Anda di halaman 1dari 6

[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-1016 APRIL , 2015 5290]

MINGGU

:1

TAJUK

: PENULISAN JURNAL

NAMA

: SHARANYA A/P MURUGESU

KURSUS / AMBILAN : PISMP AMBILAN 2013


TEMPOH PRAKTIKUM : 4 MINGGU
PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 2

A) MASALAH /ISU/ PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN


Saya sedang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun.
Latihan praktikum ini mengambil masa selama 4 minggu iaitu bermula pada 12 April
2015 hingga 07 Mei 2015. Ini merupakan minggu pertama dan juga merupakan
minggu suai kenal. Pada hari pertama, saya masih belum mendapatkan jadual
waktu daripada Guru Pembimbing Pendidikan Khas saya iaitu Pn.Alawiah dan
masih dalam proses suai kenal. Sek.Keb. Bukit Jenun merupakan sebuah sekolah
rendah yang terletak dalam kawasan luar bandar. Saya perlu menyesuaikan diri
saya dengan sekolah ini.
Saya berasa amat gementar apabila mendaftar di sekolah pada 12 April 2015
kerana ini merupakan praktikum fasa pertama bagi saya. Saya merasakan diri saya
masih ketandusan ilmu jika dibandingkan dengan guru-guru berpengalaman di
Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun yang lama mengajar dan mempunyai
pengetahuan luas. Perbezaan pengalaman mengajar yang tinggi antara saya
dengan guru-guru di kelas pendidikan khas ini. Oleh itu, pada awalnya saya berasa
agak malu untuk bertanyakan perkara-perkara yang tidak difahami. Perasaan malu
membataskan pergaulan saya dengan guru-guru di bilik guru kelas Pendidikan
Khas. Secara langsung , perkara ini telah menjejaskan proses komunikasi saya.

JURNAL MINGGU PERTAMA

Page 1

[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-1016 APRIL , 2015 5290]


Berdasarkan pencarian maksud penyesuaian dalam internet, Raflen Gerungans
Blog yang dicipta oleh Raflen A. Gerungan (1999) (Fakultas Matematiks dan Ilmu
Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Manado) menyatakan:
Penyesuaian dapat dimaksudkan adaptasi; dapat mempertahan eksistensinya, atau
memperoleh kesejahteraan jasmani dan rohani, dan dapat mengadakan relasi yang
memuaskan dengan tuntutan sosial. Selain daripada itu, penyesuaian dapat diertikan
sebagai menyesuaikan sesuatu dengan standard atau prinsip.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan saya berasa kurang selesa dan
tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran ini. Mengikut Raflen A. Gerungan
faktor-faktor yang mempengaruhi proses penyesuaian diri adalah berikut:
1. Kondisi-kondisi fisik, termasuk di dalamnya keturunan, konstitusi fisik,
susunan saraf, kelenjar, dan system otot, kesehatan, penyakit, dan
sebagainya.
2. Perkembangan dan kematangan, khususnya kematangan intelektual, sosial,
moral, dan emosional.
3. Penentuan psikologi, termasuk pengalaman, pebelajaran, pengkondisian,
penentuan diri, frustasi, dan konflik.
4. Kondisi lingkungan, khususnya keluarga dan sekolah.
5. Penentuan kebudayaan termasuk agama.

Saya ingin memperbaiki keadaan ini supaya saya dapat menjalankan praktikum di
SK Bukit Jenun dengan baik. Saya juga berharap saya dapat menyesuaikan diri
dengan secepat mungkin untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang
akan datang.

ANALISIS MASALAH
Teori ini telah diperkenalkan oleh Charles Berger(1987).Teori ini memperkatakan
dengan memberi fokus terhadap pengunaan komunikasi manusia bagi memperoleh
JURNAL MINGGU PERTAMA

Page 2

[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-1016 APRIL , 2015 5290]


pengetahuan selain membentuk persefahaman atau persamaan antara satu sama
lain apabila saling berkomunikasi.
Terdapat tujuh aksiom yang telah diperkenalkan oleh Berger(1987),
A. Apabila tahap komunikasi verbal antara seseorang yang baru sahaja
berkenalan meningkat,maka tahap ketidakpastian akan berkurangan.
B. Apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat,maka tahap ketidakpastian
berkurangan.Kekurangan

ketidakpastian

menyebabkan

bertambahnya

komunikasi bukan verbal.


