Anda di halaman 1dari 77

F R I D A Y, S E P T E M B E R 1 7 , 2 0 1 0

UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH


KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai,
Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan
dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada
keesokannya badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar,
kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikul Salleh.
Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan Rasulullah.
Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil
Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya
berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi
baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai
Melaka dan beliau bersembahyang di situ.
Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi
gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan
terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah
Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam
menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja
Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut
seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah
Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan mengembangkan
agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut
seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokohtokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat
berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan
Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam
seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti berkhatan.
Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan
wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja
Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat

ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan alQuran dan hadis.
4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal
iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca
oleh panglimapanglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan puisi atau
bidlan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada
teks
tersebut.
Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun
Fatimah.
5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai
pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat
pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulamaulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana Sadar
Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar
dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke
Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulamaulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan
ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi
menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan
bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan
gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat.
Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar,
alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain

HUBUNGAN DIPLOMATIK MELAKA


HUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA
Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit, India, dan
China .
Hubungan dengan Kerajaan Siam
Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera.
Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, tidak berkelahi dan tidak berdamai."
Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda
menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah:
"Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu
takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun
Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108)
Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur
Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala
seterunya."
Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit
untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya lembing
terpelanting ke tanah.
Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya
meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat
daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka
berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka
sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam
usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan
kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha
membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat diatasi.
Hubungan Melaka dengan Majapahit
Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah
menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit,
Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri
Majapahit itu.
Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.
Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain
itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali
tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka
ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun
Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara
yang bertujuan menghina Betara.
Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun
beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun

Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.


Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan
hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju
menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh
Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan
kepada hubungan kekeluargaan.
Hubungan Melaka dengan China
Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali
pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China
telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan
kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu
rendang.
Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel
sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih
memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan.
Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin
itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran
orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa
mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat
wajah Maharaja China dalam mongkor kaca.
Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja
Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim
surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka
berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan
diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas
sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan
kangkung.
Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah
kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana
Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei
bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat
yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja
Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China.
Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan.
Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja
China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan
ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu
diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu
berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.
Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi
kebesaran raja China.
Hubungan Melaka dengan Benua Keling
Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali
ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang
Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai.

Setiap helai mempunyai 40 perkara.


Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling.
Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian
pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim
menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap
akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu.
Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang
Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang
dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.
Posted by Cikgu Sastera 1 at 12:23 PM
Labels: 6.0 Hubungan a/bangsa

5.0 KEMEGAHAN DAN KEHEBATAN MELAKA


Dalam Sulalatus Sulalatus Salatin kebesaran raja yang memerintah digambarkan melalui perkaitan
keturunan raja dengan legenda Iskandar Zul-karnain. Unsur mitos juga dimasukkan bagi mengesahkan
dan mengukuhkan martabat raja-raja Malayu.
Pembukaan negeri Melaka turut dikaitkan dengan mitos dan peristiwa luar biasa. Umpamanya
kegagahan pelanduk yang menentang anjing perburuan. Kehebatan Melaka juga tergambar melalui mitos
kemasukan Islam.
Kehebatan Melaka juga digambarkan melalui adat-istiadat raja-raja Melaka serta langan-larangan
terhadap rakyat..
Turut digambarkan ialah keluasan empayar dan jajahan takluk yang luas meliputi Pahang, Terengganu,
Siak dan Inderagiri di Sumatera.
Melaka diceritakan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.Walau bagaimanapun
kehebatan Melaka sering ditonjolkan mengatasi negara-negara berkenaan dari pelbagai sudut. Sulalatus
Salatin memperkecilkan dan memandang rendah martabat raja negeri-negeri lain. Diceritakan kisah Raja
Pasai, Sultan Malikus-Salleh tertipu mengahwini anak gundik Raja Perlak aitu Puteri Ganggang. Raja
Pasai pernah ditangkap Awi Dicu dan dibawa ke Siam untuk dijadikan gembala ayam.
Ratu Majapahit pula disindir kerana tiada putera pewaris takhta. Diceritakan Puteri Majapahit iaitu Raden
Galoh Awi Kesuma berkahwin dengan anak angkat penyadap iaitu budak yang ditemui hanyut. Penyadap
dilantik pula sebagai Bentara Majapahit.
Tidak ketinggalan, raja China turut diperkecil-kecilkan kedudukannya. Sulalatus Salatin menunjukkan
kebijaksanaan utusan Melaka mengatasi pembesar-pembesar China, umpamanya Tun Perpatih Putih
berjaya melihat wajah Maharaja China melalui tipu muslihat. Beliau memberitahu makanan kegemaran
orang Melaka ialah sayur kangkung dimasak tanpa dipotong . Ketika waktu makan terpaksa mendongak
kepala untuk disuapkan ke mulut. Ketika mendongak, dapatlah melihat wajah raja China, sedangkan
rakyat China sendiri tidak pernah dapat melihat wajah raja mereka.
Sulalatus Salatin mencertitakan kisah raja China mendapat penyakit kedal kerana menerima kiriman
sembah daripada Sultan Melaka. Untuk mengubati penyakit kedal itu, raja China terpaksa minurn air
basuh kaki raja Melaka.
Kehebatan dan kebesaran Melaka turut digambarkan melalui kewibawaan pembesar-pembesar negeri
seperti Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Sulalatus Salatin menggambarkan tentang ketokohan
dan kebijaksanaan Bendahara Paduka RajaTun Perak dan Bendahara Seri Maharaja. Mereka memiliki
sifat kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Raja Melaka.
Tun Perak tidak pun menuntut bela ke atas Raja Muhammad Shah yang telah membunuh anaknya Tun

Besar kerana tidak mahu menderhaka. Tun Mutahir pula , kerana tidak mahu menderhaka, menerima
sahaja hukuman bunuh yang dikenakan kepadanya dan ahli keluarganya oleh Sultan mahmud Syah,
walaupun beliau tidak bersalah.
Pembesar Melaka digambarkan memiliki sifat keperwiraan dan semangat juang yang tinggi dalam
mempertahankan kedaulatan Melaka. Mereka juga memliki sifat pintar dan bijaksana
dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang tergambar pada utusan Melaka ke luar
negeri. Misalnya Menteri Jana Putera dan TunTelanai. Keagungan dan kebesaran Melaka ditegakkan
hasil sokongan padu serta kewibawaan para pembesar-pembesar.
Sulalatus Salatin tidak ketinggalan mengemukakan kisah keberanian panglima dan hulubalang Melaka
seperti Laksamana Hang Tuah, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Sura. Hulubalang Melaka begitu gagah
perkasa, berani dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka.
Tun Perak sendiri mengetuai angkatan perang angkatan Melaka menghadapi ancaman Siam. beliau
menggunakan kebijaksanaannya hingga berjaya mengusir angkatan Siam dengan menggunakan tipu
helah. Tun Perak turut mengetuai angkatan Melaka menyerang Pahang.
Tidak ketinggalan digambarkan juga kehebatan pahlawan-pahlawan lain seperti Seri Bija Pikrama, Tun
Bijaya Sura dan Seri Bija Diraja berjaya menakluki Pahang dan menangkap Maharaja Dewa Sura.
Posted by Cikgu Sastera 1 at 10:00 AM
Labels: 5 Kehebatan Melaka
Monday, February 7, 2011

4.1 MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAM


Melaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan Muhammad
Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan rakyat jelata.
Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan menerima Islam secara
langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi.
Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah berpandangan
dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat.
Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. Rasulullah s.a.w
memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jeddah dan orangorang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah menitahkan baginda menurut
kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan menurut segala kata-kata dan perintah
Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda terjaga dari mimpi.
Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam"
baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-henti.
Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat perlakuan
raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut "la ilaha i'l Allah,
Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73).
Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata baginda
adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang. Baginda juga
menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada waktu Asar nanti.
Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari Jeddah
berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun bersembahyang di
pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang bersembahyang, "Mengapa orang itu
tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73)

Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan rombongan
ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh Makhdum.
Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:11 PM
Labels: 4.1 Gambaran Islam

4 UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN


Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan
untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya
memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana
Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam
ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja
Melaka memeluk Islam.
Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam.
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani
dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka
yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh
nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar ZulKarnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300
ribu dinar emas (Cetera 1).
Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka
bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokohtokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar
Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat
berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang
diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaanperayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain
gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar
negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain)
(Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud
(Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan
nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya
Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah.
Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan
menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau
bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks
tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam
penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat
kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;
Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata,
makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )
Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana
igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat
bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam
dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan
dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu
agama.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di
istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke
Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama
berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus
Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...
Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa
Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiaptiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa
'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."
Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang
meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya
Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.
Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:09 PM
Labels: 4 Unsur Islam
Tuesday, January 25, 2011

3.1 Pembesar Melaka


Pembesar Melaka
Bendahara
Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan.
Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara
Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.
Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara
Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.
Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai
pemimpin tentera dalam peperangan.
Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka
Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun
Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari
takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan

majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.
Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil
negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.
Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana,
misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langitiangit.
Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara
berusungan pada hari raya.
Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.
Temenggung
Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama
mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.
Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam
oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur
tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.
Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.
Syahbandar
Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di
Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar
menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai
daripada pedagang- pedagang.
Laksamana
Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri
daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari
Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan
bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan
membunuh Hang Jebat yang menderhaka.
Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah.
Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina
atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak

membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di
hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.
Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:20 PM
Labels: 3.1 Pembesar

3 ASPEK KETATANEGARAAN
ASPEK KETATANEGARAAN
Takrif ketatanegaraan
Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara."
(Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)
Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan
negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lainIain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)
KONSEP RAJA
Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat,
mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf
dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)
Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.
Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat
terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar
Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.
Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja
Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu
dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.
Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah
Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja
Melaka.
Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka
kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.
Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan
Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat
tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya Bendahara Paduka
Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun
anaknya (Tun Besar) dibunuh. Bendahara Seri Maharaja pula tidak menentang hukuman bunuh yang
dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada
menderhaka kepada rajanya.
Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-

larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.


KONSEP KERAJAAN
Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada "satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja
dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah
negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)
Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang
memerintah.Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa
bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.Setiap
kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.
KONSEP NEGERI
Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan
takluknya." (Harun Daud. hlm 97)
Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang
dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.Raja memerlukan
negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang
strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan
unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang
tersendiri.
SISTEM PEMERINTAHAN
Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara
mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata
paling tinggi dan mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam
urusan kerajaan.
Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan
ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.
Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah,
misalnya dalam menjatuhkan hukuman mati.
Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja
ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti
memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.Hubungan
raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara
dikahwini oleh sultan. Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti
Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja.
Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing;
KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK
Kuasa politik Melaka melalui empat tahap perkembangan. Tahap pertama meliputi tahap pembukaan
Melaka semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah .
Pada tahap kedua ianya meliputi maman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman

pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid. Manakala tahap ketiga iaitu zaman
kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Tahap empat merupakan zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Syah.
Pembukaan Melaka
Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura.
Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor
pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah
menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka. Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang
kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.
Tahap Kegemilangan
Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar.
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat
pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.
Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir
Melaka dengan penuh kebijaksanaan. Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan
dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad.
Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas,
Kelantan dan Terengganu.
Tahap Kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud
Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.Sultan
Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud
Syah dianggap gila perempuan.
Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda
telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh
Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri.
Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai.
Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu.
Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana
meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.
Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan serangan dan penaklukan oleh Portugis yang
dipimpin oleh Alfonso de Albuquuerque.
Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:16 PM
Labels: 3 Ketatanegaraan

2 SIFAT SASTERA SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN


1. Tujuan Penulisan:

Untuk kegunaan kelompok istana seperti raja dan bangsawan.

Merakamkan kebesaran negara kota Melaka

Menggambarkan ketinggian martabat kerajaan Melaka

Mengagungkan kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka

2. Corak Penceritaan:
Mengandungi dua corak peristiwa iaitu peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan peristiwa fantasi,
dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.

Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.


Sifat sastera dilihat dari segi penggunaan bahasa dan teknik penulisan yang memasukkan unsur
puisi seperti syair dan pantun.

Selain itu sifat sastera dapat dilihat dengan adanya penggunaan dialog-dialog.
3. Kisah Negara Kota Melaka

Menitikberatkan peristiwa-peristiwa yang mengagungkan keturunan raja dengan mengaitkan dengan


unsur ajaib.
Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat iaitu keturunan Iskandar
Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan.
Gambaran pemerintahan penuh kebaikan seperti adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat.
Contohnya kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur
Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.
Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui
gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan seperti mementingkan protokol dan adat-istiadat
seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.
larangan memakai kain berwarna kuning, larangan memakai emas, keris tertentu dan
sebagainya.

Larangan bertujuan bertujuan mengekalkan status quo, kehebatan dan keistimewaan raja.
Membanggakan kejayaan Melaka mengatasi negara lain seperti dalam hubungan Melaka dengan
China, Melaka- Pasai dan lain-Iain .

4. Dari Segi Pertarikhan:


Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama
peristiwa sejarah sebenar.Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai
tarikh. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.

Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.

Pengisahan berpusat kepada satu keturunan dan tumpuan diberikan kepada keturunan raja
Melaka.

Sultan Muhammad Syah diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah' iaitu Sultan
Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.
5. Gaya Penceritaan:
Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.
Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota dengan cerita dikaitkan dengan
kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.

Mengagungkan negara-kota dan kehebatan pemerintahan raja-raja dan ketokohan pembesar


negeri.

Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang
kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya, hubungan diplomatik Melaka dengan Siam,
China,dan Pasai.
Menceritakan tentang kedatangan Islam ke Melaka dan Pasai
6 Watak-watak yang terdapat dalam Sulalatus Salatin terdiri dari watak-watak dari kalangan
Manusia seperti golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri, bangsawan,
rakyat jelata, hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.
Watak bukan manusia seperti seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing
perburuan, cacing gelang-gelang; orang-orang halus seperti hantu,dan Puteri Gunung Ledang.
7 Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera
sejarah yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian awal yang meliputi pengasasan negeri,
bahagian kedua yang berkaitan dengan kegemilangan danian ketiga yang meliputi bahagian
kemerosotan negeri.

Bahagian awal mengisahkan peristiwa penubuhan kerajaan negara kota yang meliputi
asal-usul keturunan raja- raja

kisah pembukaan negara kota

kemasukan Islam
Peristiwa-peristiwa tersebut dikaitkan dengan mitos, legenda, dongeng dan fantasi. Asal usul raja Melaka
dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh iaitu
anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan kemudian ghaib. Kemasukan Islam
dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.

Bahagian Kegemilangan: meliputi


Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.
Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.
Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan
lain-lain.
Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka dicapai sewaktu
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka
muncul sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Sulalatus Salatin menggambarkan juga peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini.
termasuk peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam serta Melaka
sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.
Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah

kekejaman dan kezaliman raja yangmemerintah.

Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.

Fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya berleluasa dalam kalangan
rakyat dan pemerintah.
Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.
Sulalatus Salatin menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah yang menggguna kuasa
dan kedudukannya untuk kepentingan diri, dan kepuasan seks. Sultan Mahmud Syah mengabaikan
rakyat, melakukan ketidakadilan, terkait dengan amalan rasuah dan pilih kasih.

Digambarkan juga pada bahagian kemerosotan ini pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir, serta
pertahanan negara kota yang lemah.Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan
menawan Melaka.

UNSUR SASTERA DALAM SULALATUS SALATIN

Sastera bermaksud hasil seni sama ada berbentuk prosa mahupun puisi. Oleh itu, segala bentuk
karangan sama ada hikayat, puisi, buku, serta risalah yang dianggap fenomena sastera dapat
dikatakan sebagai hasil-hasil kesusasteraan. Antara unsur-unsur sastera yang terkandung dalam
karya ini ialah:
Contoh pertama yang jelas dilihat adalah mengenai pengarang dan tarikh penulisan teksSulalatus
Salatin itu sendiri. Sulalatus Salatin adalah karya yang ditulis oleh Tun Muhammad atau nama
timang-timangannya Tun Sri Lanang dan bergelar Bendahara Paduka Raja.
Mukadimah yang terdapat pada halaman dua dan tiga antara lain mencatatkan:
"Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan rajaraja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang
kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia
daripadanya."
(Halaman: 3)
Tarikh Sulalatus Salatin ditulis adalah pada 'seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada
dua belas hari bulan Rabiulawal, kepada hari Khamis, waktu 'alduha..., Tarikh itu bersamaan 13
Mei 1612.
Perkara lain yang memperlihatkan adanya sifat sastera dalam teks Sulalatus Salatin adalah dari
segi gaya bahasa dan teknik penulisannya. Contoh yang jelas dalam teks ini ialah penggunaan
bahasa berirama sama ada pantun mahupun syair. Salah satu syair yang terdapat dalam teks ini
ialah:
Cau Panden anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung air mata.
(Halaman: 96)
Unsur-unsur puisi ini adalah untuk menggambarkan sesuatu peristiwa. Selain itu dapat
mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.
Teknik penceritaan Sulalatus Salatin memperlihatkan adanya unsur sastera kerana terdapatnya
penyelitan dialog oleh pengarang. Dialog dan aksi-aksi antara seseorang watak dengan watak
yang lain adalah ciri-ciri sastera menyimpang daripada tulisan-tulisan atau buku-buku sejarah
yang lebih mengutamakan fakta atau penulisan secara langsung. Contohnya dialog antara
Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana:

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi?
Kerana sembah patik ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada hamba Melayu itu dapat
menyalahi kehendak tuannya." Maka titah baginda, "Adalah hamba mendengar khabar paman
konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik parasnya, Jikalau dengan ikhlas paman,
initah yang hamba pohonkan".
(Halaman: 25)
Unsur mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin merupakan satu ciri sastera kerana unsur ini
mempunyai tujuan tertentu, seperti mengangkat martabat raja, bangsa, dan sebagainya. Mitos
Raja Suran turun ke laut memperlihatkan bagaimana golongan raja mampu melakukan sesuatu
perkara yang sukar dilakukan oleh rakyat.
Peristiwa kedatangan Islam ke Melaka juga dianggap sebagai satu mitos. Raja Kecil Besar
berpandangan dengan Rasulullah yang menunjukkan kejadian-kejadian dan pewarnaan sifat raja
yang luar biasa.
Raja China misalnya, mendapat kedal kerana menerima sembah daripada Sultan Mansur
Syah.dan dan hanya dapat diatasi dengan air basuh kaki Sultan Mansur Syah sendiri.
Sifat-sifat sastera dalam Sulalatus Salatin juga jelas dikesan melalui pembukaan-pembukaan
negeri atau tempat tertentu yang berunsur mitos. Melaka mendapat nama berdasarkan peristiwa
pelanduk putih menendang anjing perburuan Raja Iskandar Syah, dan peristiwa itu dilihat dari
bawah pokok Melaka. Singapura mendapat mendapat berdasarkan seekor singa yang dilihat oleh
Sang Nila Utama; dan kerana binatang itu kelihatan tangkas,
Dipercayai bahawa negeri yang dibuka akan maju dan kuat. Oleh itu, peristiwa-peristiwa aneh
berhubung kait dengan kepercayaan sehingga munculnya sesebuah negeri dalam Sulalatus
Salatin.
Unsur epik atau kepahlawanan dalam Sulalatus Salatin merupakan satu penonjolan sifat sastera
yang amat ketara. Melebih-lebihkan taat setia watak serta kekuatan yang luar biasa adalah
sebagai usaha menarik minat pembaca mendekati teks sastera.
Tuan Saidi Arab umpamanya, berjaya membunuh Cau Panden dengan memanah dari Melakadan
Cau Panden mati di Siam. Tun Omar, Seri Bija Diraja, Tun Bija Sura, Tuan Jana Khatib, dan
beberapa watak lagi masing-masing memperlihatkan legenda. Tuan Jana Khatib umpamanya,
berjaya membelah batang pinang hanya melaui tilikannya.
Sifat sastera lain yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin ialah plot. Plot ialah susunan atau
jalinan peristiwa yang ada kaitan dengan hukum, sebab, dan akibat. Plot adalah ciri penting bagi
penulisan hasil-hasi sastera berbentuk prosa sama ada cerpen, novel, mahupun hikayat-hikayat.
Penceritaan tentang negeri-negeri Singapura dan Melaka dalam Sulalatus Salatin adalah
berdasarkan pembinaan plot yang kompleks. Dijelaskan tentang bahagian awal cerita, iaitu
tentang pembukaan-pembukaan; bahagia-perkembangan plot diceritakan tentang perkembangan
kerajaan-kerajaan berkenaan manakala, bahagian akhir plot dijelaskan tentang kejatuhan negeri.
Pemaparan tentang sastera undang-undang merupakan sifat-sifat sastera yang terkandung
dalamSulalatus Salatin. Dalam Sulalatus Salatin terutamanya semasa pemerintahan Raja Kecil
Besar atau Sultan Muhammad Syah. terdapat larangan-larangan yang bukan hanya perlu dipatuhi

oleh rakyat tetapi juga oleh goiongan pembesar-pembesar negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan
pantang larang dan peraturan ini terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.
UNSUR SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN
Sulalatus Salatin banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dan
diketahui oleh masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya unsur-unsur sastera di
samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa sejarah yang dikemukakan. Tokoh-tokoh yang
dipaparkan dalam Sulalatus Salatin merupakan tokoh-tokoh Melayu
Melaka yangmemperlihatkan keunggulan pemerintahan seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah,dan Sultan Alau'd-din Riayat Syah Turut digambarkan ialah pembesar-pembesar
Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak dan Tun Mutahir.

Sifat sejarah dalam Sulalatus Salatin juga dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang tercatat
di dalamnya. Peristiwa seperti pembukaan Melaka dan Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran
Islam di Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa lain adalah catatan sejarah
yang jelas.
Kelompok masyarakat yang didedahkan dalam Sulalatus Salatin memperlihatkan satu kelompok
yang tertulis di dalam sejarah. Golongan yang diceritakan ialah golongan raja, pembesar, rakyat
dan hamba abdi.
Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan sifat sejarah yang dapat ditinjau
melalui karya S u l a l a t u s Salatin. Ekonomi Melaka begitu kukuh kerana Melaka menjadi
tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar dari Arab, benua Keling, dan China. Antara saudagarsaudagar yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin termasuklah Raja Mendaliar, Ali Manu Nayan,
dan Nina Sura Dewana.
Dalam aspek politik, jelas bahawa sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu
merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari segi penaklukan dan hubungan diplomatik,
Melaka dianggap sebagai kuasa yang berjaya menewaskan negeri-negeri tertentu denganmudah.
Melaka menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan
Siam.
Kedatangan agama Islam di alam Melayu seperti yang diperkatakan dalam Sulalatus
Salatinmerupakan satu sifat sejarah. Walaupun dalam Sulalatus Salatin tidak disebut tarikh-tarikh
penerimaan Islam di Pasai dan Melaka tetapi pada hakikatnya kedatangan Islam ke tempattempat berkenaan adalah fakta yang tidak boleh ditolak. Kedatangan Islam telah melahirkan
tokoh-tokoh agama seperti Kadi Menawar, Kadi Maulana Abu Bakar, dan beberapa lagi
manakala, Sultan Alau'd-Din pula mengenakan undang-undang Islam dalam pemerintahan
baginda di Melaka.
Kedatangan Portugis atau Benggali Putih dalam Sulalatus Salatin juga merupakan peristiwa
sejarah sebenar. Pada saat kemerosotan Melaka, pentadbiran menjadi lemah dan kucarkacir,danlemah. Apabila Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan
Melaka

4 UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN


Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan
dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu
sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang
di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat
jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan
Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.

Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam.
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani
dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka
yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh
nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar ZulKarnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300
ribu dinar emas (Cetera 1).
Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka
bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokohtokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar
Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat
berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang
diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaanperayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain
gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.

Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar
negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain)
(Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud
(Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan
nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya
Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah.
Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan
menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau
bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks
tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam
penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat
kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;
Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,
yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata,
makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )
Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana
igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat
bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam
dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan

dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu
agama.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di
istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke
Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama
berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus
Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...
Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa
Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiaptiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa
'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."
Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang
meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya
Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.

Prosa Melayu STPM


Tuesday, July 26, 2011

Cerita Lipur Lara


Hikayat Raja Donan

KESUSASTERAAN RAKYAT
Cerita Lipur Lara

CERITA lipur lara merupakan cerita yang sangat popular. Cerita ini menggambarkan
pengembaraan putera puteri raja sama ada di bumi mahupun di kayangan. Selalunya,
pengembaraan ini berlaku untuk mencari pasangan masing-masing. Oleh itu, cerita ini
melibatkan unsur keajaiban, kesaktian, per-cintaan, peperangan, perdamaian, perkahwinan,
dan penya-maran. Putera raja digambarkan sebagai orang yang begitu kacak, tampan,
handal, dan penuh dengan kesaktian. Putera raja yang menjadi wira sesuatu cerita ini
selalunya digambarkan sebagai tokoh yang istimewa sejak lahir lagi. Kelahirannya diiringi
dengan suasana alam yang amat dahsyat dan dibekal-kan objek ajaib tertentu seperti

parang dan geliga. Puteri raja juga digambarkan sebagai seorang yang cantik jelita sehingga menjadi rebutan putera-putera raja termasuk wira cerita itu.
Selain watak putera puteri raja, dalam cerita lipur lara juga terdapat watak nenek kebayan
yang membantu pertemu-an pasangan tersebut. Makhluk bukan manusia seperti ger-gasi
dan geroda juga terdapat dalam cerita lipur lara ini. Cerita lipur lara selalu diselitkan dengan
bentuk-bentuk puisi seperti pantun, syair, dan talibun, yang secara langsung meningkatkan
lagi keindahannya.
Antara cerita lipur lara Melayu yang terkenal ialah seperti Hikayat Anggun Cik Tunggal,
Hikayat Raja Muda, Hikayat MalitnDeman, Hikayat AwangSulungMerahMuda,
SiGembang,dan SelindungBulan Kedah Tua (Jamilah Haji Ahmad, 1993).
* * *

Hikayat Raja Donan


TIDAK berapa lama setelah:
Lepas di mulut,
Lupa di hati, maka melancarlah anak raja itu.
Bagai belut diketil ekor,
Bagai mayang mengurai.
Jatuh ke tikar, tikar roboh,
Jatuh ke lantai, lantai patah.
Lalu, jatuhlah kanak-kanak itu ke tanah. Maka berlarilah Bidan Nan Tujuh, berdahuludahuluan cepat, pergi mendapatkan kanak-kanak itu. Setelah dekat dengan kanak-kanak itu,
maka dilihat oleh Bidan Nan Tujuh pada kanak-kanak itu ada:
Pedang sebilah di tangan kanan,
Telur sebiji di tangan kiri,
Beduk selaras di bahu kanan.
Maka dibawalah budak itu naik ke rumah. Setelah sampai di rumah maka bekerjalah
Bidan Nan Tujuh.
Yang memandikan budak, memandikan budaklah, Yang mengerat pusat, mengerat pusatlah.
Kemudian dipanggillah Raja Madong Bongsu. Maka bertanyalah Bidan Nan Tujuh, "Duli
tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun. Siapakah hendak dinamakan
paduka anakanda ini?"
"Lelakikah, perempuan? Kalau lelaki, namakan Awang Donan. Kalau perempuan, namakan
Puteri Sehari Bulan."

"Lelaki, duli tuanku." Maka kanak-kanak itu pun dinama-kanlah Awang Donan. Kemudian
dibarut, dibedung dan di-bengkunglah budak itu oleh Bidan Nan Bongsu.
Telah beberapa lamanya maka besarlah Awang Donan.
Besar siang, besar malam,
Besar bagai ditiup-tiup,
Besar bagai dihembus-hembus.
Pada suatu hari tergeraklah hati Raja Madong Bongsu hendak menengok nasib Raja Donan.
Maka dipanggillah Nu-jum Nan Tujuh.
Setelah datang Nujum Nan Tujuh, maka bertanyalah Raja Madong Bongsu, Apakah
padahnya anak beta ini?"
"Jatuh ke tikar, tikar roboh, Jatuh ke lantai, lantai patah; Langsung jatuh ke tanah."
Maka bertudunglah Nujum Nan Enam lalu bernujum. Sejurus sejenang panjang, maka
dibukanyalah tudung itu. Maka bertudung pula Nujum Nan Bongsu lalu bernujum. Setelah
Nujum Nan Bongsu membuka tudung, maka bertanyalah Raja Madong Bongsu, "Wahai
Nujum Nan Enam! Apakah padahnya anak kami itu?"
"Duli tuanku! Sembah ampun beribu ampun. Harapkan diampun. Jikalau anakanda tuanku ini
ditaruh di Gunung Mandi Angin, nescaya Gunung Mandi Angin ini:
Jadi padang jarak padang tekukur, Pucuk nyiur digelung api (dijilat api), dan nescaya Puteri
Permaisuri diambil orang."
Kemudian bertanya pula Raja Madong Bongsu kepada Nujum Nan Bongsu, "Wahai Nujum
Nan Bongsu! Apakah padahnya, anak kami ini?"
"Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun ke bawah duli:
Tidaklah masin garam sebuku, Masinlah lagi garam segenggam."
"Pada nujum patik, anakanda ke bawah duli ini penuh dengan tuah. Barang siapa
mengatakan ia celaka, entahlah; tak tahulah patik apa yang hendak patik katakan kepada
orang itu. Kalaulah tuanku buangkan Awang Donan ini ke laut, nescaya Gunung Mandi Angin
ini:
Jadi padang jarak, padang tekukur, Pucuk nyiur digelung api,
dan selepas tiga hari kelak, adalah orang mengambil Tuan Puteri Permaisuri."
Jawab Raja Madong Bongsu, "Bagaimana pula begitu, Nujum Nan Bongsu? Nujum Nan Enam
habis mengatakan celgka. Awak seorang sahaja mengatakan bertuah. Kami tak boleh pakai
cakap awak."
Maka sembah Nujum Nan Bongsu, "Duli tuanku! Itulah kata patik tadi:

Tidaklah masin garam sebuku, Masin lagi garam segenggam."


Setelah itu maka baliklah Nujum Nan Tujuh. Tinggallah Raja Madong Bongsu. Maka hendak
dibunuhnya anakandanya Awang Donan itu. Maka menyembahlah Temenggung Ben-dahara,
"Ampun tuanku! Tak usahlah duli tuanku bunuh anak- anda itu kerana bukan adat anak raja
dibunuh; adat anak raja dibuang ke laut."
Maka dibuangkanlah Awang Donan ke laut; dibawa oleh * Temenggung Bendahara berdua
dengan Mak Inang Tanda Pengasuh. Diberilah ia bekal:
Perahu sempung, Pengayuh sompek, Belanga retak, Periuk sempung, Samir sekeping.
Maka berkayuhlah Temenggung Bendahara sehingga sampai ke Pulau Sembilan. Maka
ternampaklah oleh Nenek Batu Karang akan perahu Raja Donan itu, lalu berkatalah nenek
seorang diri:
"Hai Raja Madong Bongsu! Tak ada anak hendakkan anak, Ada anak dibuang ke laut, Itulah
raja yang sehabis tak elok."
Setelah tiba di Pulau Sembilan, maka naiklah Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda
Pengasuh, membawa Raja Donan ke darat. Oleh Temenggung Bendahara dicari-nya buluh
empat kerat. Setelah dapat maka dicacakkannya buluh empat kerat itu; di atasnya
diletakkan samir sekeping. Kemudian duduklah mereka tiga beranak di bawah samir itu.
Maka besarlah Raja Donan.
Besar siang besar malam, Besar bagai ditiup-tiup, Besar bagai dihembus-hembus, Dari
mengiring sampai meniarap, Dari meniarap sampai menjalar,
Dari menjalar sampai merangkak, Dari merangkak sampai berdiri lepas, Dari berdiri lepas
sampai berjalan jatuh. Lama-lama pandailah ia berlari; berlari ke hulu, berlari ke hilir, di
Pulau Sembilan itu.
Pada suatu hari pergilah ia bermain di tepi sebatang anak sungai. Di tebing anak sungai itu
ada buluh perindu tujuh perdu. Maka ditebangnya buluh perindu itu hendak dibuatnya
bangsi, tetapi tidak menjadi bangsinya. Lama-lama habis enam perdu buluh perindu itu
ditebangnya, tetapi bangsinya tidak juga menjadi.
Maka datanglah seekor gagak buta bersama anaknya ke t empat Raja Donan menebang
buluh itu. "Ak, ak," bunyi <agak itu.
Maka bertanyalah Raja Donan kepada dirinya sendiri, "Apakah yang dibuat oleh gagak buta
ini di sini?" Kemudian bertanya pula ia kepada gagak buta itu, "Tahukah engkau pctua
membuat bangsi, wahai gagak?"
Jawab gagak buta, "Patik hendak katakan tak tahu, entah tahu. Patik hendak katakan tahu,
entah tak tahu. Tetapi, jika hendak mencuba bolehlah patik tunjukkan, jikalau
kiranya d u l i tuanku bermurah hati memberi anak patik kerak nasi."
"Ah! Tak usahkan memberi kerak nasi, isi nasi pun boleh kami beri."

Maka pergilah Raja Donan berlari-lari kepada Mak Inang mcnyuruh Mak Inang bertanak.
Sejurus sejenang panjang kemudian, maka masaklah nasi. Maka diambillah oleh Raja Donan
kerak nasi itu dan diberi-kannya kepada gagak buta itu, tetapi tidaklah dapat
gagak buta hendak mencatuk kerak nasi itu daripada jari Raja Donan. Maka dipukul oleh
Raja Donan sebelah mata gagak buta itu dengan kerak nasi, dengan takdir Tuhan celiklah ia.
Selepas itu, diambilnya lagi kerak nasi oleh Raja Donan, lalu dipukulkannya pula kepada
mata gagak yang sebelah lagi itu. Seketika itu juga celiklah mata gagak itu.
Maka menyembahlah gagak itu, "Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan
diampun. Sesungguhnya tak adalah barang yang lebih besar dan tinggi nilaiannya kepada
patik selain daripada hendakkan celik. Rendah gunung tinggi harapan, dan:
Tak ada langit patik nak junjung, Tak ada bumi patik nak pijak.

Sukanya hati patik kerana duli tuanku telah mencelikkan mata patik ini."
"Duli tuanku, sembah ampun beribu ampun. Jika tuanku hendak membuat buluh bangsi
hendaklah tuanku tetak buluh bangsi itu dan campakkan ke air.
Tetak sebatang, campak ke air, Tetak sebatang, campak ke air. Dan yang mudik ke hulu
itulah duli tuanku ambil."

Maka Raja Donan pun menetaklah buluh perindu:


Tetak sebatang, campak ke air,
Tetak sebatang, campak ke air,
Dari satu ke dua,
Dari dua ke tiga,
Dari tiga ke empat,
Dari empat ke lima,
Dari lima ke enam,
tidak juga mudik ke hulu.

Setelah dicampakkannya buluh yang ketujuhnya, baharulah mencelegek (dengan pantas)


mudik ke hulu. Maka di-ambillah oleh Raja Donan dibawanya balik.
Setelah sampai ke rumah, maka hari pun malam. Maka tidurlah Mak Inang Tanda Pengasuh
dan Temenggung Bendahara, tetapi Raja Donan tidak tidur.

Setelah tengah malam sunyi senyap, maka Raja Donan pun mengambil mata gobek
Temenggung Bendahara lalu dibakarnya, kerana hendak menyelar buluh bangsinya. Pada
masa ia membuat buluh bangsi itu, maka terdengarlah olehnya bedil kecil ayahandanya
berbunyi satu lentum dua degam.
"Ah," fikirnya, "Barangkali sudah datang Raja Mambang Nan Tujuh hendak mengambil
bondaku."
Maka berhentilah ia menyelar buluh bangsi itu lalu di-gerakkannya Mak Inang. Kemudian
digerakkannya pula Temenggung Bendahara, "Wahai ayah (Temenggung Bendahara),
bangunlah ayah!" katanya sambil sujud menyembah ayahnya. "Anakanda hendak pergi ke
Gunung Mandi Angin menolong ayahanda dan bonda. Kalau anakanda tidak pergi menolong
bonda Puteri Permaisuri, tentulah ia akan ditawan oleh Raja Mambang."
Maka jawab Temenggung Bendahara, "Tak usahlah eng-kau pergi ke Gunung Mandi Angin,
Awang Donan, kerana engkau orang celaka serta engkau sudah dibuangkan oleh ayahanda
engkau ke laut."
"Wahai ayah! Kalau tidak kerana ayah, kita tak nampak bulan dan matahari. Walau
bagaimanapun ayah, anakanda hendak pergi juga menolong ayahanda itu," katanya sambil
mengurut-urut mata gobek Temenggung Bendahara.
Kemudian sujudlah ia menyembah Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh.
Kepada Temenggung Bendahara ia berpesan, "Wahai ayah! Jikalau ada musuh datang, ayah
lawanlah seboleh-boleh sementara menantikan anakanda balik."
Sejurus sejenang panjang, setelah: Hilang di mulut, Lupa di hati, maka melayanglah ia,
hilang ghaib di mata.
Sejurus sejenang panjang kemudian, maka tibalah ia di Gunung Mandi Angin. Maka
berteriaklah ia kepada bonda-nya:
"Wahai bonda! Bangunlah bonda, Bukalah, bonda, pintu jendela Pasanglah dian, tanglung,
pelita."
Apabila mendengar orang memanggilnya itu, maka ber-tanyalah Puteri Permaisuri:
"Musuh datang dari mana? Mambang datang dari mana?
Tak ada aku berjanji dan berwaad hendak berjumpa dengan engkau!"
"Wahai bondaku! Bukannya musuh, Bukannya mambang, Bukannya peri.
Inilah Awang Donan datang dari Pulau Sembilan."
Maka Puteri Permaisuri pun bangunlah, terebah-rebah pergi menggerakkan Mak Inang Tanda
Pengasuh suruh pa-sang dian, tanglung dan pelita. Telah terpasang dian, tanglung dan pelita
maka dibukalah pintu jendela. Maka masuklah Awang Donan lalu dibawa beradu di mahligai
dan meneteklah ia pada bondanya di mahligai. Ayahandanya sedang asyik bercatur di
halaman balai.

Tiba-tiba terdengarlah Raja Mambang berteriak, "Wahai Raja Madong Bongsu! Marilah kita:
Membuang karat pedang, Membuang karat keris.
Aku belayar datang ke mari kerana adinda Puteri Permaisuri. Kalau engkau tak hendak:
Membuang karat pedang, Membuang karat keris,

hantarkan adinda Permaisuri kepada aku. Kalau tidak, nanti aku amuk ke atas balai."
Jawab Raja Madong Bongsu, "Nantilah, beta hendak ber-cium, berpangku dan berbelai
dahulu dengan Puteri Permaisuri."
"Hantarkan cepat adinda Puteri Permaisuri! Beta belayar ke mari kerana dia."
"Beta menghantar tentulah tidak! Remak hilang jiwa di badan, Berpadam puntung, Kecailah
bara, sebarang bara."

Maka bertempik-tempik lagi Raja Mambang Nan Tua tidak berhenti-henti menyuruh
hantarkan Puteri Permaisuri kepada-nya. Lama-lama risaulah Raja Madong Bongsu
mendengarkan tempiknya itu. Maka turunlah Raja Madong Bongsu.
Sebaik-baik sahaja Raja Madong Bongsu itu turun ke lanah, dengan serta-merta diterkam
oleh Raja Mambang Nan Tua hendak ditetaknya. Maka puaslah Raja Madong Bongsu
mengelakkan pedang Raja Mambang Nan Tua itu.
Tetak di kiri, dibuang ke kanan,
Tetak di kanan, dibuang ke kiri,
Tetak di atas diendap ke bawah,
Tetak ke bawah, dilompat ke atas.

Lama-lama tersalahlah langkah Raja Mambang Nan Tua. Oleh Raja Madong Bongsu,
dikeratnya leher Raja Mambang Nan Tua, langsung mati.
Setelah itu, maka naiklah Raja Madong Bongsu ke hala-man balai kerana bercatur. Maka
datang pula seorang lagi raja mambang (raja mambang itu tujuh beradik) dan berteriak juga
meminta hantarkan Puteri Permaisuri kepadanya, seperti kehendak Raja Mambang Nan Tua
dahulu. Maka turun juga Raja Madong Bongsu berperang dan alah juga raja mambang itu.
Lama-lama habislah enam orang raja mambang mati dibunuh oleh Raja Madong Bongsu.
Hanya tinggal Raja Mambang Nan Bongsu sahaja lagi.
Maka berteriaklah Raja Mambang Nan Bongsu kepada Raja Madong Bongsu, "Wahai Raja
Madong Bongsu! Turun-lah engkau. Kalau engkau tidak turun, aku amuk engkau ke atas

balai. Kalau tak hendak berperang dengan aku, hantarkan cepat adinda Puteri Permaisuri
kepada aku."
"Aku menghantar tentulah tidak! Remak hilang jiwa di badan, Berpadam puntung, Kecailah
bara, sebarang bara."

Maka bertempik-tempik juga Raja Mambang Nan Bongsu berteriak menyuruh hantarkan
Puteri Permaisuri kepadanya. Lama-lama risau pula Raja Madong Bongsu mendengar tempik
Raja Mambang Nan Bongsu itu, lalu ia turun hendak berperang. Setibanya di tanah, maka
langsung ditetak oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Oleh Raja Madong Bongsu:
Ditetak di kiri, dibuang ke kanan, Ditetak di kanan, dibuang ke kiri, Ditetak di atas, diendap
ke bawah, Ditetak di bawah, dilompat ke atas.

Lama-lama pada ketika:


Wak-wak ndayu-ndayu (mendayu-dayu)
Hujan panas sepoi bahasa,
Danu (pelangi) minum di tengah gelanggang.

Maka salahlah langkah Raja Madong Bongsu terus dikerat lehernya oleh Raja Mambang Nan
Bongsu. Maka matilah Raja Madong Bongsu. Raja Mambang Nan Bongsu pun bertempiktempiklah:
Melompat-lompat,
Melampus-lampus (menikam-nikam) pinang dara, Melampus-lampus nyiur dara, Merentakrentak,
Menyingsing-nyingsing lengan baju, Menyingsing-nyingsing pesak seluar, Bagai orang pedas
sirih, Bagai orang malan (mabuk) pinang.

Maka anak angkat bertuah Raja Madong Bongsu yang bertujuh itu:
Dengan membuang songkok, membuang songkoklah, Dengan membuang keris, membuang
kerislah, Dengan membuang sapu tangan, membuang sapu tanganlah.

Serta berkata, "Alangkan ayahanda kita Raja Madong Bongsu kalah, inikan pula kita."
Seketika itu terdengarlah oleh Awang Donan tempik so-rak Raja Mambang Nan Bongsu
itu. Maka ia pun berhentilah mengopek-ngopek (menyusu) terus berlari turun membawa:

Pedang sebilah di tangan kanan,


Bedil selaras di tangan kiri.
Ia pun menerpa ke pintu besar, pintu gerbang.

Maka ternampaklah oleh Raja Mambang Nan Bongsu akan dia dan berkatalah Raja
Mambang Nan Bongsu, "Oh, Awang Donan. Kalau aku tahu Awang Donan ada di Gunung
Mandi Angin, takkan aku belayar ke sini membunuh Raja Madong Bongsu."
"Itu tak apalah ayahanda. Tak ada ayahanda anakanda, Raja Madong Bongsu, ayahanda
Mambang Nan Bongsu ada gantinya."
"Baiklah Awang, anak ayahanda:
Dua tidak,
Tiga tidak,
Melainkan Awang Donan seorang."

"Ayahanda anakanda pun, ayahandalah: Dua tidak, Tiga tidak,


Melainkan ayahanda seorang. Marilah naik ayahanda."

Maka naiklah Raja Mambang Nan Bongsu dan Raja Donan pun mengeluarkan bekas sirih
sebuah dan tikar sebidang.
Maka duduklah Raja Donan dan Raja Mambang Nan Bongsu di atas tikar sebidang itu
bercakap-cakap sambil memakan sirih.
Kata Raja Donan, "Ayahanda, ajarlah anakanda memencak."
"Baiklah, Awang. Segala pencak yang ayahanda tahu akan ayahanda ajarkan kepada Awang
kerana anak ayahanda: Dua tidak, Tiga tidak,
Melainkan Awang seorang."
"Baiklah ayahanda." Kemudian pergilah Awang Donan menghadap bondanya Puteri
Permaisuri lalu berkata, "Wahai bonda! Hendakkah bonda mengikut kata anakanda?" Maka
jawab bondanya, "Hai anakanda! Kata siapakah lagi bonda hendak ikut kalau tidak kata
anakanda? Hendak pun diikut kata ayahanda, ayahanda sudah meninggal." Maka berkata
lagi Awang Donan, "Jikalau begitu bonda, memasaklah bonda dahulu kerana ayahanda
Mambang Nan Bongsu letih sangat belayar. Ia hendak makan nasi masakan bonda sendiri.
Sesudah memasak hendaklah bonda bersikat, berminyak dan bersanggul."
"Baiklah anakanda," jawab Puteri Permaisuri.

Maka memasaklah Puteri Permaisuri. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka


masaklah nasi, sayur dan siaplah sambal sepiring. Maka diangkatlah hidangan ke hadapan
Raja Mambang Nan Bongsu lalu santaplah ia bersama Raja Donan. Setelah itu maka Puteri
Permaisuri pun berlimau bersanggul dan duduk memakai di pintu gerbang. Melihatkan
kecantikan-nya itu, sesuap nasi pun tak habis dimakan oleh Raja Mambang Nan Bongsu
kerana lenuk (asyik) matanya memandang Puteri Permaisuri yang cantik manis tak ada tolok
bandingnya di seluruh Gunung Mandi Angin itu.
Maka Raja Donan pun sangatlah geram memandang mata Raja Mambang Nan Bongsu
itu. Maka berkatalah Raja Donan, "Marilah kita santap ayahanda."
Maka santaplah Raja Mambang Nan Bongsu bersama-sama Raja Donan:
Sesuap kedua undur berair, Ketiga makan sirih dua kapur.
Setelah sudah makan, maka berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, "Marilah kita turun ke
halaman balai, Awang; kita turun bermain. Ayahanda boleh mengajar Awang Pencak Rimau
Mengeram Bangkai dan Pencak Kucing Bermain Daun."
"Baiklah ayahanda."
Maka turunlah mereka ke halaman balai bermain pencak. Kemudian pada ketika:
Wak-wak ndayu-ndayu,
Hujan panas sepoi bahasa,
Danu minum di tengah gelanggang.

Maka salahlah langkah Raja Mambang Nan Bongsu. Oleh Raja Donan diambilnya
pedangnya. Pedang itu:
Besar sebesar lidah ayam, Nipis senipis daun padi, Dikilir-kilir (diasah) di bunga kuku,
Digabus (disapu) di hujung lidah. Kemudian perlahan-lahan: la undur tiga tapak, la mara tiga
tapak.

Setelah itu berderas sahajalah bunyi rambut panjang Raja Mambang Nan Bongsu dan
kepalanya terputus dari badan-nya. Maka berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu. "Hai
Awang!
Ayahanda ditipu ada,
Diperdaya ada oleh Awang."
"Hai ayahanda!
Anakanda tertipu ada,
Terpedaya ada,

Sebaik-baiknya bapa tiri,


Sejahat-jahatlah bapa benar;
Manakah sama dengan bapa benar?
Orang bermain gelanggang dengan ayahandanya,
Menyembelih kerbau,
Anakanda bermain gelanggang dengan ayahanda, Anakanda menyembelih ayahanda."

"Hai Awang! Kenapa Awang tidak juga menetak ayahanda ini?"


"Sudah, ayahanda! Kalau ayahanda tak percaya yang leher ayahanda sudah putus,
ayahanda bangkidah dan angkat pe-dang ayahanda."
Maka Raja Mambang Nan Bongsu pun bangkitlah hendak mengangkat pedang, maka
bergerbaklah bunyi kepalanya jatuh ke tanah.
Setelah itu maka Raja Donan pun mengambil pedangnya. Dicungkisnya mayat raja
mambang tujuh beradik itu dengan pedangnya. Kemudian dibawanya kepada buaya putih
dan berkatalah ia, "Wahai Buaya Putih! Ambillah mayat raja-raja derhaka bedebah datang
melanggar ke Gunung Mandi Angin dan membunuh ayahanda aku ini." Maka ditelan oleh
Buaya Putih akan mayat raja-raja itu.
Kemudian Raja Donan pergi mengambil mayat ayahanda-nya:
Kepala dikepek (kepit) di tangan kanan, Badan dikepek di tangan kiri.

Dan, berteriaklah ia kepada bondanya, "Wahai bonda! Ambilkan anakanda tikar putih
dan kain putih. Kemudian titahkan Temenggung Bendahara mengambil lidi nyiur gading
tujuh urat dan beras basuh."
Setelah dapat semuanya, maka dibentangkan oleh Raja Donan tikar putih dan kain putih.
Diletakkannya mayat ayahandanya itu di atas tikar putih dan kain putih. Kemudian
diambilnya beras basuh dan beryanglah ia:
"Ya Allah, ya Tuhanku rabbi. Dulu Allah kemudian ku jadi.
Jikalau ya asal aku daripada datuk aku yang pergi memikat ke Gunung Sangga Lotang, ia
mendapat Raja Bongsu Dondang Adik; kemudian Raja Bongsu Dondang Adik beranakkan
Raja Besar serta Raja Madong Bongsu dan Raja Madong Bongsu beranakkan aku Raja
Donan, hiduplah balik ayah aku!" Maka ditaburnya beras basuh itu tiga kali.
Setelah ditabur, maka bergeraklah ibu kaki Raja Madong Bongsu. Ditabur sekali lagi,
langsung bangun dan terbersinlah Raja Madong Bongsu.

Setelah itu maka Raja Donan pun mengambil baju layang-nya dan melayanglah ia balik
ke Pulau Sembilan.
Setelah Raja Madong Bongsu sedar semula, maka berpalinglah ia ke kiri dan ke kanan;
dan berkatalah ia kepada isterinya Puteri Permaisuri, "Wahai adinda! Lena sungguh kakanda
tidur."
"Sekarang, di manakah Raja Mambang Nan Bongsu itu?"
"Sudah mati dibunuh oleh Awang Donan. Itulah kanda, anak celaka serta bedebah yang
kanda buang ke laut dahulu itulah yang datang menuntut bela, kanda. Anak kanda ber-tujuh
yang bertuah dan kanda pelihara itu:
Nan membuang songkok, membuang songkoklah, Nan membuang sapu tangan, membuang
sapu tanganlah."
"Oh, jikalau begitu adinda, bersiaplah. Kerahkan segala siti dan dayang buat bekal empat
puluh butir mukun. Kanda hendak belayar ke Pulau Sembilan menjemput Awang Donan."
"Kanda minta buatkan bekal itu bolehlah adinda kerahkan segala siti dan dayang
membuatnya; tetapi kanda hendak belayar menjemput Awang Donan itu, pada perasaan
adinda, susahlah kanda dapat berjumpa dengannya jikalau ia sendiri tidak menyerah diri,
kerana ia sangat sakti."

Sesudah berkata-kata itu maka berkerahlah Puteri Per-maisuri akan segala siti dan
dayang membuat bekal empat puluh butir mukun. Pada esok harinya, setelah siap
bekal genap empat puluh butir mukun, maka belayarlah Raja Madong Bongsu
menuju ke Pulau Sembilan.
Sejurus sejenang panjang kemudian maka nampaklah olehnya Pulau Sembilan
terama-rama (samar-samar). Kemudian nampak pula olehnya tiga orang pemukat.
Pemukat-pemukat itu duduk di dalam sebuah biduk Palembang. Maka bahtera Raja
Madong Bongsu pun menuju biduk Palembang itu. Setelah dekat maka Raja Madong
Bongsu disapa oleh budak pemukat, "Wahai Tuan Lebai! Datang dari manakah Tuan
Lebai ini?"
"Saya ini datang dari Gunung Mandi Angin."
"Hendak ke manakah, Tuan Lebai?"
"Saya ini hendak ke Pulau Sembilan inilah, kerana hendak mencari Awang Donan."
"Pangkat apakah Awang Donan itu kepada Tuan Lebai?"
"Awang Donan itu anak saya."
"Oh, begitu. Saya mendengar surah (cerita) orang me-ngatakan Awang Donan itu
dibawa oleh Temenggong Benda-hara ke Pulau Sembilan ini kerana Awang Donan
itu dibuang ke laut. Apa mulanya, Tuan Lebai, makanya Awang Donan itu dibuang
ke laut?"
"Oh, mulanya begini. Di waktu ia dilahirkan:

Singgah ke tikar, tikar pesok,


Singgah ke lantai, lantai patah.
Lalu, jatuhlah ia ke tanah dan berkejarlah Bidan Nan Tujuh berdahulu-dahuluan
cepat hendak mengambilnya. Apabila Bidan Nan Tujuh datang hampir kepadanya,
maka dilihat oleh Bidan Nan Tujuh ada padanya:
Pedang sebilah di tangan kanan,
Bedil selaras di bahu kanan, Telur sebiji di tangan kiri.

Maka saya panggil Nujum Nan Tujuh kerana saya hendak meminta tengokkan padah anak
saya itu. Maka datanglah Nujum Nan Tujuh bernujum. Nujum Nan Enam bertudung dahulu
lalu bernujum. Kemudian bertudung pula Nujum Nan Bongsu.
Setelah selesai, maka Nujum Nan Enam mengatakan penuhlah anak saya, Awang Donan itu
dengan celaka dan jikalau ia ditaruh di Gunung Mandi Angin nescaya Gunung Mandi Angin
itu:
Jadi padang jarak padang tekukur,
Pucuk nyiur digelung api.
Tetapi, Nujum Nan Bongsu mengatakan anak saya itu sangat bertuah."
"Jadi, bagaimana Tuan Lebai? Siapakah yang menang?" "Menanglah Nujum Nan Bongsu.
"Kalau begitu Tuan Lebai, lain kali jika Tuan Lebai ber-anak, janganlah panggil ahli nujum."
Sebenarnyalah seperti katamu itu, wahai budak pemukat. Kami sangkat (setakat) ini
turun, sangkat ini naik, sehingga cucu cicit kami, tidaklah kami memanggil ahli nujum lagi.
Sumpah, kami tak panggil."
"Ini, Tuan Lebai nak ke mana?"
"Nak mencari Awang Donan itulah. Adakah budak pemukat berjumpa Awang Donan?"
"Oh, tak ada! Selama saya memukat tak pernah saya berjumpa Awang Donan. Kami di
sinilah duduk memukat tiap-tiap hari tetapi tak pernah berjumpa Awang Donan itu."
"Oh! Kalau begitu bagaimanalah gayanya? Biarlah kami tinggalkan kepada awak mukun
empat puluh butir ini, kiriman bondanya Puteri Permaisuri kepada Awang Donan. "Bolehlah,
saya menerimakan kiriman itu, Tuan Lebai. Tetapi, jikalau saya tak berjumpa Awang Donan,
akan saya makanlah kiriman itu."
"Tak apalah, budak pemukat."
Maka Raja Madong Bongsu pun memberi mukun empat puluh butir itu kepada budak
pemukat. Kemudian, budak pemukat melingkupkan ikan ke dalam bahtera Raja Madong
Bongsu. Maka saratlah bahtera Raja Madong Bongsu dengan ikan.

Selepas itu maka Raja Madong Bongsu pun baliklah. Se-jurus sejenang panjang
kemudian, maka sampailah ia ke istananya. Puteri Permaisuri sedang duduk di pintu besar.
Maka bertanyalah Puteri Permaisuri, "Berjumpakah kanda dengan Awang Donan?"
"Tak berjumpa, adinda. Kanda berjumpa dengan budak pemukat sahaja; tiga orang."
"Itulah dia Awang Donan, kanda. Yang duduk di ruang itu Mak Inang, yang dibuntut itu
Temenggung Bendahara dan yang memegang kemudi di tengah serta yang bercakap
dengan kanda itulah dia Awang Donan."
"Kalau begitu, buatlah bekal lagi. Kanda hendak pergi lagi mencari Awang Donan. Kanda
nak tangkap sahaja Awang Donan itu."
"Tak usahlah kanda pergi. Kalau Awang Donan sendiri tak hendak berjumpa, takkan
dapat kanda menemui dia."
Tetapi, tidak puas hati Raja Madong Bongsu mendengar kata isterinya, Puteri Permaisuri
itu. Ia berkeras juga hendak pergi. Lama-lama risaulah hati Puteri Permaisuri. Maka
dibuatlah oleh Puteri Permaisuri itu bekal. Maka pergilah Raja Madong Bongsu belayar sekali
lagi menuju ke Pulau Sembilan; tidaklah sempat naik ke istana lagi.
Setelah sampai ke Pulau Sembilan maka naiklah Raja Madong Bongsu ke pulau itu. Ketika itu
Raja Donan sedang menyelar buluh perindu hendak membuat buluh bangsi. Tiba-tiba
ternampaklah oleh Raja Donan akan ayahandanya itu. Maka larilah Raja Donan hala ke darat
pondoknya. Maka naiklah Raja Madong Bongsu ke pondok itu mencari Raja Donan. Dicarinya
tak ada orang barang seorang pun; tetapi ada dilihatnya asap api berkesul (berkepul) sahaja
dan periuk terjerang di atas tungku dapur. Kemudian, ia turun dari atas pondok itu sambil
mencari-cari, maka tiba-tiba dilihatnya ada basung (gabus) tiga kerat. Maka diangkatnya
basung-basung itu dan dikerahkan Budak Bertujuh memikulnya. Maka dipikullah oleh tiga
orang Budak Bertujuh.
Setelah hampir dengan bahtera, maka melelaslah bahu budak tiga orang itu kerana
memikul basung tiga kerat tadi. Maka dihempaskan mereka basung itu ke atas pasir.
Setelah jatuh, maka basung itu tak dapat diambil dan tidak dapat dicungkis lagi. Basung
itu terus tenggelam ke dalam pasir. Pada pandangan Budak Bertujuh, basung itu menenggelamkan diri sehingga sama paras dengan muka pasir. Maka beberapa juga dicungkis tidak
juga dapat basung itu. Maka putuslah harapan Raja Madong Bongsu hendak mengambil
basung itu. Maka ia pun belayarlah balik. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka tibalah
dia di istananya. Puteri Permaisuri sedang duduk di pintu besar. Ia pun turun ke tanah
menyambut ketibaan baginda sambil bertanya:
"Apa khabar kanda?"
"Oh," katanya, "Khabar baik, adinda."
"Berjumpakah kanda dengan Awang Donan?"
"Tidak. Kakanda tak dapat berjumpa dengan dia, adinda." Sambil bercakap itu, Raja
Madong Bongsu berjalan naik ke istana lalu menyambung, "Kakanda berjumpa asap api

sahaja, belum padam lagi puntungnya. Periuknya terjerang di atas tungku tetapi orangnya
tak ada. Kemudian, kanda pergi ke darat pondok lalu berjumpa dengan basung tiga kerat."
"Itulah dia Awang Donan, kanda. Yang di kanan itu Temenggung Bendahara, yang di kiri
Mak Inang dan yang di tengah itu Awang Donan."
"Kanda dah kerahkan Budak Bertujuh memikul basung itu ke bahtera, tetapi tidak dapat
dibawa balik. Basung itu jatuh, kemudian tenggelam ke dalam pasir."
"Tak apalah kanda. Itu tandanya yang Awang Donan tidak akan dapat ke tangan kanda."

Sumber: Diubahsuaikan daripada penceritaan Esah Muhammad Akil, Temerloh, 1961.


Zaharah Mohd. Khalid, 1971
http://mutiarasastera.blogspot.com/

UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN

1.SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA


Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan
Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan
oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi
berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta
baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya
badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca alQuran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada
Sultan Malikut Salleh.
Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan
dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda
mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil
Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad.
Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu
dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca
al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan dimana pada
waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka
dan beliau bersembahyang di situ.

Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan


mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam
benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana
Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata.
Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan
Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah
Melaka memeluk Islam.
2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang
terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di
dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja
Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan
Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah
Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka
bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar
ilmu Islam berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut
seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf
Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan
dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat
berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan
hal-ehwal keagamaan.
3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan
perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi
: Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari
kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri
dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti berkhatan.
Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja
Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada
pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat
kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat
Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit
serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat
yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAM


Istana Melaka meyimpan karya-karya sastera Islam seperti
pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat Muhammad
Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini
dibaca oleh panglimapanglima Melaka untuk menaikkan
semangat keperwiraan menentang musuh/Peringgi.
Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair.
Penggunaan puisi atau bidlan Arab ini dalam menjelaskan
sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada
teks tersebut.
Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah
ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu
Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah
mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana
merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan
pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulamaulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di
istana. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah
mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke
Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana
Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan
Melaka ke Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait
ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulamaulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu
keislaman.
6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim.
Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat alQuran dan
diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai
perbandingan,pengarang memasukkan syair dan bidalan

Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur


penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika
memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat.
Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam
ayat antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat
dan lain-lain.
Dicatat oleh Zulkiflee Manaf di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:

Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaks
i:
Antara beberapa peristiwa pengembaraan dalam Sulalatus Salatin

1. Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah


mengembarakeTimur (Negeri Matahari Terbit).
- Dalam pengembaraan berjaya menakluki negeri Hindi
dan mengislamkan Raja Kida Hindi. Berkahwin dengan
Puteri Syahrul-Bariyah dengan diwalikan oleh Nabi Khidir.
- Keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain mewarisi kerajaan
Kida Hindi.
- daripada keturunan ini juga terus kepada beberapa
keturunan hinggalah sampai kepada Raja Suran.

2. Pengembaraan Raja Suran ke Temasik dan ke Negeri


Bawah Laut.
- Raja Suran telah mengembara daripada negeri-negeri di
utara terus ke Langgiu dan sampai ke Temasik. Kemudian
meneruskan perjalanan/ pelayaran untuk menyerang
negeri China. Rancangan dibatalkan setelah mendapat
tahu bahawa negeri China terlalu jauh (helah pembesar
China).
- Raja Suran bercadang mengembara turun ke dalam laut.
- Turun ke dalam laut melalui peti kaca, berpesawat dari
dalam. Dapat melihat pemandangan di alam lautan.

- Sampai ke negeri Dika. Raja negeri DiKa


bernamaAktabu'l-Ard.Berkahwindenganputeri Mahtabu'lBahri. Hasil perkahwinan dapattiga orang putera:
- Nila Pahlawan
- Krisyna Pandita
- Nila Utama
- Sebelum Raja Suran balik ke Benua Keling berpesan
kepada isterinya agar hantar ketiga-tiga putera ke dunia
apabila mereka dewasa. Dari sinilah asalnya disusur galur
keturunan Raja-raja Melayu Melaka.
3. Pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran ke Bukit Si
Guntang Mahamiru.
- Putera-putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna
Pandita dan Nila Utama menaiki lembu putih daripada
dalam laut ke kawasan perhumaan Wan Empuk dan Wan
Malini. Ketibaan ketiga-tiga orang putera Raja Suran
menjadikan padi bertukarjadi emas, batangnya jadi perak
dan daunnya jadi tembaga suasa.
- Wan Empuk dan Wan Malini dua beradik itu jadi kaya
raya.
- Lembu kenaikan mereka muntah, keluar seorang budak
lelaki, diberi nama Batala. Seri Teri Buana kahwin dengan
ramai gadis, kesemua jadi kedal. Kahwin dengan Raden
Ratna Cendera Puri, puteri Raja Palembang tidak kedal
dan dilantik jadi Raja Palembang.

4. Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan


Temasik.
- Semua menyeberang ke Temasik, kapal Seri Teri Buana
dipukul ribut taufan. Anak-anak kapal telah berusaha
membuang muatan dalam kapal termasuk harta benda
tapi tidak berhasil.
- Apabila dibuang mahkota ke dalam laut, barulah ribut
berhenti.
- Sampai di daratan, jumpa binatang seperti singa. Besar

sedikit daripada kambing randuk.


- Bulu warna perang. Sifatnya tangkas. Dikenali dengan
nama singa. Seri Teri Buana buka Singapura -> beri
namasempena nama binatang -> Singapura.

5. Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke


Muar terus ke Bertam- Raja Iskandar Syah (Raja Singapura) terpaksa lari dari
Singapura menyelamatkan diri daripada ditawan angkatan
Majapahit.
- Sepanjang perjalanan baginda dari satu tempat ke satu
tempat berlaku kejadian ajaib dan aneh.
- Sampai ke satu tempat, menemui timbunan bangkai
biawak -> dinamakan sebagai biawak busuk.
- Sampai di satu kota, mendapati kota itu bertukar
menjadi buruk apabila tiba waktu malam -> dinamakan
sebagai Kota Buruk.
- Sampai di suatu anak sungai, Raja Iskandar Syah berehat
di bawah sebatang pokok. Ketika ini baginda melihat
kejadian aneh iaitu anjing perburuan ditendang oleh
seekorpelandukputlft hinggajatuh ke sungai.
- Raja Iskandar Syah kagum melihat keberanian pelanduk
putih. Baginda membuat tafsiran tentang kejadian aneh
itu sebagai suatu petanda baik jika sekiranya tempat
berlaku kejadian itu dibuka dan dijadikan negeri.
- Tempat berlaku kejadian aneh dibuka, diberi nama
"Melaka" sempena pohon tempat baginda bersandar
ketika meihat kejadian ajaib itu.

6. Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke negeri China dan


pengembaraan Menteri Jana Putera dan Tun Telanai ke
negeri China.
- Tun Perpatih Putih dilantik sebagai utusan kerajaan
Melaka ke negeri China.
- PerjalananTun Perpatih Putih tidak menghadapi

sebarang masalah. Rombongan Melaka selamat sampai ke


negeri China dengan membawa sagu rendang sarat
sebuah pilau.
- Beberapa peristiwa "lucu" berlaku sewaktu rombongan
berada di negeri tersebut yang menunjukkan kelebihan
serta kebijaksanaan orang-orang Melaka mengatasi rakyat
China.
- Rombongan Melaka diketuai oleh Menteri Jana Putera
dan Tun Telanai bertujuan membawa surat sembah Raja
Melaka kepada Maharaja China.
- Sultan Melaka bersetuju menghantar surat sembah
kepada Maharaja China setelah menjadi menantu
Maharaja China.
- Pelayaran ke negeri China mengalami sedikit masalah.
Kapal angkatan Melaka bias ke Brunei. Raja Brunei
bertanyakan Menteri Jana Putera sama ada raja Melaka mengirim sembah kepada
Maharaja China?
- Utusan Melaka memberi alasan mengatakan bahawa
yang berkirim salam itu ialah rakyat jelata bukannya
baginda sultan.
- Maharaja China menerima sembah sultan Melaka mendapat penyakit kedal (gatal-gatal) - tabib
memberitahu ubatnya "dengan meminum airbasuh kaki
raja Melaka dan disapu di muka."
7. PengernbaraanTunMamadkePuncakGunung Ledang.
- Tujuannya untuk meminang Puteri Gunung Ledang
seperti mana yang diinginkan oleh Sultan Mahmud Syah.
- Sultan Mahmud Syah inginkan seorang isteri yang
mempunyai keistimewaan luar biasa, kecantikan yang
tidak ada tolok bandingnya.
- Perjalanan Tun Mamad mendaki Gunung Ledang
membawanya sampai ke suatu taman ajaib.
Tun Mamad menemui;

- pokok-pokok kayu sedang berlagu.


- bunga tanjung biru dan bunga-bunga menyanyi,
berseloka dan berpantun.
- Menemui seorang tua bongkok tiga -> memberitahu
dirinya sebagai wakil Tuan Puteri Gunung Ledang untuk
menyampaikan hasrat Tuan Puteri iaitu;
- Syarat-syarat menerima pinangan. Sultan Mahmud Syah
hendaklah menyediakan barang-barang hantaran seperti
berikut;
(i) tujuh dulang hati kuman (ii) tujuh dulang hati nyamuk
(iii) satu jembatan emas (iv) satu jambatan perak
merentasi dari istana Melaka ke Gunung Ledang
(v) darah raja semangkuk (vi) darah anak raja
(RajaAhmad) semangkuk.
- Tun Mamad dan rombongan kembali ke Melaka membawa
berita tentang permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang
sebagai syarat peminangan diterima.
- Kisah pengembaraan ini merupakan sebuah episod yang
digolongkan sebagai kisah mitos alegori (atau mitos
sindiran).
- Sindiran ditujukan kepada Sultan Mahmud Syah kerana
sifat-sifat buruknya iaitu tergila-gilakan wanita
cantik/mementingkan kepuasan hawa nafsu diri sendiri.
8. Pengembaraan Hang Nadim dari Melaka ke Benua
Keling.
- Hang Nadim dan rombongan diutuskan untuk membeli
kain serasah.
- Kain yang dikehendaki -* kain serasah 40 bagai, pada
40 helai, sehelai 40 perkara bunga.
- Hang Nadim dipilih kerana beliau mempunyai kepakaran
dalam tulis menulis dan menulis corak.
- Pelayaran Hang Nadim ke benua Keling dengan
menumpang kapal Hang Isap sebagai pedagang Melaka.
- Sewaktu di benua Keling, Hang Nadim berjaya
melukiskan corak kain yang dikehendaki sultan Melaka.

- Pelayaran pulang dari benua Keling ke Melaka


menghadapi masalah. Kapal Hang Isap dipukul ribut dan
tenggelam.
- Hang Nadim berjaya meyelamatkan diri beserta
beberapa helai kain sahaja. Kesan daripada kegagalan
memenuhi kehendak Sultan Mahmud Syah itu, maka Hang
Nadim telah dimurkai sultan.

Kepentingan Peristiwa Pengembaraan


1. Menunjukkan keturunan raja-raja Melaka adalah;
- agung dan mulia
- berasal dari raja yang terkenal, gagah dan hebat.
- asal dari keturunan yang ternama, handal dan
bijaksana.
2. Memperlihatkan kelainan dan keluarbiasaan keturunan
raja.
- luar biasa dari segi keturunan (ajaib).
- Retainan siTaT-sifaT ciaripaQa manusia biasa.
- zuriat terpilih, bijak, baik dan mulia.
Contoh:
Pengembaraan Raja Suran turun ke negeri dalam laut
berkahwin dan berputera -> dari sini disusurgalurkan
keturunan raja-raja Melayu.
(Lihat huraian peristiwa dan fakta 2 di atas).

3. Menunjukkan unsur kesaktian yang tidak dimiliki rakyat


biasa dikenali keturunan raja-raja Melaka.
- kesaktian pada raja/bukan sembarangan.
- sifat-sifat agung.
Contoh:
Episod pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran dari
negeri bawah laut ke Bukit Si . Guntang-'-naiklembu putih>-ketibaanmereka menyebabkan nasib baik kepada Wan
Empuk dan Wan Malini -> kaya raya.

Padi bertukarjadi -' emas, daun -' perak, batang ->


suasa.
4. Berkaitan dengan mitos pembukaan sesebuah negeri.
- Cara pembukaan luar biasa, berkait dengan sifat luar
biasa watak-watak dari Tanjung Bemban untuk membuka
Temasik -> binatang singa.
- Pengembaraan dari Singapura akhirnya membawa
kepada pembukaan Melaka -> pelanduk putih yang
berani menendang anjing perburuan hingga jatuh ke
sungai.

5. Menunjukkan pakaian raja/perhiasan/senjata dan


peralatan milik raja mempunyai unsur kesaktian/hikmat.
Contoh 1:
Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung ' Bemban dan
Temasik -> sewaktu belayar ke Temasik perahu dipukul
ribut dan gelombang -> buang mahkota untuk selamatkan
pelayaran.
Contoh 2:
Pengembaraan Seri Teri Buana dari Palembang
ke Bintan. Dalam pelayaran sampai ke kuala Inderagiri
mereka kekurangan air -> Seri Teri Buana membuat
lingkaran rotan, dicampakkan ke dalam air, dicelupkan ibu
kaki ke dalam lingkaran rotan -> air masin dalam
lingkaran rotan menjadi tawar.
6. Memperlihatkan kepintaran pembesar dan raKyat
IVlelaKa.
- melambangkan kewibawaan raja Melaka.
- raja Melaka lebih mulia dan hebat.
Contoh:
Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke China sebagai
perutusan raja Melaka.
- bijaksana - makan kangkung yang dimasak tanpa
dikerat.

- ubat kedal raja China -> minum air basuh kaki raja
Melaka
Dicatat oleh Zulkiflee Manaf di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:

Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaks
i:
HELAH DAN KEBIJAKSANAAN / UNSUR TIPU MUSLIHAT

Peristiwa atau episod yang menunjukkan kebijaksanaan


akal fikiran dan muslihat bagi tujuan mengatasi sesuatu
masalah seterusnya mengandungi unsur-unsur
menunjukkan satu pihak mengatasi pihak (golongan) yang
lain.
Di sebalik helah dan kebijaksanaan akal fikiran ini, terselit
secara halus unsur-unsur humor terutama dari perlakuan
dan tindakan yang agak ganjil dan pelik.
Contoh peristiwa helah /kebijaksanaan ialah;
1. Kebijaksanaan Pembesar China membuat helah
mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri
China.
2. Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu
Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka
makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk
melihat wajah Maharaja China,
3. Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi
mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh
disebelah ketumbukan musuh yang kuat.
4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan

iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok


yang berada di sepanjang sungai sebagai helah
menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan
anggotayang ramai.
5. Kebijaksanaan utusan Melaka (sewaktu berada di luar
negara menjawab pertanyaan seeara sepontan). Dalam
usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja
Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah
kerajaan lain.
Intisari Fakta
1. Kebijaksanaan pembesar China membuat helah
mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri
China.
- Pembesar China mencari helah mengelakkan angkatan
Raja Suran belayar ke negeri China seterusnya menyerang
dan menakluki negeri China.
- Menghantar satu rombongan dalam sebuah pilau (kapal)
terdiri daripada orang-orang tua yang telah tanggal gigi,
bongkok, tanaman buah-buahan yang sedang berbuah.
- Orang-orang dan tanaman bagi menunjukkan
(melambangkan) betapa jauhnya jarak negeri China dari
Temasik. Pelayaran ke negeri China akan memakan masa
yang begitu lama untuk sampai.
- Jarak masa yang lama dan perjalanan yang jauh
dilambangkan daripada;
(i) waktu mula belayar, mereka masih muda belia, umur
belasan tahun, pokok buah-buahan yang kini telah
berbuah, baru ditanam dari biji sewaktu mula belayar.
(ii) kini tiba diTemasik,umur kami sudah tua, gigi telah
tanggal,

pokok telah berbuah.


