Anda di halaman 1dari 24

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, akhirnya usaha yang saya curahkan pada kursus Guru dan
Cabaran Semasa ini telah dapat saya laksanakan sebaik mungkin. Pertama sekali
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan
kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan khas Puan Mastura bt Kalimuddin
kerana memberi penerangan yang jelas tentang tugasan yang akan saya laksanakan.
Tugasan yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan baik antara
saya bersama-sama dengan rakan setugas, Tugasan ini telah memberi saya
pengalaman dan pengetahuan yang amat baik kepada saya sebagai seorang pendidik.
Tugasan yang perlu saya selesaikan adalah melaksanakan penulisan ilmiah
tentang bagaimana saya sebagai seorang pendidik yang mendukung aspirasi Negara
boleh merealisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia seperti yang
dihasratkan oleh PPPM 2013 hingga 2025. Tugasan ini telah memberi saya banyak
info dan menjadikan saya bersikap positif teradap kerjaya saya sebagai pendidik.
Seterusnya memberi cadangan bagaimana saya ssebagai pendidik boleh membantu
mempertingkatkan kedudukan pendidikan Negara supaya berada dalam kelompok
sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA. Hal ini menjadikan
saya lebih kreatif dan kritis berfikir. Ia turut memberi impak kepada saya bahawa saya
sebagai pendidik perlu memainkan peranan penting bagi membantu mempertingkatkan
kedudukan pendidikan Negara agar setanding dengan Negara-negara teratas hebat
dalam pendidikan.
Terakhirnya , memberi pandangan saya tentang isu dan cabaran untuk
menjadikan sebuah sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Ia dapat meyedarkan
diri saya bahawa tumpuan bukan sahaja diberikan kepada pengurusan oleh pengurus
sekolah iaitu Guru Besar semata, namun ia juga terletak di bahu saya. Ini kerana
pencapaian murid secara keseluruhannya sama ada di bidang akademik mahupun
kokurikulum serta sahsiah adalah di atas tanggungjawab guru. Justeru itu, sekali lagi
saya merakamkan jutaan terimakasih kerana diberi peluang meneroka lebih lanjut
tentang perubahan pendidikan di Malaysia. Mungkin jika tidak melakukan tugasan ini
saya hanya memandang perubahan pendidikan ini secara sambil lewa sahaja.. Yang
baik datangnya dari Allah , dan yang buruk adalah di atas kelemahan saya sendiri.
Sekian terima kasih.
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Pendidikan merupakan elemen penting dalam mencetuskan


potensi diri pada setiap individu dan menjadi landasan utama untuk
melahirkan modal insan terbaik. Mengikut kamus dewan edisi keempat,
perkataan pendidikan membawa maksud perihal mendidik. Manakala
berdasarkan kamus pelajar, perkataan pendidikan bererti perihal atau
perbuatan mendidik (PRPM, 2015). Dalam bahasa Inggeris, perkataan
education yang bererti pendidikan adalah berasal daripada dua
perkataan Latin iaitu educare dan educatum yang secara rincinya
educare bermaksud untuk melatih atau mencorak manakala educarum
bererti tindakan untuk mengajar (Kumar dan Ahmad 2008). Namun,
menurut Yero (2002) pengertian pendidikan dipengaruhi oleh
kepercayaan yang luas berdasarkan fungsi pendidikan. Antaranya
adalah:
Tujuan sebenar pendidikan adalah untuk meninggalkan manusia
dalam keadaan sentiasa bertanya ~Bishop Creighton
Era globalisasi kini membuktikan faktor pendidikan menjadi
penggerak utama terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara dan ia amat bergantung kepada ilmu pengetahuan,
kemahiran dan daya saing yang dimiliki oleh rakyat sejagat (KPM
2013). Justeru, pelaksanaan sistem pendidikan yang jitu semestinya
mampu mengoptimumkan penggunaan ketiga-tiga elemen tersebut demi
memcorakkan masa depan negara yang cerah. Jadi, adalah tidak
menghairankan apabila rakyat sesebuah negara yang berpendidikan
tinggi mampu menikmati kesan kemajuan ekonomi yang lebih canggih
dan berteknologi. Melalui pendidikan juga seseorang individu mampu
meningkatkan taraf hidup, mengharmonikan kehidupan bermasyarakat
dan selanjutnya menyumbang secara aktif terhadap pembangunan
negara.
Sehubungan dengan itu, pada Oktober 2011 sistem pendidikan
yang sedia ada telah dikaji semula oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi membangunkan pelan pendidikan baru yang setanding
piawaian pendidikan antarabangsa iaitu menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM 2013-2025 merupakan
pelan pendidikan jangka panjang yang secara ringkasnya bertujuan
untuk menggerakkan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

negara-negara maju yang lain seperti China, Korea Selatan, Jepun dan
Singapura. Hal ini adalah disebabkan jurang yang ketara dalam
pencapaian pendidikan ditunjukkan antara Malaysia dengan negaranegara tersebut. Misalnya, berdasarkan perbandingan kedudukan PISA
(Programme for International Student Assessment) 2009+ bagi Malaysia
dan negara serantau yang setara, Malaysia hanya menduduki di
tangga ke-54 (bacaan), 57 (matematik) dan 52 (sains) berbanding
China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura yang berada di kedudukan
lima teratas. Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dan
negara lain khususnya negara serantau yang setara (Sumber: KPTM
2013).
Matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia bukanlah suatu
proses yang mudah yang dapat direalisasikan dalam jangka masa yang
singkat. Proses melahirkan modal insan terbaik adalah suatu yang
dinamik dan melibatkan usaha dan komitmen daripada banyak pihak
pada setiap peringkat masyarakat. Bertepatan dengan peribahasa
meluntur buluh biarlah dari rebungnya, usaha melahirkan modal insan
terbaik adalah rasional untuk dipupuk bermula dari fasa pendidikan
yang pertama iaitu prasekolah sebagai asas pengenalan kepada ilmu
pengetahuan. . Tempoh 13 tahun yang diperuntukkan dalam
pelaksanaan PPPM 2013-2025 merupakan satu tempoh masa yang
cukup matang untuk melahirkan pelajar dengan modal insan bertaraf
dunia. Oleh itu, sistem pendidikan yang jitu dan harmoni harus
diutamakan supaya prestasi kendiri individu sentiasa dan terus
berkembang sehingga pelajar yang bercirikan modal insan bertaraf
dunia ini mampu untuk mengaplikasikan pemilikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman bagi menyumbang bakti kepada
pembangunan masyarakat dan negara.
Sebagai seorang guru, saya perlu melahirkan murid-murid sebagai
modal insan terbaik memiliki minda kelas pertama yang sering
dihubungkaitkan dengan taraf pendidikan seseorang individu. . Hal ini
disebabkan nilai modal insan turut bergantung kepada tahap pemilikan
ilmu dan kemahiran yang dipengaruhi pula oleh situasi dan
persekitaran. Misalnya, ilmu yang diperoleh menerusi pelaksanaan
sistem pendidikan yang dirangka khasnya untuk merangsang kelahiran
generasi modal insan dengan minda kelas pertama, kemudian
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

