Anda di halaman 1dari 11

Perisian Movie Maker

Nurul Junaida binti Ab Aziz

M20132002141

Nur Hanani binti Mustapha

M20132002307

Pensyarah : Hajah Asmayati bt Yahaya

2015

Perisian Windows Live Movie maker

1.0

Pengenalan

Windows movie maker adalah salah satu perisian yang digunakan untuk
menghasilkan suatu video ataupun mengubahsuai sebuah video yang sedia ada.

Perisian ini tersedia ada dalam Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7.

Penghasilan video menggunakan perisian ini melibatkan penggunaan elemen-elemen


seperti teks, grafik, audio dan sebagainya.

Video yang telah dihasilkan akan lebih menarik dengan corak persembahan yang
nampak hidup.

Penggunaan video begini juga sesuai sebagai salah satu kaedah penyampaian
maklumat yang berkesan kepada para pelajar.

2.0

Ciri-ciri Perisian

Mudah dan senang untuk mengendalikan perisian ini.

Perisian adalah percuma.

Perisian yang mesra pengguna.

Sumber penghasilan video ini adalah seperti gambar, klip video atau movie pendek
serta muzik mp3.

Video yang dihasilkan boleh diedit dan diubahsuai dengan menambah animasi yang
sesuai.

3.0

Elemen-elemen Multimedia

Grafik sesuatu grafik yang hendak digunakan dalam perisian Windows Live Movie
Maker hendaklah disimpan dalam bentuk format fail grafik yang disokong oleh
perisian ini seperti nmp, jpg, jpeg, jpe, jfif dan gif

Video format fail video yang disokong oleh Windows Live Movie Maker adalah
mpeg, mpg, mp4 dan wmv.

Audio/Muzik format fail audio yang boleh menyokong Windows Live Movie
Maker ialah mp3, wav, snd, au, aif, aifc, aiff.
1

4.0

Langkah-langkah Penyediaan Video


1. Buka program movie maker.

2. Pilih gambar dari folder yang disimpan. Klik ikon Add photos and videos

3. Klik ikon title untuk menambah tajuk.

4. Edit jenis tulisan, saiz tulisan, warna latar dan tempoh masa.

5. Klik menu Format - klik Text duration untuk tetapkan tempoh masa untuk teks.

6. Klik menu Animations pilih Transitions dan Pan and zoom untuk tetapkan
animasi bagi teks dan latar.

7. Klik Duration untuk tetapkan tempoh masa bagi animasi yang dipilih

8. Tambahkan caption pada gambar.

9. Tambahkan video dengan menekan ikon Add photos and videos

10. Klik menu Edit - Klik Trim tool untuk memotong bahagian depan dan belakang
video yang berlebihan.

11. Klik menu Edit klik Split video untuk tambahkan animasi.

12. Klik menu Home - tambahkan lagu latar (mp3 sahaja) dengan menekan ikon Add
music

13. Klik menu Home - tambahkan Credits sebagai penutup.

14. Simpan video yang sudah siap diedit.

15. Simpan video yang telah siap sebagai Windows Media Video (WMV) File

16. Ini adalah video yang siap dihasilkan menggunakan perisian ini.

5.0 Kesimpulan

Perisian movie maker ini merupakan satu perisian yang digunakan untuk menghasilkan video
mahupun mengedit video yang sedia ada. Ia mudah diaplikasikan untuk pelbagai tujuan
seperti menghasilkan video yang menarik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

10