Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengertian Lain
Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3)
fact-finding about the results of the action.
Kurt Lewin (1947)
Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide,
correct, and evaluate their decisions and actions.
Stephen Corey (1953)
Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to
improve instruction.
Carl Glickman (1992)
Action Research is a fancy way of saying lets study whats happening at our school and decide how to make it a better
place.
Emily Calhoun (1994)
a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;
evidence) yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.
untuk membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza
daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik
itu sendiri.
2
Penyelidikan tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Pada penyelidikan awalnya,
beliau menitik-beratkan perubahan-perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam
beberapa bidang sosial seperti perkara-perkara yang berhubung dengan kebiasaan pemakanan dan
hasil pengeluaran kilang. Penyelidikan ini telah dibuat pada penghujung perang dunia kedua. Sebaik
sahaja selepas perang dunia kedua, beliau menjalankan penyelidikan tentang prasangka dan
perhubung antara kumpulan sosial.
Idea beliau ini telah digunakan oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajarnya dalam penyelidikan
pendidikan tentang penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisma perguruan. Teachers
College, University of Columbia telah menjadi pusat penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan.
Stephen Corey, dekan Teachers College university tersebut pernah menjadi penganjur (advocate)
penyelidikan tindakan yang berpengaruh. Selain daripada beliau, Kenneth Benne, Hilda Taba dan
Abraham Shumsky juga memperjuangkan bidang ini.
Selama satu dekad penyelidikan tindakan dalam pendidikan telah mengalami zaman
kegemilangannya, tetapi ianya telah merosot pada akhir tahun 50an. Kemerosotan penyelidikan
tindakan ini telah disebabkan oleh perkembangan penyelidikan yang memisahkan antara teori
dengan praktik dalam penyelidikan. Kemerosotan penyelidikan tindakan ini berlarutan sehingga awal
tahun 1976. Minat terhadap penyelidikan tindakan timbul semula dengan wujudnya Ford Teaching
Project di United Kingdom di bawah penyeliaan John Elliott dan Clein Adelman. Projek ini diasaskan
di Centre for Applied Research in Education, University of East Anglia dan telah melibatkan
usahasama (collaborative) guru-guru untuk nienjalankan penyelidikan tindakan dalam bidang
mereka, terutama dalam pendekatan engajaran-pembelajaran inkuiri/penemuan (Elliott 1976-77).
Penyelidikan ini berdasarkan konsep tentang penilaian kendiri guru (self-monitoring teacher) yang
berasaskan pandangan Lawrence Stenshouse (1975), Beliau menyatakan bahawa guru merupakan
penyelidik dan juga pakar dalam profesionnya. Sejak penglibatan Elliott dalam Ford Teaching
Project, beliau telah meneruskan perkembangan teori dan praktik penyelidikan tindakan dan telah
menubuhkan suatu rangkaian penyelidikan iaitu 'Classroom Action Research Networjk f di
Cambridge Institute of Education.
Minat terhadap penyelidikan tindakan berkembang pula di Australia dan benua Eropah, manakala di
Amerika Syarikat minat ini muncul semula kerana timbulnya kesedaran untuk
mempertingkatkan taraf pendidikan dan profesionalisma perguruan. Minat terhadap penyelidikan
tindakan ini juga timbul disebabkan wujudnya kepekaan guru terhadap profesionalisma perguruan
akibat dari kritikan masyarakat dalam tahun 70an dan 80an. Kesedaran bahawa penyelidikan
tindakan ini berguna untuk memperbaiki pengajaran melalui renungan kendiri yang kritis telah
inencetuskan semula minat terhadap penyelidikan tindakan.
Kini konsep penyelidikan tindakan telah mula menyerap ke dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Masyarakat yang sentiasa berada di dalam proses perubahan mengharapkan guru untuk
menyesuaikan peranan mereka dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Guru bukan sahaja perlu
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tetapi perlu juga menyesuaikan diri dengan budaya
sekolah. Transisi kepada satu masyarakat yang berubah dengan cepat, mendesak guru untuk
memainkan peranan yang lebih dinamik dan mempunyai kesedaran diri serta sedia meneliti semula
kandungan dan anggapan-anggapan asas tentang kurikulum di semua peringkat.