mempraktik dan memanfaatkan pemilikan ilmu dan kemahiran (Rosleh


2010) yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu,
kejayaan yang seterusnya mampu digarap oleh generasi modal insan
dengan minda kelas pertama terhadap pembangunan negara tidak
mungkin tercapai secara semula jadi tanpa peranan guru sebagai
perantara dan penggerak. Tidak terlahir seorang pelajar tanpa adanya
guru dan tidak dianggap seseorang itu adalah guru tanpa hadirnya
pelajar.
Guru yang terbaik adalah guru yang mengajarkan ilmu kepada
orang lain dengan tujuan menyebarkan kebaikan Dalam konteks
pendidikan khususnya, guru adalah individu yang bertauliah dalam
profesion pendidikan yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta bermotifkan
perubahan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar (Roslan, 2004;
Zailah, 2007).
Justeru, antara langkah-langkah yang perlu dipraktikkan oleh
warga pendidik dalam membantu merealisasikan matlamat modal insan
bertaraf dunia seperti yang disasarkan dalam PPPM 2013-2025 adalah
menerusi pengamalan nilai-nilai integriti sebagai seorang guru dan
pendidik. Contohnya, pengamalan nilai teras integriti akademik oleh
ahli akademik di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia
seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Terdapat enam nilai teras integriti akademik antaranya ialah
amanah dalam memenuhi kepercayaan, kewajipan dan
tanggungjawab,bijaksana dalam menggunakan akal dan budi iaitu
yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman,
bertanggungjawab atas semua tindakan dan pengimbangan, hormat
dalam menerima pandangan, menghargai setiap sumbangan orang lain
(menjaga hubungan silaturahim selain hubungan pekerjaan), telus dan
adil
Manakala, berdasarkan kajian Salmi dan Lian (2013) menunjukkan
nilai integriti kepercayaan juga amat mempengaruhi para guru. Tidak
dinafikan usaha mempraktikkan nilai teras integriti adalah suatu
perkara yang mencabar. Hal ini disebabkan pengamalan nilai
integriti yang berterusan sangat dipengaruhi oleh sifat nurani dan
moral seseorang individu serta keadaan persekitaran yang sama ada
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

menyokong atau sebaliknya. Berdasarkan kajian Zakaria Ahmad (2006),


kekuatan moral adalah antara strategi utama dalam melahirkan modal
insan terbaik selain peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan
ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, penyelidikan dan
pembangunan (R&D) serta inovasi dan pembentukan masyarakat
berbudaya (Aizuwan, tiada tarikh). Oleh itu, terdapat nilai-nilai asas
yang mampu menjadi titik perangsang terhadap pengamalan nilai-nilai
integriti yang berterusan iaitu, Kesedaran Kendiri dan Fokus.
Menerusi sifat kesedaran kendiri, saya sebagai pendidik akan
perlu sentiasa berfikir dan berpandangan jauh dalam usaha
memberikan yang terbaik dan termampu terhadap tanggungjawab
yang digalas lebih-lebih lagi dalam mempertimbangkan sesuatu
permasalahan untuk membuat pemilihan yang tepat. Sebagai contoh,
apabila saya perlu membuat pilihan dalam menyelesaikan sesuatu
permasalahan, keputusan yang diambil adalah hasil daripada
pertimbangan yang menyeluruh yang mengaitkan,apa yang akan
diperoleh?,Apa yang akan hilang atau harus dilepaskan?,Apakah
keputusan yang dicapai dan strategi pelaksanaannya dapat
mengharmonikan individu sekeliling terutamanya pelajar, ibu bapa,
rakan sekerja dan masyarakat? dan Adakah objektif dalam membuat
sesuatu anjakan tercapai?
Fokus pula akan memberi impak kesedaran kendiri seterusnya
merangsang individu bergelar guru sebagaimana juga saya merangka
strategi pelaksanaan demi mencapai objektif yang disasarkan . Tidak
kira sama ada pelaksanaan tugas dijalankan secara individu atau
usaha sama antara guru, pelaksanaan tugas yang berkesan
menyatakan secara tidak langsung bahawa para pendidik mempunyai
visi dan misi yang jelas, fokus kepada objektif dan bertindak secara
sejajar ke arah merealisasi objektif utama. Oleh itu adalah tidak wajar
bagi seorang guru membiarkan tumpuannya bercabang atau lebih
terarah kepada perkara lain yang berkemungkinan boleh menjejaskan
usaha pelaksanaan strategi pengajaran. Contohnya, aktiviti menjual
barangan atau produk secara langsung atau tidak langsung sebagai
kerja sampingan . Tahap pengfokusan individu adalah berbeza dan
meluas. Sekiranya seseorang individu mampu melakukan beberapa
pekerjaan multitaskssecara efektif dalam satu-satu masa , boleh jadi
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

