Anda di halaman 1dari 23

TOPIK13

MERUMUS DAN MENGUJI HIPOTESIS

MERUMUS DAN MENGUJI HIPOTESIS


Satu hipotesis adalah kenyataan tentative bagi cadangan penjelasan yang mungkin
bagi beberapa fenomena atau peristiwa.

Hipotesis yang berguna adalah kenyataan

yang boleh diuji.Satu hipotesis tidak sepatutnya dikelirukan dengan satu teori.Teori-teori
adalah penerangan umum yang berasaskan data yang banyak.Sebagai contoh, Teori
evolusi diaplikasi kepada semua benda hidup dan berasaskan pencerapan yang
meluas. Walau bagaimanapun

terdapat banyak perkara tenang evolusi yang tidak

difahami sepenuhnya seperti jurang-jurang antara rekod fosil. Banyak hipotesis telah
dicadangkan dan diuji.
Hipotesis-hipotesis adalah ramalan tentang perhubungan antara pemboleh ubah.
Indikator bagi membentuk hipotesis (PPK 1994).

Cadangkan penerangan yang sesuai dengan bukti


Cadangkan satu penerangan yang sesuai dengan prinsip-prinsip sains
Gunakan pengetahuan terdahulu untuk menghasilkan satu penerangan
Berhati-hati kerana terdapat lebih daripada satu cara untuk menerangkan apa

yang berlaku dan peristiwa.


Berhati-hati bahawa penerangan hanyalah satu cadangan.

Bilakah hipotesis digunakan?Kata kuncinya adalah boleh diuji.Iaitu , anda akan


melakukan satu ujian tentang bagaimana dua pemboleh ubah mungkit berkaitan.
Ini adalah bila anda melakukan eksperimen yang sebenar.Anda menguji pemboleh
ubah-pemboleh ubah. Selalunya, satu hipotesis berasaskan pemerhatian terdahulu
seperti

mendapati bahawa pada bulan November banyak pokok-pokok mengubah

warna daunnya dan suhu purata harian sedang menurun. Adakah kedua-dua peristiwa
ini berkaitan?Bagaimana?Sebarang prosedur amali yang anda ikuti tanpa hipotesis
bukanlah eksperimen yang sebenar. Ia hanyalah satu latihan atau demonstrasi tentang
apa yang telah diketahui.

135

Bila anda membina hipotesis?

Sebelum eksperimen dijalankan


Hipotesis memberikan panduan bagi penyiasatan tentang data yang dikumpul.

Merumus hipotesis?

Memulakan penyelesaian yang

dicadangkan atau hasil yang dijangkakan bagi

eksperimen. Cadangan penyelesaian kepada masalah ini mestilah diuji.


Bagaimana hipotesis ditulis?
1.Coklat boleh menyebabkan jerawat
2.Garam dalam tanah boleh menjejaskan pertumbuhan pokok
3.Pertumbuhan bakteria boleh dipengaruhi oleh suhu
4.Sinar ultra ungu boleh menyebabkan kanser kulit
5.Suhu boleh menyebabkan perubahan daun.
Semua ini adalah contoh-contoh hipotesis kerana ia menggunakan perkataan boleh.
Walau bagaimanapun, bentuk pernyataannya tidak menggambarkan bagaimana anda
akan membuktikannya. Jika pernyataan ini tidak ditulis dengan berhati-hati, Ia mungkin
tidak mempunyai hipotesis. Sebagai contoh, jika kita katakana pokok-pokok akan
bertukar warna jika ia sejuk .Kita membuat ramalan. Atau jika kita tulis sinaran ultra
ungu menyebabkan kanser kulit

boleh jadi satu rumusan. Satu cara untuk

mengelakkan kita melakukan kesalahan yang mudah adalah untuk menggunakan


bentuk hipotesis yang formal.

Implikasi pengajaran

Penyataan perhubungan yang mungkin wujud antara dua pemboleh ubah-jika


136

maka
Eksperimen saintifik yang formal mengandungi hipotesis dan pemboleh ubahpemboleh ubah kawalan.

Masalah 1: Apakah faktor-faktor yang menentukaan kadar sesuatu objek jatuh mellalui
udara?
Pemboleh ubah yang mungkin :
a)
b)
c)
d)

Isipadu sesuatu objek


Luas permukaan sesuatu objek
Jarak ia jatuh
Berat objek.

Membentuk hipotesis:
a) Jika isipadu objek meningkat, kadar dimana ia jatuh melalui udara akan
mengurang
b) Jika luas permukaan sesuatu objek meningkat,

maka kadar ia jatuh melalui

udara akan mengurang.


c) Jika jarak ia jatuh lebih panjang maka lebih cepat ia jatuh melalui udara.

Masalah 2: Kenapa dalam rumah lebih panas daripada ditempat lain?


Pemboleh ubah yang mungkin adalah:
a) Suhu diluar
b) Lokasi rumah
c) Bilangan bukaan keluar

Bina hipotesis:
a) Semakin tinggi suhu luaran semakin tinggi suhu dalam rumah
b) Lebih dekat rumah dengan khatulistiwa lebih tinggi suhu dalam rumah.
c) Lebih curam atap, lebih tinggi suhu di dalam rumah.
137

d) Lebih banyak bukaan keluyar, lebih rendah suhu dalam rumah.

Aktiviti 1.
1. Potong satu hujung straw supaya menjadi satu titik dan tiub hujung straw ini
untuk menghasilkan satu bunyi. Cerap nada bunyi yang dihasilkan (tinggi atau
rendah).
2. Soalan : Bagaimana panjang straw mempengaruhi nada bunyi yang dihasilkan ?
Cadangan hipotesis anda adalah ;

3. Gunting

straw yang lain kepada 5 bentuk yang sama pada panjang berbeza,

tiub hujung straw dan perhatikan bagaimanakah bunyi yang dihasilkan.


4. Susun kelima-lima straw dalam susunan daripada nada yang tertinggi kepada
nada yang terendah dalam kotak berikut.

Tertinggi

138

V
Terendah

5. Adakah penyelidikan anda membuktikan hipotesis?

AKTIVITI 2

Bagi setiap masalah yang disenaraikan berikut, senaraikan tiga pemboleh ubah yang
boleh mempengaruhi pemboleh ubah bergerak balas.Catatkan satu hipotesis bagi tiap
pemboleh ubah yang disenaraikan.
Kenapa sesuatu haiwan tidak bernafas pada kadar yang sama sepanjang masa?

Pemboleh ubah 1:
Hipotesis 1:.

Pemboleh ubah 2:.


Hipotesis 2:.
Pemboleh ubah 3:.
Hipotesis 3:.

Sariah hendak mencari penyelesaian


139 kepada masalah;
Apakah yang mempengaruhi kadar pertumbuhan pokok.

1. Apakah hipotesis yang mungkin bagi kajiannya?


(A)

Tumbuhan membina makanannya sendiri

(B)

Selepas beberapa minggu tumbuhan akan jadi lebih tinggi.

(C)

Banyaknya air akan mempengaruhi pertumbuhan sesuatu pokok.

(D)

Pertumbuhan sesuatu pokok diukur dengan mengira bilangan daun.

2. Anda diberi wayar kontantan, suis, satu ammeter (0-1 A), satu Volt meter (05V), satu rheostat, 3 bateri, pemegang bateri dan wayar penghubung.
Lakukan satu eksperimen bagi mengkaji kesan panjang keatas rintangan
(a)

satu konduktor.
Nyatakan tiga pemboleh ubah dalam kajian ini

..
..
.

(b)

Nyatakan satu Hipotesis yang boleh dibina untuk kajian ini.

Apakah corak perubahan panjang wayar kontantan dalam kajian ini?


...

140

Pilih lima eksperimen daripada huraian sukatan pelajaran , buat satu hipotesis
bagi tiap eksperimen tersebut.

www.accessexcellence.org/LC/TL/filson/writhypo.html

Ostlund,K.L.(1992).

Science

Process

Skills:Assessing

hands-on

student

performance.Menlo Park, CA:Addison Wesley Publishing Company


Shepardson,D.P.,& Britisch,S.J.(2001). The role of childrens journals in
elementary school

science

activities,

Teaching,38(1),43-69.

