Anda di halaman 1dari 22

DRAMA DAN MEDIA

(JFEA2316)
PENSYARAH

: DR. MAIZIRA BT ABDUL MAJID

NAMA AHLI KUMPULAN :


Nur 'Aizzaty Husna bt Khairi JED130008
Nur Shazriena bt Mohd Saini JED130010
Ainul Hayat bt Abdul Razak JED130001

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teater
didefinisikan sebagai bangunan yang di dalamnya
terdapat pentas mempersembahkan drama,
muzik, hiburan, untuk ditonton oleh orang ramai.
Teater merupakan satu kegiatan kreatif yang
merangkumi 2 bidang kesenian :
i) seni kesusasteraan melalui skrip
ii) seni persembahan melalui media pementasan

DATA KAJIAN
Mengkaji teater Kisah Mahsuri dalam
pencarian di YouTube.

http://www.youtube.com/watch?v=vpPdBm7jT3s

BATASAN KAJIAN
Mengkaji teater Kisah Mahsuri.
Teater berbahasa Melayu.
Mengkaji dari sudut aspek intelektual
dan visualisasi.

METODOLOGI KAJIAN
Kaedah perpustakaan
- mencari bahan rujukan.
Pencarian di Internet
- mencari video teater untuk ditonton.
Kaedah perbincangan
- berbincang dengan ahli kumpulan

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti aspek intelektual dan
visualisasi pada teater yang dikaji.

ANALISIS KAJIAN
Kajian dilakukan terhadap 2 aspek iaitu :

ASPEK INTELEKTUAL
Sinopsis
Tema
Persoalan
Isu dan Konflik

SINOPSIS
Mahsuri dituduh menduakan suaminya, Wan Derus bersama
Deramang semasa ketiadaan suaminya ke medan perang.
Sebelum itu, Wan Derus telah memesan kepada Deramang
agar menjaga Mahsuri semasa ketiadaannya. Malang
melanda, Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh oleh abang
iparnya, Wan Yahya. Isteri kepada Wan Yahya iaitu Wan
Mahora sebenarnya telah lama mencemburui akan Mahsuri
maka dia telah menghasut suaminya agar mempercayai
tentang hubungan sulit Mahsuri dan Deramang. Sebelum
dibunuh, Mahsuri telah bersumpah sekiranya dia tidak
bersalah, maka akan mengalirlah darah berwarna putih dari
tubuhnya serta bumi Langkawi akan menjadi padang jarak
padang terukur selama 7 keturunannya.

TEMA
Kisah hidup seorang wanita jelita
bernama Mahsuri yang didamba,
dicemburui, serta difitnah
sehingga dibunuh.

PERSOALAN
Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat.
Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang
menimpa dirinya. Disebabkan itu warna
darahnya yang mengalir telah menjadi putih.
Persoalan sumpah dan dendam.
Kezaliman
yang berlaku ke atas dirinya telah
menimbulkan dendam sehingga terzahirnya
sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

ISU DAN KONFLIK


Kesetiaan
1. Mahsuri setia menunggu kepulangan suaminya sehinggakan
begitu dirindui olehnya.
2. Kesetiaan sebagai pahlawan yang wujud dalam diri Wan
Derus untuk pergi ke medan perang mempertahankan Kedah.
Dendam
1. Akibat sikap dendam dan cemburu yang tinggi terhadap
Mahsuri, Wan Mahora berasa puas melihat nyawa yang
tidak
bersalah difitnah sehingga menjadi korban.
Hormat
1. Deramang menghormati Mahsuri sebagai kakak dan
bermati-matian mempertahankan Mahsuri agar tidak dibunuh
oleh Wan Yahya.

ASPEK VISUALISASI
Naratif
Skrip
Set
Props
Kostum

NARATIF
Insiden pertama memperlihatkan kisah tentang Mak Andak, iaitu ibu
kepada Mahsuri yang menceritakan tentang pengalamannya
melahirkan Mahsuri. Mahsuri digambarkan sebagai seorang gadis yang
terkenal bukan sahaja di Langkawi tetapi di seluruh alam sekitar.
Insiden kedua memaparkan Mahsuri telah difitnah mempunyai
hubungan dengan Deramang oleh Deraman.
Pak Andak, iaitu bapa kepada Mahsuri telah mempertahankan anaknya
daripada fitnah Deraman.
Deraman menyatakan kepada wakil sultan, iaitu Wan Yahya tentang
hubungan Mahsuri dengan Deramang.
Wan Yahya menyatakan tentang titah sultan yang mengerahkan semua
pendekar dan hulubalang pergi memperahankan Kedah daripada jatuh
ke tangan Siam.
Wan Mahora, iaitu isteri kepada Wan Yahya menghasutnya untuk
menghantar Wan Derus sebagai ketua yang megepalai bala tenter
dalam peperangan.