apa sahaja kerja sampingan yang lain tidak akan menghalang


tumpuannya teralih daripada pekerjaan utama.
Namun, terdapat kajian menunjukkan tanggungjawab guru pada
masa kini adalah berganda dan mencabar sehingga dianggap sebagai
satu bebanan tugas untuk digalas (Rahim, 2012). Rasionalnya, bebanan
kerja yang tinggi memaksa penggunaan tenaga, masa dan tumpuan
yang maksimum untuk diselenggerakan. Justeru itu, sekiranya perlu
untuk seseorang guru terus melakukan pekerjaan sampingan
sewajarnya ia dilakukan dengan terancang, tersusun khususnya
penggunaan masa dan selebihnya bergantung kepada kemampuan
kendiri masing-masing.
Selain itu, untuk menerapkan modal insan minda kelas pertama,
kaedah pendidikan tidak seharusnya hanya mengutamakan fakta dan
maklumat semata tetapi turut meliputi keupayaan mendapatkan ilmu,
kebebasan berfikir dan persekitaran yang merangsang percambahan
minda dalam kalangan pelajar menerusi strategi menakluk persekitaran
dan cernaan pengalaman. Justeru, perkara utama yang harus dilakukan
adalah dengan memupuk budaya berfikir dalam komuniti pendidikan.
Contohnya pembelajaran menggunakan i-Think dan juga menyediakan
soalan aras tinggi agar merangsang minda pelajar berfikir melangkaui
batasan. ( KBAT).. Dalam konteks melahirkan modal insan bertaraf
dunia, pemilikan ilmu seseorang pelajar menjadi kayu ukur dalam
membuat pendebatan antara pemerhatian dan ilmu pengetahuan yang
dimiliki.
Oleh itu, amatlah tepat seruan kerajaan supaya membudayakan
amalan membaca dalam masyarakat. Berbanding 10 tahun yang lalu,
teknologi maklumat kini melalui begitu banyak reformasi. Maklumat dan
berita daripada seluruh dunia dapat diketahui dengan mudah tanpa
perlu berada di tempat-tempat kejadian kerana semuanya boleh dilihat
mahupun diulang siaran menerusi internet. Peledakan pengaplikasian
teknologi maklumat di hujung jari seterusnya merubah sistem
pendidikan di banyak institusi dengan tujuan memudahkan aktiviti
pengajian contohnya menjawab kuiz dan carian bahan bacaan di
perpustakaan secara atas talian (online) serta hel ehwal pengurusan
institusi.
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Ringkasnya kini, sumber bahan bacaan menjadi lebih luas dan


terbuka serta merupakan jalan yang pantas dalam proses pemilikan
ilmu. Justeru, amatlah wajar sekiranya kemudahan mengekses
maklumat di hujung jari tidak dihadkan dalam bilik komputer tetapi
turut diluaskan di perpustakaan yang hanya sinonim dengan bahan
bacaan bercetak seperti buku. Walau bagaimanapun, seseorang pelajar
haruslah bijak dalam memilih dan menapis bahan bacaan supaya
maklumat yang diperoleh bersandarkan sumber yang tepat khususnya
hal ehwal masyarakat dan isu semasa.
Jadi, peranan guru di sini adalah dengan menunjukkan kaedah
bagaimana memperoleh maklumat yang betul.

Terdapat juga dalam

kalangan pelajar yang sudah biasa menggunakan kemudahan internet


tetapi bahan-bahan bacaan yang banyak dilayari adalah berbentuk
hiburan. Di samping itu juga guru berperanan dalam memperlihatkan
keluasan sumber bahan bacaan yang mampu dijangkau dengan
menggunakan kemudahan internet. Setanding dengan penyediaan
maklumat dalam bentuk bercetak, isi kandungan sesuah buku
contohnya kini sudah pun tersedia untuk diekses menggunakan
teknologi di hujung jari dan kebanyakannya juga boleh dimuat turun
dan disimpan secara maya. Justeru itu, selain melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan, guru juga harus berkemahiran dalam
mengaplikasi kecanggihan teknologi maklumat dan mengekplorasi dunia
maya tersebut dengan tujuan mencari gali sumber bacaan ilmiah agar
bahan bacaan nanti tidak hanya tertumpu kepada buku, berita, blog,
laman web tetapi juga berbentuk kertas penyelidikan (journal).
TIMSS adalah singkatan terhadap Trends in International
Mathematics and Sciences Study. TIMSS merupakan pentaksiran
antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi subjek matematik dan
sains di seluruh dunia. Pentaksiran dilakukan untuk mengukur tahap
pencapaian murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 yang meliputi dua aspek
iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra dan Geometri, dan
kemahiran kognitif seperti proses pemikiran berbentuk pengetahuan,
aplikasi dan penaakulan. Ujian ini pertama kali ditadbir pada 1995.
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Masa waktu itu, lebih 59 negara menyertai pentaksiran ini yang


diadakan setiap empat tahun dan Malaysia menyertai TIMSS buat kali
pertama pada tahun 1999 dengan diwakili oleh murid Tingkatan 2.
PISA pula adalah singkatan terhadap Programme for
International Student Assessment. PISA yang diselaraskan oleh OECD
(Organisation of Economic Co-operation and Development) juga
merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. PISA
dikendalikan setiap tiga tahun dan bertujuan untuk menilai kecekapan
murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains. Fokus
pentaksiran tidak tertumpu kepada kandungan kurikulum tetapi kepada
keupayaan murid untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam
kehidupan sebenar. Penyertaan pada 2009 adalah melibatkan 74 buah
negara termasuk negara bukan anggota OECD dan Malaysia menyertai
PISA buat kali yang pertama adalah pada tahun 2010 sebagai kitaran
pentaksiran bagi tahun 2009.
Berdasarkan sejarah penyertaan negara dalam TIMSS, skor
purata murid julung kalinya berjaya mengatasi purata antarabangsa
dalam subjek matematik dan sains pada tahun 1999 iaitu merujuk
kepada penyertaan kali pertama. Namun, skor purata murid
menunjukkan pola penurunan pada penyertaan yang berikutnya iaitu
pada tahun 2003 dan 2007 walaupun pencapaiannya masih berada di
atas purata antarabangsa (KPM, tiada tarikh). Kemudian, penyertaan
Malaysia pada tahun 2011 memperlihatkan tahap pencapaian murid
menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa dan menyebabkan
penurunan kedudukan bagi negara. Lebih mencemaskan apabila 35%
dan 38% murid gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
matematik dan sains pada tahun 2011. Hal ini menunjukkan penurunan
matematik dan sains masing-masing adalah sebanyak 7% dan 13%
berbanding tahun 1999. Kelompok murid ini dikenal pasti memiliki
penguasaan konsep asas matematik dan sains yang lemah.
Keputusan PISA 2009+ juga menunjukkan pencapaian yang
tidak memberangsangkan apabila Malaysia hanya berkedudukan dalam
kelompok sepertiga terbawah daripada 74 buah negara yang
mengambil bahagian. Prestasi ini juga meletakkan Malaysia di bawah
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

