Anda di halaman 1dari 2

Ng Xin Yie 5 sc1

Tajuk (3): Dasar 1Murid 1Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Notre Dame Convent, Tuan Chong Chew Yoong, Yang
Dihormati Guru Penolong Kanan, Encik Goh Tai Ping ,Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Tuan Ng Sheau Yann, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru serta rakan yang dikasihi sekalian. Selamt sejahtera dan selamat pagi saya
ucapkan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin
sekalian kerana sudi meluangkan masa yang berharga untuk mendengar pidato saya.
Saya, adalah Ng Xin Yie, dari tingkatan 5 sc 1. Berdirinya saya pada hari yang indah
ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk Dasar 1Murid 1Sukan
Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara.
Hadirin yang saya muliakan,
Pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan
mutu sukan negara kita. Oleh itu, dasar ini seharusnya mendapat sokongan daripada
semua lapisan masyarakat di bawah payung 1 Malaysia. Dalam hal ini, setiap murid
atau pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam bidang sukan yang digemari
selain memantapkan aktiviti berkenaan di sekolah.
Pelaksanaan ini akan meliputi semua murid dan pelajar di sekolah rendah dan
menengah. Melaluinya prasarana sukan di setiap sekolah akan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa. Malah, pelaksanaan ini tidak memfokuskan kepada sukan teras
sahaja, tetapi meliputi sukan lain juga. Penglibatan pelajar merangkumi semua aktiviti
sukan tidak kira melalui pendidikan jasmani, acara sukan tahunan sekolah atau
pertandingan sukan antara sekolah.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
Menurut Menteri Pelajaran, dasar tersebut juga bertujuan untuk mengembalikan
kegemilangan sukan ke peringkat sekolah selain meningkatkan semangat kesukanan
dan kesepakatan masyarakat bermula dari bangku sekolah. Sementara itu, Presiden
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), turut mencadangkan
supaya Kementerian Pelajaran menyediakan jurulatih sukan sepenuh masa di setiap
sekolah bagi menjayakan dasar tersebut. Ini lebih praktikal dan dapat menjayakan
program ini pada masa depan demi kejayaan sukan di sesebuah sekolah. Jawatan
Penolong Kanan Sukan di sekolah juga perlu diwujudkan dalam melaksanakan dasar
ini supaya perancangan aktiviti sukan lebih sistematik untuk jangka panjang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sementara itu, rakyat seharusnya memahami bahawa sukan adalah aktiviti fizikal
yang memerlukan tenaga. Aktiviti sukan tertentu seperti bola sepak, bola keranjang,
hoki, memerlukan suatu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang individu.
Justeru itu, pasukan yang dibentuk memerlukan paduan tenaga antara anggota
pasukan. Hal ini menunjukkan kewujudan perpaduan masyarakat dalam aktiviti sukan

tersebut. Gabungan tenaga fizikal dan fikiran juga diperlukan untuk mencapai
kemenangan dalam sesuatu pertandingan sukan.
Hadirin sekalian yang saya hormati,
Kesimpulannya, dasar 1Murid 1Sukan bukan saja dapat meningkatkan mutu sukan
di sekolah dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan
di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Bidang sukan juga adalah bidang
penting dalam meningkatkan nama negara di mata dunia pada masa depan. Melalui
generasi yang terdidik dan mempunyai ilmu dalam bidang sukan, negara akan
mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut.
Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengakhiri pidato saya pada
hari ini. Sebelum saya mengundurkan diri,izinkanlah saya untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kerana sudi mendengar pidato saya.
Sekian, terima kasih.