Anda di halaman 1dari 2

Bismillah.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibong, Puan Hajah Nor`Aini binti Atan,
Yang dihormati Encik Suhaimee bin .................................
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Senibong
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Senibong, Guru-guru yang
diraikan serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Senibong
2015.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat
sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi
Tahun 2015 dengan tema Membina ilmu Menyempurnakan Akhlak.
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz
Muhd Fariq bin Aziz. Dijemput dengan hormatnya.
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita
mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu
Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Lagu 1 Malaysia. Sidang hadirin dipersilakan berdiri.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan ..........................................................................selaku Ketua Pengawas untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Puan Hajah Nor`Aini binti Atan, Guru besar Sekolah Kebangsaan Senibong
untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Seterusnya Bacaan Perutusan...
Dipersilakan Puan Normawati Binti Jori, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk membacakan
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan Puan Nurnazhatulshima binti Abu Hassan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Sidang dataran yang dimuliakan,
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru Sekolah Kebangsaan Senibong tampil ke atas pentas bagi
acara melafazkan ikrar diketuai oleh Ustaz Muhammad Fariq bin Aziz , Guru Penolong Kanan
Kokurikulum. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
nyanyian oleh barisan guru-guru kita...
Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru oleh
barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Sidang hadirin sekalian ;
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
Untuk mengakhiri majlis kita pada pagi ini marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku. Untuk itu, dijemput semua hadirin untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikannya.
Dipersilakan...
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan samasamalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincanganmajlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima
kasih.SELAMAT HARI GURU