purata antarabangsa dan OECD (Rujuk rajah Perbandingan kedudukan


PISA 2009+ bagi Malaysia dan negara lain khususnya negara serantau
yang setara). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai
PISA 2009+ gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
matematik manakala 44% dalam bacaan dan 43% dalam sains.
Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam skala PISA adalah bersamaan
dengan satu tahun tempoh persekolahan. Perbandingan skor ini
menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan,
Hong Kong dan Shanghai-China berkelebihan tiga atau lebih tahun
persekolahan berbanding murid yang sebaya di Malaysia (KTPM 2013).
Usaha meningkatkan kedudukan negara Malaysia dalam
pentaksiran TIMSS dan PISA secara tidak langsung menyatakan bahawa
penguasaan dalam subjek matematik dan sains perlu dipertingkat dan
diperkasakan. Pada peringkat awal sekolah rendah (Tahun 1), muridmurid mula-mula dikenalkan kepada huruf dan nombor sebagai asas
pembelajaran yang selanjutnya melibatkan secara mutlak kebolehan
membaca dan mengira. Memang tidak dinafikan keupayaan murid-murid
dalam menghadam sesuatu yang baru adalah berbeza dan ini
mengakibatkan sesetengah daripadanya masih lambat untuk mengingat
dan memahami asas pembelajaran. Namun, pada masa kini terdapat
juga murid-murid yang sudah pandai membaca dan mengira walaupun
baru melangkah ke alam persekolah yang berkemungkinan besar
disebabkan oleh latar belakang murid tersebut.
Selain inisiatif pihak sekolah yang menyediakan kelas pemulihan
bagi murid-murid yang lemah dalam mengenal huruf dan nombor, guru
kelas hendaklah peka terhadap kebolehan kendiri setiap murid.
Contohnya mengenal pasti murid-murid yang telah saling mengenali,
murid-murid yang sudah mampu mengenal huruf dan nombor ataupun
membaca, murid-murid yang masih tidak dapat mengenal asas
pembacaan dan pengiraan termasuk murid-murid yang berkelebihan
dalam bahasa inggeris sama ada secara lisan (percakapan) ataupun
bertulis. Kemudian, kedudukan murid-murid di dalam kelas disusun atur
dengan memadankan murid yang lemah bersama murid yang
berkeupayaan dalam asas pembelajaran. Apa yang penting, guru-guru
hendaklah mempunyai sasaran agar murid-murid kelas bimbingannya

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

sudah pandai membaca dan mengira sebelum melangkah ke tahap


yang seterusnya (Tahun 2).
Pendedahan kepada subjek sains juga perlu bermula pada
peringkat awal. Dengan keupayaan murid-murid yang sudah menguasai
asas pembelajaran, pembacaan berbentuk ilmiah yang asas dapat
memberikan gambaran awal mengenali sains. Walau bagaimanapun,
berdasarkan tujuan yang dinyatakan dalam pentaksiran TIMSS ataupun
PISA, tahap pencapaian pelajar tidak hanya diukur menerusi pemilikan
ilmu menerusi pembacaan tetapi pengaplikasian sains dan matematik
dalam kehidupan. Jadi, cara yang bagaimana sains dan matematik
boleh diaplikasi oleh seorang murid yang baru mengenali apa itu sains
dan matematik.
Satu daripadanya adalah dengan memasukkan unsur sains dan
matematik dalam aktiviti berupa permainan yang biasa dimainkan oleh
murid-murid. Contohnya permainan daun terup. Walaupun kedengaran
lucu dan tidak sihat tetapi dari sudut pandangan yang positif,
permainan tersebut dapat merangsang kemahiran mengira secara
congak dengan cepat dan berkesan. Perspektif tidak sihat muncul
disebabkan daun terup sinonim dengan perjudian, simbol pada daun
terup dan taruhan. Oleh itu, tidak ada salahnya sekiranya pihak
sekolah mengambil inisiatif dengan hanya mencerapkan konsep
permainan dan menggunakan simbol atau gambar yang bersesuaian
dengan imej pendidikan. Malah, guru yang kreatif boleh
mempelbagaikan corak permainan menerusi pemanipulasian undangundang permainan supaya pemenang tidak hanya ditentukan menerusi
penjumlahan nombor yang tertinggi. Selain itu terdapat permainan
yang boleh dimainkan secara individu selain mengasah kecekapan
penggunaan nombor dan rangsangan berfikir seperti sudoku dan kiub
rubik.
Pengaplikasian sains oleh murid-murid pada peringkat rendah
adalah sukar. Walau bagaimanapun, usaha para guru boleh tertumpu
dalam memberikan gambaran awal tentang sains yang seterusnya
menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu pelajar. Kemahiran
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

matematik dapat dibina menerusi pempraktisan yang berterusan tetapi


untuk mengenal sains, murid-murid perlu didedahkan secara visual
(pemerhatian) untuk memperlihatkan kesan gerak balas terhadap faktor
manipulasi. Kesan gerak balas yang luar dari pemerhatian biasa
selalunya dianggap sesuatu yang magik dan seterusnya dapat menarik
minat murid-murid untuk lebih mengenal dan memahami sains dengan
lebih mendalam. Pada peringkat ini, eksperimen yang dijalankan adalah
ringkas, selamat dan mudah difahami oleh minda murid-murid tanpa
perlu menggunakan alatan makmal atau bahan kimia yang rumit.
Antara contoh eksperimen yang menunjukkan perubahan visual yang
nyata adalah seperti rangsangan akar tumbuhan terhadap air dan
bahagian pucuk tumbuhan yang sentiasa terarah kepada cahaya
matahari (deria tumbuhan),

Bahagian daun yang dilekatkan dengan

selefon bewarna gelap menjadi kekuningan bagi menunjukkan fungsi


cahaya, Bahagian bunga pada tumbuhan yang bewarna putih bertukar
menjadi merah apabila dibiarkan di dalam air bewarna merah ,
penenggelaman batu yang bersaiz kecil berbanding kabus yang bersaiz
besar menunjukkan ketumpatan dan penyesaran antara sirap gula, air
dan minyak yang tidak bercampur dan membentuk lapisan masingmasing yang juga menunjukkan ketumpatan.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, membudayakan
amalan membaca adalah perlu untuk merungkai persoalan dalam
memahami sains. Tidak dinafikan bahan bacaan dalam bentuk bercetak
memainkan peranan yang besar dalam proses pembelajaran namun
kelebihan teknologi maya juga perlu diambil perhatian untuk mendapat
sumber pengetahuan secara global. Selain pembacaan berbentuk
penyataan fakta, sumber bacaan berbentuk kertas penyelidikan
mempunyai kuasa yang besar untuk mengetahui bagaimana sains
boleh diperdebatkan. Hal ini disebabkan, fakta di dalam buku tidak
semestinya mendapatkan hasil yang sama daripada puluhan
penyelidikan. Walaupun demikian, fakta yang ditulis tidak dijatuhkan
sebagai salah kerana keputusan penyelidikan juga dipengaruhi oleh
pelbagai faktor dan menunjukkan kesan yang dinamik.
Apa yang menjadi titik pentingnya di sini adalah amalan
mambaca kertas penyelidikan belum lagi berleluasa dan asing dalam
kalangan pelajar dan hanya menjadi kebiasaan bagi mahasiswa dan
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

