Anda di halaman 1dari 6

PENGGUNAAN TEKNIK LEMBARAN TRAFFIC LIGHT DAPAT

MENINGKATKAN AMALAN GURU DALAM KEMAHIRAN MENULIS


HURUF BEREKOR G , J , P DAN Y

Oleh
Suriani binti Mohammad
IPG Kampus Pendidikan Islam
sukyra99@gmail.com

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan untuk membaiki amalan guru dengan cara menggunakan
teknik Lembaran Traffic Light bagi meningkatkan kemahiran menulis huruf berekor g ,
j , p dan y dalam kalangan murid tahun 2 Nilam.Seramai 5 orang murid yang terdiri
daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki sebuah sekolah di daerah
Puchong terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal hasil pemerhatian dan analisis dokumen
mendapati murid-murid-murid tersebut menghadapi masalah ketika menulis huruf berekor
g , j , p dan y di atas garisan dalam buku latihan.Data-data kajian dikumpul dan
ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu ujian, pemerhatian dan temubual. Tiga jenis
instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian, borang senarai semak dan soalan
temu bual.Dapatan kajian ini mendapati teknik Lembaran Traffic Light yang digunakan
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran telah berjaya meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran menulis huruf berekor g , j , p dan y.Pada keseluruhannya dapat
disimpulkan bahawa penggunaan teknik Lembaran Traffic Light dalam kajian tindakan ini
telah memberikan impak positif kepada murid dan berupaya meningkatkan amalan guru
dalam membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf berekor g , j , p dan y.

Kata kunci : kemahiran menulis, huruf berekor , Lembaran Traffic Light , impak positif

1.0

PENGENALAN
Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya telah
mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid. Masalah utama yang saya
perolehi hasil pemerhatian terhadap murid-murid tersebut ialah mereka tidak dapat
menulis dengan betul di dalam buku garis satu yang mereka gunakan sehari-hari.
Apabila saya memberikan latihan yang memerlukan murid menulis di dalam buku
garis satu , mereka akan menulis menggunakan pelbagai cara yang dirasakan betul.
Ada yang menulis dengan saiz tulisan yang besar, ada yang menulis dengan
mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil dan ada juga yang menulis di
tengah-tengah garisan.
1

Saya juga dapati murid saya tidak mempunyai masalah dalam aspek mengenal
huruf kerana apabila diuji mereka dapat memberikan jawapan yang betul tetapi
apabila menulis, mereka melakukan kesilapan dengan menulis huruf pada kedudukan
dan cara yang salah. Hasilnya, tulisan mereka tidak kemas dan sukar dibaca.
Walaupun ada di antara mereka yang telah mempunyai tulisan yang kemas,
masalah lain pula timbul contohnya apabila mereka menulis huruf g, huruf y ekor
huruf g dan y itu tidak berada di bawah garisan tetapi berada pada atas garisan
selari dengan huruf lain. Mereka keliru akan kedudukan huruf-huruf tersebut apabila
menulis di dalam buku garis satu. Apabila ditegur, murid tersebut menjawab Betul
la ni saya tulis. Alaa, Cikgu lain tak tegur pun !. Ini menunjukkan yang mereka
cukup yakin yang mereka tidak melakukan kesilapan dalam menulis.
Hal ini menampakkan kesalahan kepada sistem tulisan dan berlaku
ketidakseimbangan dalam tulisan tersebut. Saya juga melakukan semakan terhadap
latihan murid yang sebelumnya dan didapati masalah ini telah lama berlaku. Saya
telah cuba untuk memperbaiki masalah dengan cara meminta murid membuat
pembetulan secara berulang kali dan menggunakan buku garis tiga namun masalah
ketidakseimbangan tulisan ini masih berterusan.
.Secara keseluruhannya , didapati mereka tidak menggunakan garisan yang
terdapat dalam buku tulis mereka sebagai panduan untuk menulis dengan kemas dan
betul.Tulisan yang kemas ialah tulisan yang mudah dibaca. Tulisan juga hendaklah
ditulis dengan susunan serta kedudukan huruf yang betul pada garisan buku tulis.
2.0

FOKUS KAJIAN/ PERNYATAAN MASALAH


Saya telah menggunakan instrumen pemerhatian dan analisis dokumen ( buku latihan
murid) bagi tujuan tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah saya telah
mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini.
1. Murid tidak menjadikan garisan sebagai panduan semasa menulis
2. Murid tidak dapat menguasai dengan baik kemahiran menulis huruf berekor g ,
j , p dan y.
3. Murid kurang memberi perhatian dalam pembelajaran mereka
4. Murid kurang berminat dengan aktiviti penulisan

3.0

SKOP KAJIAN/ BATASAN KAJIAN


Semasa saya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , saya telah
mengenalpasti beberapa orang murid yang menghadapi masalah tidak dapat menulis
huruf berekor pada kedudukan yang betul di atas garisan. Masalah penulisan huruf
berekor g , j , p dan y ini dapat saya kesan melalui pemerhatian dan juga
berdasarkan kaedah analisis buku-buku latihan mereka.
Berdasarkan pemerhatian terhadap cara penulisan murid, jelas menunjukkan
punca utama murid tidak dapat menulis beberapa huruf berekor g , j , p dan y
dengan baik dan kemas adalah kerana murid tidak dapat membezakan kedudukan
huruf-huruf tersebut berpandukan garisan. Mereka masih lagi keliru dengan
kedudukan huruf-huruf yang betul bagi huruf kecil dan huruf besar. Huruf-huruf
ditulis dalam satu ruangan yang sama, sama ada huruf besar, huruf kecil, huruf
2

berekor seperti g , j , p dan y atau huruf berbatang seperti h , k , l dan t.


Kesilapan-kesilapan ini menjadikan tulisan murid yang dihasilkan tidak kemas dan
mengganggu proses membaca.
4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid tahun dua yang terdiri daripada dua
orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Semua murid dipilih berdasarkan
pemerhatian saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta
analisis dokumen yang dibuat ke atas buku-buku latihan mereka. Murid-murid
tersebut dipilih kerana mempunyai masalah dalam kemahiran tulisan dan memerlukan
bimbingan tambahan. Murid-murid yang dipilih bersekolah dari tahap prasekolah dan
tidak mempunyai masalah dalam mengenal huruf.

5.0

OBJEKTIF
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran menulis huruf g , j , p dan y dalam perkataan dan ayat menerusi
penggunaan teknik Lembaran Traffic Light dalam kalangan murid tahun dua.
Objektif utama kajian ini adalah bertujuan untuk :a. Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam
mengukuhkan kemahiran menulis huruf berekor g , j , p dan y dengan
betul.
b. Membantu murid menulis huruf berekor g , j , p dan y pada kedudukan
yang betul di atas garisan.
Soalan Kajian
a. Bagaimanakah teknik Lembaran Traffic Light dapat menambahbaik amalan
pengajaran dan pembelajaran guru dalam mengukuhkan kemahiran menulis
huruf berekor g , j , p dan y ?
b. Adakah kemahiran menulis huruf berekor g , j , p dan y dalam kalangan
murid tahun 2 dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknik Lembaran
Traffic Light ?

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf berekor
dengan baik. Tulisan yang kemas dan baik akan memudahkan murid atau pembaca
untuk membaca tulisan dengan mudah dan lancar. Sebagai contoh, murid-murid yang
menjawab kertas soalan subjektif dalam satu-satu peperiksaan akan menulis jawapan
mereka pada kertas jawapan yang bergaris satu. Yahya Othman (2005) menyatakan,
tulisan yang cantik dan kemas mempengaruhi markah murid dalam peperiksaan.Ini
disebabkan markah untuk penulisan bergantung kepada struktur tatabahasa yang
digunakan oleh murid iaitu aspek kemahiran menulis mekanis yang melibatkan
teknik-teknik menulis huruf.

7.0

METODOLOGI KAJIAN
3

Saya telah mengaplikasikan Model Penyelidikan Stephen Kemmis dan Mc Targatt


untuk dijadikan panduan bagi
melaksanakan kajian tindakan ini. Model ini
memerlukan saya melakukan dua kitaran.
a)Kitaran 1
i.Refleksi
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu , hasil tinjauan awal melalui
pemerhatian dan analisis dokumen,saya dapati bahawa murid-murid berhadapan
dengan masalah kemahiran menulis huruf berekor g , j , p dan y. Setelah
beberapa kali saya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) , lima
orang murid dari kelas tersebut telah dikenalpasti tidak dapat menulis huruf-huruf
berekor g , j , p dan y pada kedudukan yang betul di atas garisan.Ini
menyebabkan tulisan mereka menjadi tidak seragam dan kemas.
ii.

Perancangan

Saya telah memutuskan untuk menggunakan teknik Lembaran Traffic Light bagi
membantu murid yang dipilih untuk meningkatkan kemahiran dalam menulis hurufhuruf tersebut. Rancangan ini juga termasuk mengadakan ujian , senarai semak
pemerhatian dan temu bual.
iii. Tindakan
Semasa fasa tindakan, saya melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan. Langkah pertama dalam pelaksanaan tindakan ialah
menjalankan ujian 1 untuk mendapatkan peratusan markah bagi menilai kemahiran
menulis murid bagi huruf berekor sebelum teknik Lembaran Traffic Light
diperkenalkan kepada mereka. Setelah ujian 1 dijalankan, saya telah memperkenalkan
teknik Lembaran Traffic Light yang dilengkapkan dengan latihan menulis secara
ansur maju kepada murid.
Setelah murid selesai menggunakan Lembaran Traffic Light, saya telah
mengedarkan soalan ujian 2 kepada murid. Soalan ujian ujian 1 dan ujian 2
merupakan soalan yang serupa. Tujuannya ialah memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan hasil dapatan daripada ujian 2 yang bakal diadakan. Setelah
intervensi dijalankan, saya juga telah mendapatkan maklumat menggunakan senarai
semak pemerhatian dan temu bual.

