Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 2203: UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM


PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER JANUARI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)
________________________________________________________________________

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum/ pada Tutorial ke-4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

Dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi Majlis Sukan Daerah, anda telah dilantik
sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga Daerah ke Majlis Sukan Olahraga di peringkat
negeri. Jawatan tersebut menghendaki anda merangka program latihan pusat peringkat
daerah yang akan berlangsung selama empat (4) minggu. Dalam program latihan pusat
tersebut, pihak Jawatan Kuasa Tertinggi juga menghendaki anda menjalankan ujian
kecergasan fizikal terhadap atlit yang bakal mewakili daerah.

(a) Kenal pasti EMPAT jenis ujian pengukuran kecergasan fizikal yang bersesuaian
bagi elemen-elemen di bawah:

 daya tahan otot


 daya tahan kardiovaskular
 kelembutan
 kepantasan
(20 markah)

(b) Kenal pasti satu bentuk pengukuran untuk mengukur lemak para atlit yang
terpilih.
(10 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

2
PANDUAN PELAJAR

1. Jelaskan prosedur perlaksanaan ujian kecergasan fizikal dan ujian pengukuran


lemak tersebut dengan ilustrasi lakaran atau gambar.

2. Hanya gambar yang diambil oleh dengan menggunakan kamera sendiri sahaja
boleh diterima. Pelajar dilarang menggunakan gambar-gambar yang dimuat turun
daripada Internet.

3. Penjelasan anda perlu merangkumi:

(a) Nama dan Objektif ujian tersebut.

(b) Had umur sampel

(c) Peralatan yang perlu

(d) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

(e) Pentadbiran/ arahan dan ‘norm’ permarkahan.

3
PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor adalah diminta membimbing para pelajar dalam hal penyediaan Penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.

RUJUKAN

Baumgartner, A.T. & Jackson, S.A. (2003) Measurement for Evaluation in Physical
Education & Exercise Science. NY: McGraw Hill.

David B. et. al.(2000). Physical Education and the Study of Sport. Spain: Mosby.

David, K.M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How.
NY: McGraw Hill.

Douglos, N.H., & Alan, C.L., (2003). Measurement for Evaluation in Physical
Education & Exercise Science. USA:Viacom Company.

Miller, D. K.,(2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How.


University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill.

Anda mungkin juga menyukai