Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Awal Wujudnya Pelbagai Kaum/Etnik Dalam Masyarakat Sabah

Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo, Ia merupakan negeri yang


kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi,
bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri
Sarawak di sebelah barat-daya. Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada
beberapa kumpulan suku kaum pribumi. Menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh
Syarikat Berpiagam Borneo Utara, penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara)
terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayan,
Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Nenek moyang peribumi asli di
Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu
tahun yang lalu. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut
berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan
Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari
Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain.