Anda di halaman 1dari 5

Keruntuhan moral remaja bukan disebabkan sekolah

16/04/2011 4:48pm

YAN Keruntuhan moral remaja bukan disebabkan kegagalan institusi


pendidikan semata-mata tetapi banyak faktor lain yang menyumbang
kepada berlakunya perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
"Ini bukan soal sistem pendidikan gagal tetapi bagaimana kita nak
memperkemaskan kembali institusi keluarga dan kita perlu lihat asuhan
akhlak budi pekerti bermula dari rumah sampai kepada peringkat
sekolah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan
Kampung Pauh, di sini hari ini.
Beliau berkata, masyarakat selalu membuat kesimpulan mudah dengan
mengatakan keruntuhan akhlak berpunca daripada kegagalan
pendidikan, sebaliknya institusi kekeluargaan itu sendiri perlu
diperkemaskan.
Jamil Khir berkata, golongan remaja juga perlu didekatkan dengan
program-program berbentuk keagamaan yang dianjurkan di masjidmasjid agar mereka lebih faham tentang nilai-nilai agama dan tidak
terjebak dengan gejala sosial.
"Sekarang ini program-program di masjid seperti ada kelompokkelompok tertentu sahaja dan di sinilah perlunya imam masjid dan
ketua kampung memainkan peranan mereka, katanya.
Beliau berkata, ahli jawatankuasa masjid perlu mencipta program yang
menarik di masjid supaya golongan remaja tertarik untuk mendekati
masjid sekaligus mengelakkan diri dari gejala sosial. Bernama

Pelajar tingkatan empat hilang selepas ke sekolah


13/04/2011 4:49pm
PUTRAJAYA Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16,
yang ke sekolah pada petang Jumaat lepas untuk menghias kelas tidak
pulang ke rumahnya di Presint 9 sehingga hari ini.
Ibunya Roslinda Karim, 46, berkata kali terakhir beliau bertemu
anaknya, ketika beliau pulang ke rumah pada waktu rehat hari yang
sama sebelum kembali ke tempat kerja di sebuah kementerian di sini
pada pukul 2 petang.
"Selepas Nur Atiqah tidak pulang ke rumah petang itu, saya hubungi
rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah
keluar dari sekolah dan ke perhentian bas berhampiran untuk bertemu
seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang dilaporkan
turut hilang, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Roslinda berkata, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik
dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (1) tidak
membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri.
Cubaan beliau menghubungi rakan Nur Atiqah yang dilaporkan hilang
bersamanya juga gagal apabila telefon bimbit itu dijawab oleh
invidividu tidak dikenali. Bernama

Remaja hidu pen marker ganti gam

PUTRAJAYA Tidak cukup menghidu gam


dan minyak petrol, kini ada sebilangan
remaja di negara ini melepaskan gian
menghidu bahan alkohol dan bahan kimia
yang terdapat di dalam dakwat pen penanda
atau marker.

REMAJA kini melepaskan gian dengan menghidu pen


marker. Gambar hiasan

Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan


(AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen
berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran
juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum
berjinak-jinak dengan dadah sebenar.
Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi
mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung
diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,
ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu
Seman Yusop di sini semalam.
Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan
dan wang tunai RM1,000.
Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat
peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes
melibatkan bahan mengkhayalkan.
Polis tahan bomoh disyaki rogol pelajar
08/04/2011 4:47pm

JITRA Seorang bomoh berusia 36 tahun ditahan selepas disyaki


merogol seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di
sini yang mendapatkan rawatan di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer
Hitam dekat sini Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan
Ibrahim Mohd Yusuf berkata, pelajar terbabit yang dikatakan terkena
gangguan telah ke rumah bomoh berkenaan bersama ibu bapanya
untuk rawatan susulan.
"Sehari sebelum kejadian mangsa dah pergi jumpa bomoh itu dan
diberitahu ada hantu menumpang dalam badannya dan disuruh datang
semula pada malam keesokan harinya, katanya kepada pemberita di
Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.
Menurut laporan, mangsa dirogol ketika sedang dirawat dalam sebuah
bilik di rumah bomoh berkenaan, manakala ibu bapanya berada di
ruang tamu.
"Selepas menyedari mangsa dirogol, keluarganya membuat laporan
polis dan suspek ditahan di tempat kerjanya di kolam udang Kerpan
pada petang Rabu, katanya.
Ibrahim berkata, bomoh berkenaan kini ditahan reman selama empat
hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan. Bernama

Kanak-kanak perempuan diculik?


05/04/2011 5:35pm

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan hilang


dipercayai diculik lewat petang semalam ketika bersama kakak iparnya, 23, dan seorang
saudaranya berusia 10 tahun, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata, kejadian itu
berlaku di sebuah kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang
berhampiran dengan sebuah pasar raya kira-kira 7 petang.
Bercakap kepada pemberita Narenasagaran meminta sesiapa yang mempunyai maklumat
berhubung kanak-kanak berkenaan, Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi, menghubungi
polis di talian 09-5751999. - Bernama

Dua ditahan bersama dadah RM360,000 01/04/2011 6:35pm


KUANTAN Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting
Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 barubaru ini.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata seorang pemandu kereta sewa
berusia 58 tahun ditahan di kawasan sebuah hotel pada 5 petang Rabu lepas.
"Hasil daripada penahanan lelaki itu polis menemui empat paket lutsinar dengan setiap paket
berisi serbuk dan ketulan syabu seberat 235 gram yang harga runcitnya bernilai
RM235,000, katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan ketika memandu kereta di kawasan
peranginan itu pada 10.45 malam tadi.
"Selepas kita memperkenalkan diri sebagai polis, suspek enggan keluar dari kereta dan kita
terpaksa bertindak agresif mengeluarkannya kerana dia tidak mahu bekerjasama, katanya.
Fatimah berkata polis merampas sebuah beg silang yang mengandungi sepaket syabu dan
menemui 300 biji pil Eramin 5, 800 pil Do, wang tunai RM5,841, tiga telefon bimbit serta
mata wang Thailand 1,000 bath.
Beliau berkata harga runcit dadah yang dirampas dari suspek kedua bernilai RM125,000 dan
kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar
dadah yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai