Anda di halaman 1dari 2

Soalan:

Kegiatan ekonoimi tradisional penting dalam memperkukuh semangat


nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi sara diri yang
biasanya dijalankan di luar bandar oleh ahli- ahli keluarga, seperti menanam padi,
menternak binatang, menangkap ikan, mengutip hasil hutan dan lain- lain. Kegiatan
ini penting kerana dapat memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.

Semangat kekitaan dapat dipupuk melalui kegiatan ekonomi tradisional. Hal ini
disebabkan ahli- ahli keluarga akan bekerjasama dan tolong- menolong supaya dapat
menyiapkan kerja dengan sempurna. Justeru itu, rakyat akan bersemangat kekitaan
dan semangat nasionalisme bangsa Malaysia akan dapat diperkukuh.

Selain itu, ahli- ahli keluarga juga akan bersatu padu dan berharmoni melalui
kegiatan ekonomi tradisional. Hal ini akan memupuk semangat kekitaan dan
memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.

Di samping itu, kegiatan ekonomi tradisional juga akan menjadikan seseorang itu
berdisiplin. Hal ini disebabkan ahli- ahli keluarga dapat berakhlak dan berbudi pekerti
mulia melalui kegiatan ekonomi tradisional. Secara tidak langsung, semangat
nasionalisme bangsa Malaysia dapat diperkukuh.

Tambahan pula, kerajinan dan kegigihan juga dapat dipupuk melalui kegiatan
ekonomi tradisional. Justeru itu, ahli- ahli keluarga akan berusaha dan produktif serta
samangat nasionalisme bangsa Malaysia dapat diperkukuh.

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh


semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Oleh itu, kegiatan ekonomi tradisional
mestilah diteruskan di negara kita.