Mahsuri berdialog dengan anaknya. Mahsuri menyatakan


bahawa dia menanti kepulangan suaminya Wan Derus.
Mahsuri menyatakan rasa terima kasihnya terhadap
Deramang atas segala jasanya selama ini.
Mahsuri dan telah dituduh menduakan suaminya oleh Wan
Mahora tetapi telah dinafikan oleh Deramang yang
menyatakan bahawa dia menganggap Mahsuri sebagai
kakaknya.
Mahsuri telah dijatuhi hukuman oleh Wan Yahya. Ibu bapa dan
pembantu Mahsuri telah mempertahankan Mahsuri dan
merayu kepada Wan Yahya. Walaubagaimanapun, rayuan
mereka tidak diterima Wan Yahya.
Wan Mahora telah menghalang Mahsuri daripada menyusukan
anaknya.
Mahsuri telah dihukum bunuh dengan menggunakan keris
sakti milik keluarganya. Sebelum hukuman dijatuhkan,
Mahsuri telah bersumpah sekiranya dia tidak bersalah, maka
akan mengalirlah darah berwarna putih dari tubuhnya serta
bumi Langkawi akan menjadi padang jarak padang terukur
selama 7 keturunannya.

Wan Derus telah pulang dan mendapati


Isterinya, Mahsuri telah dijatuhkan
hukuman akibat difitnah.
Pak Andak melahirkan rasa bangga dan
syukurnya kerana Wan Derus tidak
mengambil keputusan untuk membalas
dendam.
Wan Derus telah meninggalkan Pulau
Langkawi.
Teater ini telah diakhiri dengan adegan
kekacauan yang melanda di Pulau
Langkawi. Wan Yahya dan Wan Mahora
telah dibunuh oleh musuh.

SKRIP
Menggunakan bahasa Melayu klasik, iaitu ayat
yang panjang dan meleret-leret.
Bahasa yang berbunga-bunga turut digunakan.
Contohnya, dialog antara Deraman dan Pak
Andak.
Menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Bentuk skrip yang digunakan ialah dialog bagi
menunjukkan komunikasi yang berlangsung
antara pelakon dalam situasi tertentu.
Mengandungi unsur humor bagi menarik
perhatian penonton.

SET
Teater ini telah memperlihatkan
beberapa jenis set, iaitu material
yang bersifat tetap bagi memberi
maklumat kepada penonton tentang
konsep persembahan untuk setiap
babak.

PROPS
Terdapat banyak props yang telah
digunakan oleh pelakon di dalam
teater ini.
Props telah digunakan sebagai
penyokong atau pembantu pelakon
dalam lakonannya.
Props merupakan material yang
bergerak dan boleh digunakan oleh
pelakon.
Antara props yang digunakan dalam

KOSTUM
Pakaian tradisional Melayu telah
digunakan dan pelakon teater
Mahsuri.
Pakaian golongan atasan seperti Wan
Yahya berbeza dengan pakaian
golongan bawahan seperti
pembantu-pembantu Mahsuri.
Perbezaan dari segi kostum
menggambarkan status serta
kedudukan watak.

KESIMPULAN
Kisah Mahsuri ini merupakan satu kisah lagenda. Aspek
intelektual sangat ditekankan dalam kisah ini. Namun
begitu, terdapat pelbagai bahagian yang diberikan
penekanan seperti elemen dendam dan cemburu. Elemen
dendam ditonjolkan oleh Deraman yang berdendam dengan
Mahsuri sehingga menfitnah Mahsuri mempunyai hubungan
dengan Deramang. Manakala, elemen cemburu ditunjukkan
oleh Wan Mahora yang sangat cemburu dengan Mahsuri.
Aspek visualisasi yang dipaparkan berdasarkan mitos yang
digambarkan. Penggunaan skrip bersesuaian dengan latar
masyarakt pada waktu itu. Props dan set dalam kisah ini
telah berjaya membantu menggambarkan suasana pada
masa itu.

BIBLIOGRAFI
Rahmah Bujang. 1994. Drama Melayu :
Dari Skrip ke Pentas. Dewan Bahasa
dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur.
Mahsuri. Retrieved from :
http://www.youtube.com/watch?v=vp
PdBm7jT3s

Anda mungkin juga menyukai