Anda di halaman 1dari 11

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP

ASAS PERTOLONGAN CEMAS


Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan
awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan Permulaan/
rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami
kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara
mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau
sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:


Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang
yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis,
ambulans, keluarga dll.
pengambilan kadar denyutan nadi
BILANGAN NADI SESEORANG

Tujuan Pertolongan Cemas


1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam
situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang
PERINGKAT

BILANGAN
SEMINIT

Dewasa

70-80 kali

Kanak-kanak

90-100 kali

Bayi

100-140 kali

banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur


dan lain lain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas
untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi
bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada pesakit
4. Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans
dengan kadar yang segera
Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan
tiba.
Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan Cemas
Berpengetahuan tenang
Berkeyakinan lemah lembut
Tajam pengamatan bertanggungjawab
Pantas bertindak amanah
Prinsip pengurusan situasi kecemasan
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke
hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera
teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa
hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan
mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke
hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

Sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan


Konsep sukan dan perubatan sukan
Konsep Sukan
1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan.
2. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton
dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau
laut dianggap aktiviti rekreasi.
3. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan sama ada sebagai peserta atau penonton.
4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk
media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
5. Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara
rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar
kecemerlangan.
6.
Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda
ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan
sebagainya.
"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan
ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan
sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan
tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan
1.
Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau
individu berpengetahuan).
2.
Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh
berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
3.
Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina
kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu
sukan.
Perubatan Sukan
1.
Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan
menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa
sihat (wellness).
2.
Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet
pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam
aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah
kecederaan semasa bersukan.

6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan

Faedah ansur maju :

memulihkan kecederaan
meningkatkan perkembangan
meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan


Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau
jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih
permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar
kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan
tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah
ditetapkan. Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan
dewan.

Kepentingan Terapi dalam Sukan


Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan
Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas
Sukan
1. Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
2.
Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan
senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak
patut dengan mangsa.
3. Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan
mangsa terhenti.
4. Memberi perangsang kepada mangsa.
5. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
6. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa
jika kecederaan serius.
7.
Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam
menghadapi kecemasan.
8. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi
memastikan keadaan mangsa akan datang.

6) Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan
dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti
sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda
peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan
peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang
minimum sekiranya berlaku.

Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran


kecederaan

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkahlangkahnya


Definisi
Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat ,
pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari
berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan
aktiviti sukan.

2) Memanaskan badan Tujuan


- sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran ,
melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan
mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan
atlet supaya kembali beraksi.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan
yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain
dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk
memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang
cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan.
Hal ini kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak
balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut
adalah tinggi.
(b) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat
meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu
mengurangkan hentakan ketika jatuh

Prinsip Pencegahan Kecederaan


Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
1) Prinsip latihan
Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan
dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih.
Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit
sehari.

Intensiti

Motivasi

Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus


dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif

Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau


kelesuan

Rutin

Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain


berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana
mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah
penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang
betul.

Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi,


seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai
dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang
sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan
lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan
lutut apabila terjatuh.
Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan
diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih
seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang
ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan
permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan
lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang
dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan
latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu
ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan
pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan
mengalami kecederaan ketika pertandingan.
Pengurusan Emosi

- Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam


membentuk jati diri seseorang atlit.
- Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan
aktiviti.
- Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin
menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh
menyebabkan berlakunya kecederaan.

di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary


Resuscitation].

Pendekatan rawatan kecederaan

o
o
o

Kepentingan pendekatan yang sistematik


Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
Mengurangkan kesakitan.
Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan


Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways
Breathing Circulation] iaitu:

D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari


kawasan yang merbahaya

R = Respond (Tindak balas/Reaksi)


- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil
mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar.
- Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika
sedar : Tanya mangsa keadaannya.
- Pastikan kecederaan atau kesan lain.
- Berikan rawatan yang sewajarnya.
- Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan
saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan.
- Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa
pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di
leher (karotid).

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4


peringkat iaitu:
o 1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
o 2) V - Verbal (respon terhadap suara)
o 3) P Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
o 4) U Unconcious (tiada apa-apa respon)
A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut
dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada
keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang
selesa
B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa
bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation
C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)=
Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau

Menilai kecederaan TOTAPS


T
O
T
A
P
S

Talking ( bercakap )
Observe (memerhati)
Touch ( sentuhan)
Active ( aktif)
Passive (Pasif)
Skill (kemahiran )

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera

Apa yang berlaku?

Bagaimana kemalangan/kecederaan
berlaku?

Apa yang kamu rasa?

Bahagian mana yang cedera?

Adakah bahagian lain yang cedera?

Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum


ini ?
O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet
Adakah atlet/mangsa tertekan ?
Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang
bukan scara
biasa?
Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan
secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

Adakah terdapat kelembutan?

Adakah terdapat kecacatan?

Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas


bagi fraktur dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
sakit berhenti.

Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada


bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian


yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau
terhad?

Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian


tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
P- Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

Bolehkah mangsa menggerakkan


bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang
penuh?

Bilakah kesakitan berlaku?

Bandingkan julat pergerakan bahagian


yang tidak cedera dengan yang tercedera.
Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan
atau ilang/bertambah julat pergerakan
S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat
pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh
atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.

Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit


berhenti

Sekiranya tiada kesakitan atau minima,


atlet boleh teruskan latihan atau permainan

b)
c)
d)
e)

Menetapkan pembebatan yang dilakukan.


Mengampu bahagian yang cedera.
Membantu menghentikan pendarahan.
Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi


Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di
dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk
pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x
1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:a)
Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b)
Menghenti atau menahan pendarahan.
c)
Menetapkan bahagian yang cedera.
d)
Dapat digunakan sebagai pengipas.
e)
Menutup tempat yang luka atau cedera.
f)
Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a)

b)

c)

d)

Anduh besar (large arm sling)


mengampu bahagian anggota atas yang luka atau
cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang
skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami
patah tulang klavikal.

PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
a)
Menahan pendarahan
b)
Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari
terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan
jangkitan.
c)
Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan
yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan
untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint
kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a)
Sapu tangan yang bersih.
b)
Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

SISTEM PERNAFASAN
Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke dalam
tubuh dan diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses
metabolisme yang berlaku di dalam sel mengeluarkan karbon
dioksida dari tubuh.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari


memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik
tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di
tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa
menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis
pembalut yang digunakan ialah:a)
Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b)
Pembalut lebar (broad bandage).
c)
Pembalut panjang (narrow bandage).
d)
Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a)
Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.

Bahagian yang terlibat dalam pernafasan;


o Salur udara
o Paru-paru
o Otot-otot pernafasan
Saluran udara
o
Rongga hidung
o
Naso faring
o
Larinks
o
Trakea
o
Bronkus
o
Bronkiol
Saluran pernafasan berfungsi
o
menapis, memanas serta melembapkan udara masuk.
o
Mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara
Paru-paru
o
Gugusan alveoli
o
Salur kapilari
Otot-otot pernafasan
o
Otot-otot interkosta
o
Diafragma

BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG


PERINGKAT

BILANGAN SEMINIT

Dewasa

15-20 kali

Kanak-kanak 6-10 thn

22-25 kali

Bayi

35-40 kali

Resusitasi ?
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation
- EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas
kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah
berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam
paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi
masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan
ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang
digunakan di dalam EAR ini:
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan
bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang
menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa
ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan
seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan
menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa,
bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan
rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas
keluar.
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT (EAR)
o Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada
kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup
mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti
sepenuhnya.
o Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan
kehilangan upaya pernafasan
o Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan,
hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah
penafasan tertentu seperti asma atau emfisema (perlu
rawatan segera)
o Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan
dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas
yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali
cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

Tanda-tanda untuk EAR


Sianosis - kepucatan

Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah


kurang dari 4-5 kali dalam seminit
Prosedur EAR
Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan
leher.
Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk
membuang sebarang kotoran (contohnya darah,
muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan.
Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi
mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin
Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa,
picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya,
buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa,
kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paruparu.

Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus


melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi
jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan
kepada orang dewasa.
Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian
ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak
empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh
bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan
telah tiba.
Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri,
letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat
CPR)
Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan
tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau
nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan
kekalkan keadaan saluran udara.
Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa
mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak
kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada
leher.
Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan
dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.
Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi
membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan
bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan
dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus.
Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan
spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan
atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot
dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat
perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Apakah CPR?

Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada


mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan
nadi dan tidak bernafas

Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan


mulut ke mulut dan juga tekanan dada

Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara


yang dihembus ke seluruh anggota badan

Dua sebab utama CPR dilakukan:


*terhenti pernafasan
*tiada nadi
Kaedah:
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC
sebelum melakukan
CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
(Pemulihan pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru dapat berfungsi
semula untuk mengepam darah disamping membekalkan
oksigen ke seluruh tubuh.

PERNAFASAN MULUT KE MULUT


1-Dgn keadaan mangsa baring melentang anda
hendaklah terlebih dahulu membuang bendasing dalam
mulut.
2-Buka saluran udara dgn mencondongkan kepala ke
belakang dan dagu diangkat ke atas.
3-Tutup lubang hidung mangsa dgn memicitnya
menggunakan ibu jari dari jari telunjuk anda.Tarik nafas
sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut
mangsa.

4-Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat


dada mangsa bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun
perlahan-lahan. Berikan pernafasan berturut-turut
TEKANAN DADA
1-Keadaan mangsa baring terlentang di permukaan
rata.Berlutut di sisinya dan cari tulang selangka terakhir
dgn menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda.
Sorotkan jari anda ke atas sehingga kepada titik tengah
pertemuan sempadan tulang selangka dan tulang dada.
2- Letakkan bahagian belakang tapak tangan keatas
tulang dada, sorot kebawah sehingga ia sampai ke jari
telunjuk anda. Lakukan tekanan pada titik ini.
3- Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jarijari anda.
4- Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan
yang lurus tekan secara tegak keatas dada mangsa.
Tekan lebih kurang 4-5 cm. Kemudian lepaskan tekanan
tanpa mengangkat tangan anda.
5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai
PERMASALAHAN PERNAFASAN
Penyakit Asma
o menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana
wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran
pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada
saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh
mengalami kesesakan nafas.
o penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai
rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara
sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau
aroma menyengat dan olahraga.
o penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami
jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu
ataupun sinisitis.
tanda dan gejalanya , antaranya :
Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan
nafas.
Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca


sejuk.
Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan
penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan
dalam mengatur pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada
atau leher.

Rawatan Kecemasan
o
Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
o
Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan
tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh
bertongkat.
o
Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang
mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau
ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
o
Seandainya simptom serangan asma seperti rasa
gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang
lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

KECEDERAAN KULIT

Jenis kecederaan

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian


tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku
adalah seperti berikut :

Luka
: kulit terkoyak disebabkan terkena benda
tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan
kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh
menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan
yang berlaku lebih serius.
Melepuh : Berlaku disebabkan geseran di antara
bahagian badan dengan permukaan yang lain .Tisu
cecair akan berkumpul dan kulit akan
mengelembung.
Melecet
: Berlaku apabila bahagian badan bergeser
dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak
tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.

Rawatan Am Terbakar dan Melecur


a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan
berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera
beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau
mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang
dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang
dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan
bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan
tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan
renjatan mangsa terlebih dahulu.
f)
Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat
cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup
bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i)
Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan
jangkitan.
j)
Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang
banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang
hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali
a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut
dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air
yang banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium
bikarbonat untuk meneutralkan asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid
untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid
atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata
boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera
dengan kain yang bersih.
f)
Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaian
a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah
atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk
memadamkan api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku,
rawatan renjatan perlu dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f)
Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan
perubatan.

Rawatan kecederaan kulit


Pencegahan jangkitan

Pendarahan terbuka

Definisi pendarahan terbuka


o Terkeluar darah daripada sistem pendaahan atau
sistem edaran tercedera.
Pendarahan berlaku melalui:
o Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang
kerana mengandungi oksigen dan keluar
memancut mengikut denyutan jantung.
o

Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang
mengandungi oksigen dan mengalir keluar
perlahan-lahan.

Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.

Prinsip mengawal pendarahan terbuka


o Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan
edaran udara yang sempurna.
o Bersihkan luka dari kotoran.
o Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir
keluar (tiada benda asing) jika ada buat balutan
cincin.

Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan


dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung

mengenakan tekanan pada tempat yang


mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
o
Tahan darah secara tidak langsung tempat
tekan nadi.
o
-menggunakan penjerut catitan masa
direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap
20 minit selama seminit.
o
Tinggikan anggota yang luka untuk
mengurangkan darah mengalir keluar.
o
Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan
tanda-tanda renjatan.
o
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan
buat balutan yang sesuai.
o
Jangan beri sebarang makanan atau minuman
sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru
sedar dari renjatan.
o
Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan
kecemasan untuk renjatan.
o
Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital
dengan kadar segera.

Dapatkan rawatan perubatan secepat


mungkin.

Terdedah kepada haba yang melampau


STRESS HABA
Bagaimana stres haba terjadi?
Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan,
maka badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi
radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat
meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang
berlebihan akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba
atau keadaan yang lebih bahaya ialah strok haba akan
menyerang.
Gejala dan tanda :
-Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
*Gejala : Cirit birit dan muntah.
*Tanda :
1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
2. Hilang selera makan dan loya.
3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah
-Heat Stroke (Strok haba)
*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa
tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.
*Tanda :
-1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.
-2. Lesu dan kebingungan.
-3. Kulit kering, merah dan panas.
-4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.
-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.
-6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.
-Heat Cramp (Kejang haba)
*Gejala : Ketidakseimbangan air dan elektrolit iaitu Natrium dan
Klorida dalam badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan
abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui
perpeluhan.
*Tanda :
-1. Otot menjadi keras
-2. Pergerakan tidak normal
Langkah-langkah mengelakkan stres haba
1. Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang
panas sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari
pertandingan.
2. Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan
atau pertandingan.
3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling
sesuai dalam cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan
bagi mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian kepala.
4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.
Pengsan
Definisi Pengsan ( Syncope ) :
Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh
penyusutan sementara pengaliran darah ke otak
Tanda2:
Mangsa rebah
Denyutan nadi perlahan
Warna kulit pucat
Punca2:
Kecederaan di kepala
Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan

Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )


Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol
dan dadah
Sawan dan suhu badan tidak normal

RAWATAN PENGSAN
Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan
sendengkan bahagian kepala
Periksa pernafasan dan denyutan nadi
Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan
Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik untuk
kenalpasti pendarahan luar atau keretakan tulang.
( sekiranya terdapat pendarahan luar / keretakan
tulang-hentikan pendarahan
Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan
kemalangan
Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam
tempoh 3 minit, dial 999. Jika mangsa memperolehi
daya kesedaran dlm tempoh 3 minit, nasihatkan
mangsa berjumpa doktor

MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT


Pertimbangan sebelum mengangkat pesakit semasa kecemasan.

Kebakaran atau bahaya kebakaran

Bahan letupan atau bahan-bahan berbahaya

Ketidakupayaan untuk melindungi pesakit dari bahaya

Ketidakupayaanuntuk mengakses pesakit lain yang me


merlukan penjag

Situasi lain yang mempunyai potensi


untuk menyebabkan kecederaan

Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan


nyawa disebabkan oleh lokasipesakit atau kedudukan
Prinsip mengangkat pesakit
1. Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat
usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan
menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.
2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu
keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika
benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk
membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang
bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.
3. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun
apabila mengangkat
4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki
sedikit di hadapan yang lain.
5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan
anda. beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih
dahulu.
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Antaranya ialah:
a)
seorang pembantu (single helper)
b)
dua orang pembantu (double helpers)
c)
menggunakan penggusung (stretcher)

a)

Seorang pembantu (Single Helper)


Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagaibagai cara.
Antaranya ialah:

Kaedah dukungan (Cradle Lift)


-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit
yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi.
Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
- Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh
berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota
bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan
pembantunya
Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
- Mangsa memanjat sambil memeluk belakang
pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua
belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di
dalam keadaan sedar.
Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm
Lift)

- Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan


kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya
berada di atas bahu pembantunya.
Usungan merangkak
- Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau
sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut
kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu
akan merangkak sambil mengheret mangsa.
Usungan menarik
- Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa.
Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik
mangsa secara berundur ke belakang.
Menarik menggunakan blanket
- Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah
bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara
berundur ke balakang.

a)

Kaedah dua pembantu

Duduk di atas dua tangan (two hand seat)


- Mangsa memegang bahu kiri dan kanan
pembantunya sambil duduk di atas tangan
pembantunya. Kedua-dua pembantu
menggunakan sebelah lengan masing-masing
sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan
yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.

Mengusung berekoran atau berbuntut.


- Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah
ketiak
mangsa dari arah belakang mangsa.
Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang
dengan muka mengadap ke belakang mangsa
sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut
mangsa.

Prinsip menguruskan kecederaan patah

Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)


- Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan
tempat duduk mangsa. Sementara sebelah
tangan lagi mengampu belakang mangsa.

Definisi:
Mer u p a kan keced e raa n ya n g
melibatkan manam a n a b a h a g i a n tulang , sam a a da ian ya retak, pu tu s,
p ec ah, rem ok, s erp ih an a ta u sebagainya.

Duduk di atas empat tangan (four hand seat)


-Menjadikan kedua belah tangan pembantu
sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan
memeluk bahu pembantu-pembantunya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga)

Mengangkat menggunakan kerusi


- Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala
pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi.
Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu
secara usungan beriringan atau secara
berekoran.

b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)

Pengusung gantian ( improvise stretcher)


I. menggunakan kain blanket atau selimut
tebal dan diangkat di keempat-empat
bucunya.
II. Menggunakan empat atau lima kain anduh
yang diikat di dua batang kayu.
III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk
buntutnya. Kemudian dimasukkan dua
batang kayu dalam guni itu.
IV. Menggunakan dua kain sarung yang
dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
V. Menggunakan tiga atau empat kain baju
kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam
baju-baju tersebut dan kemudian
dibutangkan kancingnya.

o
o
o
o
o
o
o
o
o

Jenis stetcher
Wheel stretcher
Portable
Scoop
Flexible
Basket
Flexible
Stair chair
Long backboard
Short board

Secara Langsung
Pa t a h t e p a t p a d a t e m p a t a t a u p u n c a n y a . C o n
t o h n y a k e n a tembakan, pukulan, tendangan atau
kemalangan.

Secara Tidak Langsung


Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami
kecederaan.C ontohn ya , berlaku kec utan otot atau
p ergera ka n o to t ya ng secara tiba-tiba, menyebabkan
tulang patah.

Jenis-jenis patah
1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
2. Patah riok (Compound fracture)
Terda pa t lu ka di temp at pa ta h d i m ana huju ng tulang
yan g patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.
3. Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat
kecederaan.
4. Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
5. Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam
ke dalam tulang yang patah itu.
6. Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya
terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.
7. Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ
lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit
otak.
Rawatan awal

1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.


2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan
pembebat yang bersih.
3. Bagi kaki yang patah, balut pada bahagian lutut dan buku
lali.
4.
Bagi lengan, gunakan sling.
5. Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.
6. Periksa peredaran darah pada tangan atau kaki setiap 10
minit.
Tanda-tanda patah
o Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
o Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
o Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
o Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak
normal.
o Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada
tulang,sendi atau otot.
o Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak
normal.
Prinsip mengurus kecederaan patah
o
o
o
o
o
o
o

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti


berikut :
Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang
mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan
pendarahan yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam.
Lakukan rawatan ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota
yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang
cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh.
Tutup dengan kain yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota
yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan
pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan
pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat
pembebatan yang terlalu ketat.

otot
tulang

Faktor HARM
Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor berikut

Heat-tambah pendarahan
Alcohol-tambah bengkak
Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk
Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan
pendarahan atau bengkak

(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat


Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan
tertekan. - Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila
otot atau tendon dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.
(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan
dan diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu
atau bulan. - Disebabkan oleh banyak punca keadaan.

Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan


berlebihan atau digunakan berlebihan. - Kecederaan ini
biasanya berlaku pada tendontendon patela ( lutut ), achilles
( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang
berlebihan. - Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula
adalah individu membuat aktiviti bilangan bahu yang lemah
dan tidak fleksibel.

Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair,


terletak antara tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. Berlaku bila bahagian tertentu diasak. - Selalunya berlaku di
siku dan lutut

Kontusi (contusion )
Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan
cederapada saluran darah atau saluran halus putus lebam dan pendarahan dalaman.
Bengkak& pergerakan terbatas.
Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan
olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau
disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja
berlebihan.
Ianya melibatkan kemungkinan otot atau
tendon tercedera dan mengsa merasai k esakitan di
bahagian tercedera.

o
o
o

o
KECEDERAAN TISU LEMBUT
Definisi :
Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan
merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen,
kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh.
Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd sendi yg
menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.

Kekejangan otot ( muscle cramp)


Kontraksibuat sementara dan mengalami
muscle spasm menjadikan otot rasa keras dan mangsa
kesakitan.
berpunca dari atlit kurang cergas (dari aspek
daya tahan otot), kekurangan elektrolit (garam mineral)
atau dihidrasi dalam badan (kehilangan air).

o
o

PUNCA2 KECEDERAAN

1. Ketegangan otot-otot separuh koyak


2. Koyakan otot sepenuhnya pd otot

3. Calar2 pd bahagian dalam otot


Klasifikasi kecederaan sukan
Kategori mengikut tempoh masa wujud
o Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru
berlaku
o Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi

Tanda-tanda :
a) sakit yg sangat kuat pada bahagian persendian.
b) bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) tidak dapat menggerakkan anggota yang
tercedera.
d) terdapat perubahan bentuk pada sendi yang
tercedera
e) terdapat tanda-tanda renjatan

Kategori mengikut struktur badan


- Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
- Tisu keras : tulang
Kecederaan luaran
Kecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit
- Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
- Melecet- tergeris, epidermis dan terluka
- Melepuh- kulit menggelembung dan ada air

Kecederaan dalaman
Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan
- ligamen
- tendon

Dislokasi ( dislocation )
o berlaku bila tulang sendi terkeluar dari
asalnya kejadian di mana pergerakan yang diluar
dari julat asal.
o Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak
atauterkeluardari tempat asal.

Terseliuh
o berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang
secara tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil.
o Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam.
Tergeliat (Sprain)

Cedera terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament


pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang
melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) sakit apabila menggerakkan bahagian yang tercedera
tetapi masih dapat menggerakkan anggota tersebut.

Prinsip mengurus kecederaan tisu lembut

Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian


yang cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan
meneruskan aktiviti fizikalnya.

R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian


yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau
tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan
dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit
dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat
demikian.
R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan
dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana
pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais
ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau
bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan
bahagian terlibat berasa kebas.

R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada


bahagian yang cedera dengan dua cara. Pertama, cara tidak
langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan
bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu
dengan tekanan tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan
tidak terlalu ketat sehingga mengganggu pengaliran darah.

R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang


cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh
dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas
bangku sambil berbaring. Nota :

Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian


yang cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan
pergerakan perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya
tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah
pulih.

cahaya terang, suara panggilan, sebarang bunyi di


sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas
berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan
diri atau dalam keadaan terkejut.
DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang
cukup untuk laluan udara. Pastikan saluran udara tidak
tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan
baik.
DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas
atau tidak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari di
hadapan hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau
melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika
mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan
handaklah diberikan dengan segera.
DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah
mangsa masih baik. Ini dapat dilakukan dengan mengira
nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan bahawa
jantung mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah
menunjukkan denyutan jantungnya lemah. Jika terdapat
punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan itu
mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.

Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan


mata

Kecederaan

Cara mengurus kecederaan


Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan
kecederaan
Fungsi bilik rawatan sukan
o
Tempat memberi rawatan
Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik
rawatan
Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan
Penyimpanan rekod
KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah
seperti berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
2. Kain anduh tiga segi
3. Kain kasa sucihama
4. Kapas
5. Kain pembalut gulung
6. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
7. Plaster
8. Ubat gosok atau minyak gosok
9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
10. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11. Garam cium ( smelling salt )
12. Penyepit ( forcep )
13. Buku catitan
14. Pin
15. Pen/pensel
Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya
ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan
baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang.
Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan
tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di
tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya
tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair
perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan
ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.

RAWATAN KECEDERAAN
DR.ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka periksa
samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~
Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah
berjalan ( Circulation )

DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah


bebas daripada bahaya disekitarnya. Contohnya, jika
mangsa itu tersepit, maka benda yang menyebabkannya
tersepit telah disingkirkan
DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan
gerak balas mangsa untuk memastikan keadaan sebenar
mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap