Anda di halaman 1dari 7

Peralatan dalam bilik Snoezelen : Pemain muzik, lampu, kamera video,

untaian gentian optik bersalut vinil


12 wangian aromaterapi yang menenangkan pelatih apabila berada di
dalam bilik Snoezelen
Peppermint, lavender, geranium, rosemary, tea tree, ylang ylang,
sweet oren, grapefruit, bergamot, eucalyptus, may chang, ho wood,
Bilik Snoezelen
Bilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang
dicipta khusus untuk menenangkan, merehatkan, merangsang,
mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua kanak - kanak
mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Snoezelen adalah
gabungan 2 perkataan Ducth: Snuffelen(Mencari kesenian dan
menjelajah) dan Doezelan (Menenangkan)
Bilik Snoezelen dapat memberikan pelbagai faedah antaranya :1. Kepada Pelajar
a) Lebih tenang dan merehatkan
b) Lebih fokus dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberi
c) Meningkatkan tumpuan
d) Mengurangkan masalah tingkahlaku
e) Meningkatkan kemahiran komunikasi, pergerakan, kognitif dan sensori
f) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab
g) Mampu membuat pilihan sendiri

2. Kepada Guru
a) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar - pelajar
b) Dapat mengenal pasti dengan lebih jelas reaksi dan tindak balas pelajar
c) Memudahkan perancangan pelan pembelajaran pelajar
d) Dapat menguruskan pelajar dengan lebih sistematik dan teratur

PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK SNOEZELEN

1. BILIK
a) Bilik hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan sesudah
digunakan

b) Semua peralatan mestilah diperiksa sebelum dan sesudah digunakan


c) Digunakan bagi tujuan latihan atau aktiviti sahaja
d) Setiap sesi terapi tidak boleh melebihi 30 minit bagi setiap pelajar
e) Dilarang membuat bising, makan, minum dan tidur dalam bilik ini.

2. GURU
a) Hanya guru yang terlatih sahaja dibenarkan menjalankan latihan
b) Memastikan pelajar membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu
c) Mengenalpasti peralatan yang digemari dan tidak digemari oleh pelajar
sebelum
latihan dimulakan
d) Setiap aktiviti yang dilakukan perlu direkodkan oleh guru selepas tamat
latihan
e) Pelajar perlu ditemani oleh guru, ibu bapa atau penjaga

Menerusi peralatan pemulihan yang terdapat di bilik snoezelen, kanakkanak istimewa yang menjalani latihan di PDK dapat menikmati program
terapi yang lebih efisien dan selesa. Bilik snoezelen dilengkapi beberapa
perkakas khusus untuk kanak-kanak istimewa daripada pelbagai kategori
seperti Sindrom Down, Autisme dan Dyslexia.

Pelatih akan menjalani dua jenis terapi dalam satu masa iaitu terapi
mental dan fizikal melalui rawatan Multi Sensory Therapy yang memberi
penekanan kepada sistem motor halus dan motor keras dalam anggota
badan golongan istimewa terbabit. Pelatih akan menggunakan peralatan
secara berkala dan berjadual bagi membolehkan proses pemulihan
dijalankan secara berperingkat. Antara peralatan tersebut ialah bola,
lampu serta objek khas yang boleh digunakan bagi merangsang mental
dan fizikal secara berkesan dan dijamin selamat.

Menerusi ransangan empat deria utama termasuk deria lihat, bau,


sentuh dan dengar, penggunaan bilik snoezelen yang kerap boleh
membantu perkemabangan minda dan fizikal pelatih - pelatih di PDK ini
dengan memberi ketenangan, memperbaiki kadar tumpuan dan
membantu mengurangkan hiperaktif, selain meningkatkan minat belajar
mereka. Bilik snoezelen juga boleh dijadikan alat pengajaran tambahan
guru dan pakar terapi untuk meningkatkan keupayaan deria kanak kanak dan pelatih.

Untaian gentian optic bersalut vinil yang boleh berubah warna


boleh melegakan otot tegang pelatih cerebral palsy, dinding dinding
yang diterangi lampu berwarna - warni dengan paparan gambar bergerak,
bau - bauan yang lembut serta aluan muzik yang menenangkan dapat
dirasai dalam bilik snoezelen.

Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari
atau meneroka dan doezelen yang bermaksud relaks. Terapi ini digunakan untuk kanak-kanak
masalah mental, autisma, cedera otak dan masalah perkembangan fizikal.
Terapi ini dirancang untuk memberi stimulus pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan efek
lampu,suara,muzik,bau dan sebagainya. Suasana bilik atau tempat terapi ini bersifat kondusif, tenang,
rekreasionalis dan tidak mengancam. Terapi ini dapat membina kawalan diri yang lebih baik ,dapat
meningkatkan rasa percaya kepada diri dan seterusnya mengurangkan stress.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
o
Berbaring,bermain dan memeluk bantal
o
Menikmati buaian
o
Dengar muzik instrumental
o
Buat suara lucu dgn alat khusus
o
Bermain dgn tangga/cermin
o
Perhatikan pola lampu berkelip-kelip
o
Menyelam di kolam mandi

Terapi ini telah dikembangkan sebagai aktiviti waktu senggang untuk murid bermasalah pembelajaran
dengan persekitaran yang memberangsangkan dan menyenangkan. Mereka boleh memilih, mengawal
dan meneroka rangsangan yang terdapat di persekitaran mereka. terapi ini. Terapi ini telah berkembang
diseluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia terutama dalam bidang perubatan.

