Anda di halaman 1dari 13

Tugasan 1 : Perbandingan antara Modul Modifikasi Tingkah Laku Skinner dan Modul

Disiplin Asertif Center

1.0 Pengenalan
Dunia pendidikan semakin lama samakin maju dengan dari pelbagai aspek. Pelbagai
teknologi teknologi canggih telah banyak dihasilkan untuk membantu para guru dalam
mengharungi cabaran cabaran mendidik anak anak bangsa. Walaupun ramai orang yang
beranggapan bahawa profesion sebagai guru ini merupakan satu kerjaya yang mudah namun
hakikatnya bukanlah yang disangkakan. Tanggungjawab dan kesulitan menjadi guru
sebenarnya semakin hari semakin bertambah besar dan berat untuk ditanggung atau digalas
oleh para guru. Apatah lagi apabila hendak melaksanakan dan merealisasikan sebuah generasi
baru yang berintegriti sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian,
kredibiliti seorang guru haruslah sentiasa digilap agar dapat meningkatkan kepakarannya dalam
mendidik anak bangsa. Guru dituntut untuk sekurang kurangnya dapat menguasai ilmu
pengurusan bilik darjah yang efektif dan kondusif sebagai tempat proses pengajaran dan
pembelajaran murid murid.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk
Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran
pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai perinsip dan mengaplikasikan jenis - jenis
model pengurusan disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid murid
di dalam bilik darjah. Guru juga perlu menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih
model model pengurusan disiplin bilik darjah, serta pendekatan pendekatan yang sesuai
untuk menanganinya. Selain itu sebuah RPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian menjadi satu
kepentingan dan aset penting yang membantu para guru untuk mengawal dan mengurus situasi
bilik darjah dengan berkesan.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan
Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guruguru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.
1.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah

Disiplin bilik merupakan satu idea bagaimana guru mengawal murid muridnya untuk
bertingkah laku agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancer dan tidak terhalang. Adalah
penting bagi guru untuk sedar tentang fakta bahawa dirinya merupakan individu yang
mempunyai autoriti dan menjadi tugasnya untuk memberikan semua bentuk arahan di dalam
bilik darjah. Guru perlu mendapatkan rasa hormat daripada murid dengan cara bertegas dalam
pengurusan serta tidak membenarkan dirinya digelincirkan oleh murid daripada landasan
seorang guru. Gru bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang kepentingan berperilaku yang
boleh diterima. Selain itu, guru juga perlu tahu bagaimana mengendalikan masalah tingkah laku
tertentu seperti berbincang atau menghukum menggunakan tahanan kelas. Kedua dua
tingkah laku, baik atau sebaliknya, perlu dikendalikan dengan bijaksana dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2.0 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner


2.1 Konsep/ prinsip - prinsip
Pelaziman operan atau pelaziman instrumental sebenarnya bermula dengan thorndike
( 1874 1949 ) dan hokum kesan ( Low of Effect ) yang dikemukakan. Hokum ini menjelaskan
bahawa sekiranya sesuatu tingkah laku itu diikuti dengan akibat berbentuk ganjaran maka
kebarangkaliannya untuk berulanbg adalah tinggi. B. F. Skinner ( Shilling, 1984 ) telah membuat
sumbangan yang besar untuk membuat kajian tentang pelaziman operan. Skinner mendapati
bahawa pengekalan sesuatu tingkah laku dipengaryhi oleh aspek pengukuhan yang diberikan.
Tiga persolan yang perlu dilihat berdasarkan model modifikasi tingkah laku operan adalah :
1. Tingkah laku yang manakah dianggap sebagai tidak selaras ( maladaptive ) dan sekerap
manakah ia berlaku?
2. Aspek situasi atau persekitaran yang bagaimanakah menyebabkan tingkah laku tidak
selaras atau salah satu itu berlaku?
3. Situasi atau persekitaran yang manakah boleh dimanipulasikan untuk menjadi lebih
baik?
2.2 Fokus Model yang Dipilih
Model ini mempunyai empat elemen utama berkaitan peneguhan iaitu peneguhan
positif, peneguhan negatif, dendaan dan penghapusan. Peneguhan positif merupakan
perolehan sesuatu atau hasil yang menyenangkan dan menyeronokkan setelah sesuatu tingkah

laku itu ditunjukkan seperti penghargaan, pujian, peningkatan gred dan hadiah. Mengikut
pandangan ahli psikologi tingkah laku, apabila peneguhan positif di berikan, kebarangkalian
sesuatu tingkah laku itu diulangi adalah tinggi. Contohnya dengan menyatakan sila berikan
tepukan kepada diri sendiri kerana telah dapat menyelesaikan soalan latihan teka tubi dengan
baik sekali.. peneguhan negatif merupakan satu keadaaan apabila murid bertingkah laku yang
wajar dan boleh diterima, ia tidak akan didenda atau disakiti. Contohnya seperti menyatakan
walaupun tidak semua telah berusaha dan tidak ada denda yang akan dikenakan kepada yang
tidak siap.
Dendaan pula merujuk kepada hukuman yang diberikan kepada murid sekiranya
bertingkah laku dengan perlakuan yang tidak diingini. Dendaan yang diberikan ini sebenarnya
bertujuan untuk menyedarkan murid dan telah diperbincangkan bersama ketika membina
peraturan dan prosedur bilik darjah pada awal tahun dan hanya dilaksanakan setelah memberi
amaran sekurang kurangnya dua kali. Tambahan lagi, guru juga perlu menjelaskan sebab
sebab mengapa murid tersebut dikenakan dendaan. Contoh dendaan ialah meminta murid
murid berdiri di luar kelas tetapi masih boleh mengikuti proses pembelajaran dari luar.
Penghapusan

dilaksanakan dengan mentiadakan sesuatu yang menmyenangkan

akibat daripada perlakuan murid yang tidak diingini. Contoh, sekiranya murid melakukan
kesalahan di dalam bilik darjah, guru boleh membatalkan rancangan yang menyeronokkan
pada akhir kelas. Apabila elemen penghapusan ini dilasksanakan, murid akan merasakan
kehilangan sesuatu yang menyeronokkan dan ini membuatkan mereka merasa kecewa dan
sebagainya. Elemen penghapusan ini boleh dibatalkan apabila murid menunjukkan tingkah laku
bekerjasama dalam pembelajaran.
Model modifikasi Tingkah Laku Skinner ini banyak memfokuskan kepada tingkah laku
seseorang individu tu berbanding kepada tret personaliti dan teori psikoanalisis. Berdasarkan
model ini, guru akan menggunakan satu prosedur berasaskan prinsip tingkah laku yang telah
dibuat kajian ekperimental (applied behavior analysis - Skinner). Guru perlu memfokuskan
kepada peristiwa dan persekitaran semasa dan bukan kepada sejarah lama. Namun untuk
melaksanakan model Modifikasi Tingkah Laku Skinner ini, satu kajian mengenai factor factor
yang mempengaruhi tingkah laku perlu dikenalpasti dahulu dan kemudian barulah dapat
dilaksanakan dengan baik.
2.3 Ciri ciri Model

Skinner mencadangkan tiga bentuk modifikasi tingkah laku mengikut prosedur operan
dengan menggunakan peneguhan iaitu kawalan kendiri, ekonomi token, dan biofeedbeek
(Akhlar Pardi, Shamsina Shamsuddin, 2014). Kawalan kendiri ( Self Control ) merujuk
kepadadua kategori tingkah laku. Kategori pertama dikenali sebagai masalah kawalan tingkah
laku sengaja menggagalkan diri ( Self defeating behavior ) seperti berkelahi dan bergaduh di
dalam kelas. Kategori kedua pula ialah masalah mengawal perkara yang melemahkan tingkah
laku yang diingini seperti tabiat merokok, kemahiran sosial dan sebagainya. Ciri asas kepada
kawalan kendiri ialah maklum balas segera tentang tingkah laku yang tidak diingini manakala
ganjaran terhadap tingkah laku yang diingini pula dilengah lengahkan..
Ekonomi token merupakan satu teknik yang direka bentuk untuk memodifikasikan
tingkah laku melalui penggunaan peneguhan positif dengan harapan tingkah laku yang baik
akan dipertenguhkan, manakala tingkah laku yang tidak baik akan dapat dikurangkan. Token
tidak boleh ditukarkan dengan barangan keperluan asas fisiologi. Terdapat tiga langkah untuk
melaksanakan ekonomi token dalam bilik darjah. Pertama, guru perlu menjelaskan bentuk
tingkah laku yang diubah ( Mayer, 1923 ). Tingkah laku menganggu ( disruptif ) ini boleh dalam
pelbagai bentuk seperti pergerakan yang boleh menganggu, agresif dan lain lain tingkah laku
yang tidak sesuai. Kedua, ialah mendapatkan atau mencari dan menggunakan rangsangan
yang dapat meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Peneguhan diberikan dalam bentuk
token. Langkah terakhir ialah melaksanakan program secara jelas dan konsisten agar dapat
berjalan dengan berkesan dan lancar.
2.4 Kekuatan dan Kelemahan Model
Pengaplikasian model modifikasi tingkah laku skinner ini dapat membantu guru untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan bilik darjah serta mengasah bakat kredibiliti para
guru mejadi lebih tabah dan kreatif dari segi penyelesaian masalah. Selain itu, perlaksanaan
model ini juga mendesak guru untuk menjadi lebih sedar dan peka terhadap perkara yang
berlaku dalam bilik darjah. Malahan, strategi strategi modifikasi tingkah lagi mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Namun terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh di kesan
pada perlaksanaan model ini. Contohnya, memanipulasikan murid untuk melakukan sesuatu
kerana ganjaran. Hal yang sedemikian boleh menjadi satu bahaya jika ianya disalahgunakan
oleh guru yang tertentu sama ada guru yang kurang peka, tidak beretika mahupun untuk
kepentingan sendiri. Selain itu, kesukaran untuk mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan

keperluan murid juga menjadi satu masalah kepada guru. Walaubagaimana pun, apa yang
paling ketara ialah model ini melibatkan domain kognitif dan emosi.
2.4 Aplikasi Model dalam Menangani Masalah Dsisiplin di Bilik Darjah
`

Mengikut kamus Dewan dan Pustaka, Edisi Keempat tingkah laku merujuk kepada

kelakuan atau gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Perubahan tingkah laku merujuk kepada
tingkah laku yang diaplikasikan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui
peneguhan yang berkala. Seterusnya, tingkah laku dipengaruhi dengan cara peneguhan yang
diberikan. Setiap kali pelajar menunjukkan suatu tingkah laku yang diingini maka peneguhan
yang tetap akan diberikan kemudian akan nenbantu membentuk tingkah laku baru yang diingini.
Antaranya cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk melibatkan murid murid yang
pemalu dalam aktiviti bilik darjah ialah dengan menggunakan peneguhan yang tetap dan
berskala. Contohnya, memuji murid murid apabila mereka dengan sukarelanya berdiri atau
mengangkat tangan untuk menjawab soalan dan dapat menjawab dengan betul. Apabila
peneguhan seperti ini diberikan kepada murid murid maka perubahan tingkah laku telah
berlaku dengan perlahan - lahan dalam diri murid murid. Seperti murid yang pemalu tadi akan
mula berubah untuk menonjolkan keberaniannya dari segi interaksi sosial. Malah disokong lagi
dengan peneguhan seperti bimbingan atau mendapat ganjaran pada pengajaran dan
pembelajaran.
Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan
peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai
pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan
diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara
tersebut. Namun tingkah laku ini juga tidak bersifat kekal kerana murid murid itu boleh
mengalami perubahan tingkah laku pada bila bila masa. Justeru itu sekiranya, bagi
mengelakkan hal yang demikian terjadi maka guru perlu membuat peneguhan pada waktu
waktu tertentu sahaja hanya sekadar untuk mengekalkan tingkah laku berkenaan. Sekiranya
guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang maka tingkah laku itu
akan hilang begitu sahaja. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak
dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan
melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.
2.5 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

Pengaplikasian model pengurusan disiplin ini memberikan impak yang mendalam ke


atas proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesuatu kemahiran atau teknik
yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara
berkala supaya kemahiran dapat dikukuhkan. Penggunaan peneguhan positif yang membawa
keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk
memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Disamping membantu pelajar untuk
mendalami konsep diskriminasi.

3.0 Modul Disiplin Asertif Canter


3.1 Konsep/ Prinsip - prinsip
Satu model disiplin telah dibentuk oleh Lee dan Marlene Canter ( 1976 ) berdasarkan
ribuan jam pemerhatian yang dilakukan ke atas guru guru di dalam bilik darjah. Modul Disiplin
Tegas Diri atau Assertive Discipline merupakan pendekatan positif dan berterusan untuk
membolehkan guru guru mengajar, manakala murid pula dapat belajar. Model ini diasaskan
berdasarkan prinsip prinsip dimana guru perlu mendesak dengan tegas tingkah laku
bertanggungjawab.tambahan lagi. Kegagalan guru berpunca daripada kawalan murid yang
lemah. Guru tersebut tidak mampu mengajar dan menafikan peluang murid untuk belajar.
Kebanyakan guru percaya bahawa kawalan yang tegas ( firm ) sungguh melemaskan dan tidak
berperi kemanusiaan. Guru juga mempunyai hak asas sebagai pendidik untuk mengekalkan
seting pembelajaran yang optima, menjangkakan tingkah laku yang sesuai dan menjangkakan
pertolongan daripada pihak pentadbir dan ibu bapa apabila diperlukan. Malahan murid murid
juga mempunyai hak hak asas yang mereka perlukan. Keperluan atau hak hak dan semua
syarat dibentuk melalui perancangan yang diperjelaskan jangkaannya kepada murid, ketekalan
aplikasi kesan dan akibat serta tidak terdapat perlanggaran kepentingan murid. Guru yang
tegas diri adalah lebih berkesan daripada guru yang tidak mempunyai ketegasan diri. Menurut
Lee dan Marlene Canter, persekitaran dan suasana yang positif serta penyayang boleh
diperolehi melalui aplikasi disiplin asertif secara berhati hati.
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah
laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-

peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta
memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Model ini juga
melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
3.2 Fokus Model yang Dipilih
Menurut Lee dan Marlene Canter, persekitaran dan suasana yang positif serta
penyayang boleh diperolehi melalui aplikasi disiplin asertif secara berhati hati. Ia dapat
menggantikan kelembaman serta permusuhan guru melalui desakan positif dan ketegangan.
Berdasarkan model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan aktiviti bilik darjah terjaga.
Sehubungan dengan itu, guru perlu berinteraksi dengan murid muridnya dengan tenang,
serius dan konsisten. Menurut Canter, murid murid mempunyai hak untuk mendapatkan
suasana pembelajaran yang tenang dan kondusif. Canter juga berpendapat bahawa pihak
sekolah dan ibu bapa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya agar system pengurusan
guru di dalam bilik darjah dapat diperbaiki lagi mengikut kepentingan pematuhan murid bagi
mengzahirkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk pembelajaran.
Canter menjelaskan bahawa kebiasaannya murid murid lebih memilih untuk
bertingkah laku iaitu bersosial. Justeru itu, pihak sekolah termasuklah guru perlu menyediakan
persekitaran yang boleh mempengaruhi murid murid untuk mendapatkan tingkah laku yang
yang sesuai dan bermanfaat. Di dalam konteks ini, untuk melahirkan satu suasana yang
kondusif keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah
yang asertif. Perkara ini dapat dicapai dengan mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah.
Peraturan ini akan menjadi satu penghalang atau sekatan untuk murid murid melakukan
sebarang tingkah laku yang tidak sesuai dan memberikan masalah di dalam bilik darjah.
Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang
berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi
peraturan.
3.3 Ciri ciri Model
Model Disiplin Asertif Canter ini berbeza dengan Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner.
Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing
murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang

positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta
mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Konsep
utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara
professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam
keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru
bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang muridmurid daripada mendapatkan hak mereka. Di dalam Model Asertif Disiplin ini terdapat tiga jenis
guru yang telah digariskan iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
Terdapat lima langkah ke arah Disiplin Asertif. Pertama, akui dan buang segala bentuk
halangan ke arah disiplin asertif. Halangan merupakan jangkaan jangkaan negatif mengenai
murid seperti masalah kesihatan, isu di rumah dan persekitaran perlu diterima tetapi tidak
diterima sebagai alasan untuk menjadi lebih asertif.akui bahawa guru mampu untuk
mempengaruhi secara positif ke atas semua murid di dalam bilik darjah meski apa pun juga
bentuk

masalahnya.

Kedua,

amalkan

penggunaan

gaya

membuat

respon

yang

tegas.berdasarkan kajian yang dibuat oleh Lee dan Marlene Canter, tedapat tiga gaya
merespons iaitu tidak tegas, permusuhan (agresif) dan ketegasan atau asertif. walaubagaimana
pun, elakkan daripada menjadi guru yang tidak tegas dan bersikap agresif. Ketiga, belajar untuk
menetapkan batasan. Guru hendaklah

menentukan dan menetapkan batasan batasan

tingkah laku murid secara jelas semasa mereka berada di dalam bilik darjah. Keempat, guru
perlu belajar untuk mematuhi batasan. Dalam erti lain, guru perlu mengambil langkah yang
bersesuaian apabila murid enggan mematuhi tuntutan dan bertidak mematuhi tuntutan. Kelima,
guru perlu melaksanakan sistem ketegasan positif. Apabila perhatian yang sistematik diberikan
kepada murid, pengaruh guru ke atas murid akan meningkat, jumlah masalah tingkah laku akan
berkurangan dan persekitaran bilik darjah akan menjadi positif.
3.4 Kekuatan dan Kelemahan Model
Antara kelebihan penggunan model Disiplin Asertif Canter ini adalah memanfaatkan
guru khususnya guru permulaan. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh
pihak pentadbir, guru tidak perlu fikirkan bagaimana untuk menangani tingkahlaku bermasalah
yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada. Selain itu, merupakan tindakan
ke atas tingkahlaku murid dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru
menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid
yang berkenaan. Namun model ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antaranya

keberkesanan satu-satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah muridmurid daripada melakukan salah laku. Tambahan lagi, murid-murid perlu diajar bagaimana dan
betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Oleh itu, pihak sekolah perlu
mewujudkan persekitaran yang bersifat authoritarian di mana murid hanya akur kepada
kehendak guru. Murid juga terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang
timbul.
3.5 Aplikasi Model dalam Menangani Masalah Disiplin di Bilik Darjah
Lee dan Marlene Canter telah mencadangkan cara untuk menggunakan Disiplin Asertif
di dalam bilik darjah. Pertama, buangkan dari pemikiran bahawa terdapat alasan alasan yang
boleh diterima untuk berkelakuan buruk kecuali tingkah laku berasaskan faktor biologi dan
kecacatan. Kedua, tentukan peraturan manakah yang ingin dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Rancang dan fikirkan empat atau lima peraturan yang spesifik dan mudah difahami oleh murid.
Ketiga, akibat yang akan diterima apabila murid tidak mematuhi peraturan. Pilih lima hingga
enam akibat yang negatif mengikut turutan hierarki iaitu akibat seterusnya lebih bersifat
hukuman yang lebih berat berbanding dengan sebelumnya. Dalam erti lain, akibat kesalahan
kedua adalah lebih berat berbanding kesalahan pertama dan begitulah seterusnya. Model
disiplin asertif ini tidak membenarkan guru guru melaksanakan hukuman sekiranya kata
kata guru masih boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan.
Keempat, tentukan akibat yang positif untuk tingkah laku yang sesuai, contohnya, selain
pujian secara lisan, guru juga boleh memberikan tiket untuk cabutan bertuah sekiranya murid
berkelakuan baik. Kelima, adakan mesyuarat kelas untuk memaklumkan murid tentang program
yang dirancang. Jelaskan tentang sebab sebab peraturan diperlukan di dalm ilik darjah.
Senaraikan peraturan tersebut beserta akibat positif dan negatif. Guru perlu memastikan
bahawa kesemua murid dapat memahami tujuan guru. Keenam, pastikan semua murid
mencatat peraturan peraturan yang telah dipersetujui bersama untuk dibawa pulang dan
mendapatkan tandatangan ibu bapa. Kertas peraturan yang dibawa pulang perlu diserahkan
semula kepada guru setelah ditandatangani oleh ibu bapa. Ketujuh, laksanakan program tanpa
menangguhkannya. Kelapan, guru perlu memastikan bahawa dirinya dapat menguasai
kemahiran menggunakan teknik disiplin asertif seperti menyatakan ketidakselesaan guru
apabila murid berkelakuan buruk dan nyatakan apa yang perlu murid lakukan. Kemudian
kenalpasti dan bertindaklah segera keatas tingkah laku yang tidak diingini dan seterusnya
menggunakan teknik rakaman rosak dengan berulang ulang arahan sehingga murid

mematuhinya tetapi guru juga perlu mengelakkan diri daripada terperangkap dengan alas an
murid.
3.6 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
Pelbagai impak dapat diperhatikan dari perlaksanaan model modifikasi Tingkah Laku
Skinner ini terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap ganjaran dan
peneguhan mempunyai impak tersendiri bergantung kepada tindakan guru tersebut. Memberi
panduan kepada guru untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. Setiap
tindakan pembetulan semakin serius mengikut aras kesalahan yang terdahulu. Rekod disiplin
murid dapat dijadikan sebagai bahan bukti utama sekiranya kesalahan murid perlu dirujuk
kepada pihak atasan dan tiada sesiapa dapat mempertikaikannya.
Penggunaan model Disiplin Asertif ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan model
modifikasi Tingkah Laku Skinner. Hal ini kerana, guru banyak memainkan peranan yang
pelbagai dalam membentuk tingkah laku seseorang murid itu ke arah yang lebih baik. Guru
yang tegas lebih memberikan impak yang mendalam ke atas murid muridnya. Impak yang
mendalam ini membantu murid murid untuk memilih tingkah laku yang sesuai dan baik. Ini
menunjukkan bahawa Disiplin Tegas ini merupakan satu pendekatan yang berstruktur dan
sistematik yang direka bentuk untuk membantu guru menguruskan persekitaran bilik darjah
yang kondusif. Guru yang tegas diri adalah lebih berkesan daripada guru yang tidak mempunyai
ketegasan diri. Tingkah laku murid murid bermasalah akan terbatas dengan pengawasan guru
disiplin yang tegas sekaligus membentuk sahsiah diri yang cemerlang. Apabila perhatian yang
sistematik diberikan secara wajar kepada murid, pengaruh guru ke atas murid akan meningkat,
jumlah masalah tingkah laku akan berkurangan dan persekitaran bilik darjah akan menjadi
positif.

Tugasan 3 : Refleksi Kendiri

Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utama yang
harus dipikul oleh semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawab seorang guru
bukan hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu memastikan
bahawa ilmu yang ingin disampaikannya mesti diterima oleh murid walaupun dalam kuantiti
yang sedikit. Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harus mengkaji
bagaimana cara pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapat menerimanya dengan
mudah.
Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang saya lalui, sedikit sebanyak
saya telah berjaya mendapatkan ilmu berkaitan pengurusan bilik darjah seorang guru ( mentor )
saya. Pengurusan bilik darjah yang dipraktikkan oleh mentor saya.agak menarik. Melalui
pemerhatian, saya boleh menjelaskan bahawa mentor saya amat mengambil berat tentang
persekitaran fizikal dan psikososial di dalam kelas. Hal ini kerana, pengalaman beliau yang
sudah lama memberikan mentor saya satu pencerahan mengenai persekitaran pembelajaran
boleh mempengaruhi psikologikal murid murid.
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah inimemberikan ruang untuk guru kelas dan
anak anak muridnya untuk membina satu hubungan positif antara mereka. Sebagai seorang
guru yang berpengalaman, beliau menyatakan bahawa hubungan guru dan murid ini sangat
penting dalam menjaga kesejahteraan PdP di sekolah. Apabila persekitaran pembelajaran
terjaga maka murid murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam
persekitaran yang kondusif.
Menurut mentor saya, beliau menyatakan bahawa pelan atau perancangan pengurusan
bilik darjah amat penting dalam membantu guru membina persekitaran pembelajaran yang
efektif, bebas dari gangguan serta bebas daripada ancaman ancaman kea atas keselamatan
murid. Guru yang dapat mengawal bilik darjah akan membolehkannya mengajar dengan lebih
yakin dan focus berbanding guru yang gagal mengawal bilik darjahnya.
Matlamat pelan perancangan pengurusan bilik darjah ialah memastikan keselamatan
murid, menggalakkan persekitaran pembelajaran efektif, mewujudkan suasana saling
menghormati dan penyayang, dan menyediakan murid untuk menghadapi keadaan dunia
sebenar.
Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan lebih mendalam
bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran apabila berdepan dengan

murid murid yang mempunyai perbezaan dari segi perangai dan tingkah laku. Guru tidak
sepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkaji bagaimana
murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dan gunakan kajian tersebut
sebagai kekuatan untuk berdepan murid tersebut.
Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar ia
sesuai untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi itulah tanggungjawab guru.
Walaubagaimana pun murid yang dihadapinya dia mesti juga mencorak kehidupan mereka.

Kesimpulan
Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak
bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru
yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan
disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh
sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru
membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model
tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin
murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik
darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

RUJUKAN

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk program ijazah
sarjana muda perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
Jacob Sebatian Kounin. (2007). Discipline and group management in claassrooms. New York:
Holt, Rinehart and Winston.
Juliette Louise Despert. (1965). The emotionally disturbed child, then and now. New York:
Robert Bruner. Inc.
Woody, R. H. (1969). Behavioral problem children in the schools: Recognition, diagnosis, and
behavioral modification. . New York: Appleton-Century-Crofts.