mahasiswi di universiti. Memang diakui bahawa format penulisannya


adalah rumit untuk difahami dengan helaian muka surat yang hanya
dipenuhi dengan huruf dan graf tetapi pada peringkat rendah atau
menengah cukuplah bagi pelajar mengetahui perkara-perkara asas yang
boleh dicerap masuk dalam pembelajaran. Oleh itu, peranan guru
adalah penting untuk memperkenalkan kertas penyelidikan dalam
subjek sains seperti memperkenalkan format penulisan surat rasmi
dalam subjek bahasa melayu.
Setelah pelajar mempunyai asas yang kuat dan pemahaman
yang meluas, kemahiran untuk menyelidik boleh didiperhaluskan selain
mengikuti eksperimen yang telah ditetapkan di dalam silibus.
Contohnya keperluan untuk menjalankan satu eksperimen di luar waktu
kelas sebagaimana penghasilan buku berfolio untuk kerja khusus dalam
subjek sejarah dan geografi. Ini bermaksud, secara berkumpulan para
pelajar menjalankan eksperimen yang rasional, berimpak faktor,
berilmiah, ringkas atau sederhana padat dan selamat serta mampu
dihabiskan pada garis waktu yang tertentu. Pada peringkat ini, pihak
sekolah juga boleh berinisiatif dengan menjemput para penyelidik
daripada institusi untuk memberi bimbingan berbentuk lisan dan
praktikal. Hasil kajian kemudiannya boleh dibukukan sebagai tesis
ringkas sebagaimana format penghasilan tesis di IPT dan diletakkan di
pusat sumber sekolah sebagai rujukan pelajar di masa akan datang.

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Siapa yang tidak inginkan yang terbaik. Pihak sekolah dan ibu
sentiasa yang inginkan yang terbaik dari segi pencapaian pengurusan
,pencapaian akademik, kokurikulum , nilai dan sahsiah murid. Demikian
juga halnya dengan aaspirasi Kementerian Pendidikan yang inginkan
pendidikan di Malaysia yang terbaik dan bertaraf dunia Ini bertepatan
dengan matlamat utama Kementerian Pelajaran iaitu untuk menjadikan
sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi
dicontohi, terutama sekolah kebangsaan. Memetik kata-kata Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , beliau mengharapkan agar
lebih banyak sekolah berusaha meningkatkan kualiti dan sekolah tersebut
menjadi pilihan utama semua rakyat Malaysia.. Justeru itu, Kementerian
telah mengiktiraf beberapa sekolah sekolah yang terbaik mengikut fasa
menjadi sebuah sekolah berprestasi Tinggi..
Sekolah berprestasi Tinggi (SBP) di Malaysia diterjemahkan sebagai .
sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta
menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi
budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan
nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan sserta berdaya
saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat dan
menjadi sekolah pilihan utama. Pengiktirafan akan diberikan kepada
sekolah-sekolah layak setelah di nilai mengikut kriteria tertentu dalam tiga
saringan yang dijalankan. Bagi mencapai cita-cita menjadikan sekolah yang
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

biasa kepada sekolah berprestasi Tinggi memerlukan banyak pengorbanan.


Pelbagai isu dan cabaran yang perlu diharungi bagi menuju kearah sekolah
yang berprestasi tinggi.
Isu dan cabaran yang perlu digadapi adalah menetapkan hala tuju
organisasi yang memerlukan pemimpin menetapkan hala tuju yang jelas
akan memberikan impak kepimpinan yang besar. . Matlamat sedemikian
memberikan sebab untuk bekerja dan membentuk identiti diri dalam
konteks kerja mereka. Pihak sekolah perlu menetapkan amalan menetapkan
hala tuju sering kali dikaitkan dengan amalan kepimpinan dalam mengenal
pasti dan mengongsi visi; menggalakkan penerimaan dan perkongsian
matlamat kumpulan atau organisasi; menentukan jangkaan prestasi yang
tinggi; dan memantau prestasi organisasi di samping mendorong
komunikasi yang berkesan di semua peringkat organisasi. Bagi Pengarah
pendidikan Perak belaiu menetapkan Visi yang perlu di ikuti oleh semua
jabatan Pendidikan derah dan sekolahsekolah adalh Perak Excellent
menggantikan Perak dengan nama sekolah masing-masing . Ini merupakan
satu matlamat bagi menjadikan segala-galanya excellent dalam semua
bidang.
Isu dan cabaran yang seterusnya adalah membangunkan keupayaan
ahli organisasi dengan menekankan bahawa hala tuju organisasi bukanlah
satu-satunya syarat yang memberikan motivasi kepada ahli organisasi atau
keupayaan yang diperlukan oleh ahli agar bertindak secara produktif.
Sebenarnya keupayaan dan motivasi ahli organisasi dipengaruhi oleh
pengalaman langsung mereka bekerja dalam organisasi dan bekerja
bersama pemimpin. Dalam konteks ini, amalan membangunkan keupayaan
dan kapasiti manusia penting. Set amalan yang dimaksudkan adalah
enyediakan sokongan dan pertimbangan personal yang khusus; kefahaman
dan sokongan emosi; rangsangan intelektual; dan menyediakan modelmodel amalan dan kepercayaan terbaik yang bersesuaian.
Selain itu isu dan cabaran dalam mereka bentuk organisasi iaitu
berrkaitan dengan sumbangan sekolah kepada murid sudah tentu
bergantung kepada motivasi dan keupayaan guru- guru dan warga sekolah
yang lain, secara individu atau kolektif. Walau bagaimanapun, budaya
sekolah ada kalanya boleh mematikan semangat guru untuk menggunakan
amalan pengajaran-pembelajaran berkesan. Oleh itu, pemimpin yang
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