TOPIK

MENTAFSIR DATA

14

MENTAFSIR DATA

141

Journal

of

Research

in science

Dalam penyiasatan anda mungkin telah mengumpulkan beberapa data kuatatif


kemudian anda perlu menerangkan pola-pola atau perhubungan berasaskan maklumat
yang dikumpulkan. Langkah pertama dalam mentafsir data adalah apakah data yang
anda hendak dapatkan bersama-sama. Anda boleh memikirkan penyiasatan yang ingin
dilakukan, menggambarkan apa yang akan berlaku dan menentukan apakah jenis
maklumat yang anda perlu perolehi bagi menerangkan apa yang berlaku. Bagaimana
anda mengatur kajian anda supaya anda boleh mentafsirkan hasilnya.
Kemahiran ini digunakan bila;

Membuat kesimpulan daripada data yang dikumpulkan


Mengenalpasti corak daripada data yang dikumpulkan
Menyatakan perhubungan daripada data yang dikumpulkan
Membuat pernyataan daripada data yang dikumpulkan
Menyatakan kesimpulan yang disokong oleh data.

Mengapakah kemahiran ini penting?

Untuk melihat perhubungan di antara pemboleh ubah

Untuk membuat keputusan.

Satu daripada cara terbaik untuk mengorganisasi data untuk pentafsiran adalah dengan
menjadikannya dalam bentuk visual seperti graf, carta atau histogram. Jadual data
sampel dengan graf daripada computer atau data dan kalkulator adalah alatan berguna
bagi membina graf.

Activiti 1
1. Lihat Jadual maklumat daripada laporan pengguna, berikutSeptember 2009.
Tuala
kertas

Harga
segulungl

Tuala
segulun
g

Luas
segulung

142

Harga
setiap
tuala

Harga se kaki
persegi

Waja

92 sen

50

40

Kelisa

83 sen

90

71

Viva

96 sen

88

73

Wira

77 sen

70

73

Kancil

74 sen

124

88

Saga

71sen

115

79

Rusa

67sen

100

74

Kembara

76sen

102

72

Myvi

59 sen

110

75

Tiara

76 sen

110

77

i.
ii.

Kira harga satu tuala bagi tiap jenama


Kira kos sekaki persegi bagi tiap jenama tuala

iii.

Jenama yang manakah yang paling murah bagi satu tuala?

iv.

Jenama manakah yang paling mahal bagi tiap tuala ?

v.

Jenama tuala yang manakah yang paling murah bagi tiap kaki persegi?

vi.

Jenama tuala yang manakah yang paling mahal bagi tiap kaki persegi?

vii.

Yang manakah yang paling baik untuk dibeli?


Kenapa?............................................................................................

AKTIVITI 2
Baca Jadual berikut dan jawab soalan-soalan tentang maklumat tersebut.
Nama(Tahun

aktiviti

Lokasi

Tinggi ( meter)

Colima(1986)

Mexico

4268

Redoubt(1966)

Alaska

3108

Iliamna(1978)

Alaska

3075

terakhir)

143

Mount St Helen(1986)

Washington

2950

Shissaldin(1981)

Aleutan Islands

2861

Veniaminof(1884)

Alaska

2507

Pavlof(1984)

Aleutan Islands

2504

El Chicon(1983)

Mexico

2225

Makushin(1980)

Aleutan Islands

2036

Trident(1963)

Alaska

1832

Great sitkan(1974)

Aleutan Islands

1740

Akutan(1980)

Aleutan Islands

1303

Kiska(1969)

Aleutan Islands

1303

Sequam(1977)

Alaska

1054

i.

Berapakah ketinggian gunung berapi aktif yang paling

ii.

tinggi?........................................................................
Berapakah ketinggian gunung berapi aktif yang paling rendah?
...............................................

iii.

Apakah perbezaan ketinggian antara gunung berapi aktif yang tertinggi


dengan yang terendah?

iv.

Apakah tarikh aktiviti gunung berapi yang terdekat?


...............................

v.

Apakah tarikh aktiviti gunung berapi yang paling tidak


terkini ?.................................

vi.

Berapa tahunkah jarak masa antara aktiviti terkini dengan aktiviti paling
tidak terkini?..............................

144

1. Hasil satu eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1.

Panjang ranting (cm)

Panjang

bayang-bayang

(cm)
10

20

12

30

22

40

29

50

40

Jadual 1
Manakah diantara berikut yang benar?
(A)

Panjang diukur dalam meter.

(B)

Panjang ranting berkurangan

(C)

Panjang baying-bayang mengurang secara konstan.

(D)

Panjang ranting meningkat dengan panjang baying-bayang.

2. Jadual berikut menunjukkan masa yang diambil dalam hari bagi rama-rama
dan nyamuk untuk berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang
seterusnya. Beri tafsiran anda daripada data yang diberikan.
Rama-rama

Nyamuk

Peringkat

Masa yang diambil (hari)

Masa yang diambil (hari)

Telur ke larva

10

Larva ke pupa

21

10

Pupa ke dewasa

21

145

Tutorial 1
(1) Dapatkan bungkusan makanan dan bawa ke kelas
(2) Secara berhati-hati, kenalpasti tiap label makanan tersebut dengan menggunakan
jadual bagi kategori kandungan bahan-bahannya.
Adakah sebarang bahan yang dinyatakan tidak anda kenali?Adakah anda fikir makanan
yang diproses satu pilihan yang baik dalam hidup anda?Terangkan.

Tutorial 2
1) Dapatkan sebarang data daripada surat khabar, majalah, internet tentang sebarang
topik.
2) Kenalpasti pemboleh ubah bersandar dan pemoleh ubah bebas daripada data yang
dikumpulkan.
3) Lukis graf untuk mewakili data anda.

146

TOPIK15

MENGEKSPERIMEN/ MELAKUKAN UJIKAJI

Satu cara bagaimana kita menjalankan penyiasatan adalah melalui eksperimen.


Dalam sesuatu eksperimen, kita harus bertanya bagaimana satu pemboleh ubah
boleh mempengaruhi pemboleh ubah yang lain. Secara idealnya, sesuatu eksperimen
dijalankan untuk mendapat jawapan atau peneyelesaian kepada sesuatu persoalan
atau masalah. Sesuatu eksperimen sesungguhnya melibatkan membuat ujian
hipotesis dan kawalan pemboleh ubah.

Eksperimen ialah proses saintifik


dimana kita menyiasat kesan
suatu perubahan terhadap
perubahan yang lain.

Di dalam eksperimen, kita menggabungkan kedua-dua proses sains, kemahiran


asas dan juga kamahiran bersepadu. Sesuatu eksperimen boleh bermula
dengan satu persoalan. Kita boleh pertimbangkan yang berikut sebagai langkah
menjawab persoalan ini :

147

Mengenalpasti pembolehubah

Merumuskan hipotesis

Mengenalpasti faktor-faktor sebagai pemalar

Membuat definisi pengoperasian

Mereka bentuk penyiasatan

Menjalankan ujian berulangan

Mengumpul data

Mentafsir data

Fenomena alam semulajadi adalah kompleks dan biasanya melibatkan banyak


faktor atau pembolehubah. Oleh itu untuk mengkaji peristiwa alam semulajadi
ini secara sistematik, kita uraikan peristiwa-peristiwa ini mengikut pemboleh
ubah supaya kita boleh lihat bagaimana satu pembolehubah memberi kesan
kepada pembolehubah yang lain.

Hipotesis dinyatakan untuk meramal bagaimana satu pembolehubah


boleh memberi kesan kepada pembolehubah yang lain. Satu kaedah
penyiasatan dibentuk untuk menguji hipotesis ini. Definisi pengoperasian untuk
pembolehubah-pembolehubah

dikenalpasti

dan

selepas

itu

eksperimen

dijalankan. Pemerhatian yang teliti dan data yang diperolehi direkodkan. Jadual
dan graf boleh digunakan untuk menyampaikan keputusan ini. Dan akhir sekali
membuat inferens, rumusan dan cadangan dan penambahbaikan.

AKTIVITI 1

148

1.

Icy Finger
a) Penyataan Masalah : Bagaimanakah persekitaran yang sejuk memberi
kesan kepada deria sentuhan kita?
b) Kenalpasti pembolehubah yang boleh dimanipulasi : tangan hangat dan
tangan sejuk
Keputusan untuk diukur : Masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan
dengan tangan sebelum dan selepas direndam ke dalam air sejuk berais.
c) Mengenalpasti faktor-faktor untuk dimalarkan : contohnya, bilangan kayu
pencungkil untuk dimasukkan ke dalam bekas melalui lubang kecil.
d) Merumuskan hipotesis :
Masa yang diambil untuk memasukkan ke
dalam bekas kesemua 15 batang kayu pencungkil melalui lubang kecil
adalah lebih lama selepas tangan direndam berbanding masa yang
diambil untuk aktiviti sama sebelum tangan direndam ke dalam air sejuk
berais.
e) Membuat definisi pengoperasian :

Untuk mengukur deria sentuhan, ,

masa yang diambil untuk memasukkan 15 batang kayu pencungkil


melalui lubang kecil pada bekas, sebelum dan selepas tangan direndam
f)

ke dalam air sejuk berais selama 30 saat.


Mereka bentuk kajian :
Apa yang saya perlukan?
5 batang kayu pencungkil, satu bekas berisi ketulan ais, satu pinggan
kecil, satu bekas plastik dengan penutup, 1 pin tekan, 1 jam randik.
Apa yang saya perlu buat?
i)

Potong kayu pencungkil kepada 3 bahagian. Lakukan sama

ii)

kepada kesemua 5 batang kayu pencungkil.


Guna pin tekan untuk membuat satu lubang kecil pada penutup
bekas plastik. Lubang hendaklah membolehkan batang kayu

iii)

pencungkil masuk.
Mulakan jam randik apabila anda mula mengambil batang kayu
pencungkil dari pinggan dan masukkan ke dalam lubang pada
penutup bekas plastik. Berapa lamakah masa yang diambil untuk

memasukkan kesemua 15 batang kayu pencungkil?


g) Sekarang masukkan dan rendam tangan ke dalam bekas ketulan ais
selama 30 saat. Lapkan tangan dan masukkan kayu pencungkil ke dalam
lubang pada penutup bekas plastik seperti dilakukan tadi. Berapa
149

lamakah masa diambil untuk memasukkan kesemua 15 batang kayu


pencungkil?
h) Lakukan ujian ulangan :

Jalankan ulangan eksperimen sebanyak tiga

kali dan dapatkan masa purata.

i)

Mengumpul data
Masa (saat)
1st
cubaan

2nd
cubaan

3rd
cubaan

Purata

Tangan tidak rendam dalam air berais


Tangan direndam dalam air berais
j)

Analisis dan mentafsir data :


Purata masa untuk sempurna task:
Sebelum tangan direndam dalam air berais = _____ saat
Selepas tangan direndam dalam air berais = _____ saat
Apabila tangan sejuk, semakin kurang aliran darah ke kulit. Kulit menjadi
semakin kurang sensitif dan akan menjadi kebas mengurangkan deria
rasa. Itulah sebab lebih susah untuk memegang kayu pencungkil.

k) Buat rumusan yang menjawab penyataan masalah.


Hipotesis diterima. Masa yang diambil untuk memasukkan kesemua 15
batang kayu pencungkil ke dalam lubang adalah lebih panjang selepas
tangan direndam ke dalam air berais berbanding masa sebelum tangan
direndam.

150

AKTIVITI 2
Pengelap muka terbaik
a) Penyataan Masalah : Jenama tuala kertas pembersih muka yang
manakah yang terbaik?
b) Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang boleh dimanipulasi dan
hasil yang akan diukur/ dicerap.
c) Kenalpasti faktor-faktor yang dikekalkan malar
d) Merumuskan hipotesis :
Tekaan bijak

yang

berkait

dengan

pembolehubah yang dimanipulasi dengan responding variable.


e) Membuat definisi pengoperasian : Bagi takrifan terbaik bagi tuala kertas
f)

pembersih muka
Mereka bentuk ujian :

Senaraikan langkah-langkah bagi melaksana

eksperimen. Gambar rajah boleh dimasukkan untuk memberi gambaran


yang lebih jelas.
g) Menjalani ujian ulangan : Laksanakan ujian sekurang-kurangnya tiga kali
untuk mendapatkan bacaan purata.
h) Mengumpul data : Gunakan jadual untuk merekodkan data.
i) Menganalisis dan mentafsir data : Sampaikan keputusan berbentuk
j)

jadual/ carta/ gambar rajah dan jelaskan apa hasil yang diperolehi.
Buat satu rumusan yang boleh menjawab penyataan masalah.

a. Senaraikan kemahiran proses sains asas dan bersepadu.


b. Kenalpasti satu masalah yang anda boleh buat kajian. Reka bentuk satu
eksperimen untuk mendapatkan jawapan kepada masalah tersebut. Di

bawah adalah beberapa contoh :


Apakah yang mempengaruhi kadar pernafasan seseorang?
Apakah yang mempengaruhi kadar jauh gelang getah terbang?
Bolehkah pokok hidup jika baja terlalu banyak?
Adakah perkaitan antara saiz biji benih dengan tempoh bertunas?
Sejauh mana cat itu waterproof?
151

Laksanakan Eksperimen Bandul (Pendulum Experiment)


Bincangkan hasil eksperimen bandul

Baca Guide to Science Experiments dan rancang penyiasatan sendiri.


Read Skamp (2004), Appendix 2.3 pg 83

Skamp, K. (Ed.), (2004) Teaching primary science constructively (2nd


ed.). Melbourne, Australia: Thomson Learning.
Bailer, J., Ramig, J.E., Ramsey J.M. (1995).

Teaching Science

Process Skills. USA: Good Apple.


Fiel, R.L., Funk, H.J., Rezba, R. J., Sprague C., (1995). Learning and
Assessing SCIENCE Process Skills (3rd edition). Iowa: Kendall / Hunt
Publishing Company.

Klindworth, A. (2004). Science Experiments you can eat. Melbourne:


Deakin University.
Martin, D. J. (2001). Constructing Early Childhood Science. Albany, New
York: Thompson Learning
Poh Swee Hiang. (2005). Pedagogy of Science. Volume 1.Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

152

Tytler, T. (2000) The Science of Toys and Tricks.

Activities Book.

Melbourne: Deakin University.

www.longwood.edu/cleanva/images/sec6.processskills.pdf
www.pdfgeni.com/book/science-skills-worksheet-experimenting-skills-pdf.html
www.kids-science-experiments.com/
www.surfnetkids.com/science_experiments.htm
www.stevespanglerscience.com/experiments/

TUTORIAL
Eksperimen Bandul

Bahan-bahan :

Benang
Ring stand
Washers (atau apa saja bahan yang boleh diubah berat)
Pembaris Meter
Second hand (jam randik)
Helaian kerja (muka surat seterusnya)
Model laporan eksperimen

Laporan Eksperimen

153

Bandul ialah sesuatu objek yang gantung pada sesuatu titik dan diikat dengan
benang, wayar, atau tali. Apabila dilepaskan bandul itu akan berayun ke kiri dan
ke kanan. Mungkin anda pernah terbaca tentang eksperimen bandul yang
dilakukan oleh Galileo dan Foucault, yang telah memberi sumbangan penting
kepada kemajuan sains. Bayangkan suatu bandul. Apakah pemboleh ubah
yang mempengaruhi ayunannya? Senaraikan jawapan di bawah :

Pemboleh ubah 1 ________________________________________________


Pemboleh ubah 2 ________________________________________________
Pemboleh ubah 3 ________________________________________________

Reka bentuk satu siri eksperimen yang boleh menguji setiap pemboleh ubah di
atas yang boleh mempengaruhi ayunan atau frekuensi bandul. Frekuansi
ayunan bandul ialah masa yang di ambil untuk membuat satu kitaran ayunan
(ia itu dari tempat bermula balik semula ke tempat mula). Anda memerlukan
sekurang-kurangnya tiga eksperimen satu untuk setiap pemboleh ubah. Ini
memerlukan anda menulis satu hipotesis untuk setiap eksperimen. Mengawal
semua pemboleh ubah yang tidak diuji adalah sangat penting dalam siri
eksperimen ini.

