Refleksi
Refleksi
Refleksi
1. Tuliskan satu esei 600 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut.
Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai
seorang guru matematik di sekolah anda.
pembelajaran pada hari persekolahan. Selain daripada itu, saya juga akan memastikan
murid-murid saya mempunyai alat persekolahan yang mencukupi seperti pensil, buku
dan sebagainya untuk memudahkan murid mengikut sesi pembelajaran seperti dapat
menyalin nota dan latihan yang diberikan.
Selain daripada itu saya juga telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti
pembacaan sifir secara beramai-ramai. Ia diadakan sebelum kelas bermula dan di
awasi oleh guru matematik. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan
murid dapat menguasai fakta sifir dan darab dengan baik.
Untuk memastikan
keberkesanan program ini, setiap waktu rehat saya akan memanggil beberapa orang
murid untuk membaca sifir.
saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan tajuk yang hendak
diajar supaya murid memahami tajuk yang diajar. Kaedah yang telah saya gunakan
adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru kepada kaedah pembelajaran
berpusatkan pelajar seperti dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan.
Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara
satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya kaedah
ini murid mudah untuk memahami apa yang diajar.
Selain daripada itu saya juga mengajar dengan menggunakan bahan yang
konkrit dan maujud. seperti mengajar tajuk masa dan waktu iaitu saya akan
menggunakan jam dinding yang betul , tajuk ukuran panjang saya akan mengajar
menggunakan pembaris dan pita ukur dan sebagai. Jika kita menggunakan benda
yang konkrit atau wujud, murid akan lebih mudah untuk memahami dan menguasai
tajuk pelajaran. selain daripada kaedah kumpulan dan pengajaran yang melibat benda
konkrit, saya juga menggunakan kaedah lakonan dan simulasi. Kaedah ini bersesuaian
dengan tajuk wang. Untuk mengajar tajuk wang, saya akan membawa murid ke kantin
atau koperasi sekolah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan kaedah lakonan dan simulasi.
Selain daripada itu, saya akan memastikan kemahiran atau topik yang akan
diajar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contohnya, topik dan
kemahiran yang berkaitan dengan timbangan berat. Saya akan memberikan beberapa
contoh yang sering dilakukan oleh murid itu sendiri. Dengan kaedah dan cara inilah
yang dapat memastikan setiap murid saya memahami bagaimana menyelesaikan
soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.
ke gram
dan
peranan sebagai seorang guru matematik yang berkesan, sesorang guru hendaklah
menggunakan semua kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan didalam kelas
supaya murid dapat memahami dan menguasai kemahiran matematik.
Untuk latihan murid pula, saya juga telah menyediakan soalan
dan latihan
mengikut aras dan kebolehan murid. Untuk murid yang arasnya tinggi saya akan
memberi mereka soalan yang beraras tinggi dan murid yang aras sederhana akan
diberi mengikut kebolehan mereka dan saya akan membimbing mereka untuk
menyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji sejauh
mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap proses pengajaran yang telah saya
jalankan di dalam kelas. Selain daripada mengikut aras dan kebolehan murid, saya
juga telah menyediakan latihan dan tugasan yang menggunakan intelektual dan
pemikiran yang mendalam dalam menjawab sesuatu soalan berbentuk masalah,
terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
Kebiasaannya,
soalan berbentuk ini saya berikan kepada murid yang telah menguasai dan mahir
dalam sesuatu topik atau kemahiran. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan
soalan berbentuk ini juga saya gunakan
murid yang lain. Salah satu daripada langkahnya ialah dengan memberikan aktiviti
pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan topik dan kemahiran yang
dipelajari.
Disamping itu juga, semua markah ujian yang telah di jalankan akan saya
direkodkan untuk tujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu topik
yang dipelajari dan sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah.
Sebagai seorang
ahli panitia
berserta ahli panitia yang lain hadir semasa mesyuarat panitia yang diadakan sekurangkurangnya 3 kali setahun. Tujuannya untukmenyelaraskan semua aktiviti dan sekaligus
menetapkan sasaran tahunan bagi mata pelajaran ini. Selain daripada itu saya juga
akan berkongsi maklumat dan info-infi terbaru yang diperolehi sama ada dari kursus
atau media massa dengan guru matematik yang lain.
Berdasarkan penerangan dan penjelasan yang telah saya tuliskan , maka
peranan saya sebagai seorang guru matematik telah berfungsi dengan baik.
RUJUKAN.
Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden.
R.K.J Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.