Anda di halaman 1dari 16

MPW2153

PENDIDIKAN
MORAL
BAB 4 :
STRATEGI
PENYELESAIA
N MASALAH

Universiti Tunku
Abdul 1 Rahman
(UTAR)
KONFLIK
MORAL DAN
PENYELESAIA
N
Oleh : Nor Azlili,
Nadhirah,

Muthualagan,
Syuja
MAKSUD KONFLIK atau PERTIKAIAN
Ialah sesuatu permasalahan yang timbul akibat daripada pertembungan dua perkara
atau lebih. Ini berbeza dengan masalah kerana konflik akan melibatkan jalan
penyelesaian yang harus memilih di antara satu yang terbaik. Konflik boleh muncul
dalam pelbagai bentuk seperti konflik yang melibatkan soal kehendak atau matlamat,
perasaan,pendapat, nilai dan sebagainya.
Konflik merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan kadang-kadang boleh
membinaseorang insan yang kreatif dan konstruktif dalam pemikiran. Konflik ialah
ketegangan yang timbul apabila terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang
berbeza dan tidak sepadan untuk menangani sesuatu isu.
Ada juga yang berpendapat bahawa konflik hanya membawa keburukan dalam
kehidupan. Ketidak-upayaan dalam menyelesaikan konflik boleh menyebabkan perkara
yang buruk seperti membunuh diri, pembunuhan, pembakaran, fitnah dan sebaginya.

Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.


Posted on 11 April, 2009 by admin
Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa
depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang
anak menjadikan kita dalam dilema.
Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini
dibuang merata-rata.Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang
bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317
dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka
yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk
membuang bayi.

Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang
melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan
bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.
Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan
kepada anakanak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman
kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini
kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala
perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari.
Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang
menjadi kebanggaan masyarakat Timur.
Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri
boleh menconteng arang ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi
Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan
untuk ibu-ibu muda yang mengandung.
Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan
mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh
diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa
mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna.
Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi
yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh
pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu
pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil anak semula
sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini,
nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa
seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.
Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program
motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara
kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang
pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja.
Manakala, program motivasi kesedaran seperti Adab Bergaul dan Dosa-dosa Besar,
misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru,
mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa.
Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu,
semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu
Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun
Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan
awal ini perlu kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati

Jenayah di kalangan pelajar dan remaja.


Posted on 25 Mac, 2008 by admin
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan
pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan
kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini
semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang
merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah puncapunca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan
remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?
Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja.
Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu
bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan
peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak
. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk
bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab
hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna.
Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja
runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol,
membunuh, menyamun, dan peras ugut.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di
kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan
rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka
di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di
tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka
mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang
dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang
tidak bermoral.
Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan
tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di
sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut,
dan sebagainya.
Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak
dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita
untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga
kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul.
Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton
gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk
melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan
yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah
memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya
bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan
supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.
Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja
mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu
dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah
dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan
tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat
sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin
kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng
sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda
setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk
berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.
Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan.
Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah
dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja
lain.
Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempenkempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa
merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi
pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala
kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/jenayah-di-kalangan-pelajar-dan-remaja-2/

CARA MENGATASI DAN MEMBENDUNG JENAYAH


1.

Pengenalan

Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah


negeri dan tidak masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk
beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja dan berehat di kawasan Rehat dan
Rawat di lebuh raya. Menurut Laporan Kualiti Kehidupan , kadar jenayah setiap
seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada 2002.
Akibatnya, kapasiti muatan penjara sudah melebihi. Mereka yang dihukum oleh
sebab jenayah kini berada di penjara yang sudah padat. Malah, nisbah warder dan
banduan melebihi standard antarabangsa.
Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap
hari di negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6
kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan. Malah, jenayah
membabitkan juvana juga meningkat. Mereka yang terbabit nampaknya semakin
muda termasuk yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada 2006 ada
8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan. Pengaruh televisyen dan internet yang
mengandungi unsur ganas dan seks dikenal pasti mempengaruhi peningkatan
jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Seramai 1,831 membabitkan remaja bersekolah. Dalam sesetengah kes ada
yang membabitkan kanak-kanak seawal umur 7 hingga 10 tahun. Pelbagai langkah
dilaksanakan untuk mencegah jenayah di negara ini. Kami berpendapat selagi tidak
ada suatu ketegasan dan kesungguhan untuk membanteras jenayah daripada
puncanya, selagi itulah peningkatan jenayah akan berterusan. Janganlah hendaknya
kenyataan negara maju seperti di Amerika Syarikat yang menjadi antara negara
yang paling bahaya untuk diduduki menjadi realiti di negara ini.

Konsep Jenayah

Keamanan dan kestabilan sesuatu tempat atau negara bergantung bukanlah


sesuatu yang semula jadi. Ia mesti diwujudkan dan dikekalkan . keamanan dan
kestabilan tidak akan wujud jika terdapat anasir-anasir yang menggugatnya seperti
pengacau, pencuri, perosak, pemera, perasuah dan sebagainya. Pengawalannya
dan pembanterasan anasir-ansir tersebut menjadi tugasundang-undang jenayah.
Manakala perbuatan yang menggugat tersebut dekenali sebagai jenayah.
Perbuatan yang diakatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan
seperti menangkap pelakunya. Mahkamah diperlukan untuk menentukan pelaku
jenayah itu bersalah atau tidak. Selepas dihukum bersalah, maka perlu pula
dikenakan hukuman keseksaan supaya pesalah itu serik, orang lain selamat dan

akhirnya masyarakat menjadi selamat, tenteram dan stabil. Begitulah secara


kasarnya konsep jenayah, dan daripada konsep ini definisi jenayah dapat dibuat.
2.1.Definisi Jenayah
Daripada konsep undang-undang jenayah ciptaan tersebut maka definisi
jenayah ialah sebarang perbuatan (tinggalan) yang melanggar undang-undang
yang boleh diambil tindakan (seperti ditangkap) dan diadili (melalui mahkamah)
dan apabila disabitkan bersalah dikenakan hukuman keseksaan. Idea asas apa yang
dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan
kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan
mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Jenayah di Malaysia disabitkan dengan :
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A324 AKTA KANUN ACARA JENAYAH (PINDAAN
DAN PERLUASAN) 1976

Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Keseksaan

Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia

Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah
mana mana undang undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang
berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam malaysia.

Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi
undang undang dibicarakan dalam Malaysia.
Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan
yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun
ini kerana apa apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah
perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.
3.

Senario Jenayah Kini

Kadar di Malaysia lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima di peringkat
antarabangsa iaitu 1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahanan tetapi
kini ada 39,000 tahanan. Kini ada 9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah
1:4.5. Dilaporkan hampir semua penjara kita sudah melebihi muatan. Kita juga
menerima laporan bahawa 16 penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terbiar dicadangkan juga akan diguna
untuk ditukar menjadi penjara sementara.
Sebagai reaksi, kerajaan menambahkan anggota polis di bandar raya itu di
samping rondaan lebih kerap termasuk rondaan helikopter pada setiap malam. Apa
yang lebih mencemaskan kita ialah bukan saja kekerapan jenayah meningkatkan
namun lebih membimbangkan ialah jenis jenayah berat juga meningkat. Kadar kes

bunuh, rompakan bersenjata, ugut, rogol dan gangsterisme didapati meningkat


Angka semakin merisaukan kerana kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih
daripada 15 peratus di seluruh negara. Hampir semua negeri mencatat kenaikan
kadar jenayah
3.1.Statistik Jenayah Negara

-tunjukkan jadual statistik


4.

Punca Berlakunya Jenayah

4.1.Sistem dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat


Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan
persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud
tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada
peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial
yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja
disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau
budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya
memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan
kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.
Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial
semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara
kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut
sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan
pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan, dan
perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dianggap
mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.
4.2.Kelemahan Institusi Kekeluargaan
Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau
penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai
masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin
remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap
memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka
mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas

dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan


memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan
ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang
mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa
juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang
sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak
keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga
membawa kepada kancah keruntuhan moral
4.3.Pengaruh Rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah
dalam kalangan belia dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakanrakan sebaya mereka. Meeka lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah
dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat
tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari
rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat
memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak
bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan
berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja mudah terikut-ikut
perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa
membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak berakhlak mulia akan
menjadikan remaja lebih mudah tergelincir dan terperusuk ke lembah kemaksiatan.
Pengaruh daripada rakan sebaya adalah lebih kuat impaknya daripada pengaruh
keluarga. Seseorang remaja yang tidak kuat pegangan akidah Islam dan memiliki
ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar dan tertekan untuk
mematuhi perintah dan larangan Allah SWT. Mereka akan merasa lebih selesa
untuk berkompromi ataupun menyembunyikan keIslamannya di hadapan rakanrakan yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya, mereka pula akan menjauhkan diri
daripada rakan-rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan khuatir akan
kelihatan tidak cool apabila bersama dikalangan rakan-rakan pilihan mereka.
Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke lembah
kemaksiatan, di mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang tidak
beriman. Akibat memilih rakan yang salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu,
hatinya menjadi rosak dan akan kehilangan pegangan Deen Islam yang sepatutnya.
4.4.Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana


kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap
mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain
mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan
dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan
nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan
penyakit dan masalah
Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang
diterapkan keatas umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam
seluruh aspek kehidupan. Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam
didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara
yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam. Sudah tentunya, tiada
yang lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya
anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh
dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti
telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong
pegangan akidahnya.
5.