- Raja Suran terpedaya dengan helah pembesar China.
Disebabkan pelayaran jauh dan lama, Raja Suran
berpendapat angkatannya tidak akan berhasil menakluki
negeri China.
- Rancangan menyerang negeri China dibatalkan. Negeri
China terselamat kesan kebijaksanaan akal fikiran
pembesar-pembesar yang cerdik.

2.Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu


Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka
makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk
melihat wajah Maharaja China.
- Mengikut adat orang-orang China, rakyat tidak boleh
melihat wajah Maharaja mereka. Ketika mengadap,
Maharaja China duduk dalam mungkur kaca pada aras
yang agak tinggi.
Rakyatmengadapdimestikanberlututdansujud di hadapan
Maharaja.
- Utusan-utusan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Tun
Perpatih Putih tersangat ingin melihat wajah Maharaja
China. Peluang keemasan digunakan sebaiknya oleh Tun
Perpatih Putih apabila Maharaja China bertanyakan
tentang makanan kegemaran orang-orang Melaka.
- Diberitahu bahawa orang-orang Melaka gemar makan
sayur kangkung yang dimasak dengan tidak dikeratkerat.
- Apabila makanan itu dihidangkan, orang-orang Melaka
terpaksa membimbit hujung sayur kangkung serta
menengadah kepala untuk menyuapkan sayur ke mulut.
Ketika inilah mereka dapat melihat wajah Maharaja China.

- Kebijaksanaan jelas tergambar daripada akal fikiran Tun


Perpatih Putih yang 'mencuri' peluang secara tidak
langsung. Helah orang-orang Melaka tidak disedari oleh
orang-orang China.

3.Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi


mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh di
sebelah ketumbukan musuh yang kuat (Utusan Melaka di
Negeri Siam).
- Rombongan Melaka ke negeri Siam diketuai oleh Tun
Telanai dan Menteri Jana Putera.
- Sewaktu di negeri Siam, raja Siam ingin menguji
kekuatan dan kesetiaan rombongan Melaka dengan
meminta pertolongan membantu angkatan perang Siam
menentang musuh-musuh di Siam di sempadan.
- Siam sengaja mengatur agar angkatan Melaka
menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang
kuat. Kebetulan pula kedudukan musuh berada di sebelah
matahari jatuh.
- Tun Telanai tidak mahu memalukan orang-orang Melaka
seterusnya menjatuhkan martabat raja Melaka sekiranya
kalah dalam peperangan itu. Dari itu Tun Telanai cuba
mengelak daripada berperang di sebelah matahari jatuh
(musuh kuat) dengan member! alasan;
(i) orang-orang Melaka beragama Islam tidak boleh
berperang mengadap matahari jatuh yang juga
merupakan kiblat sembahyang penganut-penganut Islam.
- Siam bertolak ansur dan memindahkan angkatan Melaka
berperang di sebelah matahari naik yang kebetulan
musuhnya agak lemah.
- Angkatan Melaka berjaya mengalahkan musuh dengan

jayanya. Raja Siam gembira dan mengakui kekuatan


orang-orang Melaka seterusnya melambangkan kekuatan
kerajaan Melaka.
4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan
iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok
yang berada di sepanjang sungai sebagai helah untuk
menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan
anggota yang ramai. (angkatan yang besar dan kuat)
- Tun Perak telah diberi tanggungjawab mengetuai
angkatan perang Melaka menyekat kemaraan angkatan
perang Siam yang bertujuan menyerang Melaka. Angkatan
Siam berkampung di Batu Pahat.
- Tun Perak berhasrat mengelak berlaku pertempuran
(peperangan) antara kedua-dua angkatan tersebut dengan
cara membuat helah seperti berikut;
"setiap pokok yang berada disepanjang tebing sungai
telah ditambat puntung api. Cahaya api yang begitu
banyak dapat dilihat dengan jelas di seberang sungai."
- Pada sangkaan orang-orang Siam, angkatan Melaka
sangat besar, mempunyai bilangan yang ramai. Keadaan
seperti ini tentu menunjukkan angkatan Melaka sangat
kuat(biasanya setiap puntung api dipegang oleh seorang
hulubalang).
- Siam membatalkan rancangan menyerang Melaka kerana
menyangka angkatan Melaka sangat besar dan kuat
berbanding dengan kemampuannya. Mereka tidak
menyangka helah yang dilaksanakan Tun Perak bagi
mengaburi mata orang-orang Siam itu.
- Kesannya: kebi)aksanaan akal Tun perak yang mengetuai
angkatan perang Melaka dapat mengelakkan berlaku
pertempuran berdarah dan menyelamatkan Melaka dari

ancaman Siam.

5. Kebijaksanaan Utusan Melaka (sewaktu berada di luar


negeri) menjawab pertanyaan secara sepontan dalam
usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja
Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah
kerajaan lain.
5.1 Utusan Melaka di Negeri Siam
- Raja Siam bertanyakan Tun Telanaimakna (maksud) nama
Sultan Mansur Syah.
- Tun Telanai memberitahu maksud "Mansur Syah" ialah;
"...... raja yang dimenangi akan Allah Ta'ala daripada
segala seterunya." (Sulalatus Salatin, him. 109)
5.2 Utusan Melaka dalam pelayaran ke negeri China.
- Kapal angkatan Melaka ke negeri China dipukul ribut dan
bias ke Brunei.
- Rombongan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri
Jana Putera membawa surat sembah raja Melaka kepada
Maharaja China setelah raja Melaka menjadi menantu
baginda.
- Raja Brunei bertanyakan kepada Tun Telanai bunyi surat
kiriman raja Melaka kepada raja China. Setelah
mendengar bunyi surat itu, raja Brunei bertanyakan
utusan sama ada raja Melaka menghantar surat sembah
kepada Maharaja China.
- Menteri Jana Putera menjawab dengan menaflkan dan
memberitahu bahawa raja Melaka tidak mengirim
"sembah" kepada raja China, kerana erti "sahaya" dalam
surat raja Melaka itu bermaksud "hamba". Maka yang
berkirim sembah itu adalah rakyat Melaka bukannya raja
Melaka.

- Jawapan Menteri Jana Putera itu hanya sebagai satu


alasan sahaja bagi mempertahankan ketinggian martabat
raja Melaka daripada dipandang rendah oleh raja Brunei.
- menunjukkan pembesar-pembesar negeri, terutamanya
utusan Melaka memiliki kepintaran akal dan
kebijaksanaanterutama dalam menjaga imej baik raja dan
kerajaan Melaka.
Dicatat oleh Zulkiflee Manaf di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:

Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaks
i:
Faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

i) Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah


- Sultan Mahmud mementingkan diri sendiri,
mementingkan hawa nafsu
daripada hidup rakyat
- contoh: mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun
Biajid dan Tun Dewi
ii) Sultan Mahmud bernafsu besar
- Baginda sanggup menyusahkan rakyat kerana mengikut
nafsunya. Hal ini telah menimbulkan kebencian di hati
rakyat.
- Contoh: selepas permaisuri mangkat berhasrat untuk
berkahwin dengan
Puteri Gunung Ledang
Terpikat dengan kecantikan Tun Teja tunangan sultan
Abdul

Jamal, menyuruh pembesar melarikan Tun Teja


Tergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, anak bendahara
Seri
Maharaja
iii) Musuh dalam Negara
- Fitnah oleh penghulu saudagar Nina Sura Dewana dan
raja Mandaliar
berhubung dengan Kitul yang berhutang membawa
kepada pembunuhan
bendahara
- contoh: Terbunuhnya keluarga bendahara Seri Maharaja
(hilangnya
bendahara yang bijak

iv) Tidak bijak memerintah


- Baginda telah melantik bendahara yang tua dan tidak
tahu memerintah serta cacat sebagai bendahara Melaka
- Contoh: Bendahara Lubuk Batu tepok
v) Portugis Menyerang Melaka
- Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal yang
besar dan lengkap dengan kelengkapan perang
- Contoh: Portugis datang dengan empat buah kapal
besar,dan lima buah ghali panjang.

vi) Fitnah
- Fitnah berleluasa menyebabkan rakyat berpecah-belah
dan Raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
- Cth : Fitnah ke atas Hang Tuah, Fitnah ke atas Bendahara
Tun Mutahir ( Keluarga Tun Fatimah )

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:

Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaks
i:
UNSUR PATHOS

Peristiwa 1
Perceraian Tun Kudu oleh Sultan Muzaffar Shah
Perceraian Tun Kudu adalah disebabkan perbalahan
antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar
terpaksa menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan
persengketaan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja.
Sebagai seorang wanita yang masih muda Tun Kudu turut
menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan
Melaka dan terpaksa berkahwin dengan Seri Nara Diraja
Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak mempunyai
pilihan lain kerana ketentuan hidupnya terserah kepada
ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah
sultan.
Peristiwa 2
Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
Bendahara Tun Mutahir telah difitnah hendak merampas
kuasa. Hal ini menyebabkan beliau dan semua ahli
keluarganya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, kecuali
Tun Fatimah

Peristiwa 3
Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat
Kesedihan dirasai apabila Hang Jebat telah menjadi
korban demi membela penganiayaan keatas sahabat
baiknya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat melakukan amuk
dan membunuh demi membela kematian sahabatnya

telah membawa kecelakaan kepada dirinya. Ini kerana


pantang Melayu menderhaka kepada raja. Sebagai
seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah
telah mengenepikan rasa persahabatan dan persaudaraan
terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja,
membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka
kepada raja. Pembunuhan Hang Jebat menggambarkan
kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bagi terhadap
raja Melaka.
Peristiwa 4
Pembunuhan Budak Cerdik
Nasib malang yang menimpa seorang budak yang
mencadangkan agar serangan todak ditepi pantai
Singapura yang berkubukan betis manusia digantikan
dengan batang pisang. Kepintaran budak cerdik ini telah
dicemburui oleh pembesar-pembesar dan mula dicurigai.
Lantas atas fitnah pembesar, budak itu telah dihukum
bunuh kerana bimbang apabila dia besar kelak cuba
merampas kerajaan pula.
Peristiwa 5
Pembunuhan Tun Jana Khatib
Nasib yang menimpa Tun Jana Khatib iaitu orang Pasai
yang dihukum bunuh oleh raja Singapura iaitu Paduka Seri
Maharaja. Dia telah dituduh cuba menunjuk-nunjukkan
kesaktiannya dihadapan permaisuri iaitu isteri Paduka
Seri Maharaja dengan menilik sebatang pinang dekat
istana raja hingga terbelah. Raja mencemburui
keistimewaan Tun Jana Khatib lalu menitahkan hukuman
bunuh.
Peristiwa 6
Pembunuhan Anak Sang Rajuna Tapa
Nasib anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang merupakan
gundik Raja Iskandar Syah amat malang apabila dia telah
dihukum bunuh dengan cara disula dan mayatnya telah

diletakkan dihujung pasar. Hukuman ini dianggap sebagai


satu penganiayaan kerana dia telah difitnah
Peristiwa 7
Kematian Tun Besar Anak Tun Perak
Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah
dibunuh oleh Raja Muhammad kerana kesilapan kecil
ketika bermain sepak raga.
Peristiwa 8
Pembunuhan Raja Zainal
Atas titah perintah Sultan Mahmud, Hang Berkat telah
membunuh Raja Zainal dengan alasan menggugat
keamanan Melaka. Namun hakikat sebenarnya, baginda
bimbang Raja Zainal akan merampas kuasa kerajaannya.

Peristiwa 9
Pembunuhan Tun Ali Sandang
Tun Ali Sandang iaitu keluarga Seri Dewa Raja telah
dibunuh oleh Tun Isap atas titah perintah Sultan Mahmud.
Pembunuhan ini dianngap sebagai satu babak pilu kerana
ia membabitkan seorang perempuan iaitu Tun Dewi.
Peristiwa 10
Pembunuhan Seri Bija Diraja
Pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja berpunca dari
kelewatan beliau mengadap Sultan Mahmud Syah. Namun
sebaliknya, Sultan mengesyaki sikap Seri Bija Diraja
mengandungi unsur mahu menderhaka.

CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU

Antara ciri yang lazimnya dapat dilihat dalam karya


agung ialah penggunaan perbendaharaan kata yang sangat menarik. hal ini dapat
dilihat apabila penulis atau penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan
perbendaharaan kata yang hebat dan tinggi maksudnya. Walaupun sesebuah karya
tersebut telah diubah atau versi barunya telah ditulis oleh orang lain, namun
penulis masih mengekalkan perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks
terawal. Sebagai contohdalam karya agung Sulaltus Salatin, perkataan Melayu asli
kuno masih dapat dilihat berdasarkan perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan
sebagainya.
Bukan itu sahaja,, karya Sulalatus Salatin juga ditulis dengan

memasukkan beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang


proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat dalam Sulalatus
Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.
Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang sarat
dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum,
masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang
lain melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara bertulis
melalui karya agung. Melalui karya Sulalatus Salatin juga penulis dapat
menyampaikan banyak pengajaran dan nasihat kepada masyarakat terutamanya
kepada anak muda masa ini. Antara kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus
Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu terdahulu.
Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin
menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan bawahan. Selain
itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah akur dengan perintah raja. Hal
ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah iaitu raja, negara
kediaman mereka berada dalam keadaan aman damai

ULASAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN

Sulalatus

Salatin

Menurut kamus dewan karya merupakan kerja, buatan atau ciptaan, manakala
agung pula merupakan besar, terutama, teristimewa. Oleh yang demikian, karya
agung merupakan karya yang istimewa yang mana memaparkan pemikiran bangsa
Melayu zaman dahulu. secara umumnya karya agung bersifat karya sastera sejarah.
Hal ini demikian kerana sifat karya agung tersebut yang terdiri daripada kisah
zaman pemerintahan raja-raja yang sememangnya tercatat dalam sejarah
disamping turut terselit unsur mitos, lagenda mahupun humor dalam karya agung
tersebut.

Berdasarkan karya Sulalatus Salatin yang juga turut dikenali sebagai Sejarah
Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan
kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Karya ini bersifat sastera sejarah
kerana terdapat unsur mitos, lagenda, tiada tarikh dan sebagainya. Selain itu,
secara keseluruhannya, karya Sulalatus Salatin ini menceritakan mengenai tampuk
pemerintahan zaman kesultanan Melaka, pembukaan negeri, kepahlawanan
pendekar Melayu serta turut menceritakan mengenai ketatanegaraan. Konsep waad
dalam karya ini juga menjadikan teras dalam pemerintahan kesultanan Melayu
ketika itu, yang mana rakyat wajib mentaati raja, manakala raja harus adil dan
saksama. Hal ini kerana, berdasarkan waad tersebut yang telah di perkenalkan oleh
demang lebar daun, rakyat yang tidak patuh akan raja akan mendapat tulah
misalnya atap rumah ke bawah, tiang ke atas. Manakala bagai raja yang zalim pula
turut akan mendapat musibah misalnya keruntuhan kerajaan yang dimilikinya. Hal
ini dapat di lihat dalam petikan yang berikut:

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah tuanku,tetapi jikalau anak cucu duli
tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku. Maka titah
Seri Teri Buana, baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda
pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah Baginda barang
siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, di balikkan Allah
bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas. Maka sembah Demang Lebar daun,
Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, binasakan
Allah negerinya dan takhta kerajaannya.
(Sulalatus Salatin: 26)

Manakala antara contoh mitos yang terdapat dalam karya agung Sulalatus Salatin
seperti penceritaan asal usul Puteri Tanjung Buih yang di ceritakan dalam petikan :

Sebermula pada suatu hari, hanyut buih dari hulu terlalu besar, maka di lihat orang
dalam buih itu ada seorang budak perempuan, terlalu baik rupanya. Maka di
persembahkan oranglah kepada Seri Teri Buana, maka di suruh baginda ambil;
maka di namai baginda akan budak itu Puteri Tanjung Buih, di angkat baginda anak
terlalulah baginda dua laki isteri akan Puteri Tanjung Buih itu.
(Sulalatus salatin:27)

HIKAYAT ABDULLAH

SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat Abdullah Munsyi merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan


penduduk negeri Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an.
Peristiwa yang berlaku dialami, dilihat dan didengar sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah
Bin Abdul Kadir Munsyi).Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan sejarah atau politik yang
tulin. Buku tersebut tidak membentangkan suatu analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan
politik dan pemerintahan. Tiada sebarang tarikh yang spesifik atau releven dimuatkan dalam
kisah-kisah yang dihuraikan oleh beliau.

Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman


kanak-kanak, zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun semua
itu hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja daripada
penceritaan Hikayat Abdullah. Bagaimanapun, sesetengah tokoh sastera atau sejarah berpendapat

bahawa Hikayat

Abdullah boleh

diklasifikasikan

sebagai

sebuah

penulisan

autobiografi.Sebahagian besar yang dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah berkaitan


peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah
sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan
atau di luar kerajaan, selain itu, penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk tempatan
dengan pemerintah. Oleh sebab itu, terdapat tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika
menyifatkan buku tersebut sebagai autobiografi.

Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan falsafah
beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang
Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem pemerintahan Inggeris
yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba
memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa beliau tinggal di Melaka.

Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik,
tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi
fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem
ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan
sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak
pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral,
tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur siapa yang benar,
siapa yang salah kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku,
berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua
ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala
peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di
Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di

dalam hikayat ini.


SYAIR KEN TAMBUHAN

SINOPSIS SYAIR KEN TAMBUHAN


Syair Ken Tambuhan ini mengisahkan tentang seorang puteri jelita bernama Ken Tambuhan atau
nama asalnya ialah Puteri Puspa Kencana yang telah menjadi tawanan kepada Raja Kuripan.
Pertemuan pertamanya dengan Raden Menteri bermula sewaktu wira tersebut cuba mendapatkan
burung yang dipanahnya. Ken Tambuhan terpengaruh dengan pujuk rayu Raden Menteri
sehinggalah hubungan mereka tidak disenangi oleh Permaisuri. Palebaya telah diperintahkan
oleh Permaisuri supaya membunuh Ken Tambuhan sewaktu Raden Menteri keluar mencari
menjangan atau rusa idaman Permaisuri di dalam hutan. Ken Tambuhan telah dibunuh bersama
dua orang inangnya dan mayat mereka telah diletakkan di atas sebuah rakit yang ditaburi bunga
angsana lalu dihanyutkan ke sungai.
Rakit tersebut telah ditemui oleh Raden Menteri. Baginda sangat sedih dan disebabkan
rasa cintanya yang amat kental, Raden Menteri telah membunuh dirinya sendiri. Berita sedih ini
sampai kepada pengetahuan Raja dan Permaisuri. Seluruh negara berkabung di atas peristiwa
tersebut. Raja yang murka terhadap Permaisuri telah menghalau Permaisuri keluar dari istana
serta dihukum menjaga anjing perburuan. Raja terus menjalani pertapaan, dan usaha tersebut
telah menarik minat dewa-dewa untuk menghidupkan kembali Ken Tambuhan dan Raden
Menteri. Dengan bantuan Seri Betara, kedua-duanya telah dihidupkan kembali dengan
menggunakan bunga Gandapura Wangi kepunyaan Bidadari Sugarba. Kegembiraan terus
menyelubungi istana dan tersebar luas hingga ke Daha. Ratu Daha datang berkunjung ke
Kuripan. Kedua-dua raja bertemu lalu terbongkarlah rahsia bahawa Ken Tambuhan sebenarnya
ialah puteri kepada Ratu Daha. Akhirnya, mereka hidup gembira dan Raden Menteri dirajakan
untuk memerintah kedua-dua negeri, iaitu Kuripan dan Daha.

SULALATUS SALATIN

SINOPSIS SULALATUS SALATIN


Sulalatus Salatin menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang
memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada Melaka
mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita
terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso dAlbuquerque menyerang
Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke
negeri Pahang. Sulalatus Salatin memaparkan 34 kisah yang meyingkap mengenai pemerintahan
Melayu Melaka dan kisah-kisah yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat Melayu. Kisahkisah yang diceritakan dalam buku ini bercampur aduk di antara perkara yang betul-betul benar
dan mitos-mitos yang dipercayai oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkara yang betul-betul
benar adalah mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan perkara-perkara
mitos pula ialah mengenai tulah raja. Tulah raja yang ditulis hanyalah mitos dan perkara
mengenai tulah ini di tulis supaya rakyat akan akan takut kepada raja dan seterusnya mereka
akan patuh dan taat kepada perintah raja
Peristiwa yang berlaku di dalam Sulalatus Salatin ini berkisarkan tentang latar tempat yang
luas dan tempoh waktu yang agak panjang. Latar tempat yang diceritakan di dalam Hikayat
Sejarah Melayu ini tidak hanya berfokus di negeri Melaka semata-mata malahan turut berlaku di
tempat-tempat lain seperti Majapahit, Siam, China,Keling dan sebagainya. Manakala latar masa
perkembangan cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masa yang lama iaitu melebihi seratus
tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaan negeri Melaka sehinggalah negeri Melaka
jatuh ke tangan Feringgi pada tahun 1511.Pengkisahan yang berlaku adalah di sekitar raja-raja
Melayu bertujuan untuk menggambarkan kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka
yang memerintah dan keagungan yang diperintah oleh mereka.

HIKAYAT HANG TUAH

SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH


Hikayat ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Hang Tuah, anak kepada Hang
Mahmud dan Dang Merdu. Merekat tinggal di Sungai Duyung. Pada saat itu, semua penduduk di
Sungai Duyung telah mendengar mendengar cerita tentang kebaikan Raja Bintan terhadap
rakyatnya. Lantas, Hang Mahmud mengajak isterinya, Dang Merdu untuk berhijrah ke sana
kerana kehidupan mereka yang miskin bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan menjalani hidup
yang lebih baik lagi di Bintan. Pada malam harinya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun
dari langit dan cahayanya bersinar penuh di atas kepala Hang Tuah.
Semasa berumur sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat baik dengan Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka digelar Lima Sahabat. Semasa Hang Tuah dan
sahabatnya belayar ke Pulau Tinggi, mereka telah terserempak dengan sekumpulan lanun.
Mereka telah diserang oleh lanun tersebut dan mereka telah berjaya mengalahkan lanun-lanun
tesebut. Hang Tuah lima sahabat telah berguru dengan Aria Putera di Bukit Panchalusa selama
tujuh hari. Setelah itu, mereka perlu meneruskan perguruan mereka dengan Sang Persata Nala di
Gunung Wirana, Majapahit apabila berumur 23 tahun. Sifat kepahlawanan Hang Tuah mula
terserlah apabila Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk yang cuba membunuh
Bendahara. Oleh kerana keberanian Hang Tuah dan sahabatnya membunuh pengamuk itu,
mereka telah dilantik menjadi Biduanda Raja.
Kegagahan dan keperkasaan semakin jelas diperlihatkan apabila Hang Tuah berjaya
mengalahkan Taming Sari ketika membawa rombongan meminang Puteri Majapahit iaitu Raden
Mas Ayu. Taming Sari merupakan pahlawan yang handal dan terbilang di Majapahit. Taming

Sari berjaya dikalahkan oleh Hang Tuah yang berjaya menukarkan keris Taming Sari dengan
kerisnya dengan menggunakan tipu helah. Hang Tuah telah dikurniakan gelaran Laksamana dan
diberi kuasa untuk memerintah Sungai Jemaja.
Peristiwa pembunuhan Hang Tuah telah menimbulkan kemarahan Hang Jebat. Hang Jebat
bertindak menderhaka kepada Sultan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Beberapa
hulubalang telah diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat tetapi gagal. Oleh itu, bendahara
telah menceritakan hal sebenarnya dan Hang Tuah telah dipanggil balik daripada tempat
persembunyiannya. Akhirnya terjadilah pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dengan
tipu helah, akhirnya Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat.

HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI

SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI


Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja
yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad.
Pada awalnya, mereka ingin membuka
negeri di
Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri,
Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak
perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil
kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya
sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja
Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh
seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Setelah
dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan. Mereka

mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah


Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut
Puteri Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk
mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung
tidak mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah tetap
mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur.
Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari
kepala Puteri Betung kemudian beliau meninggal dunia.
Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat
marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad
mengetahui

bahawa

anaknya

dibunuh,

baginda

terus

melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya,


kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan
tersebut.
Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum
bersepakat untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan
berniat untuk membuka negeri lain. Merah Silu membuka
negeri Samudera. Setelah diislamkan, Merah Silau menukar
namanya menjadi Malikul Saleh. Baginda kemudiannya
mengahwini puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri Ganggang.
Daripada perkahwinan itu, lahir seorang anak lelaki yang
diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil alih
pula oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua
putera Malikul Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur
yang mengambil alih tugas bapanya. Malikul Mahmud
memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah

negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat, takhta


kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad
Perumudal Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh
Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman
kejatuhan Pasai.
Memahami Falsafah Membaca Karya Agung
Falsafah dalam Karya Agung
Dalam penghasilan sesebuah karya tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut
tidak memuatkan falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah
karya. Bagi hikayat Abdullah terdapat lima falsafah yang dikemukakan iaitu
ketuhanan, keadilan, kebenaran dan keindahan.
Falsafah Ketuhanan
Falsafah ketuhanan yang dikemukan adalah mengenai kebencian karut dan tahyul
masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah S.W.T . Abdullah berfikiran
rasional dan realistik dan tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang.

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR (MUNSYI ABDULLAH)

Usianya baru menjangkau 11 tahun tetapi dalam usia semuda itu, kepintaran dan
banyak ilmunya menyebabkan beliau sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran
agama kepada askar Islam Melaka yang lebih tua daripada usianya.

Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul
Kadir atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi, kemudian menjadi antara penduduk
Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris.

Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam masyarakat Melaka


yang dijajah mereka, ada golongan intelek tempatan yang hebat. Daripada Abdullah
jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru mempelajari Bahasa Melayu.

Beliau dilahirkan pada 1796 di Kampung Masjid yang juga disebut orang sebagai
Kampung Pali ketika itu. Anak bongsu daripada empat beradik tetapi ketiga-tiga
abangnya meninggal dunia ketika kecil iaitu berusia antara setahun hingga tiga tahun.

Keturunannya bermula daripada seorang pemuda Arab Yaman, Syeikh Abdul Kadir yang
mengembara dari Tanah Arab sehingga ke Nagor, India Selatan dan berkahwin dengan
gadis tempatan serta menetap di tanah asing itu.

Dari situ, lahir datuk Abdullah, Muhammad Ibrahim yang meneruskan tradisi bapanya
mengembara sehingga tiba di Melaka dan menetap di negeri itu. Berkahwin dengan
gadis dikenali Peri Achi, mereka memperoleh bapa Abdullah, Abdul Kadir.

Abdul Kadir membesar bersama pendidikan yang cukup dalam bidang al-Quran, bahasa
Tamil dan Arab serta ilmu kira-kira. Dia kemudian menjadi peniaga di Hulu Melaka di
samping mengajar ilmu agama sehingga dipilih menjadi khatib di Kampung Lobok
Kepong.

Tahap pengetahuan tinggi hasil tumpuan didikan dalam keluarganya menyebabkan


Abdul Kadir dilantik menjadi penulis surat sultan dan mengajar seorang asing, Tuan
Marsden berbahasa Melayu. Seterusnya dia menjadi Syahbandar, utusan Inggeris ke
negeri Melayu serta juru bahasa dan juru tulis.

Abdul Kadir kemudian mendirikan rumah tangga dua kali dan kali kedua bersama gadis
keturunan Hindu dari Kedah, Salamah pada 1794. Hasil perkahwinan itu, Abdul Kadir
dikurniakan empat cahaya mata termasuk Abdullah tetapi tiga lagi anaknya meninggal
dunia ketika masih bayi dan pada zaman kanak-kanak.
Walaupun hidup Abdullah ketika kecil sering sakit terutama selepas usianya
menjangkau empat bulan, keadaan itu menyebabkan ibunya tidak dapat menyusui bayi
itu lalu Abdullah disusui orang lain.

Sewaktu bapanya berniaga di luar negeri, Abdullah dan ibunya tinggal bersama
neneknya, Peri Achi. Peri Achi sangat memanjakan Abdullah sehingga menimbulkan
kekhuatiran di hati Abdul Kadir.
Bimbang si bapa, Abdullah akan lalai dalam pelajaran tetapi ketika mengingatkan yang
keluarga mereka sangat serius dalam menuntut ilmu, gusar di hati sedikit tenang.
Tambahan pula ibunya, Peri Achi seorang guru besar di Kampung Pali yang mengajar
lebih 200 kanak-kanak menulis dan mengaji al-Quran.
Ibarat kuah tumpah ke nasi, semangat cintakan ilmu disemai ke dalam jiwa Abdullah
sejak kecil. Ketika kanak-kanak lain diberikan pelbagai permainan, Abdullah menerima
permainan berupa kalam dan papan tulis.

Adat kanak-kanak, penekanan terlampau terhadap pembelajaran terutama oleh


bapanya menyebabkan Abdullah memprotes lantaran dia tidak dapat bermain dan
bergembira bersama rakan seusia.
Abdul Kadir sangat tegas dengan anaknya walaupun itulah anak tunggal. Dia tidak
memuji Abdullah walaupun kerap berbangga dengan pencapaiannya kerana
beranggapan pujian akan merosakkan si anak.
Hasil didikan itu menyebabkan Abdullah menjadi pintar dan kreatif berbanding kanakkanak lain. Abdullah cepat matang malah memiliki sikap berdikari sehingga pada usia
kanak-kanaknya, dia sudah menjual layang-layang, melukis, menulis surat dan
menyalin al-Quran untuk memperoleh wang.
Gelaran Munsyi yang bermaksud guru sudah diterima ketika dia berusia 11 tahun
kerana pada usia semuda itu, kepintarannya dan banyak ilmunya menyebabkan dia
sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka.

Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau mana asal
usul gurunya asalkan dia mendapat pengetahuan baru. Paling digemarinya adalah
bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan pengetahuan mengenai kata dari aspek
simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu bahasa. Selain bahasa Melayu,
turut dipelajarinya bahasa Tamil, Arab dan Inggeris.