C. Apabila tahap ketidakpastian tinggi, perlakuan mencari maklumat akan
meningkat dan begitu juga sebaliknya.
D. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi dalam sesuatu hubungan,boleh
menyebabkan kemesraan berkurangan.
E. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi,akan menghasilkan kadar timbal
balik yang tinggi,begitu juga sebaliknya.
F. Apabila berlaku,persamaan antara

individu,ia

akan

mengurangkan

ketidakpastian. Sekiranya berlaku ketidaksamaan,ia akan meningkatkan


ketidakpastian.
G. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi akan menyebabkan kita kurang
meminati,manakala kurangnya ketidakpastian akan menyebabkan kita lebih
menyukainya.
Menurut DeVito(1997) kumpulan merupakan himpunan individu yang
berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Namun boleh
berlaku pertembungan antara komunikasi interpersonal dan komunikasi kumpulan
kecil.
Menurut

Howard

H.

Dean,

komunikasi

adalah

pelbagai

cara

untuk

menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan
fikiran dan perasaan dari orang lain. Satu proses untuk menyampaikan dan
menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang
ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau
pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej
visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang
dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat(Sillars).

JURNAL MINGGU PERTAMA

Page 3

[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-1016 APRIL , 2015 5290]


Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua
belah pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut
pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya
merupakan halangan yang sangat ketara dalam komunikasi.
2. CADANGAN
Saya mengkaji punca-punca yang menyebabkan rasa gementar dan malu dalam diri
saya. Oleh itu, saya menyusun beberapa langkah demi menangani masalah tersebut
agar saya dapat menyesuaikan diri dengan guru-guru di Sekolah kebangsaan Bukit
Jenun.
A. Saya perlu beramah mesra dengan guru-guru di Sekolah tersebut. Saya perlu
bertegur sapa apabila berjumpa dengan guru-guru ataupun memberi
senyuman sebagai tanda menghormati dan ingin berkenalan.
B. Saya perlu bertanya atau berbincang dengan guru pembimbing saya tentang
rancangan proses pengajaran dan pembelajaran saya.
C. Pada waktu rehat, saya perlu bersama murid-murid bagi beramah mesra agar
dapat menyesuaikan diri dengan murid-murid sekolah Bukit Jenun terutamnya
murid-murid bekeperluan khas
.

3. TEMPOH PELAKSANAAN
12 April 2015 hingga 07 Mei 2015
Pada hari pertama di sekolah, saya telah menyedari kelemahan diri saya iaitu
rasa gementar dan malu . Pada keesokan harinya, saya mempraktikkan strategistrategi yang disusun bagi mengatasi kelemahan diri saya dalam jangka masa yang
singkat.
4. TINDAKAN SUSULAN

JURNAL MINGGU PERTAMA

Page 4

[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-1016 APRIL , 2015 5290]


Saya akan mempraktikkan pelbagai kaedah misalnya

beramah mesra

bersama guru-guru, amalan bersalam agar dapat menyesuaikan diri dengan guruguru dan murid-murid di Sekolah tersebut dalam waktu yang terdekat. Secara
langsung, meluaskan pergaulan saya dengan guru-guru dan dapat berinteraksi
secara positif. Tuntasnya, saya dapat meningkatkan potensi diri saya, dan
merealisasikan falsafah pendidikan negara.

5.

Kesimpulan
Secara kesimpulanya, masalah komunikasi ini bukanlah menjadi isu besar

yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga
tamat. Pendek kata buang yang keruh, ambil yang jernih, amalan yang baik perlu
diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan kegemilangan
generasi bakal pemimpin.

6.

BIBLIOGRAPHY

Gerrard Macintosh,Customer Orientation and Relationship Quality,Journal of Service


Marketing,2007,21/3,150-159
Philip H. Siegel,James W. Smith,Joseph B. Mosca,Mentoring Relationship and
Interpersonal Relationship,Leadership and Organization Journal,2001,22/3,114-125
Philip Salem,The Seven Comunications Reasons Organizations Do Not
Change,Corporate Communications:An International Journal,2008,13/33,333-348

JURNAL MINGGU PERTAMA

Page 5

[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-1016 APRIL , 2015 5290]


Pandangan / Komen Guru Pembimbing

..
Tarikh : Tandatangan :............
Nama :..
Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbingan

Tarikh : Tandatangan :..


Nama :.

JURNAL MINGGU PERTAMA

Page 6