Langkah-Langkah Mengatasi dan Membendung Masalah Jenayah

Setelah dibuat kajian dan diteliti, maka dapatlah kiranya kami lampirkan disini
sedikit ulasan kami sebagai pendekatan untuk membanteras jenayah daripada
terus menular di dalam negara kita. Langkah-langkah yang kami sediakan ini
merupakan langkah-langkah yang bersifat praktikal yang mampu dilakukan oleh
individu atau organisasi yang terlibat. Semoga ini akan dapat menjadikan negara
kita lebih selamat pada masa akan datang. Antara langkah-langkah tersebut ialah;
5.1. Penguatkuasaan Undang-Undang
Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan,
kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Organisasi yang terlibat
dalam menggubal undang-undang ialah pihak kerajaan. Justeru undang-undang
yang digubal mestilah menekankan aspek keselamatan secara lebih serius. Hal ini
kerana natijah daripada pelaksanaan undang-undang itu nanti ialah untuk
menyedarkan masyarakat dan setiap golongan individu agar saling menghormati
nilai kemanusiaan yang ada pada individu lain. Justeru mereka akan lebih
menghargai dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah.
Setelah undang-undang digubal oleh pihak yang berwajib, maka undang-undang
tersebut akan dilaksanakan oleh pihak lain pula seperti Polis Diraja Malaysia, Badan
Pencegah Rasuah dan lain-lain. Namun begitu masih timbul keraguan dalam sistem
perlaksanaan undang-undang pada masa kini. Hal ini kerana badan-badan berwajib
tersebut juga terdiri di dalamnya segelintir individu yang pecah amanah dengan
terlibat dalam kegiatan tidak bermoral tersebut. Sebagai contoh, ada individu yang
telah ditahan oleh pihak tertentu tetapi dilepaskan atas alasan yang tidak

munasabah dan dalam situasi lain ada yang dilepaskan hanya kerana mereka
terlibat dalam barisan kepimpinan negara. Pelu diingat disini bahawa, setiap
individu yang berada dibawah kawasan tanah Malaysia adalah bernaung dibawah
undang-undang yang sama.
Oleh itu sesiapa yang melakukan jenayah, maka dia perlu ditahan dan dikenakan
tindakan, walaupun dia mempunyai status atau kedudukan yang tinggi. Justeru
pihakberwajib haruslah mempunyai suatu mekanisme tambahan untuk
membendung gejala pecah amanah dalam institusi mereka terus bermaharajalela.
5.2.Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat
Definisi Bandar Selamat Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial
dan mental. Pernyataan ini merujuk kepada persekitarannyayang sentiasa berada
dalam keadaan paling terpelihara. Terpelihara di sini bermaksud mempunyai suatu
struktur asas pencegahan jenayah yang mampu untuk memelihara penduduknya
atau orang awam daripada terbabit dengan jenayah atau menjadi mangsa kepada
penjenayah. Jika hal ini dipandang dan diteliti dengan lebih jelas, usaha-usaha
kerajaan dalam mewujudkan pecan atau Bandar selamat memang wujud. Namun
begitu, ada sesetengah tempat yang dilihat berlakunya pengabaian keselamatan.
Dengan ini si pelaku jenayah akan mempunyai peluang yang cerah untuk meragut,
merompak, rogol dan sebagainya. Seharusnya kerja-kerja penambahbaikkan ini
dipercepatkan lagi dan diteruskan pula ketempat tempat panas lain yang mana
menjadi sasaran penjenayah.
Antara usaha yang dilakukan ialah, membangunkan prasarana-prasarana
keselamatan seperti mengasingkan jalan untuk pejalan kaki dengan jalan raya, hal
ini boleh mengelakkan jenayah ragut. Seterusnya ialah mewujudkan pondok-pondok
polis di kawasan tumpuan umum. Usaha ini boleh membantu dalam mengawal dan
memantau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikawasan terbabit.
Seterusnya ialah setiap masyarakat yang berada di kawasan-kawasan panas ini
semestinya wajib untuk sama-sama menjaga keselamatan diri dan orang di
sekeliling mereka. Mereka juga boleh sama-sama turun padang membantu pihak
yang berwajib menjaga keamanan setempat. Sebagai contoh mengadakan rondaan
secara bergilir-gilir pada waktu malam. Perkara ini jika dilakukan bukan sahaja akan
membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang bentuk
jenayah di kawasan terbabit, malah akan mengeratkan lagi ukhwah antara mereka.
Pada masa kini ada kawasan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan.
Hal ini bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Ini juga bertujuan untuk
membantu golongan yang berkerjaya yang mana mereka ini sukar untuk
memberikan komitmen dalam aktiviti rondaan di sekitar kawasan perumahan
mereka terutama pada waktu malam. Justeru kaedah menggunakan pihak pengawal
keselamatan juga dilihat sebagai suatu inisiatif berkesan dalam membantu
mengawal aktiviti jenayah di sesebuah kawasan.