Sewaktu Stamford Raffles datang ke Melaka, Abdullah dilantik sebagai juru tulis dan
penterjemahnya. Daripada hubungan majikan dan pekerja, akhirnya mereka menjadi
sahabat karib.
Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi Abdullah
tidak saja membuatkan Raffles menyenanginya tetapi turut membenihkan rasa hormat
dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak watan itu. Bagaimanapun, persahabatan
itu terputus apabila Raffles berangkat ke Betawi.
Dalam usianya 27 tahun, Abdullah mengajar bahasa Melayu kepada paderi Inggeris,
Milne dan beliau mempelajari pula bahasa Inggeris daripada lelaki asing itu. Mengetahui

seorang lagi pendatang Barat, Doktor Marrison mengetahui bahasa Cina, Abdullah turut
meminta bahasa itu diajarkan kepadanya. Daripada Doktor Marrison jugalah dia
meneliti ayat-ayat daripada kitab Injil Matius seterusnya menterjemahkannya dalam
bahasa Melayu.

Apabila Kumpulan India Timur mendirikan kolej Anglo-Chinese untuk mengajar anak
Cina, Nasrani dan Melayu membaca serta menulis bahasa Inggeris, Abdullah turut serta
menuntut ilmu di pusat pendidikan itu. Malah, dia turut merangsang anak Melayu lain
bersama menuntut ilmu.
Meningkat dewasa, Abdullah mendirikan rumah tangga sewaktu berusia 34 tahun dan
beberapa tahun kemudian, beliau memperoleh cahaya mata pertama iaitu seorang bayi
perempuan.
Selepas Milne meninggal dunia, jawatan lelaki itu sebagai pengetua kolej Anglo-Chinese
digantikan dengan Thomsen. Abdullah berkesempatan menjadi pengetua di kolej itu
seketika apabila Thomsen menghantar isterinya pulang ke England.

Apabila Singapura dibuka, Abdullah memulakan kehidupan barunya di sana dengan


kembali menjadi juru tulis dan juru bahasa Raffles dan meninggalkan anak dan isterinya
di Melaka. Setiap enam bulan, beliau akan kembali bertemu keluarganya.

Di Singapura, beliau bertanggungjawab menulis undang-undang Singapura atas arahan


Raffles. Beliau juga diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti
kitab, hikayat dan Syair untuk Raffles membawa pulang bahan itu ke England. Dia juga
menjadi guru bahasa Melayu kepada saudagar Inggeris di Singapura.

Ketika di negeri itu juga, Abdullah diserang sejenis penyakit dan terpaksa dibedah oleh
doktor Inggeris.
Pengalaman terjadinya kebakaran di Singapura dicatatkan Abdullah dalam karyanya
Syair Singapura Terbakar.

Beberapa bulan kemudian, Abdullah kembali ke Melaka dan mengajar bahasa Melayu
kepada guru di kolej Anglo-Chinese, Hughes dan Paderi Evans dan seorang Inggeris,
Newbold.
Dalam pada itu, Newbold turut mengarahkan Abdullah mengkaji dan menulis adat Cina
dan masyarakat Jakun dalam bahasa Inggeris. Tugas itu membawa Abdullah
mengembara ke Gunung Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya hidup masyarakat
Jakun di situ.

Pada 1835, Abdullah menterjemah Hikayat Panca Tanderan yang asalnya berbahasa
Hindu dengan judul Hikayat Kalilah dan Daminah. Karja terjemahannya yang lain
adalah Perhimpunan Saudagar-saudagar.
Beliau kemudian mengarang kitan Dewa ul-Kulun (Ubat Hati) sebagai pengubat
hatinya akibat kematian anaknya, Siti Lela.

Sewaktu bekerja dengan seorang bangsawan Inggeris, North, Abdullah yang ketika itu
berusia 42 tahun mengembara ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dan kisah
sepanjang perjalanannya dicatatkan dalam Kisah Pelayaran Abdullah.

Ketika diserang demam kepialu, beliau kembali ke pangkuan keluarganya di Melaka


tetapi apabila sembuh, isterinya pula meninggal dunia pada 1840. Pilu dengan peristiwa
itu, Abdullah menjual rumahnya di Melaka dan terus menetap di Singapura.
Pada tahun itu juga, Abdullah menulis cerita kapal asap bernama Sisostis. Abdullah
menyelesaikan Hikayat Abdullah pada 3 Mei 1843. Buku itu bagaimanapun hanya
diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas kematiannya.

Abdullah meninggal dunia pada 1854 iaitu ketika dalam perjalanan ke Makkah ketika
usianya 58 tahun. Kisah perjalanannya ke Makkah dicatatkan dalam Kisah Pelayaran
Abdullah ke Judah tetapi tidak dapat disiapkan. Bagaimanapun, kitab itu tetap
diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.

INTELEKTUAL, PEMIKIR MELAYU ABAD KE-18

MENITI masa menuju kemodenan, Abdullah Abdul Kadir atau digelar Abdullah Munsyi
dinobatkan masyarakat terutama pengkaji sejarah sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu
Moden lantaran pemikiran dan karyanya ketika itu dianggap menentang arus.
Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada dongeng,
alam ghaib dan mistik; hasil penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan pengamatan,
pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Pengkaji Budaya Melayu, Prof Madya Dr Hanapi Dollah, berkata hujah Abdullah dalam
pelbagai bidang seperti masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral menerusi
karyanya didapati mendahului zaman.
Contohnya gagasan Melayu Boleh atau Malaysia Boleh bukanlah sesuatu baru tetapi
sudah lama diutarakan Abdullah yang yakin orang Melayu boleh maju sekiranya mampu
melakukan perubahan dan meninggalkan pola kehidupan lama dan usang.
Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini, Abdullah
Munsyi sudah menekankan mengenai pentingnya perkara itu seawal abad ke-18 lagi,

katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti
Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).
Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji struktur pelbagai
bahasa, Abdullah juga seorang pemikir dan intelektual bangsa yang wujud pada zaman
silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak memberi panduan mengenai
pelbagai aspek kehidupan.
Mengikut Dr Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati masih
kekal sehingga kini:

Pemodenan
Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang melihat
kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu disesuaikan
dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam dalam
menguruskan kehidupan.

Ilmu pengetahuan
Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi gagasan yang
ditimbulkan secara terus-menerus sama ada menerusi kisahnya atau tulisannya. Pada
pandangan beliau, ilmu adalah asas kehidupan dan penjana peradaban.
Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan
kepentingannya; Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa
perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan menerusi
usahanya dalam aspek ini.

Adat dan kepercayaan


Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan
karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat
pada zamannya.
Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah
apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang berpayung, memakai kasut
dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain perbuatan
larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak
berasas.
Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki
kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati pawang itu
mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah,
barulah pawang itu menangkapnya.
Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah
kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.

Ekonomi
Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan keluarganya
di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa
ketika itu.
Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional pada negeri
biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan. Di Pahang misalnya, beliau
melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta penduduk yang menganggur dan
berlakunya pembaziran faktor pengeluaran sumber dan buruh.

Keadilan
Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat
Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa saja
kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada golongan bangsawan.
Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan masyarakat
Inggeris malah gagasan itu tidak saja diluahkan menerusi tulisan tetapi secara lisan
kepada raja Melayu.

Feminisme
Lama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullah terlebih dulu
membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain membidas sikap lelaki malas
sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami seperti diajar Islam dilakukan
wanita.
Dalam masa sama, beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik dengan
menyatakan wanita Melayu mendapat kebebasan tidak terhad untuk bergerak.

FAKTA: Karya Abdullah Munsyi


Syair Singapura Terbakar (1830)
Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
Hikayat Abdullah (1849)
Dewa-ul-kulub (1883)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920)
SUMBER: http://cgpauzi.blogspot.com

Falsafah Keadilan

Falsafah keadilan yang dikemukan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, kes
kezaliman Sultan,
Keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yang kesusahan
Falsafah Kebenaran
Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Perkara yang
diceritakan merupakan sesuatu yang betul-betul berlaku dan diamalkan sehingga ke
hari ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu.
Falsafah Keindahan
Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan
dalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita
seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya.
Isu yang Dibangkitkan oleh Pengarang
Dalam Hikayat Hang Tuah, pengarang telah menjelaskan mengenai watak Hang Tuah
yang fasih 12 jenis bahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram. Ketika
mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling-Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap
menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada
seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh
epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia.
Antara isu lain yang cuba untuk diketengahkan oleh pengarang lagi adalah
mengenai sifat ajaib yang dimiliki oleh Hang Tuah. Hang Tuah mempunyai kebolehan
yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang dianggap
permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu
ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan
berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah
dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar
biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak digelar wira epik.
Selain Hikayat Hang Tuah, terdapat juga isu-isu dalam karya Sulalatus Salatin,
misalnya mengenai sikap pemimpin. Pemimpin janganlah mengikut hawa nafsu
syahwat. Sultan Mahmud Melaka digambarkan terlalu mengikut hawa nafsu
syahwatnya menyebabkan dia dibenci oleh rakyatnya. Raja Pahang berhasrat untuk
menyerang Melaka setelah tunangannya Tun Teja dilarikan oleh Laksamana ke
Melaka. Tun Biajid juga menimang lembing untuk membunuh Sultan Mahmud yang
telah berlaku curang dengan isterinya. Semua ini menunjukkan bahawa kesan

pemimpin yang hanya mengikut nafsu akan membawa kecelakaan dan konflik dalam
negeri.
Selain itu, turut diceritakan mengenai isu pantang larang sebagai adat istiadat
dan perundangan negara. Dalam Sulalatus Salatin aspek adat istiadat dan pantang
larang merupakan elemen perundangan dalam pentadbiran negara. Ia hendaklah
dipatuhi oleh semua pihak demi melahirkan kententeraman dan kemakmuran Melaka.
Antaranya ialah pantang larang berpakaian. Rakyat jelata dilarang dari menggunakan
pakaian yang berwarna kuning, di buat tepi tabir, ulasan bantal besar dan tilam,
bungkusan barang, dijadikan barang perhiasan, kain, baju dan destar, Begitu juga
sekiranya ingin masuk ke istana, seseorang itu harus memakai kain berpancung dan
berkeris di hadapan serta bersebai sekiranya berkeris di belakang akan dirampas.
Di samping itu, pantang Derhaka. Rakyat jelata adalah ditegah sama sekali
melakukan penderhakaan kepada raja. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu yang
mengatakan raja merupakan payung rakyat tempat berteduh, pantang Melayu
menderhaka, sekiranya seseorang itu menderhaka maka balasan buruk bakal
menanti, iaitu hukuman bunuh. Bagi penderhaka, ia tidak layak untuk berada di atas
bumi. peristiwa ini dapat dilihat dalam peristiwa Hang Jebat yang mati di bunuh
apabila bertindak menderhaka ke atas Sultan Mansor menyebabkan beliau mati
dibunuh di tangan sahabatnya sendiri, Hang tuah. Begitu juga dengan mayatnya
turut dibuang ke laut serta anak isterinya turut dibunuh. Kaki tiang dan tanah bekas
rumahnya turut dibuang ke laut. Betapa besarnya kesalahan menderhaka yang
dianggap tidak layak untuk berada di bumi.
Mengenal Ciri-ciri Karya Agung
Antara ciri-ciri karya agung seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa,
Tuhfat al-Nafis, Hikayat Hang Tuah dan Bustanul Katibin adalah seperti berikut,
iaitu:
i. Lambang atau pesanan yang disampaikan oleh karya.
ii. Nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan hidup bangsa
iii. Nilai ilmu
iv. Teknik kepengarangan dan seni bahasa
Karya agung banyak memperlihatkan tahap keunggulan kreativiti, seni persuratan
dan nilai budaya tinggi.
Membicarakan Karya Agung

Karya agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,
pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu
bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan
tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta
bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal
tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni,
pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan
zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal
sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh
keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa
hingga ke zaman ini.
Karya Agung Melayu pula ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta
seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan
idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan
masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan
seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa
Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh
tradisi sastera ini. Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau
diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa
Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu
ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu
Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang
menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul,
tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan
dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan
kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.
Membuat Analisis Kritis dan Mereviu Sebuah Karya Agung
Sulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasil
kepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayu
melaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,
sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini
telah dikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor
antara tahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut,
Johor pada tahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab.

Permulaan bab dibincangkan dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga


pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaan Melaka. Pembahagian
perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu sebelum
pembukaan kota Melaka (mengandungi 4 bab) dan selepas pembukaan kota Melaka
(mengandungi 11 bab). Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun,
pembentang pada hari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang
dirujuk mereka untuk pembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga
mengenai perbezaan perbezaan antara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain.
Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapat saya rumuskan bahawa karya agung ini
mengutarakan pelbagai falsafah dan etika di dalamnya. Pada hari pembentangan,
para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah, iaitu ketaatan kepada
pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dan kekuasaan.
Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yang
disebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, Bendahara
Paduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun
seorang yang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana.
Hang Tuah pula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman
bunuh dari sultan setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah
rela dihukum biarpun beliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat
kepada sultan apabila akur dan tidak memprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh
oleh anak sultan apabila bola sepak raganya terkena destar anakanda sultan lalu
terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip adat Melayu tidak perbah derhaka
maka Baginda Paduka Raja menerima perkara tersebut meskipun anaknya mati
dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan
yang diamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagungagungkan sultan biarpun
tindakan sultan tersebut adalah salah dan melampau.
Namun, kami berasa agak keliru kerana Baginda Seri Maharaja dikatakan
seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana, keengganan beliau
mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telah menunjukkan ciri
penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluang untuk
membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliau ketika
itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliau
melarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini
menabalkan beliau sebagai seorang yang taat kepada sultan.

Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak


sosial di antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar,
maka pelbagai bencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu,
wujudnya perkara tulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak
atau perjanjian di antara golongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai
perjanjian yang bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada
raja dan raja juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka
dan perlu taat kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh
kepada raja da sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana.
Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, Sultan
Muzaffar Syah wujudkan undang undang untuk mengelakkan menteri melakukan
kesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyak
yang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga dengan
beraninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanya
menceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap
rakyat dan pembesarpembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkan
ketidakadilan raja.
Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafah
adat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun temurun. Adat perlu
dipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan
diraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di
antaranya diubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa.
Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalu
banyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut.
Raja berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya
jika tidak mahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu
banyak menindas golongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang
kejam dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman
dahulu terlalu berkuasa sehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan.
Justeru, tidak hairanlah mengapa rakyat begitu patuh kepada raja biarpun
diperlakukan dengan buruk rupa.
Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.
Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain
untuk meluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai

sikap keberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab
ini banyak menonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan
sebagai seseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk
menunjukkan kehebatan dan keberanian orang-orang Melayu pada waktu tersebut.
Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika.
Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Kitab ini juga
menggariskan tugastugas raja dan pembesar dan perananperanan rakyat. Raja
juga sebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat.
Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini
bersifat sejagat dan menyeluruh. Namun, terdapat unsurunsur mitos yang seakan
akan tidak masuk akal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja
secara melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja
pada suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga ditonjolkan secara melampau
ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah adat Melayu tidak menderhaka begitu
terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke Twitter