Penyiasatan sendiri

Di sini anda berkesempatan untuk mengaplikasi semua kemahiran


proses sains yang telah anda pelajari. Anda boleh mendapat maklumat dengan
cara mengedarkan soalselidik dan jalankan satu survey untuk menjawab
persoalan-persoalan tersebut.

154

Tugasan anda

1. Kemukakan satu soalan berkaitan tentang peristiwa fizik atau biologi. Pastikan
topik itu memberi kemungkinan untuk melakukan eksperimen. Ujian pengguna
memberi peluang baik untuk projek permulaan. Topik-topik yang baik mungkin
timbul daripada hobi, minat, aktiviti, atau kemahiran anda.

2. Tetapkan sama ada anda hendak melakukan eksperimen atau soalselidik.

3. Siapkan rancangan soal selidik. Bincang rancangan anda dengan pensyarah


secara dalam talian dan dapatkan persetujuan beliau.

4. Senaraikan kemungkinan pemboleh ubah. Pilih pemboleh ubah yang boleh


dimanipulasi dan juga responding variable.

Takrifkan pemboleh ubah

pengoperasian supaya ianya boleh diukur.

5. Tulis satu persoalan kajian yang spesifik.

6. Tulis satu hipotesis yang memberi focus kepada soalselidik itu.

7. Buat satu kajian perpustakaan dan tulis satu review literature berkenaan topik
yang telah anda pilih. Review literature merumuskan semua maklumat tentang
topik anda untuk menjadi satu laporan.

8. Reka bentuk satu soalselidik untuk mendapatkan data yang akan menjawab
persoalan kajian dan hipotesis. Kawal semua pemboleh ubah kecuali pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang boleh dimanipulasi dan juga responding variables.

155

9. Kumpul data. Ingatlah bahawa lebih banyak data adalah lebih baik.

10.

Kumpulkan semua hasil. Data kuantitatif hendaklah direkodkan di dalam


jadual data dan mungkin anda akan masukkan graf bagi membantu anda
mentafsir maklumat. Jangan lupa juga memasukkan data kualitatif di manamana perlu.

11. Tafsirkan data. Tulis rumusan, inferen dan perbincangan. Beri cadangan
penambahbaikan. Jangan terlalu umum. Contohnya, jika anda menguji satu
sahaja jenis benih sayuran bayam, maka tafsiran data mestilah merujuk kepada
jenis itu sahaja.

12. Sediakan satu laporan akhir menggunakan laporan kajian. Anda harus
bertanggungjawab kepada semua maklumat dan teknik penting.

Masalah Biasa Dalam Menjalankan Soalselidik

Saiz sampel yang kecil

Tiada kawalan keseluruhan kecuali pemboleh ubah yang dimanipulasi


dan responding variables.

Pengukuran kurang tepat.


Sifat pilih kasih dalam diri pengkaji. Perlu minda terbuka.
Bias dalam pemilihan populasi.

Cadangan Untuk Topik Anda

156

Bentuk pil manakah yang disukai oleh pelajar tablet, kaplet atau
kapsul?

Bentuk botol macam mana yang paling selamat childproof atau


tamperproof?

Sumber yang manakah dapat memanaskan cecair lebih cepat sumber


gas, elektrik atau gelombang mikro

Bagaimanakah warna memberi kesan dalam pemilihan minuman dalam


kalangan pelajar?

Rancangan dan Kelulusan Eksperimen

Topic Kajian
Pemboleh ubah yang dikawal
Responding Variable
Persoalan Kajian
Hipotesis
Pelan Pengumpulan Data
Bagaimanakah anda mengawal semua pemboleh ubah, kecuali pemboleh
ubah yang dimanipulasi dan responding variable?
Apakah alatan khas yang anda perlukan?

157

Anda mungkin juga menyukai