5.3.Memperkasakan Ekonomi Negara


Antara faktor yang menjadikan seseorang itu berstatuskan penjenayah adalah
akibat sistem kewangan diri yang tidak stabil. Hal ini telah menyebabkan mereka
mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang mereka hadapi iatu
dengan cara melakukan jenayah seperti meragut, merompak dan pecah rumah.
Justeru dengan saranan agar ekonomi negara diperkasakan, maka akan timbul
banyak peluang pekerjaan bagi menampung lambakkan golongan yang bergelut
untuk hidup ini. Mereka yang terpaksa memilih bidang jenayah sebagai alternatif
untuk mereka menyara hidup mereka tidak boleh disalahkan secara seratus
peratus. Hal ini kerana desakkan hudup pada masa kini terutama mereka yang
tinggal diibu kota amat meruntun mereka untuk berjuang bagi mencari sesuap nasi.
Para penganalisis dan perintis ekonomi kerajaan boleh merangka suatu
pendekatan yang bersifat sistematik dalam menyediakan pekerjaan kepada mereka.
Hal ini kerana, ada dikalangan mereka yang mempunyai latar belakang akademik
yang tinggi namun sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka ini boleh
digunakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi setempat. Antara cara untuk
memperkasakan ekonomi ialah dengan menarik masuk para pelabur luar untuk
melabur dalam neagara kita atau dengan lebih spesifiknya pada tempat-tempat
yang mempunyai jumlah penggangguran yang tinggi. Justeru peluang pekerjaan
untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan.
Sistem ekonomi yang mampan dapat memastikan keberlangsungannya
kemajuan sesebuah negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun bolehlah menjadikan negara-negara maju yang lain sebagai contoh
dalam melaksanakan pembangunan ekonomi mereka. Sebagai contoh di sini ialah
negara Jepun, Jepun merupakan sebuah negara yang sering kali berada dalam
keadaan yang genting. Terbaru negara tersebut telah mengalami kemusnahan yang
teruk akibat daripada bencana alam yang menimpa. Namun begitu, mereka yakni
kerajaan Jepun telah merangka suatu strategi susulan sekiranya mereka mengalami
sebarang masalah akibat bencana alam. Seperti menarik semula aset-aset mereka
yang berada di luar negara masuk ke dalam negara mereka semula. Ditambahkan
lagi dengan kedudukan mereka sebagai salah sebuah negara G7 yang berpengaruh
dalam kuasa ekonomi dunia.
Namun yang paling ketara dan perlu untuk kita contohi ialah berkenaan
penggunaan sumber tenaga manusia. Jepun merupakan sebuah negara yang begitu
menitik beratkan masalah sumer tenaga manusia. Mereka amat prihati dengan
masalah pekerja sehinggakan mampu untuk menjadikan seseorang pekerja itu
sanggup bertungkus lumus bekerja bagi menjana ekonomi negara. Sikap dan
langkah sebegini yang harus ditiru oleh negara-negara lain seperti Malaysia untuk
membangunkan kuasa ekonomi Malaysia. Justeru masalah berkaitan jenayah
ekonomi seperti pemerdagangan manusia, rasuah, penipuan duit syarikat adalah

sama sekali dapat dihapuskan kerena kesedaran yang timbul akibat penjanaan
ekonomi yang mampan.

5.4.Kempen-kempen Pencegahan Jenayah


kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam
kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana antara
faktor yang menyumbang dalam timbulnya minat untuk melakukan jenayah dalam
kalangan pelajar sekolah ialah kurangnya pendedahan berkenaan jenayah dan
akibat mereka melanggar undang-undang negara. Kempen yang dilakukan haruslah
mempunyaimatlamat yang jelas dimana para pelajar ini akan didedahkan dengan
pelbagai aktiviti berkenaan ancaman jenayah. Mereka akan dibawa untuk
mendekati dunia penjenayah. Di sana mereka akan menilai sejauh mana kehebatan
seseorang penjenayah kerana akhirnya mereka akan dihukum juga dengan
hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan
menanamkan dalam diri mereka bahawa penjenayah dan jenayah itu merupakan
sesuatu yang buruk dan jijik.
Sebagai seorang manusia yang sihat mereka tidak akan menerima sesuatu yang
bertentangan dengan fitrah mereka yang sukakan kebaikkan dan keindahan. Justeru
pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya amat sesuailah dipraktiskan
disini. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah
seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan
jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan
jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah.
Kempen-kempen pencegahan jenayah ini bukan sahaja perlu dilakukan di sekolahsekolah, malah boleh juga dilakukan ditempat-tempat awam atau tempat yang
menjadi tumpuan umum. Masyarakat yang berpontensi untuk terlibat dengan
jenayah ini akan mendapat input-input berguna untuk mereka ketahui bagi
berdepan dengan masalah jenayah ini. Antara tempat-tempat tumpuan orang awam
ialah pusat-pusat membeli belah, pasar-pasar malam dan taman permaianan.
Diharapkan semua pihak yang mendengar atau mengikuti kempen tersebut akan
lebih berwaspada dengan kegiatan jenayah yang mungkin berlaku dan seterusnya
mengetahui langkah langkah yang berkesan sekiranya mereka berhadapan dengan
situasi tersebut.
Antara impak tambahan ialah dapat menyedarkan penjenayah yang berada dalam
kawasan berhampiran dengan kempen yang dijalankan. Si penjenayah pasti akan
berfikir panjang sebelum melakukan jenayah di kawasan terbabit kerana rata-rata
pengunjung akan mengambil langkah keselamatan seperti yang diajar dan hal ini
akan meningkatkan risiko mereka akan ditangkap atas jenayah yang dilakukan.
Atau sekurang-kurangnya mereka akan sedar bahawasanya tiada gunanya mereka

melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral terbabit dan insaf serta kembali
kepangkal jalan.
5.5.Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dapat membentuk keperibadian para
remaja yang mulia dan juga dapat berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam diri setiap remaja. Peribadi dan nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang
berkait rapat. Hal ini kerana nadi kepada pembangunan negara pada masa akan
datang adalah terletak kepada generasi muda pada masa kini. Justeru itu individu
ini perlulah dididik dengan didikan yang sempurna untuk membantu mereka
membesar dalam keadaan sihat dan berdaya saing. Perkara yang paling mustahak
ialah agar mereka terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan jenayah. Sekiranya mereka terjebak, amat sukar untuk kita membetulkan
semula diri mereka.
Justeru kata-kata mencegah lebih baik daripada menghormati perlulah dihayati
oleh setiap pihak. Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan suatu saranan agar kerajaan dan
pihak sekolah melihat subjek ini sebagai suatu mekanisme atau pendekatan yang
efektif untuk menjadikan para pelajar celik jenayah.
Antara isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut ialah seseorang
individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur
keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang
kepada pembangunan negara. Setiap individu perlulah memahami hak dan keadaan
orang lain agar mereka tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain. Hasil
positif yang akan wujud ialah apabila isi kandungan ini dihayati sepenuhnya oleh
para pelajar, maka mereka akan keluar ke dunia sebenar kelak dalam keadaan
penuh berpelingdung yang dapat menangkis sebarang godaan untuk mereka
terjebak dalam kancah jenayah. Seterusnya bukan sahaja dapat mengurangkan
peratus jenayah, malah mungkin dapat membasminya secara total.

6.

Kesimpulan

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika
dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang
wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat
yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam
membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh
menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana
kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung.
Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak
menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.

Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh


dibanteras tanpa kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga
penting demi membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa
kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu
dalam melindungi masyarakat dan negara daripada ancaman sebarang bentuk
jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk
melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat.
Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan
lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan
pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang
tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan
bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan
negara daripada jenayah.
7.

Rujukan

Zainal bin Madon,Mohd Sharani bin Ahmad. 2004. Panduan Mengurus Remaja
Moden. Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Syed Hussain al-Attas. 2002. Kemana Dengan Islam:22 Artikal Pilihan. Kuala Lumpur
:Utusan Publications & Distributors.
Mahmood Nazar Mohamed. 2006. Mencegah,Merawat dan Memulih Penagih Dadah:
Beberapa Amalan Dan Pendekatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications &
Distributors.
Fariza Md Sham,Sulaiman Ibrahim,Ideris Endot. 2000. Dakwah dan Perubahan
Sosial. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
Zaini Nasohah. 2004. Syariah dan Undang-Undang : Satu Perbandingan. Kuala
Lumpur :

Anda mungkin juga menyukai