Pada masa ini terdapat satu trend yang mendesak guru supaya mengurangkan pengajaran secara
berkuliah kepada murid tetapi lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran yang berasaskan
aktiviti dan pembelajaran melalui pengalaman. Dengan itu perlulah seorang guru itu sentiasa
merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugasnya. Ini akan memperkukuhkan lagi
perkembangan profesionalismanya. Oleh itu ternyatalah perlu dihasilkan satu model baru
pendidikan guru dan amalan pendidikan. Tujuan asas langkah tersebut adalah untuk menghasiIkan
guru yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik akibat-akibat aktiviti pengajaranpembelajaran serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya.
Pengajaran perlu dijadikan satu amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri.
Penyelidikan pendidikan tidak semestinya menjadi hak dan kepunyaan satu golongan cendekiawan
atau pakar sahaja. Ia perlu dijadikan sebagai sebahagian dari aktiviti kebiasaan sekolah-sekolah
dan maktab-maktab perguruan. Ia perlu menjadi satu saluran untuk perkembangan intelektual dan
sosial setiap individu serta memberi sumbangan terhadap perkembangan negara dalam konteks
kecekapan profesional dalam penerapan nilai-nilai murni.
Perkembangan profesional perlu dihubungkaitkan dengan peningkatan dalam pendidikan yang
bermutu untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar.Ini memerlukan penekanan kepada pelbagai
perkhidmatan sokongan untuk membantu guru sebagai penyelidik. Konsep guru penyelidik adalah
berkaitan dengan pengukuhan kemahiran guru dalam membuat penentuan dan seterusnya kepada
perkembangan perlakuan berasaskan arahan kendiri. Guru sebagai penyelidik boleh menguji
implikasi teori pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya menghasiIkan teori
dan amalannya. Guru perlu bertanggungjawab ke atas proses pendidikan di dalam bilik darjah.
Penyelidikan Tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi
perkembangan peribadi dan profesional seseorang guru atau pensyarah. Penyelidikan tindakan ini
akan membolehkan kita memainkan peranan utama di dalam arena penyelidikan kerana penyelidikan
tindakan ini bertempat di dalam persekitaraan pengajaran. Ia juga dijalankan oleh guru yang
mengamalkannya dan gurulah yang akan menggunakan dapatan ini secara serta merta dalam amalan
hariannya. Penyelidikan seperti ini akan membantu kita mengubah amalan dari dalam dan dengan itu
akan membolehkan kita terus memahami dan mengongsikan pengalaman ini dengan para guru lain.
Guru perlu berusaha untuk memahami tujuan dan hasratnya sendiri tentang pengajaraii dan
pembelajaran supaya boleh bergerak kearah pencapaian satu realiti tentang apa yang terlaku
dalam bilik darjah. Penyelidikan tindakan memberi peluang kepada guru untuk mengharagi
interprefcasi orang lain supaya ia dapat mengubahsuaikan amalannya dalam bidang penyelidikan.
Dengan itu guru dapat mengendalikan amalan pendidikannya dalam satu situasi yang benar supaya
boleh mendatangkan manfaat kepada semua . Penyelidikan tindakan juga boleh menghasilkan
usahasasna di kalangan pendidik dan dengan itu membolehkan seseorang pendidik itu bekerja
dengan orang lain, untuk orang lain dan untuk dirinya sendiri.
Penyelidikan tindakan membolehkan guru-guru bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan
mengujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersemangat dan dinamik. Dalam
pendidikan, penyelidikan tindakan telah digunakan dalam perkembangan kurikulum berasaskan
sekolah, perkembangan profesional, program kemajuan sekolah dan perkembangan perancangan
sistem dan dasar pendidikan.
Oleh itu adalah jelas bahawa perlunya pendidik guru menilai amalan yang berlaku masa kini dalam
bidang pendidikan untuk menolong guru-guru pelatih di maktab perguruan menjadi guru-guru
terlatih yang berwibawa. Pendidik guru memberi guru-guru pelatih pengetahuan dan maklumat
melalui kuliah. Adalah penting pendidlk guru melatih mereka supaya berupaya menghadapi
perubahan-perubahan semasa bertugas. Pendidik guru perlu sentiasa menyelidik dan membaharui
strategi pengajaran-pembelajaran diri sendiri dan juga strategi pengajaran-pembelajaran yang
disampaikan kepada guru pelatih, Ini boleh dijalankan melalui penyelidikan tindakan.
