Anda di halaman 1dari 8

PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF

DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGENALAN
Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran akan memerlukan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berfungsi sebagai alat pembantu kepada guru dalam
mencapai objektif pembelajaran seterusnya membantu murid-murid agar lebih memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, BBM juga turut berfungsi sebagai satu
medium yang akan menarik perhatian dan minat murid untuk terus menumpukan perhatian
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Seperti mana kita sedia
maklum bahawa, murid akan mudah untuk berasa bosan, mengantuk malah kurang tumpuan
sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu tidak menarik. Sebagai
guru, sudah menjadi tugas kita untuk merancang satu sesi pengajaran yang menarik serta
berkesan. Namun, dalam konteks penggunaan bahan manipulatif sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik pula, bahan-bahan manipulatif tersebut lebih kepada bermotifkan
untuk mencapai objektif pembelajaran seterusnya menghasilkan satu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran matematik. Sepertimana yang telah
dikatakan olehSowell 1989, Suydam dan Higgins 1977 iaitu pembelajaran yang efektif
terhadap konsep dan teknik matematik ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi.
Maka, penggunaan bahan-bahan manipulatif seperti attributes block, colorful unifix cubes,
kiub saling pautan dan bongkah atau blok kayu adalah sangat penting. Ini kerana, ia bukan
sahaja sebagai BBM tetapi juga sebagai satu teknik yang digunakan oleh guru agar murid
dapat menguasai atau sekurang-kurangnya menguasai konsep sesuatu topik matematik yang
diajarkan.
Bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik
untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid,
Heddens (2005). Ironinya, penggunaan bahan manipulatif ini dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik pada ketika ini telah diguna pakai sebagai satu kaedah dalam
membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Penggunaannya juga
malah turut membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami ideaidea dan konsep-konsep matematik, Weiss (2006). Manakala Swan dan Marshall (2010) pula
menyatakan bahawa bahan manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan

individu melalui deria iaitu pemikiran matematik akan dipupuk dalam keadaan individu itu
sedar atau tidak. Penggunaan deria tersebut ialah deria sentuh dan lihat dan bahan manipulatif
ini mampu mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan
dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang direka itu mempunyai kegunaan
dan tujuan khas atau tersendiri berdasarkan topik yang diajar.
Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahan resos atau bahan
bantu belajar dalam kalangan guru di sekolah adalah pada tahap yang
membimbangkan. Kebanyakan guru tidak merasakan bahawa penggunaan
bahan resos akan melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran.
Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka hanya bergantung kepada teknik dan
kaedah yang lama seperti penggunaan papan putih sahaja dengan hanya
berpaksikan kepada pengajaran berpusatkan guru semata. Kajian menunjukkan
lebih 64% guru matematik di sekolah rendah tidak menggunakan bahan bantu
belajar terutamanya bahan bantu belajar bahan audio visual dan komputer
walaupun lebih 95% berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman
murid terhadap konsep-konsep matematik yang akan di ajarnya.

. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos ialah penggunaan bahan


pengajaran dalam situasi pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglihatan
dan pandangan seseorang murid. Selain itu, Atan Long (1982) juga berpendapat
bahawa resos juga merupakan bahan-bahan pengajaran yang terdiri daripada
pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, carta, slaid yang dipancarkan pada layar
putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah bersesuaian dengan
peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi
konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah.

Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang
digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan
bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan perisian komputer serta teknologi
maklumat. Bahan bercetak termasuk lembaran kerja, jurnal, carta, graf, keratan
akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan buku
latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti
papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire. Bahan
manipulatif memberi peluang untuk murid menggunakan, mengolah dan
memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga
dikategorikan sebagai resos. Penggunaan komputer, projektor dan perisian
pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu
medium resos.

Bahan resos adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya bahan resos ketika melaksanakan
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, pastinya akan menarik
perhatian murid agar mereka fokus akan sesuatu topik. Ini kerana, kajian
mendapati bahawa seorang murid di dalam kelas boleh menumpukan perhatian
tanpa ada gangguan hanya selama 20-30 minit yang pertama. Selepas daripada
itu, mereka akan mula tidak senang duduk dan akan mengganggu rakanrakannya yang lain. Disebabkan itu, saya percaya penggunaan bahan resos amat
penting agar perhatian mereka akan kembali berfokus terhadap topik yang
dipelajari.

Bahan resos merupakan salah satu kaedah yang membantu proses


pembelajaran dan pengajaran menjadi menarik dan berjalan dengan lancar. Ini
kerana, sememangnya murid cepat bosan dengan pengajaran yang berbentuk
satu hala sahaja (chalk and talk) dan memerlukan pembelajaran yang bervariasi
daripada pelbagai sudut untuk menguji aras kefahaman mereka yang pelbagai.
Seperti yang kita sedia maklum, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga
menekankan bahawa setiap murid mempunyai potensi diri dan kecenderungan
yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, bahan resos ini merupakan
medium yang mampu memberi kesegaran dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas untuk mencungkil segala potensi diri yang ada dalam
diri murid-murid.

Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep


asas yang kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam
matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga
sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh
dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya
boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan
persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat
perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman
harian. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik
amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri
matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman
sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan
yang lain. Sebagai contoh, pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu
diajarkan secara menyeluruh agar murid benar-benar faham akan konsep
tersebut kerana ianya akan berkait rapat dengan pembelajaran pada peringkat
seterusnya iaitu pecahan setara dan pecahan tidak wajar.

Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh
diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana,
bahan konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid
menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk
dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut. Contoh bahan
manipulatif yang terbaik ialah rod Cuissenaire, papan geo dan sebagainya. Guru
juga boleh mereka cipta bahan manipulatif sendiri tanpa terikat dengan bahan
manipulatif yang telah sedia ada. Ini akan memberikan pengalaman yang
sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu
dengan mudah dan mencambahkan pemikiran Matematik murid-murid tersebut.

Sejajar dengan teori konstruktivime yang menekankan aspek murid membina


sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, bahan resos berbentuk konkrit dilihat mampu untuk
merangsang pemikiran Matematik murid-murid tersebut di samping bekerjasama
dan rakan-rakan kumpulan dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Menurut Sushkin N.
(1999), teori konstruktivisme menyatakan bahawa penekanan diberikan kepada
murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan
bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa
tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian
kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan
digalakkan.

Penggunaan bahan resos di dalam bilik darjah juga akan membolehkan guru
mengembangkan daya kreativiti dengan mempelbagaikan kaedah dan
pendekatan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana, setiap
daripada bahan resos tersebut berperanan dalam keadaan yang berlainan.
Sebagai contoh, persembahan multimedia boleh dilakukan di peringkat set
induksi untuk menarik perhatian murid, manakala kit-kit manipulatif boleh
digunakan ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan yang mana akan
mendorong murid belajar untuk berkoperatif dengan rakan-rakannya yang lain.
Sekaligus, secara tidak langsung, dalam tempoh masa satu jam guru telah
mempelbagaikan pendekatan pengajaran.

Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahan resos akan menjimatkan masa. Masa
satu jam yang diperuntukkan untuk subjek Matematik misalnya berjalan dengan
lancar tanpa perlu menunggu guru menulis setiap patah perkataan di atas papan
putih, kemudian memadamkannya dan menulis perkataan yang lain pula di atas
papan putih. Ini boleh digantikan dengan penggunaan carta yang telah lengkap
dengan segala maklumat ataupun penggunaan persembahan slaid atau
multimedia yang mempunyai unsur-unsur pergerakan objek yang lebih menarik

perhatian murid. Masa yang diperuntukkan mampu digunakan dengan sebaikbaiknya oleh guru mahupun murid. Guru boleh membina pengetahuan mereka
dengan menggunakan bahan resos bersifat manipulatif dan sebagainya.

Di samping itu, penggunaan bahan resos dalam bilik darjah membantu murid
memahami dan mengekalkan sesuatu isi pelajaran dengan lebih lama. Jika
perbandingan dibuat di antara bahan konkrit atau fakta yang abstrak,
semestinya penggunaan bahan konkrit akan lebih meresap dalam diri muridmurid. Ini kerana, penggunaan bahan konkrit melibatkan penglibatan murid itu
sendiri dalam membina pengetahuannya sekaligus pengalaman yang diperolehi
mereka terus melekat dalam fikiran.

Seterusnya, kita beralih skop kepada jenis resos yang ketiga iaitu penggunaan
komputer dan teknologi. Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang
pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan
teknologi maklumat, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah
penambahan minat dan usaha untuk para pendidik menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan
lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti perisian multimedia yang lebih mudah
digunakan dan mesra pengguna, kos teknologi yang lebih murah bagi
perkakasan dan perisian serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan
yang berubah dari pemusatan guru ke pembelajaran berpusatkan murid.

Tidak mampu disangkalkan lagi, penggunaan komputer dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk
yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga
boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan
yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian
terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam
matematik tidak bermakna jika seseorang murid tidak mampu melakukan proses
penyelesaian masalah.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti
Funkhouser (1993), Henderson and Landersman, (1992), mendapati bahawa
murid yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.Perisian komputer yang digunakan

dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan
prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan


beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan
penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan
dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses
pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung
melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang
prihatin. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan komputer dan internet
sebagai salah satu bahan resos atau bahan bantu belajar mendorong murid
untuk meneroka alam maya yang baru ditemui tersebut. Mereka sentiasa
menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan
dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru
seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan
kepada murid-murid. Mereka didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih
berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi
di kalangan murid-murid harus diambil kira semasa pendedahan teknologi
komputer dan internet diberikan. Guru perlu bijak menyelitkan penggunaan
komputer dan teknologi dalam pembelajaran di samping memastikan semua
murid melibatkan diri tanpa ada unsur pilih kasih. Internet amat bermanfaat
kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT
dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan
kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap
ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya


internet dapat digunakan dengan berkesan. Internet telah menyediakan
beberapa kemudahan, antaranya ialah e mail (Mel Eletronik), Laman Web
(WWW), Internet Relay Chat (IRC), File Transfer Protocal (FTP) dan sebagainya.

Semua kemudahan ini boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan.
Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya
murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum.
Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat
atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu penggunaan resos Matematik di jaringan maya yang memberi input
yang amat berguna kepada murid dan guru ialah National Library of Virtual
Manipulatives (NLVM). Gedung Perpustakaan Maya ini adalah satu cara guru

bebas untuk memperkayakan corak pembelajaran kelas Matematik. Dengan


menggunakan kaedah interaktif atas talian, NLVM menerapkan unsur main dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Ianya sesuai untuk setiap lapisan murid
terutama sekolah rendah kerana merangkumi bab nombor dan operasi, algebra,
geometri, pengukuran, dan data analisis. Permainan yang dimuatkan
kebanyakannya dalam bentuk Java applet. Ini akan memudahkan murid untuk
memahami konsep Matematik atau menjadikannya sebagai latihan konsep dan
dalam pada masa yang sama mereka juga bermain. NLVM bukan sahaja
membantu murid, malahan turut menjadi rujukan buat guru dan guru pelatih
dalam memperkayakan aktiviti pengajaran Matematik.

Keberkesanan resos dapat dilihat apabila resos tersebut boleh digunakan


berulang kali. Tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu,
pengurusan resos juga perlu dititikberatkan agar seorang guru tidak perlu
membuat resos berulang kali. Bagi memastikan perkara tersebut, bahan resos
perlu disimpan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahan yang
digunakan untuk membuat resos adalah tahan lama dan kukuh supaya
penggunaannya kekal lama. Guru juga perlu memastikan terdapat bilik khas
yang menempatkan bahan-bahan resos ini supaya penggunaannya kepada
seluruh murid di sekolah tersebut adalah menyeluruh. Alat bantu mengajar harus
sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati
fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang
diperuntukkan.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami berhubung dengan


penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos dan bahan
bantu belajar hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Resos tidak mengubah peranan guru. Malah
sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka. Keterampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap
menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan resos dapat mengurangkan
beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan
kemas, teratur dan sistematik.

Pada pendapat saya, guru perlu sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara
baru terutama apabila berkaitan dengan resos baru terutama teknologi. Ini
kerana, sememangnya resos-resos seperti inilah yang menjadi pemudahcara
ketika mengajar kelak. Sebagai penambahbaikan di masa-masa akan datang,
kursus-kursus pendek perlu diadakan agar seorang guru boleh menambahkan
ilmu mengenai penggunaan resos. Sebagai contoh, bengkel penggunaan alat
bantu mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya bahan resos yang jarang digunakan di sekolah seperti
rod cuisenaire dapat diadakan secara berkala oleh mereka yang pakar dalam

bidang tersebut. Pusat sumber di sekolah juga harus dilengkapi dengan bahanbahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran konsep matematik tertentu. Guru harus memupuk sikap ingin cuba
dan inkuiri khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar
yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya
pembelajaran yang berbeza. Selain itu, guru juga perlu mempertingkatkan dan
mengolah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid
berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.

Tuntasnya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi
kemudahan dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran
dan pengajaran. Resos berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang
tersendiri tanpa perlu terikat atau terbiasa dengan resos yang sama berulangulang. Daya kreativiti guru diuji untuk menghasilkan resos yang baik agar murid
sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran guru ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai