Anda di halaman 1dari 1

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 5 (02-06/02/2015)

Isu/ Masalah/ Peristiwa:


Isu yang saya ingin katakana pada minggu ini ialah berkaitan dengan murid
yang tidak dapat dikawal semasa pdp sedang dijalankan.
Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa:
Saya berasa amat sedih kerana murid yang saya ajar tidak dapat mendengar
saya malah bermain semasa saya berada di kelas mereka. Terdapat murid yang
bermain apabila mereka menyiapkan kerja yang diberikan. Namun apabila saya
memberikan kerja yang lain, mereka telah hilang focus dan tidak ingin melakukan
kerja yang diberikan. Saya berasa amat sedih kerana murid-murid ini tidak
menunjukkan motivasi mereka untuk menimba ilmu.
Murid yang berada di kelas ini kebanyakkannya murid yang lemah. Kerana
kelas ini merupakan kelas yang terakhir. Terdapat murid yang masih lagi tidak
mengenal nombor walaupun hamper 4 tahun belajar di sekolah rendah.
Analisis isu/ masalah/ peristiwa:
Punca:
Saya telah mengajar kelas ini selama satu bulan. Walaupun saya hanya
memasuki kelas ini sekali seminggu sahaja, namun saya tetap memberikan yang
terbaik kepada murid kelas saya ini. Namun disebabkan hal ini, saya masih lagi tidak
dapat mengawal kelas saya.
Salah satu punca lain mengapa murid ini tidak mendengar arahan saya
disebabkan oleh cara saya yang agak kasar. Saya menggunakan kaedah seorang
guru yang garang menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendengar arahan
saya.
Cadangan Penambahbaikan:
Saya mengambil keputusan untuk menggunakan pendekatan yan lain bagi
membantu murid saya untuk lebih bermotivasi untuk mempelajari ilmu yang baharu.
Iaitu dengan menggunakan kaedah yang lebih lembut namun tegas dalam mendidik
mereka.