Guru pelatih harus dapat mengenalpasti masalah mereka dan merenung amalan dan ideologi mereka
dari perspektif yang lebih luas. Mereka juga harus dapat menggunakan pelbagai teknik
pemerhatian dan penyelidikan supaya mereka boleh mengesan dan merenung aktiviti-aktiviti diri
sendiri dan orang lain. Mereka juga harus dapat menyeimbangkan kemahiran-kemahiran yang
berkaitan dengan kebolehan untuk bekerja sebagai ahli kumpulan, berhubung dan bertukar ideaidea, memerhati dengan menggunakan pelbagai cara, membuat analisis dan menilai data-data yang
telah dikumpul - menilai diri sendiri dan mengkritik hal semasa dari sudut moral dan sosial. Di
samping itu nilai-nilai seperti berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan berdedikasi perlu
dipertingkatkan.
Adalah perlu dijalankan inkuiri yang kritis dan ini boleh dilaksanakan melalui; kerja kumpulan,
pendedahan kepada konteks sosial yang lebih luas, penilaian kendiri, penilaian rakan sejawat dan
pembelajaran melalui pengalaman sendiri. Sebenarnya penyelidikan tindakan adalah satu cara untuk
menambahkan pengalaman mengajar guru pelatih kerana ini akan memberi peluang dalam usaha
memperkukuhkan perkembangan profesionalisme guru pelatih sebagai guru yang berupaya untuk
sentiasa menilai diri sendiri.
1
Penyelidikan tindakan bertujuan untuk melibatkan manusia dalam penerokaan dan peningkatkan
mutu amalan kerja manusia dalam penerokaan dan pemngkatkan mutu amalan kerja dan kefahaman
terhadap amalan kerja, serta suasana bekerja. Dalam situasi yang unggul, penyelidikan tindakan
melahirkan suasana usahasama di antara rakan sekerja untuk bclajar bersama. Contohnya:
sekumpulan pensyarah yang menyelidik tentang suatu bidang yang sama, merentasi Jabatan
atau;
Kumpulan seumpama itu mungkin bertujuan untuk membina satu komuniti pemberajaran.
Satu-satu kumpulan itu bolehlah dikatakan satu komuniti apabila;
1. ahli kumpulan itu berkongsi atau cuba berkongsi pandangan dan nilai yang sama.
2. perhubungan antara mereka berbentuk peribadi (rapat), langsung, bersemuka dan pelbagai
corak (apabila ahli komuniti menghadapi / mempunyai keperhatinan yang luhur antara satu
dengan lain)
Disediakan oleh:
Ng Kim
Choy (M.Tech.Mgt.
,B.A. (Hons.),
Dip.Ed.),
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu
Pendidikan, MPSS.
8 September 2000
http://www.teache
rsrock.net
penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga
berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan
imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa
Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di
sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu
pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki
Melayu dan 15 orang murid perempuan Melayu dalam Tahun 4.
5.1.2 Pemerhatian:
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan
pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk
belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya
membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
Bilangan Sampel
Peratus (%)
A (80 100)
10
B (60 79)
10
33.3
C (40 59)
10
33.3
D (20 39)
16.7
E (0 19)
6.7
JUMLAH
30
100
Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang)
murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid
terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu
soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan
soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.
Peratus %
Kesungguhan
50
30
20
ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti
dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata
terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.
Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga
lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.
Peratus %
A (80 100)
10
B (60 - 79)
43.3
C (40 59)
40
D (20 39)
6.6
E (0 19)
Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat
perkataan.
Refleksi :
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan
cerita.
Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam
biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung
di bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di
dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam
masa yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia
memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.
Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu.
Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi
contoh kepada adik-adiknya yang lain.
iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam
lembaran yang diberikan.
Pemerhatian :
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:
Markah
Peratus %
A (80 100)
25
B (60 - 79)
55
C (40 59)
20
D (20 39)
E (0 19)
Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan tidak ada
seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.
Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis
perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul.
Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P .
Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.
Aktiviti
Bilangan murid
% pencapaian
Perbincangan
22
43.6
Membaca
26
56.4
Pemerhatian :
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu
bahan sebagai rangsangan.
Refleksi :
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan muridmurid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan
harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos
disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi
diubahkan kata dasar.
Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab
semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian
markah sebanyak 50 markah.
Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.
Markah
Bilangan murid
A (80 100)
10
33.3
B (60 - 79)
15
50
C (40 59)
16.7
D (20 39)
E (0 19)
Refleksi :
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika
dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus
malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.
Ujian pra
Ujian pos
Lulus
23 (76.6 %)
30 (100 %)
Gagal
7 (33.4 %)
Jumlah
30 (100 %)
30 (100 %)
Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian
tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat
dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan
karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan
imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh
murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan
minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru
untuk difahami oleh murid.