Anda di halaman 1dari 14

Tajuk 7

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sinopsis
Tdajuk-tajuk dalam unit ini merangkumi konsep tingkah laku bermasalah, Jenis-jenis tingkah
laku bermasalah, cara-cara mengenalpasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, serta
pengurusan tingkah laku bermasalah, teknik-teknik modifikasi tingkah laku bermasalah, dan
juga implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menerangkan konsep tingkah laku bermasalah serta jenis-jenis tingkah laku bermasalah
2. Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku.
3. Menghuraikan pengurusan tingkah laku serta Mengaplikasikan teknik-teknik modifikasi
tingkah laku
4. Menjelaskan implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
TINGKAH LAKU
BERMASALAH

KonsepTingkah
laku Bermasalah

Cara-cara
Mengenalpasti
Tingkah laku
Bermasalah

Jenis-jenis Tingkah
laku Bermasalah

Pengurusan
Tingkah laku
Bermasalah

Implikasi Pengurusan Tingkah


Laku Ke Atas Proses P&P

100

7.1

Tingkah laku bermasalah

Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh
guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada
sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid
lain daripada mencapai pembelajaran optima.
Murid-murid sedemikian selalunya kesukaran pembelajaran daiam kelas.

Proses-proses

mental dan pemikiran mereka tidak dicabar sehingga timbul kebosanan. Mereka menjadi
gelisah, dan kadang kala hingga mengganggu rakan sekelas yang sedang tekun mendengar
penerangan guru. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah
boleh berbentuk positif atau negatif.

Rajah 7.1: Pelbagai tingkah laku bermasalah dalam kelas.


7.2

Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah


7.2.1

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku destruktif, tingkah laku
disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang,
tingkah laku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri
(1)

Tingkah Laku Destruktif


Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang berumur
di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam
bentuk tingkah laku destruktif.
101

Jenis-jenis tingkahlaku destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme


iaitu merosakkan kerusi, meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya,
aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta
atau motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding
bangunan sekolah.
(2)

Permusuhan Nyata (Overt hostility)


Permusuhan nyata boleh difahamkan sebagai keadaan di mana wujud
tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai
sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan nyata ialah
apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung dan mendapat
penilaian yang negatif.
Mengikut ahli psikologi sosial, terdapat tiga pandangan yang utama tentang
permusuhan nyata iaitu:
i)

Dalam setiap individu terdapat desakan yang agresif yang cenderung


untuk menimbulkan permusuhan nyata.

ii)

Permusuhan nyata disebabkan pengalaman yang mengecewakan.

iii)

Tingkah laku agresif atau permusuhan nyata boleh dipelajari.

Permusuhan Nyata Suatu sifat Biologi


Lorenz (1967) menegaskan bahawa permusuhan itu disebabkan oleh suatu
sifat biologi yang terdapat di dalam diri setiap individu. Pendapat ini telah
disokong oleh Sigmund Freud.

Contohnya, kanak-kanak pada umur dua

tahun yang mula menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita.
Mereka berharap orang lain akan mengalami suatu peristiwa yang malang
dan mereka akan berasa seronok apabila mengetahui bahawa peristiwa itu
benar-benar telah berlaku ke atas orang tersebut.
Permusuhan Nyata Disebabkan Kekecewaan
John Dollard dan rakan-rakannya di Universiti Yale mengesahkan bahawa
permusuhan nyata selalunya berlaku akibat kekecewaan dan kekecewaan
selalunya membawa kepada suatu bentuk permusuhan nyata. Contohnya, di
dalam satu situasi di mana seseorang individu berada dalam keadaan penat
dan haus memasukkan syiling sebanyak RM 1.50 ke dalam mesin minuman
sejuk. Selepas itu, dia pun menekan butang untuk mengeluarkan minuman itu
102

tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Ini menyebabkan timbulnya rasa kecewa
kerana kehilangan wang dan keperluannya untuk mendapatkan minuman
tidak dipenuhi. Akibatnya, dia mungkin menunjukkan permusuhan nyata
terhadap mesin itu atau terhadap kawan yang ditemui.
Permusuhan Nyata Dipelajari
Permusuhan nyata boleh dipelajari daripada individu yang berhampiran, sikap
masyarakat dan televisyen:
o

Ibu bapa yang agresif dan sentiasa menghukum anaknya sebenarnya


menunjukkan satu contoh tingkah laku yang agresif. Akibatnya, anak-anak
akan belajar menjadi agresif juga (Sears, Maccoby dan Levin, 1957). Eron
(1980) di dalam kajiannya, berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak yang
agresif merupakan individu-individu yang jarang memberi sokongan moral
kepada anak-anak mereka dan cenderung menghukum mereka.

Dalam kebanyakan masyarakat, masih terdapat anggapan bahawa suatu


tindakan agresif perlu ditentang dengan tindakan yang sama. Sikap
masyarakat ini menyebabkan permusuhan nyata terus berlanjutan.

Tayangan filem di televisyen yang menunjukkan keganasan dan pembunuhan


memang

banyak

mempengaruhi

kanak-kanak.

Eron

(1982)

telah

membuktikan bahawa kanak-kanak yang agresif lebih kerap menonton


televisyen secara amnya.Mereka juga cenderung untuk mencontohi watakwatak dalam televisyen yang agresif dan beranggapan bahawa permusuhan
yang ditayangkan di televisyen membayangkan keadaan dalam hidup
sebenar.
(3)

Tingkah Laku Disruptif


Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan
kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis tingkah
laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau,
kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan
sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti
tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas.

103

(4)

Tingkah Laku Bergantung


Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu
bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk
menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Individuindividu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang
menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran
diri.

(5)

Hiperaktif
Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif
berbanding keadaan yang biasa. Kenak-kanak seperti ini tidak boleh duduk
diam, sentiasa bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan dan sukar
dikawal. Antara ciri kanak-kanak yang mengalami hiperaktiviti adalah seperti
berikut:
i)

Melibatkan diri dalam aktiviti secara berlebihan.

ii)

Perbuatan dilakukan secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya.

iii)

Gemar merengut.

iv)

Tidak boleh duduk diam.

v)

Tindak balas berlebihan terhadap sesuatu rangsangan.

vi)

Tingkah laku sukar diramal.

Hiperaktiviti atau hiperkinesis mungkin disebabkan oleh kecederaan otak atau


makanan yang mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna atau salisilat
(Feingold, 1976). Makanan yang mengandungi salisilat ialah epal, buah
anggur, limau, strawberi, tomato dan minuman teh. Bagi mengatasi masalah
hiperaktiviti, Feingold (1975) menggunakan makanan Kaiser-Permanente (KP) yang terdiri daripada makanan yang tidak mengandungi bahan pewarna,
bahan pengawet atau salisilat sejati.
(6)

Tingkah Laku Bimbang


Kebimbangan (anxiety) boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kurang
senang yang disebabkan oleh kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan.
Walaupun

sebab-sebab

timbulnya

kebimbangan

adalah

sukar

untuk

dikenalpasti tetapi terdapat lima situasi di mana kebimbangan boleh berlaku.

104

i)

Motif yang bercanggahan. Contohnya, terdapat individu yang ingin


menderma untuk membantu orang-orang miskin tetapi pada masa yang
sama dia juga terpaksa menyara hidup isteri dan anak-anaknya.

ii)

Individu yang mengalami konflik antara tingkah lakunya dengan nilai


sebenarnya. Contohnya, seseorang itu mengetahui bahawa mencuri
adalah salah tetapi masih melakukannya kerana ia telah lama
menganggur dan amat memerlukan wang.

iii)

Individu menghadapi suatu keadaan baru di mana dia terpaksa


menyesuaikan diri. Contohnya, kali pertama masuk ke dalam kelas
untuk mengajar.

iv)

Apabila individu menghadapi sesuatu keadaan yang mana hasilnya


adalah sukar diramal. Contohnya, setelah mengambil peperiksaan
tetapi masih belum pasti sama ada akan lulus atau gagal.

v)

Apabila individu menghadapi kemungkinan kehilangan seseorang yang


dikasihinya. Contohnya, seseorang akan berasa bimbang apabila ibu
atau ayahnya berada dalam keadaan sakit tenat.

(7)

Tingkah Laku Murung


Kemurungan merujuk kepada satu-satu keadaan yang amat sedih. Ia boleh
dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidak
berupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenung
dan berkhayal. Antara faktor-faktor yang menimbulkan kemurungan ialah
seperti berikut:

(9)

i)

Masalah keluarga

ii)

Kurang penerimaan oleh rakan-rakan

iii)

Kegagalan dalam mencapai sesuatu yang diimpikan

iv)

Kekurangan kasih sayang ibu bapa

v)

Putus hubungan percintaan

Pengunduran Diri
Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yang kurang
selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukan
untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu-satu masalah. Di
105

dalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar
tidak berupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar-pelajar yang tidak
mempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan
mengundur diri apabila guru memilih pemain-pemain bagi satu satu
permainan.
(10)

Tingkah Laku Pengasingan Diri


Amalan pengasingan diri mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar sendiri
yang tidak gemar bercampur gaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Dia
mungkin tidak diterima oleh pelajar-pelajar lain. Pelajar seperti ini juga
didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan
masalah-masalah lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung
menunjukkan tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau
layanan guru.

7.2.2

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng, 2002).
(1)

Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu


Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal, kanakkanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atas meja.
Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk
melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan seperti ini akan
menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan
daripada guru. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya
terutamanya di dalam makmal.

(2)

Tingkah Laku Murid Cepat Belajar


Murid-murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu
konsep dengan cepat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, muridmurid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi
penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenis
gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akan
menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

106

(3)

Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas


Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek
seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai
daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi.
Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,
sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia.
Oleh kerana pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan intelek yang tinggi,
mereka cepat mencapai pemahaman terhadap konsep-konsep yang
disampaikan. Ini menyebabkan mereka akan berasa cepat bosan sekiranya
kaedah pengajaran guru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini
akan menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam
kelas. Ini bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas
sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi.

(4)

Tingkah Laku Murid Proaktif


Murid-murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat.
Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu. Contohnya,
selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal, mereka akan
ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku ini boleh
menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan boleh
berlaku.

Ringkasan Tingkah Laku Bermasalah

107

7.3

Cara-Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku


7.3.1 Kaedah Berasaskan Ujian
Ujian piawai seperti ujian psikologi dan ujian diagnostik yang dibina khas dapat
digunakan untuk mengukur jenis dan tahap tingkah laku bermasalah yang
ditunjukkan oleh murid. Ujian psikologi cuba mengenalpasti tingkah laku tertentu
atau masalah gangguan emosi yang ditunjukkan oleh individu. Ujian diagnostik pula
digunakan untuk menyediakan pandangan yang terperinci tentang komponenkomponen masalah tingkah laku dan mengenal pasti punca masalah tersebut.
Ujian piawai seperti ini perlu ditadbirkan dan ditafsirkan oleh seseorang yang
berkelayakan seperti kaunselor sekolah, pakar psikologi sekolah, ataupun pakar
psikologi kanak-kanak. Seterusnya rawatan, teknik-teknik kaunseling atau program
modifikasi tingkah laku akan digunakan untuk membantu kanak-kanak tersebut.
7.3.2 Kaedah Bukan Ujian

Pemerhatian. Guru boleh membuat pemerhatian dan menggunakan senarai


semak catatan anektodal, catatan kekerapan untuk merekod tingkah laku
murid secara sistematik.

Analisis data-data yang dikumpul melalui

perkaedahan ini membantu guru membuat perancangan tindakan seterusnya


untuk mengendalikan tingkah laku bermasalah tersebut.

Temuduga. Guru boleh menemuduga ibu bapa, murid atau guru-guru lain
untuk mendapat gambaran jelas mengenai corak tingkah laku murid secara
keseluruhan

Kaedah Penyelidikan seperti kajian kes, kajian dokumen, kajian rentasan dan
kajian longtitudinal digunakan untuk mengkaji secara empirikal dari pelbagai
sudut tentang tingkah laku bermasalah.

7.4

Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah


7.4.1

Modifikasi Tingkah laku

Modifikasi tingkah laku ialah aplikasi teori pembelajaran yang sistematik yang akan
membawa perubahan yang diingini ke atas corak tingkah laku. Ada kalanya istilah
"aplikasi analisa tingkah laku" turut digunakan.
Dua faktor individu turut terlibat dalam modifikasi tingkah laku - faktor dalaman dan
faktor luaran.

108

Faktor dalaman turut dikenali sebagai faktor penyesuaian kendiri. Individu akan
melihat ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kekuatan yang diperlukan. Kekuatan itu
mungkin merupakan kepercayaan kerohanian atau nilai-nilai moral yang telah disemai
sejak lahir. Sebagai contoh, seorang murid anda yang berumur sepuluh tahun tahu
bahawa dia perlu duduk diam semasa anda mengajar. Dia telah diberitahu dan
sedar bahawa dia perlu mematuhi disiplin dalam bilik darjah supaya tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Dia tahu bahawa berjalan
semasa guru sedang mengajar adalah satu kesalahan. Oleh itu, walaupun ia suka
bangununtuk bercakap dengan rakannya di belakang, ia tidak berbuat begitu. Dia
perlu membuat penyesuaian kendiri, iaitu pergi ke tempat rakannya semasa
pertukaran guru ke bilik darjahnya.
Faktor kedua ialah faktor penyesuaian luaran, yang kadang kala dikaitkan dengan
penggunaan modelling.
Ambil murid-murid sepuluh tahun di atas sebagai contoh. Sekiranya dia menahan diri
daripada berjalan tanpa sebab semasa anda mengajar, maka dia perlu melihat dan
mencontohi tingkah laku murid-murid lain sebagai model. Dia seharusnya mengikut
rakan-rakan lain mendengar pengajaran guru dengan tekun. Adakah anda bersetuju?
Modifikasi

tingkah

laku

merujuk

kepada

langkah-langkah

yang

sistematik

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif


kepada yang positif.

