Anda di halaman 1dari 4

Difinisi Harta Pusaka

Harta pusaka ialah semua harta peninggalan si mati iaitu harta yang dimiliki oleh seseorang
semasa hayatnya dan berkekalan miliknya sehingga dia meninggal dunia. Selain daripada harta
harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya, apa apa hasil, faedah, sewa atau dividen
yang terbit daripada harta itu diketegorikan sebagai harta pusaka selagi harta itu tidak
dibahagikan kepada waris warisnya yang berhak.
Apabila dikategorikan sebagai harta pusaka, tiada seorang waris pun yang berhak memiliki harta
itu sehinggalah harta pusaka itu dibahagikan berdasarkan hokum Faraid. Contohnya, barang
barang kemas kepunyaan si mati, walaupun si mati itu adalah ibukandung seseorang, barang itu
tidak boleh diambil sewenang wenangnya kecuali sesudah dipersetujui atau dibuat
pembahagian kepada waris waris yang berhak. Sekiranya diambil tanpa persetujuan mereka,
orang yang mengambil itu dikira memiliki harta yang tidak halal dan memakan harta saudara
sendiri tanpa keredaan mereka. Oleh itu, pembahagian harta pusaka dapat menentukan pemilikan
sesuatu harta oleh seseorang secara mutlak.

Difinisi Harta Pusaka Menurut Islam


Pusaka atau al mirath ( )dari segi bahasa pada makna al masdar ( )bermaksud al
baqa' ( )iaitu kekal dan perpindahan suatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Al
mirath ( )merupakan isim mafcul ( ) yang bermaksud asal atau baki. Dari segi
istilah pula pusaka bermaksud sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan
hak hak yang akan diwarisi oleh ahli ahli waris disebabkan kematian pewaris.
Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa pusaka atau al mirath pada istilah ialah
perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih hidup sama ada yang
ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindahkan, harta yang tidak boleh dipindahkan,
ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyar dalam jual beli, hak syufah,
dan hak qisas). Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al tarikah. Dari
segi bahasa, al tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati.
Manakala definisi al-tarikah dari segi istilah syarak pula berlaku perselisihan dalam menentukan
maknanya. Perselisihan tersebut dapat dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha' (iaitu
Al Malikiyyah, As Syaficiyyah, dan Al Hanabilah) mendefinisikan al tarikah ialah segala
sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda atau hak hak yang sunyi
daripada kaitan hak hak si mati. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan
waris. Mengikut mazhab hanafi pula telah mendefinisikan al tarikah sebagai segala harta dan
hak hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta itu termasuklah harta alih dan harta tak
alih serta hutang hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya. Namun terdapat
sesetengah pendapat mengatakan bahawa al tarikah ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si
mati setelah diselesaikan hutang dan wasiatnya.

Oleh itu, al tarikah menurut pendapat jumhur ulama ialah harta peninggalan si mati yang telah
bersih dari hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh waris warisnya yang masih hidup.
Menurut Imam Ar Ramli iaitu ulama mazhab Syafiee di dalam kitab penulisannya Nihayat Al
Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai "apa-apa yang ditinggalkan (oleh si mati)
untuk orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau ikhtisas, atau
mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil daripada
pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa yang termasuk ke
dalam pukatnya yang telah dipasangnya ketika di masa hidupnya".

Bibliography
Harun, W. A. (2011). Difinisi Harta Pusaka. In W. A. Harun, Mengurus Harta Pusaka
(p. 18). Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Rahman, M. F. (2007). Maksud Pengurusan Harta Pusaka. In M. F. Rahman,
Bagaimana Mengurus Harta Pusaka (p. 2). Batu Caves, Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai