Anda di halaman 1dari 7

UPSR- BM (Bhg C)

Nilai-Nilai Murni
Bil.
1.

Nilai Murni
Baik Hati
a) Belas kasihan
b) Bertimbang rasa
c) Pemurah
d)

2.
3.
4.
5.

Saling memahami

e) Saling bermaafan
Berdikari

6.

Yakin pada diri sendiri


Berhemah tinggi
Bersopan-santun/ berbudi
bahasa
Mengakui kesilapan diri

7.
8.

Ramah mesra
Hormat- menghormati
a)

9.
10.

Hormat dan taat kepada


ibu bapa
b) Hormat kepada kerajaan
dan Negara
c) Hormat kepada
kepercayaan dan adat
resam pelbagai kaum
Patuh kepada undang-undang
Kasih sayang

11.

Sayang kepada alam sekitar

12.

Adil
a)

Saksama

13.

Kebebasan di sisi undangundang

14.

Keberanian
a) Berani mencuba
b)

Berani kerana benar

15.

Menjaga kebersihan diri

16.
17.

Menjaga kebersihan
persekitaran
Kebersihan mental

18.
19.

Jujur
Amanah

20.

Bercakap benar

21.

Ikhlas

22.

Rajin

Penerangan/ Kata Kunci


Membantu orang yang dalam kesusahan
Bersimpati terhadap kesusahan orang lain
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan
(menderma, berkongsi, memberikan)
Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan orang lain.
Sanggup meminta maaf dan memaafkan
Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
lain
Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba
Tidak sombong/ rendah diri
Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan
(mengucapkan terima kasih, bertanya khabar)
Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup
menerima nasihat
Sedia bergaul mesra dengan semua orang
Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang
baik kepada mereka
Memulia dan patuh kepada mereka
Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang
kebesaran negeri dan negara
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum
Mematuhi undang-undang setiap masa
Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan
ikhlas
Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna
untuk kesejahteraan hidup
Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif,
menyeluruh dan bersesuaian
Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat
keputusan
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan
peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga,
sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama
Gagah dan berani
Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba
untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil
kira risiko yang akan dihadapi
Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya
dengan menunjukkan bukti yang nyata
Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
untuk kehidupan yang sihat
Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada
kekotoran dan pencemaran
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu
diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya
Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang
diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain
Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
atau berselindung
Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan
balasan
Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan

23.

Dedikasi

24.

Bekerjasama

25.

Toleransi

26.

Perpaduaan/ Bersatu-padu

27.

Kesederhanaan
a) Kesederhaan dan
perlakuaan yang
sederhana
b) Kesederhanaan dalam
menimbangkan
kepentingan diri dan orang
lain
Kesyukuran/ Bersyukur
Menghargai jasa/ mengenang
budi/ membalas jasa
Rasional

28.
29.
30.
31.

Semangat bermasyarakat
a) Bermuafakat
b)

Semangat kejiranan

c)
32.

Peka terhadap isu-isu


sosial dalam masyarakat/
prihatin
Semangat patriotik
a) Cintakan negara
b)

Berkorban untuk negara

sesuatu yang berkualiti


Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk
perkara yang berfaedah
Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela (bergotong-royong)
Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya
perselisihan
Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, Negara dan antarabangsa
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta
menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang
lain
Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya
memuaskan diri sendiri dan orang lain
Patuh dan menerima nasib atau takdir
Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian
Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara
sebelum membuat keputusan
Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama
Berbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan
bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat
Peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia
berusaha menyelesaikannya
Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk
memajukan negara
Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan
Negara daripada diceroboh

Nyatakan nilai murni untuk huraian di bawah :


Contoh :
Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat
kejiranan

Huraian

Nyatakan nilai murni :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di


halaman rumah.
Raju akan menggosok giginya sebelum tidur
Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas
sekolah.
Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh
neneknya di dalam tabung.
Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas
jalan.
Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku
dengan penuh semangat.
Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.
Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa
kerana telah membantunya,
Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong
membersihkan taman permainan itu.
Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat
keputusan yang cemerlang.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C

1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.


2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai
murni atau pengajaran.
3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.
4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang
diulas.
5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.

6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.
7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.
8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.
9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:
i. Kita mestilah.........................................
ii. Kita sepatutnya....................................
iii. Kita seharusnya...................................
iv. Kita dikehendaki.................................
v. Kita sewajarnya .....................................
CONTOH PENULISAN:
1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita
mestilah..............
2. Selain itu, kita sepatutnya......................................................
3. Seterusnya, kita seharusnya .....................................................
4. Kita juga dikehendaki............................................................
5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................

Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh,
perhatikan rumusan berikut:

Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita
mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain
itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya perihatin dengan
keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki
berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib
dapat menghulurkan bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukan.
(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )

BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya


Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)
berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah
mana

1. ______________________ dua orang budak perempuan itu


menangis di kantin ?
2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam
longkang ?
4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah
seterusnya ?
7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku
rujukan saya yang kamu pinjam ?
Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4.
siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah

Jawapan :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di


halaman rumah.

membantu

Raju akan menggosok giginya sebelum tidur

menjaga
kebersihan diri

Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas


sekolah.

berdisiplin /
bertatatertib

Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh


neneknya di dalam tabung.

berjimat-cermat

Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan.

menjaga
keselamatan diri

Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku


dengan penuh semangat.

cinta akan negara


/ semangat
patriotik

Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.

berdikari

Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa


kerana telah membantunya,

berterima kasih /
bersyukur

Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong


membersihkan taman permainan itu.

berkerjasama

Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat


keputusan yang cemerlang.

rajin

Anda mungkin juga menyukai