7.4.2

Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku

Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku ialah
seperti peneguhan, denda, reverse psychology, pembentukan, token economy, ubah
suaian dalaman/kendiri dan ubah suaian luaran.
Peneguhan
Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan
adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.
Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang
sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini
dinamakan oleh Skinner sebagai peneguhan (reinforcement). Mengikut beliau,
peneguhan boleh berupa positif atau negatif.

109

Peneguhan Positif
Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu
peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan
bertambah.

Peneguhan

positif

ialah

stimuli

yang

boleh

menambahkan

kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian,


penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang
sesuai itu berlaku.
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan
tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya,
menghalau

seorang

murid

yang

membuat

bising

dari

kelas

akan

dapat

menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran


mereka tanpa gangguan.
Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau
menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai
seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai.
Denda
Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu
tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya budak yang tidak membantu ibu tidak
diberi

peluang

bermain

bola

(iaitu,

menghentikan

keseronokan).

Skinner

berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang
singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran
matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran
matematik.
Reverse Psychology
Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan
tingkah laku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru
memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan
dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah
menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif
demi membentuk tingkah laku yang diingini.

110

Pembentukan (shaping)
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui
beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tidak balas
yang diharapkan. Teknik shaping ini adalah perlu digunakan apabila murid yang
berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.
Token Economy
Token economy ini ialah satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh
simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan.
Contohnya, pelajar diberi beberapa markah untuk perlakuan yang ditunjukkannya.
Markah yang dikumpulkan ini boleh ditukar kepada hadiah, sijil atau surat
penghargaan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam penjualan barangan secara
terus di mana menggunakan sistem ini untuk menarik pembeli untuk terus membeli.
7.4.3
Teknik

Ubah Suaian Dalaman/Kendiri


ini

boleh

diuruskan

melalui

dua

cara

iaitu

pengurusan

diri

dan

pengubahsuaian kognitif.
Pengurusan Diri

Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah berikut:

Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri.

Murid berusaha mengubah tingkah lakunya.

Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan


menggunakan senarai semak atau carta.

Pengubahsuaian Kognitif
Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk
mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri. Antara langkahlangkah dalam melaksanakan teknik ini ialah:

Modelling kognitif: Seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambil


memberi arahan secara lisan.

Bimbingan luaran: Murid melakukan tugasan yang sama di bawah


bimbingan guru.

Bimbingan kendiri (nyata): Murid melakukan tugasan yang sama


melalui arahan kendiri secara lisan.

Bimbingan kendiri (tidak nyata): Murid membisik arahan sendiri sambil


menghabiskan tugasan.
111

Arahan Diri Terselindung: Murid melakukan tugasan secara


membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.

Ubah Suaian Luaran (Modelling)


Ia merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang
disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Teori Permodelan
Bandura (1963) adalah berkaitan rapat dengan modifikasi tingkah laku melalui
ubahsuaian luaran di mana Bandura telah mengemukakan teori pemerhatian untuk
menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori
pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai Teori Peniruan atau Teori Permodelan.
Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura adalah seperti berikut:

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan


teladan.

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru


sebagai modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh
kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan


dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Ringkasan Modifikasi Tingkah Laku

112

7.5

Implikasi Pengurusan Tingkah Laku Ke Atas Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran
Implikasi utama dalam melaksanakan satu program modifikasi tingkah laku ialah ia
dapat membawa peningkatan dalam pencapaian akademik, kompetensi sosial dan
iklim sekolah yang lebih kondusif.
Juga, ia adalah komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana modifkasi tingkah laku merupakan satu cara untuk mendapatkan pencapaian
akademik yang lebih tinggi daripada murid-murid yang bermasalah.
Satu lagi implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah ia dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam
perbincangan kelas.
Melalui program modifikasi tingkah laku, motivasi intrinsik murid-murid juga dapat di
pertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk
menunjukkan tingkah laku yang positif.
Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat menolong menukar persekitaran
sekolah, dengan menggantikan tingkah laku-tingkah laku negatif kepada positif.
Pada masa yang sama, ia juga menolong meningkatkan kepuasan intrinsik muridmurid.

TUGASAN TERARAH
Kenal pasti empat masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah anda.
Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk
menangi masalah tingkah laku murid tersebut.

RUJUKAN
Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (1993). Behaviour Management. New York :
Macmillan.
Alberto & Troutman (1986). Applied behaviour analysis for teachers. Toronto.
Child, D. (1993). Psychology and the teacher. London : Cassell.

113