berjaya, membangunkan sekolah berkesan dengan menyediakan sokongan


dan mengekalkan prestasi guru-guru, para murid dan warga sekolah yang
lain. Amalan-amalan khusus yang dikaitkan mereka bentuk organisasi
termasuklah mengukuhkan organisasi sekolah dan budayanya; membina
budaya kolaboratif; menstrukturkan semula organisasi untuk melancarkan
kerja; membangunkan hubungan yang produktif dengan keluarga dan
komuniti; menghubungkan sekolah dengan dunia persekitaran yang lebih
luas.Keempat, mengurus program pembelajaran di mana kajian
menunjukkan
Isu dan cabaran yang sering timbul adalah bagaimana ingin
meningkatkan kualiti sebagai sekolah terbaik dengan memastikan
kecemerlangan pencapaian akademik pelajar seiring dengan pencapaian
dibidang kokurikulum. Bagi mengharungi cabaran tersebut, pihak sekolah
perlu meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap
autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pendidikan termasuklah pengurusan organisasi, instruksional, kurikukulum,
kewangan dan pengurusan sumber manusia. Cabaran bagaimana untuk
menghasilkan murid yang cemerlang dalam semua bidang terutamanya
pencapaian akademik. Bagi memastikan pencapaian tiga tahun berturutturut meningkat. Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada
sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor
komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Keputusan
Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysian (SKPM).
Oleh sebab itu, bagi meningkatkan pencapaian markah dan gred
dalam SKPM warga sekolah masing masing memainkan peranan vang
meningkatkan semua pencapaian dalam bidang akademik, Hal-Ehwal murid,
Kokurikulum dan pengurusan sekolah. Meningkatkan kualiti pencapaian
sekolah melalui aktiviti yang terancang dan berinovasi. Menjalankan
intervensi pengajaran yang sesuai dengan pendidikan sekarang. Murid-murid
perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman dalam kokurikulum dank koakademik serta mengesan kebolehan dan kelemahan murid. Pelbagai kaedah
digunakan termasuklah ujian segak dan juga pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan.
JIka ini dilaksanakan dengan jayanya, peluang menjadi SBT pasti tercapai.

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Isu dan cabaran yang seterusnya adalah menjadikan pemimpin


atau pengurus sekolah berkualiti SBT menepati kehendak dasar pendidikan
kebangsaan dan dasar-dasar Negara. Cabaran dalam usaha meningkatkan
prestasi sekolah, adalah untuk melahirkan pemimpin yang berprestasi tinggi
di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah. Oleh itu semua pengurus sekolah
diingatkan supaya mengkaji semula objektif dan matlamat yang sudah sedia
ada. Isu yang dilihat membelit dan melingkari tugasan dan fungsi sebenar
pengurus sekolah. Ini kerana pengurusan sekolah sentiasa berdepan dengan
beribu-ribu masalah sehinggakan semua menjadi sangat sibuk. Puncanya
ialah kerana banyak kehendak, cabaran dan isu yang melingkari kerja buat
pengurus di sekolah. Kealpaan pemimpin sekolah terhadap kehendak dan
matlamat KBSR dan KBSM kadangkala menyebabkan situasi sekolah berada
dalam kesuraman, kelelahan atau mati.
Sekolah berprestasi tinggi dan yang meningkat dengan pantas,
mempunyai pemimpin berpusatkan pembelajaran (learning-centred
leaders). Pemimpin sedemikian memberikan fokus kepada mempengaruhi
apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan meningkatkan kualiti pengajaran
serta pembelajaran murid. Oleh itu, pemimpin tersebut menjadi surf teladan
kepada gurugurunya. Antara amalan-amalan lain yang dikaitkan dengan
mengurus program pembelajaran termasuklah menyediakan guru dan staf
sokongan untuk melaksanakan kehendak kurikulum; memantau kemajuan
prestasi murid dan strategi-strategi penambahbaikan sekolah; melindungi
staf daripada tuntutan tidak produktif dari luar yang menyebabkan mereka
tergelincir daripada kerja-buat teras mereka dan menyediakan suasana
kerja yang produktif.
Oleh yang demikian para pemimpin sekolah hendaklah bangkit dari
lena dan bersemangat untuk membentuk etos yang watak sekolah yang
diinginkan. Sewajarnya pengurus sekolah melihat dari aspek positif akan
baiah yang telah disebut untuk penganugerahan kepada SBT.
Seharusnya pemimpin sekolah tidak mendapat label SBT mengejar
pengurus sekolah. Sebaliknya biarlah pengurus sekolah mengejar SBT.
Biarlah pengurus sekolah yang berusaha gigih bagi mendapatkan
pengiktirafan sebagai SBT. Pengurus sekolah perlu ada kebolehan
kepimpinan yang tinggi, bukan hanya tahu mengarah sahaja. Mereka
perlu menjadi luar biasa dalam memimpin. Kecemerlangan sekolah

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

pada kebiasaannya adalah datangnya daripada pemimpin yang


cemerlang juga.
Pengurus sekolah haruslah dinamik, tekun, berdisiplin dan pakar dalam
bidang mereka serta berorientasikan hasil. dalam membina kecemerlangan.
Pemimpin sekolah mesti mengenal pasti secara spesifik cabaran yang perlu
ditangani, mempunyai fokus yang jelas mengenai hasil dan prestasi yang ingin
dicapai dan mengamalkan secara berterusan budaya ingin cemerlang,. Mereka
perlu mempunyai sikap sanggup menerima cabaran dan sentiasa berusaha mencari
idea dan amalan baru dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan
pembelajaran. Tanpa pemimpin yang mempunyai prestasi tinggi, pelajar tidak akan
mencapai kecemerlangan dan kualiti sekolah juga akan menurun.
Oleh sebab yang demikian dalam rangka NKRA, telah dinyatakan bahawa
pemimpin sekolah akan dipilih di kalangan guru yang mempunyai kriteria tertentu
dengan menjalani beberapa latihan dan khusus jangka pangjang dan jangka pendek.
Perkara ini telah pun dilaksanakan pada tahun 2014 dimana guru-guru yang ingin
menjadi guru besar atau pengetua disyaratkan mepunyai sijil NPQEL (National
Professional Qualification for Educational Leaders.) Kursus ini dapat membimbing
bakal-bakal guru besar dan pengetua memimpin dan mentadbir sekolah dengan
cemerlang. Hal ini adalah untuk meletakkan seseorang pemimpin sekolah yang
benar-benar komited dan berkaliber dalam memimpin dan membentuk atos, watak,
kecemerlangan sekolah selaras dengan kehendak kementerian menjadikan sekolah
berprestasi tinggi. Sekarang ini telah menjadi kerungsingan para guru kerana melihat
kepada kekosongan jawatan pentadbir. Ramai guru-guru tidak mahu mengisi
jawatan bidang pengurusan terutama menjadi guru besar apabila baka-bakal guru
besar dimestikan menghadiri kursus NPQEL tersebut kerana mereka perlu berkuliah
serta diwajibkan menjalankan praktikal sebagai guru besar disekolah-sekolah yang
tertentu yang dipilih.
., Pemimpin sekolah hendaklah bertingkahlaku yang menepati zaman dan
masa kini sesuai dengan SBT. Kepimpinan autokratik dan laizess-faire sudah tidak
ada tempat dalam era sekarang. Pengurus sekolah perlu mengelakkan diri daripada
dibenci atau lebih teruk lagi dimaki oleh pengikut bawahan kerana stail
pengurusannya. Sebaik-baiknya pengurus sekolah perlu menjadi seorang yang

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

supportif dan partisipatif supaya guru-guru di bawah akan menjadi pengikut dan
penyokong. Visi Sekolah, Misi Sekolah, Moto Sekolah dan Slogan Sekolah perlu
dijadikan medium untuk mencapai matlamat pengurusan di sekolah.
Isu dan cabaran yang seterusnya adalah dalam pengurusan sekolah.
Pengurusan yang baik akan dapat menjadikan pentadbiran sekolah berjalan dengan
lancar,. Segala aktiviti dapat dirancang dengan baik, pelaksanaan perancangan dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Dalam penilaian bagi menentukan kedudukan gred
purata sekolah(GPS), nilai yang diambilkira adalah pengurusan sekolah. Jika nilai
GPS baik, bermakna pengurusan sekolah adalah baik. Sekolah akan bergerak kea
rah SBT. abaran ketiga SBT yang ingin melahirkan pengurusan sekolah berkualiti dan
strategik memerlukan pengurus sekolah memahami dan melaksanakan dengan
menyeluruh 8 cabang pengurusan sekolah. Ianya meliputi pengurusan kurikulum,
pengurusan kokurikulum, pengurusan am dan pejabat, pengurusan fizikal sekolah,
pengurusan kewangan sekolah, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan personal/
sataf dan pengurusan dengan komuniti. Kesemua bidang ini perlu dilaksanakan
serentak oleh pengurus sekolah bagi menjamin iklim kerja dan belajar yang kondusif
di sesebuah sekolah.
Isu dan cabaran tentang professional guru juga merupakan cabaran
yang terpenting dalam menjadikan sekolah biasa menjadi sekolah
berpretasi tinggi. Mana tidaknya, segala pelaksanaan dasar pendidikan
adalah dibawah tanggungjawab guru. Guru memainkan peranan dalm
setiap bidang yang dinilai. SBT juga menggariskan tindakan profesional
warga guru sebagai cabaran keempat. Profesional berkait rapat dengan
ilmu, sikap dan kepakaran guru-guru. Sekiranya guru-guru kita tahu buat,
reti cara buat dan boleh buat, maka guru itu tinggi tahap profesional.
Cabaran ini yang sangat merumitkan kerana setiap hari di dada-dada
akhbar ada sahaja berita tentang salahlaku guru yang tidak menunjukkan
bahawa guru merupakan golongan yang berilmu dan professional. Apatah
lagi dalam dunia realitinya. Pelbagai jenis guru yang ada, termasuklah yang
malas kerja, ponteng, walaupun terdapat ramai juga yag begitu komited
terhadap tugas. Dalam jumlah yang sedikit tersebut, bukanlah sesuatu
perkara yang mudah untuk mengubah nilai dan sikap diri guru-guru

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

berkenaan.

Guru dapat dikategorikan kepada empat kategori

manusia (guru) yang ada . Iaitu kategori Tahu tetapi Tidak Mahu iaitu
pemalas, kategori Tidak Tahu dan Tidak Mahu seperti kayu mati,
kategori Tahu tetapi Mahu masih ada harapan dan kategori Tahu dan
Mahu yang diandaikan seperti Bintang. Pengurus sekolah perlu
mendorong pengikutnya supaya tidak tergolong sebagai pemalas dan
kayu mati. Bagi mengatasi cabaran ini pihak pengurus sekolah perlu
memainkan peranan. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak
putus, tepung tidak berselerak.
Kesimpulannya, untuk menghadapi cabaran pendidikan,
pengurus dan guru merupakan aset utama yang berperanan dalam
menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Mereka hendaklah
mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguhsungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan
modal insan kelas pertama. Mereka juga perlu berpandangan positif iaitu
memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan
kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan
manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan Negara. Kesediaan mereka
mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi
perlu dititikberatkan. Kerajaan sentiasa menyokong segala usaha pihak
sekolah bagi memenuhi aspirasi pendidikan Negara dengan
menganugerahkan ganjaran kepada SBT . Seharusnya apabila kriteria
pemimpin dan guru yang dinyakan dimiliki oleh majoriti pengurus dan guruguru sekolah di Malaysia, nescaya sekolah di Malaysia akan dapat
membentuk SBT melebihi daripada jumlah yang disasarkan. Demikian itu. ,
negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya di bidang pendidikan
standing dengan kehebatan pendidikan Negara-negara yang mempunyai
taraf pendidikan yang tinggi.

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

PENUTUP
NKRA Pendidikan sebagai langkah awal kepada transformasi pendidikan
yang komprehensif Kejayaan awal ke arah mencapai sasaran NKRA akan
menjadi asas dalam meningkat. Keberhasilan pelajar serta meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti. Walaupun program yang dirancang penting
bagi proses reformasi sistem pendidikan sedia ada, namun ini merupakan
hanya langkah awal ke arah transformasi sistem pendidikan secara
menyeluruh. Banyak perkara lagi perlu dilakukan bagi meningkatan kualiti
sistem pendidikan di Malaysia supaya menjadi salah satu sistem pendidikan
yang terbaik di dunia.
Negara-negara lain telah membuktikan untuk meningkatkan
kualiti pelajar merupakan satu usaha yang amat mencabar, namun mampu
dicapai. Bagi memastikan kejayaan dalam melaksanakan transformasi
pendidikan di Malaysia, kami akan memberi fokus kepada pengupaya kritikal
seperti menarik dan menghasilkan guru dan pemimpin sekolah yang
cemerlang Kualiti sistem pendidikan bergantung pada kualiti guru.
Sehubungan itu, pihak pengurus sekolah dan guru-guru hendaklah komited
dalam memastikan transformasi sistem pendidikan berjaya dilaksanakan
dengan menggalakkan lebih ramai individu berbakat menjadi guru,
menghasilkan guru yang cemerlang serta memastikan pengajaran dijalankan
secara konsisten kepada semua pelajar. Kementerian Pendidikan hendaklah
secara berterusan mengkaji dan menambahbaik kurikulum sekolah
cemerlang dan sekolah berpotensi cemerlang menggunakan standard
kurikulum serta meletakkan sasaran yang tinggi dan jelas. Usaha perlu
ditingkatkan supaya pendidikan kita setanding dengan pendidikan peringkat
global dengan acuan kita sendiri.