Tujuan Terapi Snoozeland

Its aim is to be a relaxing activity, designed to create a feeling of safety, novelty and stimulation which
is under the users control (Ashby et al, 1995) and in which there are no expectations for
performance" (Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002

Terapi ini telah direka bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:

Pergerakan motor kasar ---> Mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang lemah

Pergerakanan motor halus

menggunakan alat permainan

menggunakan tangan dalam sebarang aktiviti

memegang pensel untuk melukis dan mewarna

bermain dengan permainan yang terlalu banyak

Masalah pembelajaran

lemah tumpuan

gelisah

lambat dan lembab

tidak teratur dan tidak kemas

tumpuan amat sedikit

hiperaktif

tidak boleh mengikut arahan

Kebolehan kendiri

menyuap makanan

memakai baju

pergi ke tandas

menjaga kebersihan diri

Kebolehan bermain

tidak pandai memanipulasi alat permainan

tidak faham cara bermain

mengenal alat permainan

kebolehan bermain terhad

Kognitif dan konsep asas

warna

bentuk

benda

tempat

rasa

nombor

huruf

Membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah:

Pemikiran yang lemah

Tidak menerima, memahami dan mengikut arahan

Psikososial
Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan
komuniti.
Kemahiran hidup dan vokasional
Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta
kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.

Faedah Terapi Snoozeland


1) Bagi murid bermasalah pembelajaran:
Murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna
-

Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan

Meningkatkan kesedaran kendiri

Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi

Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan

Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran

Meningkatkan morality

Mengurangkan kelakuan yang stereotype

Membina tingkah laku positif

Membina keseronokan

2) Masalah Tingkah Laku


Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan
-

Mengurangkan ketakutan dan kesedihan

Meningkatkan tumpuan

Meningkatkan komunikasi

Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah

Membaiki moral

3) Kesakitan
Mengurangkan tahap kesakitan
-

Mengurangkan tekanan dan kesakitan

Mengurangkan tekanan dan depresi

Membantu pesakit sembuh

Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan

Peralatan Terapi Snoozeland

PERALATAN

Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel.

Tiada tingkap.

Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkan

Mengurangkan cahaya luar

Tempat duduk beanbag atau kerusi khas

TUJUAN
Memberikan keselesaaan
Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan pad yang sensitif pada tekanan
Memberikan keselesaan dan ransangan pada kaki

PERALATAN

Cermin dan spotlight berwarna


>Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang bergerak dalam bilik

PERALATAN

Projektor
>Memancarkan objek abstrak yang bergerak atau imej pada dinding

PERLATAN

Fiber-optic spray atau langsir

Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakit

Peralatan dan pemain muzik

TUJUAN
Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari
PERALATAN

Penyembur aromaterapi

Memberi ransangan bau

Objek yang boleh dipegang atau disentuh

TUJUAN
Memberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan
PERALATAN
Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus cahaya
TUJUAN
Memberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan
PERALATAN

Sample makanan
>Memberi ransangan rasa dan bau

Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools


>Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

Cara Pelaksanaan Terapi Snoozeland


a) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pesakit

Masalah pesakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi terapi. Ia

bertujuan

untuk membolehkan ahli terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian dengan
masalah yang dihadapi pesakit seterusnya terapi yang dijalankan akan memberikan kesan yang
maksimum. Tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori. Berikut merupakan
jenis-jenis masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan terapi multisensori.
o

Individu dewasa yang bermasalah pembelajaran

Pesakit dementia

Kanak-kanak berkeperluan khas

Pediatrik

Ibu bersalin

b)

Peralatan yang digunakan

Dalam merancang dan melengkapkan persekitaran multisensori, pertimbangan yang teliti harus diambil
kira agar mampu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Peralatan yang digunakan adalah agak
berbeza berdasarkan jenis persekitaran namun terdapat juga peralatan yang sama digunakan bagi
persekitaran yang berbeza.

c)

Keselamatan

Faktor keselamatan yang perlu diambil kira ialah dari segi pengurusan dan kawalan pesakit, peralatan,
dan kawasan persekitaran
i)

Pengurusan dan kawalan pesakit.

ii)

Keselamatan peralatan

iii)

Keselamatan kawasan

d) Kepakaran staf mengendalikan peralatan dan sesi terapi.


Staf yang melaksanakan sesi terapi haruslah seseorang yang betulbetul mengenali pesakit dengan baik iaitu dari segi latar belakang,
kesihatan, masalah yang dihadapi dan cara pesakit meluahkan
ketidakselesaan dan keutamaan mereka. Hal ini penting agar staf
tersebut dapat mengurus keperluan pesakit dengan baik dan tidak
akan menghadapi sebarang masalah berat semasa menjalankan
sesi terapi