Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM

PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL

Setelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat
dan komunikasi maka dapatlah saya fahami betapa pentingnya perkara ini diwujudkan
dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat untuk memastikan

kemajuan

serta pembangunan komuniti itu tidak ketinggalan jauh dari masyarakat lain.
Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah
masyarakat berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang berteraskan
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil,
saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu alat bagi memperolehi banyak
maklumat untuk diketengahkan kepada pelajar-pelajar.
Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Tamil adalah bertepatan dengan usaha menjadikan pelajar celik
computer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih cekap dan
mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu mendalami
kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk mendapat bahan
berkaitan subjek Bahasa Tamil, namun berkat ketekunan dan kebijaksanaan pihakpihak tertentu terutama sekali Kementerian Pelajaran, para guru, ibubapa-ibubapa dan
masyarakat maka semua ini telahpun dapat ditangani secara beransur-ansur.
Walaupun saya dapati usaha-usaha pelbagai pihak, terutama sekali guru-guru
yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Tamil untuk menimba bahan-bahan berkaitan di
laman sesawang atau dari portal majalah tertentu, namun masih ada terdapat banyak
kekangan-kekangan dalam usaha memperkembangkan Bahasa Tamil

dalam era

teknologi maklumat yang semakin berkembang ini. Kekangan dan cabaran yang paling
utama ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang begitu meluas dalam internet, ruang
siber dan globalisasi. Apapun cabaran itu,penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil membolehkan saya lebih berkemampuan,

kreatif dan mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik kelas.
Para pelajar juga sudah tentunya menunjukkan minat yang tinggi dan melibatkan
diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah kemuncak
penggunaan teknologi maklumat yang amat besar sekali. Ini kerana alat-alat ini bukan
sahaja digunakan sabagai alat memotivasikan pelajar untuk terus memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk memastikan pelajar mendapat bahan-bahan
yang berkaitan secukupnya.
Saya juga amat teruja kerana telah dapat mengetahui arah tuju cabaran baru
dalam era teknologi maklumat dalam memperkembangkan Bahasa Tamil

menjadi

bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa
sumber pengetahuan, bahasa sumber sain dan teknologi. Untuk mencapai hasrat ini,
lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu dihasilkan.
Impian ini hanya dapat di capai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik
guru,penerbit dan institusi penyelidikan.
Sesungguhnya, tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan
memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dipikul oleh pihak tertentu
sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta bahasa dan pejuang bahasa kebangsaan
mestilah melibatkan diri secara aktif. Saya rasakan inilah masanya untuk kita
melakukan sesuatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan
era teknologi maklumat. Jika tidak kita akan karam dalam arus globalisasi yang
digelorakan oleh Bahasa Inggeris seperti yang saya nyatakan awal tadi.
Bahagian Teknologi Pendidikan turut banyak membantu menyebarkan bahan
pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui
pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan menilai penggunaan
teknologi dalam pengajaran pembelajaran yang sudah tentu menguntungkan diri saya
selain rakan-rakan sejawatan. Khidmat kepakaran dan nasihat yang ditawarkan dalam
penggunaan teknologi maklumat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan sungguh
bermakna bagi saya sebagai guru Bahasa Tamil kerana ini akan menjadikan saya lebih

cekap dalam mengendalikan alat-alat yang dibekalkan dalam pengajaran dan


pembelajaran bebantukan teknologi maklumat.
Mengintergrasi teknologi maklumat berdasarkan daripada kategori murid-murid
ataupun stail pembelajaran dan tahap keselesaan belajar murid-murid dapat membantu
saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam bilik kelas
dengan berkesan. Peningkatan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan
pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan
pengajaran yang sedia ada adalah peranan penting Teknologi maklumat dan
komunikasi.
Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber yang begitu luas kepada saya,
guru Bahasa Tamil memudahkan lagi saya terus mendapat bahan-bahan pengajaran
dan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Melalui portal-portal pendidikan pula,
samada portal tempatan ataupun luar yang berkaitan bahan-bahan pengajaran Bahasa
Tamil, ianya dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid. Guru pula
boleh mengemaskini dan mengulang pakai bahan-bahan tersebut disamping mendapat
Selain berbantukan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, saya juga
sedia maklum bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam usaha menambah nilai
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah seharusnya di
beri keutamaan. Pusat Sumber Sekolah yang selama ini saya dapati banyak memberi
sumbangan ke arah penyediaan bahan pengajaran perlu kini bergerak ke arah pusat
sumber elektronik. Ini bertujuan untuk mengimbangi pekembanganan pesat bidang
Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik saya
juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti hand on serta interaksi
dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses pengajaran saya..
Misalnya

saya,

boleh

menjadikan

pengajaran

saya

lebih

berkesan

dengan

menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan seterusnya menggunakan


bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan yang berkaitan Bahasa Tamil.
Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan menggunakan internet untuk
mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajaran nanti murid-murud

digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran berbantukan computer dan


disebarkan kepada rakan sebaya. Saya juga telah dapat memahami dan mendapat
pengertian betapa perlunya saya sebagai seorang guru menguasai teknologi-teknologi
maklumat dan komunikasi terkini untuk menceduk sebeberapa banyak yang mungkin
bahan-bahan pengajaran untuk Bahasa Tamil dari sesawang yang hubungi dengan
pakar-pakar bahasa sama ada dari pusat pengajian tinggi tempatan ataupun luar.
Dengan adanya talian terus melalui media elektronik seperti persidangan video,
program langsung dari televisyen, maka saya dapat bertukar-tukar maklumat dan
pendapat tentang bahan-bahan pengajaran pembelajaran Bahasa Tamil dari rakanrakan sekolah lain. Begitulah juga pelajar-pelajar saya yang masih dahagakan pelbagai
bahan berkaitan aktiviti bahasa yang tidak terdapat di sekolah saya.
Disamping itu dengan bertukar maklumat seperti ini akan menjurus kepada
pengelibatan yang maksimum daripada pelajar saya. Saya pula tidaklah membazir
terlalu banyak masa dengan memberi arahan, membuat teguran

serta mengawal

tingkahlaku segelintir pelajar.


Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna
kepada saya sebagai alat bantu mangajar di dalam bilik kelas terutama sekali semasa
mengajar Bahasa Tamil. Saya juga cadangkan agar lebih banyak program-program
atau kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat perlu ditawarkan agar guru seperti
saya dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan komputer serta mengendalikan
perisian yang pelbagai yang semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan semakin
canggih dan mantap.