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Seterusnya memberi fokus kepada pengajaran pelbagai bahasa.


Pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bahasa boleh ditingkatkan di
sekolah-sekolah sekiranya kita mampu menyediakan guru-guru pakar dalam
bahasa-bahasa berkaitan. Memastikan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris diperkukuhkan pada semua peringkat pendidikan tanpa
mengabaikan penguasaan Bahasa Mandarin dan Tamil pada peringkat awal
pendidikan. Bagi memastikan tindakan yang dirancang ini berhasil,
reformasi dan transformasi di peringkat sekolah yang mantap perlu
dilaksanakan. Namum kejayaan reformasi ini bergantung kepada pemimpin
yang komited, mampan dan efektif pada semua.
Peranan rakyat sebagai ibu bapa kritikal turut berperanan dalam
meningkatkan keberhasilan pelajar . Kejayaan bagi mencapai sasaran yang
ditetapkan dalam NKRA Pendidikan banyak bergantung ke atas kerjasama
antara Kerajaan, pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa. Ibu bapa dan rakyat
amnya perlu memainkan peranan yang penting dalam pembanguan
pendidikan anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh meningkatkan kemahiran
literasi dan numerasi anak-anak masing dengan menjadikan aktiviti
membaca menarik seperti membaca dengan pelbagai intonasi dan emosi
serta menggunakan elemen masa, bentuk dan ukuran dalam perbualan
seharian dengan anak-anak.
Rakyat juga digalakkan mendaftar anak-anak berumur empat tahun
ke pendidikan prasekolah apabila diperkenalkan tahun 2012. Pendidikan
prasekolah akan dapat memberi permulaan awal untuk kanak-kanak untuk
berjaya pada masa hadapan. Apa yang telah dibincangkan sejelas-jelasny
adalah untuk mencapai objektif pendidikan. Tugas murni yang diamanahkan
kepada pendidik bagi menghasilkan pelajar cemerlang, sekolah berprestasi
tingg dan kecemerlangan pendidikan yang setandigan di peringkat
antarabangsa memerlukan kesepaduan pelbagai pihak. Sentiasa
memaksimumkan usaha semua warga kerja di sekolah terutamanya pelajar
Ia bersesuaian dengan kata-kata yang dipetik daripada Carol Ann Tomlinson
yang menyatakan Tugas utama sesebuah sekolah adalah
memaksimumkan kemampuan yang ada dalam diri setiap pelajar
Besarlah harapan kita agar pendidikan di Malaysia mencapai apa yang
dihajatkan oleh semua warga Malaysia menjelang tahun 2025 kelak. Usaha
tangga kejayaan.
GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

~~ SEKIAN ~~

RUJUKAN
Ahmad M.Y. (Tiada tarikh). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam di Masjid. Open University Malaysia.
Aizuwan S. (Tiada tarikh). Generasi Modal Insan Kelas Pertama [Atas
Talian]. [Diekses pada 18 Mac 2015].
KPM

(2013).

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

2013-2025

(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian


Pendidikan Malaysia. ISBN: 978-983-3444-53-3..
Salmi A.Z. dan Lim H.L. (2013). Mengkaji Kesahan Inventori Nilai
Integriti dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah. Universiti
Sains Malaysia.
Rahim

A.

(2012).

Tugas

Guru

Semakin

Banyak

dan

Mencabar.

Mengkaji Beban Tugas Berlebihan.


Rosleh (2010). Transformasi PTV ke Arah Melahirkan Modal Insan
Kelas Pertama.
Yero

J.L.

(2002).

The

Meaning

of

Education.

Teachers

Mind

Resources: http://www.TeachersMind.com.
Zailah J. (2007). Hubungan antara Kepimpinan Pengajaran Guru
Besar dengan. Kertas Final_Pembentangan_Seminar.

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

Muka Surat

Laman Sesawang
http://www.moe.gov.my/v/heblueprint
https://drjamiladimin.wordpress.com/2013/01/25/npqel-sebagai-prasyaratpelantikan-pengetuaguru-besar/
http://www.academia.edu/4542907/GENERASI_MODAL_INSAN_KELAS_PERTAM
A
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025
http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-20132025ringkasan
http://www.academia.edu/7963785/I_GLOBALISASI_DAN_CABARAN_PENDIDIK
AN

LAMPIRAN
JADUAL : KEDUDUKAN NEGARA DALAM
PISSA
1. Bacaan
2. Matematik
Ked Negara
Skor Kedu- Negara
umin. dukan
duk
an
1
Shanghai 556 1
Shangha
-China
i-China
2
Korea
539 2
Singapur
Selatan
a
3
Finland
536 3
Hong
Kong
4
Hong
533 4
Korea
Kong
Selatan
5
Singapur 526 5
Chinese
a
Taipei
..... ............ ..... ........ ............
..... ............ ...
...
............
..
...
26
Hungary
494 24
Austria
Purata
OECD

Purata
OECD

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

562

Negara serantau
yang setara
3. Sains
Kedu Negara
Skor
min.
duka
n
1
Shanghai 575
-China
2
Finland
554

555

546

543

.......
...

.......
....

496

20

Skor
min.

600

Hong
Kong
Singapur
a
Jepun

549

............
............
......
Amerika
Syarikat
Purata
OECD

........

542
539

502

Muka Surat

27

Portugal

497

25

Poland

495

21

.....
.....

............
............
..
Kesatuan
Rusia
Purata
Antaraba
ngsa
Chile
............
............
..
Thailand
............
............
..
MALAYS
IA
............
............
..
Indonesi
a

.....
...

........
...

.......
...

.......
....

459

41

............
............
...
Croatia

460

40

42

43
.....
.....
52
.....
.....
54
.....
.....
61

449
.....
...

42
........
...

421
.....
...

52
........
...

414

57

.....
...

........
...

402

67

Purata
Antaraba
ngsa
Israel
............
............
...
Thailand
............
............
...
MALAYS
IA
............
............
...
Indonesi
a

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]

447
.......
...

41
.......
....

419
.......
...

51
.......
....

404

52

.......
...

.......
....

371

65

Republik
Czech
............
............
......
Greece
Purata
Antaraba
ngsa
Malta
............
............
......
Thailand
............
............
......
MALAYSI
A
............
............
......
Indonesia

500
........

470

461
........

425
........

422
........

383

Muka Surat

Anda mungkin juga menyukai