe

9.00 pg

- bertolak ke Chalet Terapung Teluk Bayu, Sg. Petani, Kedah

11.00 pg

- membeli barang keperluan untuk memasak di Giant

12.00 tgh

- bertolak ke chalet dengan menaiki bot

12.30 tgh

- berkemas barangan di chalet


- persiapan diri
- makan tengahari

3.00 ptg

- bermula aktiviti memancing


- aktiviti berkayak

6.00 ptg

- bersiap & persiapan diri


- persiapan untuk makan malam dan BBQ

8.30 mlm

- makan malam
- memancing

11.00 mlm

- pengurusan diri
- tidur

28 September 2014 (Ahad)


6.00 pg

- solat subuh

6.30 pg

- persiapan diri
- menyiapkan sarapan

8.00 pg

- sarapan pagi

8.30 pg

- aktiviti memancing

10.30 pg

- kemas barang

12.00tgh

- bertolak pulang ke jeti

12.30 tgh

- bergerak pulang ke IPG

3.00ptg

- tiba di IPG