Anda di halaman 1dari 5

Graf yang telah dilukis di depan menunjukkan jenis

pengangkutan awam yang digunakan oleh 26 responden


di kawasan Gajah Berang. Didapati paling ramai orang
menggunakan bas sekolah, iaitu sebanyak 10 orang.
Sebanyak 5 orang yang menggunakan van, sama dengan
bilangan teksi, bas awam dan beca.

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya


mendapati bahawa terdapat beberapa masalah
perkembangan pengangkutan awam di kawasan Gajah
Berang. Antaranya ialah masalah pencemaran udara yang
disebabkan oleh penggunaan diesel oleh bas dan lori
yang akan menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan
asap ekzos. Selain itu, penyelenggaran bas, teksi, dan lori
yang kurang baik juga akan mengeluarkan asap kotor dan
seterusnya mencemarkan udara. Pemandu hendaklah
mencintai alam sekitar dengan baik. Di samping itu,

terdapat juga masalah pencemaran bunyi yang


disebabkan oleh bunyi enjin diesel yang lebih bising
daripada bunyi enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh
teksi dan bas yang melalui kawasan kediaman akan
menjejaskan keselesaan penduduk di kawasan kajian.
Pemandu hendaklah bertimbang rasa terhadap
penumpang. Masalah kesesakan lalu lintas juga berlaku
kerana jalan raya yang sempit tidak dapat menampung
bilangan kereta yang banyak pada waktu puncak.
Sesetengah bas yang tidak mengikut jadual akan
menggalakkan penggunaan kereta persendirian dan
seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pemandu
bas hendaklah bertanggungjawab dan menepati masa. Di
samping itu, berdasarkan pemerhatian, saya dapati
perjalanan bas yang memerlukan jangka masa yang
panjang juga merupakan salah satu masalahnya.
Perjalanan bas yang lama dan sesak menyebabkan

penumpang menunggu lama dan lewat sampai ke


destinasi. Penumpang hendaklah bersabar dan
bertimbang rasa. Tambahan pula, kemalangan juga
mudah berlaku kerana sikap sesetengah pemandu yang
kurang berhati- hati seperti mengantuk semasa memandu
atau memandu secara merbahaya. Pemandu hendaklah
memandu secara berhemah demi keselamatan
penumpang.

Berdasarkan soal selidik yang saya jalankan, didapati


beberapa cadangan yang dicadangkan oleh responden
untuk mengurangkan masalah perkembangan
pengangkutan awam di kawasan Gajah Berang.
Antaranya adalah dengan menguatkuasakan undangundang dan mendenda syarikat bas dan teksi yang
mengeluarkan asap kotor untuk mengurangkan
pencemaran udara. Pemandu bas dan teksi hendaklah

menyayangi alam sekitar. Selain itu, penggunaan petrol


tanpa plumbum juga boleh mengurangkan masalah
pencemaran dengan menggalakkan lori dan bas
menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum yang
lebih baik. Pemandu hendaklah mengambil berat akan
keselesaan penumpang. Di samping itu, ada responden
yang mencadangkan supaya penapis asap atau Catalytic
converter dipasang di eksos kenderaan untuk
mengurangkan pengeluaran asap merbahaya dan bahan
pencemar yang akan mencemarkan alam sekitar.
Pemandu handaklah menjaga alam sekitar dengan baik.
Kerajaan juga boleh mengadakan kempen alam sekitar
untuk menyedarkan penduduk tentang pentingnya alam
sekitar di samping mengurangkan masalah pencemaran.
Penduduk hendaklah mencintai alam sekitar. Pendidikan
alam sekitar juga boleh dilaksanakan bagi mendidik
generasi muda tentang pentingnya alam sekitar yang

bersih. Penduduk hendaklah mendidik anak mereka agar


menyayangi alam sekitar.