iv. Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, saya telah mendapatkan hasil dapatan dengan mengumpul dan
menganalisis data yang diperoleh menggunakan beberapa instrumen seperti ujian 1
4

dan ujian 2, senarai semak pemerhatian, dan temu bual . Tujuan senarai semak
pemerhatian dan temu bual digunakan ialah untuk mengukur sejauhmana teknik
Lembaran Traffic Light ini berjaya dalam kajian ini.
v.

Refleksi
Pada fasa ini, saya dapati kajian ini tidak mencapai sasaran . Saya telah mengenal
pasti punca kegagalan mereka ialah mereka masih lagi keliru apabila memindahkan
tulisan ke atas lembaran garis satu. Oleh itu saya telah membuat sedikit
penambahbaikan pada teknik itu.
b) Kitaran 2
i.

Refleksi

Setelah saya dapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki akibat
kelemahan alat intervensi itu sendiri maka ia membawa saya kepada lingkaran
kedua . Saya telah melakukan penambahbaikkan terhadap intervensi yang dijalankan
terhadap murid supaya objektif kajian dapat dicapai.
ii.

Tindakan kedua

Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikkan


yang telah dilakukan. Ujian 3 telah dilaksanakan bagi menilai keberkesanan
penambahbaikkan tersebut. Setelah selesai, satu sesi temu bual dijalankan terhadap
murid bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai teknik Lembaran Traffic
Light.
iii. Pemerhatian kedua
Pada fasa pemerhatian kedua ini, saya telah mendapatkan maklumat tentang kajian
yang dijalankan melalui temu bual dan ujian 3. Dapatan daripada ujian 3 ini akan
dibandingkan dengan ujian 2. Saya juga telah menilai pandangan murid daripada sesi
temu bual yang dijalankan.
iv. Refleksi kedua
Pada peringkat ini, saya telah menentukan sama ada kajian ini berjaya atau tidak
berdasarkan kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh. Pada lingkaran kedua ini,
saya berasa berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh .Oleh itu lingkaran seterusnya
tidak dijalankan.

8.0

ANALISIS KAJIAN

Data-data kajian dikumpul dan ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu ujian,
pemerhatian dan temubual. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah ujian, borang senarai semak dan soalan temu bual.
9.0

DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan teknik Lembaran Traffic Light
membantu murid mengenalpasti cara menulis huruf berekor dengan betul. Dapatan
kajian juga mendapati pencapaian murid dalam ujian 2 dan ujian 3 telah meningkat
dengan mendadak.Sebelum penggunaan teknik Lembaran Traffic Light ,
pencapaian murid sangat tidak memuaskan iaitu kesemua murid melakukan kesilapan
dalam penulisan huruf berekor g , j , p dan y.Melalui borang senarai semak
pemerhatian, didapati murid telah dapat mengatasi masalah kekeliruan garisan semasa
menulis.Murid telah berjaya menulis huruf-huruf berekor g , j , p dan y dengan
kedudukan yang betul pada garisan selepas penggunaan teknik Lembaran Traffic
Light. Hasil transkripsi temubual diterjemah dalam bentuk jadual. Didapati kesemua
lima orang murid kajian telah bersetuju bahawa teknik Lembaran Traffic Light ini
telah berjaya meningkatkan kemahiran menulis huruf berekor g , j , p dan y.

10.

REFLEKSI
Dapatan kajian ini mendapati bahawa teknik Lembaran Traffic Light berjaya
membantu meningkatkan amalan guru dalam mengukuhkan penguasaan kemahiran
menulis huruf berekor dalam kalangan murid tahun 2.
Semasa saya menggunakan teknik Lembaran Traffic Light dalam pengajaran
dan pembelajaran, kesilapan yang sering dilakukan pada permulaannya telah pun
mampu untuk diperbaiki secara berperingkat dan seterusnya memberikan impak yang
positif kepada murid kajian. Apabila latihan diberikan kepada murid, ternyata mereka
lebih mudah untuk mengingat kedudukan huruf tersebut contohnya huruf bahagian
atas huruf berekor g , j , p dan y berada pada warna kuning dan ekornya berada
pada warna hijau. Oleh itu , murid dapat menulis huruf pada ruang warna yang betul
dan masalah keseragaman dan ketinggian huruf telah dapat diatasi .Pada masa yang
sama , kajian tindakan yang dilakukan telah berjaya meningkatkan penguasaan murid
terhadap kemahiran menulis.