Anda di halaman 1dari 2

SOSIO-POLITIK MASA DEPAN NEGARA.

Ucapan ini disampaikan oleh Dr Chandra Muzaffar di Himpunan Barisan 1 Malaysia


yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 24 November 2012
Ringkasan
Dari segi sosio-politiknya, Malaysia jauh lebih baik daripada kebanyakan negara-negara lain.
Apa buktinya?
1) Dapat mengekalkan sistem politik dimana rakyat menentukan masa depan negara
selama 55 tahun.
2) Kerajaan yang memerintah adalah kerajaan sivil atau kerajaan awam, bermakna
militer tidak terlibat dalam sistem pemerintahan.
3) Proses memilih wakil rakyat di peringkat Persekutuan mahupun peringkat negeri
pada keseluruhannya adalah adil. Dalam setiap pilihanraya pembangkang
memperolehi sekurang-kurangnya 35% daripada undi. Beberapa negeri dikuasai
pembangkang sejak pilihanraya pertama pada 1959. Di negeri Kelantan umpamanya,
PAS dapat terus memerintah tanpa gangguan selepas PRU 11 pada 2004 walaupun
pada satu ketika majoritinya dalam Dewan Undangan hanya satu kerusi!
4) Politik negara diuruskan tanpa keganasan dan kekerasan. Peralihan kuasa
diperingkat tertinggi eksekutif --- iaitu dari Perdana Menteri ke Perdana Menteri --berlangsung secara aman. Dalam parti induk negara, iaitu UMNO, peralihan kuasa
dari presiden ke presiden juga berlangsung mengikut lunas-lunas kesopanan dan
kesusilaan.
5) Prinsip akauntabiliti wujud dalam beberapa aspek pemerintahan dan pentadbiran.
Selain daripada pilihanraya dan perbahasaan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri, pembentangan dan perbahasaan Bajet tahunan, pembentangan dan
perbincangan laporan Ketua Audit dan peranan yang dimainkan oleh sistem
kehakiman, media, pembangkang dan NGO juga membantu proses akauntabiliti.
6) Dasar luar Malaysia yang lebih mengutamakan keadilan, keamanan,
perikemanusiaan dan kesederhanaan membolehkan Malaysia mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatannya, dan pada masa yang sama, menjalinkan hubungan
mesra dengan jiran-jiranya .
7) Perubahan-perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa memperkukuhkan
sistem sosio-politik Malaysia. Sebagai contoh ISA dan Ordinan-Ordinan Darurat
dimansuhkan; Akta Kolej dan Kolej Universiti dipinda untuk memperluaskan skop
penyertaan pelajar dalam gelanggang politik; dan Akta Penerbitan dipinda untuk
mempertingkatkan kebebasan bersuara. Begitu juga, sistem dan proses pilihanraya
diperbaiki. Perubahan-perubahan yang berterusan adalah tanda sosio-politik yang
matang.
8) Satu lagi tanda sosio-politik yang matang dan maju adalah dokumen-dokumen
nasional yang terus digunapakai demi kesejahteraan rakyat seperti Perlembagaan

Negara, Rukunegara, dan Wawasan 2020. 1Malaysia merupakan kesinambungan


kepada dokumen-dokumen nasional yang disebut tadi.

Kejayaan negara dalam beberapa aspek sosio-politik tidak bermakna bahawa kita bebas
daripada cabaran.
Antara cabaran-cabaran yang kita menghadapi adalah seperti berikut.
1) Rasuah, khususnya, rasuah elit masih wujud --- walau pun kerajaan telah mengambil
beberapa langkah untuk mengatasinya.
2) Sebahagian besar daripada pelaku politik semasa lebih mementingkan diri sendiri
atau pun parti sendiri daripada negara.
3) Begitu juga, pelaku-pelaku politik tertentu lebih cenderung pada politik perkauman
daripada politik nasional. Mereka kurang peka pada hasrat dan harapan kaum lain.
4) Dalam beberapa tahun kebelakangan ini diskusi politik berubah menjadi lebih kasar
dan kesat. Politik juga jauh lebih agresif dari dahulu.
5) Bagi parti-parti tertentu politik matlamat menghalalkan cara telah menjadi suatu
kelaziman. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.
Kita harus mengatasi cabaran-cabaran ini demi kesejahteraan masa depan negara kita.
Apakah caranya? Pendidikan politik boleh memain peranannya. Begitu juga dengan contoh
yang sihat daripada pemimpin-pemimpin parti-parti politik.
Tetapi peranan rakyatlah yang paling penting dan berkesan. Dalam Pilihanraya 13, rakyat
harus menolak sama sekali parti-parti politik dan pelaku-pelaku politik yang dari segi
tingkahlaku mereka merosakkan sosio-politik negara kita.

Dr. Chandra Muzaffar,


Pengerusi,
Lembaga Pemegang Amanah,
Yayasan 1Malaysia.
20 November 2012.

Anda mungkin juga menyukai