Anda di halaman 1dari 60

Bidang

Akademik

Tajuk

Orientasi Mata pelajaran - Kepentingan mata pelajaran

Objektif

1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.


2. Mendedahkan peluang
pelajaran yang sesuai.

kerjaya

dengan

pilihan

mata

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.


Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan Tiga

Bahan

Kertas A4.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai
kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.
2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran
3. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata
pelajaran Menengah Rendah ( Rujuk Jadual Waktu).
Penilaian

Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Kaunseling.

Rumusan

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah

Membaca Jambatan Ilmu.

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Belajar Berkumpulan 1

Objektif

1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.


2. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.
2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.
3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.
4. Guru Kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar
berkumpulan.
i. Bilangan ahli antara 3 5 orang
ii. Mempunyai jadual waktu belajar
iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua
Kumpulan
iv.
Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama
kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.
5. Guru Kaunseling membentuk kumpulan belajar.
6. Murid dikehendaki :i.
ii.
iii.
iv.

Memilih ahli kumpulan


Duduk dalam kumpulan
Melantik ketua dan penolong kumpulan
Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Penilaian

Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan

Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah

1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
Muafakat

LAMPIRAN
3

BELAJAR BERKUMPULAN (STUDY GROUP)


KELEBIHAN BELAJAR SECARA KUMPULAN:
Bantu-membantu dalam memahami sesuatu matapelajaran
Menghilangkan rasa bosan dan mengantuk
Menjimatkan masa membaca
Membantu mengurangkan kefahaman yang berbeza mengenai sesuatu
bab yang dipelajari
Mendapat dorongan dari ahli-ahli
BAHAN PERANCANGAN DALAM KUMPULAN
Soalan latihan untuk kerja rumah
Soalan bimbingan daripada akhbar dan majalah
Soalan yang diberikan oleh guru
Soalan-soalan ramalan
Pengumpulan nota
Perbincangan topik yang kurang jelas/tidak faham
Analisis soalan-soalan peperiksaan-buat ramalan
Soalan-soalan rakan negeri lain
Perbincangan soalan/bentuk soalan
Teknik menjawab soalan

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mendengar I ( Proses Mendengar )

Objektif

1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat


dalam proses mendengar.
2. Murid dapat menjalankan aktiviti yang melibatkan berlakunya
proses mendengar yang betul.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Petikan teks, alat Multimedia, alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling menyampaikan maklumat (petikan) dengan
nada suara yang perlahan.
2. Guru meminta pelajar menyenaraikan perkataan yang
bermula dengan huruf T
3. Guru Kaunseling menerangkan tentang langkah-langkah
dalam proses mendengar.
Proses Mendengar :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Dengar
Faham
Buat Catatan
Kemaskini Catatan
Buat Nota / Peta Minda

4. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberi oleh Guru


Kaunseling.
Aktiviti :i. Menyampaikan maklumat sehala
ii. Menyampaikan maklumat 2 hala
Penilaian

Murid diberi ujian dengan menulis semula bahan yang


diperdengar daripada Guru Kaunseling.

Rumusan

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang berterusan.


Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan
tidak tepat dan mengikut tafsiran sendiri.

Falsafah

1. Komunikasi 2 hala lebih berkesan berbanding komunikasi


sehala.
2. Murid perlu bertanya Guru Kaunseling sekiranya kurang
jelas tentang sesuatu maklumat.

LAMPIRAN
5

CONTOH PETIKAN TEKS


Kebanyakan manusia tidak suka pada perubahan ketara. Mereka tahu dan mahu
berubah tetapi merasakan ia adalah susah dan menakutkan
BENTUK KOMUNIKASI
1) SEHALA
- pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima
- memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima
2) DUA HALA
- penerima memberikan maklumbalas pada pengirim
- membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima
kurang tepat
AKTIVITI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEHALA
Langkah-langkah:
1) Setiap pelajar diberikan 2 helai kertas kosong.
2) Guru memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak
dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.
Arahannya:
a) Lukis satu bulatan
b) Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil
c) Di atas bulatan, lukis sebuah bentuk segiempat tepat.
d) Dikiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan 1 bulatan di
hujung
e) Dibawah bulatan tadi, lukis 1 segi empat tepat.
f) Dibawah segi empat tepat tersebut, lukis 2 pasang garis panjang ke bawah
selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.
3) Di atas kertas lain, pelajar diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama
tetapi kali ini, mereka dibenarkan bertanya.
4) Pelajar diminta mempamerkan kedua-dua lukisan mereka tadi dan diminta
membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.
5) Mereka diminta memberi respon berkenaan perbezaan perasaan mereka sewaktu
melukis kali pertama dan kali kedua.

KEMAHIRAN MENDENGAR
Definisi:
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini
melibatkan kefahaman dalam pemprosesan maklumat yang didengar
TEKNIK MENDENGAR BERKESAN

Bersedia untuk mendengar


Tetapkan niat
Duduk di bahagian hadapan, banyak faedahnya
Kenalpasti idea-idea penting yang didengar
Buat bacaan awal
Catat nota semasa mendengar
Dengar dengan teliti dan
Tanamkan minat terhadap apa yang didengar

BAGAIMANA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Niat yang betul


Berprasangka baik
Pandang kepada pengucap
Latih banyak mendengar dari bercakap
Fokus apa yang ditunjuk
Perhatian apa yang ditulis
Tumpuan yang tidak berbelah bahagi

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mendengar ( Main Peranan )

Objektif

1. Murid dapat meningkatkan kemahiran mendengar,


mengingat dan menyampaikan dialog.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Kertas A4, skrip dialog

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling bercerita tentang sejarah penubuhan
Melaka.
2. Guru Kaunseling menyampaikan maklumat mengenai tajuk
yang hendak diajar. Contoh Kejatuhan Portugis di Melaka
tahun 1511.
3. Guru Kaunseling menyediakan garis panduan atau skrip
untuk dilakonkan oleh sekumpulan murid.
4. Murid main peranan sebagai :
i. Sultan Mahmud Shah
ii. Tun Perak
iii. Al-Fonso deAlburque
iv. Rakyat.
5. Murid lain menyampaikan dialog apa yang didengar dan
diingati selepas melihat lakonan rakan mereka.
Penilaian

Guru membuat pemerhatian dan meminta murid yang lain


membuat penilaian lakonan murid.

Rumusan

Maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat jika


Sesuatu fakta tidak jelas.

Falsafah

Kemahiran mendengar sangat penting dalam


Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran : Dialog
TAHUN 1509 , di Portugal
Raja Henry

: Beta mahu memulakan hubungan antara kerajaan Portugal dengan


Melaka. Lopez de Sequeira , kamu di lantik untuk mengetuai utusan
ke Melaka.

Lopez de Sequeira : Ampun tuanku ! Perintah di junjung tuanku . Patik bersama


Angkatan laut patik bersiap sedia untuk bertolak ke Melaka.

Semasa ketibaan rombongan itu di Melaka ..


Lopez de Sequeira

:Tuanku , patik bernama Lopez de Sequeira . Patik adalah utusan


Raja Portugal . Raja Portugal mengirim salam.

Sultan Mahmud Syah : Terima kasih . Beta mengalu- alukan kedatangan Tuan Lopez.
Orang portugis di benarkan berniaga di Melaka. Beta menjamin
keselamatan orang-orang Portugis di Melaka.
Lopez de Sequeira

:Patik mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuanku.

Pada suatu hari , di istana Melaka .


Pedagang

: Ampun tuanku ,kita mesti berhati-hati dengan orang-orang


Portugis . Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat
Maklumat bahawa mereka mahu menguasai perdagangan dan
menentang agama Islam.

Sultan Mahmud Syah : Adakah ini benar ? ! Apakah yang harus beta lakukan ?
Pedagang :

: Tuanku , kita tangkap orang-orang Portugis terutamanya


Pegawai kanan rombongan itu iaitu Ruy de Aroujo.

Sultan Mahmud Syah : Kalau begitu , beta perintahkan mereka di tangkap dan
hukuman bunuh di jatuhkan kepada mereka.
Pedagang

: Perintah di junjung Tuanku.

Di Portugal , tahun 1510


Raja Henry

: Rombongan kita ke Melaka telah di tahan ! Ruy de Araujo


telah di tawan oleh mereka ! Bagaiman dengan Lopez de
Sequeira?
10

Pegawai

: Tuanku dengarnya Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri


ke Goa.

Raja Henry

: Beta berasa lega mendengar berita ini. Arahkan Lopez de


Sequeira menyerang Melaka.

Pegawai

: Perintah di junjung tuanku !

Bidang

Akademik
11

Tajuk

Kemahiran Membaca ( Skimming & Scanning )

Objektif

Murid dapat :
1. Memahami definisi membaca.
2. Menguji kepantasan membaca
3. Membaca secara skimming.
4. Membaca secara scanning.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Alat Multimedia, , Bahan Power Point,


Buku teks, Buku nota pembelajaran

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang teknik
membaca yang diamalkan .
2. Guru Kaunseling menerangkan maksud membaca.
3. Membaca secara skimming ( sepintas lalu )
i. Guru Kaunseling menerangkan maksud bacaan
secara skimming.
ii. Guru Kaunseling meminta murid membuat latihan
membaca secara skimming untuk mendapatkan
maklumat seperti isi kandungan, rujukan penulis,
rumusan buku dan lain-lain.
4. Membaca secara scanning ( sekali imbas )
i. Guru Kaunseling menerangkan teknik membaca
secara scanning
ii. Murid diminta membaca sambil mencari maklumat
yang diminta.
Penilaian

Murid diberi ujian pantas dengan membaca menggunakan


Teknik membaca yang betul.

Rumusan

Falsafah

Teknik membaca yang betul sangat membantu murid untuk


Dalam mencari isi-isi penting semasa membuat ulangkaji.
1. Membaca Jambatan Ilmu.
2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid
memahami apa yang dibaca.

LAMPIRAN
12

DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan
dan fakta mengenai sesuatu perkara. Ia adalah proses komunikasi antara pembaca
dan penulis.
SKIMMING (LUNCURAN)
Kemahiran membaca untuk mendapatklan maklumat ringkas dan pantas
mengenai sesuatu bahan atau maklumat.
Tujuan:
Untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai
sesuatu bahan atau dokumen
Mendapatkan pandangan umum mengenai maklumat segera
Bagaimana:
Membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat
Memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca
SCANNING (IMBASAN)
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming
Tujuan: Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan lepada
sesuatu persoalan
Bagaimana:
Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata
kunci
Memberikan perhatian pada data, rajah dan grafik

Bidang

Akademik
13

Tajuk

Pengurusan Masa II

Objektif

Murid dapat:
1. Melihat kaedah peruntukan masa harian.
2. Menentukan jumlah masa yang perlu digunakan
untuk mengulangkaji mata pelajaran.
3. Melihat kekerapan belajar bagi setiap mata
pelajaran.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Lampiran 3A , alat Multimedia, kalkulator & alat tulis

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling bertanya kepada murid tentang cara dan
amalan murid membahagikan masa untuk belajar.
2. Guru Kaunseling
pengurusan masa.

menerangkan

tentang

kepentingan

3. Murid melengkapkan Lampiran 3A dengan menentukan


mata pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan PMR
4. Guru Kaunseling meminta murid menentukan kekerapan
belajar bagi setiap mata pelajaran ( minima 3 kali ).
5. Guru Kaunseling meminta setiap murid untuk
mengagihkan jumlah masa belajar untuk setiap mata
pelajaran mengikut keutamaan.
6. Guru Kaunseling mengarahkan murid supaya memastikan
salah satu masa belajar ditetapkan mestilah sama dengan
masa peperiksaan sebenar.
7. Guru Kaunseling meminta murid membentangkan hasil dan
menggalakkan setiap ahli berkongsi.
8. Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.
Penilaian

Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di


jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan
Falsafah

:
:

Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.


Masa Itu Emas.

Lampiran

: 3A. Kontrak Belajar


14

Bil

Mata pelajaran

Tarikh : _____________

Kekerapan

Peruntukan Masa

Tandatangan :__________________

15

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mengingat II (Peta Minda)

Objektif

Murid akan dapat :


1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Alat Multimedia, kertas A4, buku teks

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling menunjukkan 10 benda yang berlainan
jenis daripada pelbagai kategori dan menyimpan semula
dalam masa 1 minit. Murid menyebut benda tersebut.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Guru Kaunseling memberi satu petikan mudah dan
membimbing
murid
mengenalpasti
isi-isi
penting,
menggunakan teknik peta minda.
4. Guru Kaunseling memberi teks dan
menghuraikan isi dalam peta minda.

meminta

murid

5. Setiap kumpulan di minta membentangkan hasil kumpulan


masing-masing.
Penilaian

Guru Kaunseling membimbing dan memerhatikan cara murid


Menyediakan peta minda.

Rumusan

Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting.

Falsafah

Kemahiran ini dapat membantu murid mengekalkan daya


ingatan.

16

LAMPIRAN
KEMAHIRAN MENGINGAT
PETA MINDA MEMBANTU ANDA:

Mengambil nota dalam kelas atau dari teks bacaan


Ulangkaji cepat dan berkesan
Menjimatkan masa
Fokus berkesan
Lebih menarik, indah dan berseni

LAMPIRAN
17

CONTOH 10 BENDA-BENDA DI SEKELILING KITA


BAHAN A

KERIS

KERETA

SELADANG

KANG KONG

MOTOSIKAL

VAN

ZIRAFAH

LANGSAT

PISAU

TEMBIKAI

KAILAN

KAPAK

KAPAL TERBANG TERUNG

BASIKAL

TOMBAK

EPAL

OREN

18

KERTAS LATIHAN 1
_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

19

KERTAS LATIHAN 2
BENDA-BENDA DI
SEKELILING KITA

SAYURAN

20

KERTAS LATIHAN 3
BENDA-BENDA DI
SEKELILING KITA

SAYURAN
1.
2.
3.

1.
2.
3.

1.
2.
3.

1.
2.
3.

1.
2.
3.

21

Bidang

Akademik

Tajuk

Penempatan Selepas PMR

Objektif

Murid dapat mengetahui tentang haluan selepas PMR.

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Lampiran maklumat, brosur, kertas sebak.

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang ke
arah mana selepas PMR dan cita-cita selepas PMR.
2. Guru Kaunseling menerangkan tentang hala tuju selepas
mendapat keputusan PMR.
3. Murid diminta menulis kembali hala tuju selepas PMR.
4. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan mengikut
kumpulan.
Penilaian

Murid membuat pembentangan dan menyatakan kembali


hala tuju selepas PMR.

Rumusan

Peperiksaan PMR menjadi penentu aliran pengajian ke


tingkatan 4.

Falsafah

Usaha Tangga Kejayaan.

Bidang

Kerjaya
22

Tajuk

Hala Tuju Selepas PMR

Objektif

Murid dapat:
1. Mengetahui tentang aliran pengajian di Menengah Atas.
2. Merancang pemilihan aliran pengajian di Menengah Atas
3. Mengetahui status sekolah-sekolah tertentu (SBP, Teknik,
MRSM dan lain-lain)

Masa

Ceramah

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

1. Alat Multimedia
2. Edaran Bahan Pemilihan Aliran Sekolah
3. Lampiran 3B

Langkah-langkah
1. Set Induksi :
Guru Kaunseling menerangkan kepentingan memilih
sesuatu aliran. Contoh : Aliran Sains. Guru juga
menerangkan kepentingan aliran tersebut.
2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan edaran pemilihan
pakej aliran selepas PMR.
3. Guru Kaunseling menyampaikan ceramah bertajuk Hala
Tuju Selepas PMR.
4. Memberi peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan
(sesi soal jawab).
5. Guru Kaunseling membuat pengukuhan dan rumusan
tentang tajuk yang dibincangkan).
Penilaian

Murid menyatakan sekolah pilihan mereka berdasarkan aliranaliran tertentu ( Lampiran 3B)

Rumusan

Pemilihan mata pelajaran dan aliran pengajian selepas PMR


akan menentukan masa depan murid.

Falsafah

1. Untuk mendapat kejayaan perlulah berusaha daripada


sekarang.
2. Kejayaan tidak datang secara mudah
3. Setiap yang berusaha akan memperoleh kejayaan.
4. Kita harus mengetahui hala tuju dan bagaimana untuk
mencapainya.

Lampiran 3B
23

HALA TUJU SELEPAS PMR

PMR

Sekolah Harian Biasa


Sekolah Menengah Agama
Sekolah Menengah Teknik (Vokasional)
Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP)
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
ALIRAN PILIHAN SAYA

PENCAPAIAN PMR SAYA.... (TARGET)


MATA PELAJARAN

PENCAPAIAN (GRED)

SAYA AKAN MENYAMBUNG mata pelajaran MENENGAH ATAS DI SEKOLAH..

NAMA
TINGKATAN
TANDA TANGAN

Bidang

Kerjaya
24

Tajuk

Mengenali Potensi Diri

Objektif

Murid dapat:
1. Mengenali diri dan potensi diri
2. Perlunya membaiki kelemahan dan mempertingkatkan
membina kekuatan diri

Masa

40 minit

Sasaran

Murid tingkatan 3

Bahan

Lampiran 3C

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang
perbezaan bakat, kemahiran, pengalaman dan pencapaian
2. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 3C dan
memberi arahan kepada murid supaya menyenaraikan
kemahiran, bakat, minat, pengalaman dan pencapaian diri
murid.
5. Murid menjelaskan isi yang telah dicatatkan di dalam
lampiran.
6. Murid seterusnya mengisi sasaran dan matlamat akademik
dalam lampiran.
7. Guru Kaunseling memberi peneguhan positif dan membuat
Rumusan
Penilaian

1. Pemerhatian aktiviti yang dijalankan


2. Kemahiran mengenal pasti potensi, bakat, merekod dan
kemahiran komunikasi

Rumusan

1. Setiap manusia mempunyai bakat dan potensi diri yang


boleh dioptimakan untuk mencipta kecemerlangan dalam
sesuatu bidang

Falsafah

1. Manusia itu unik dan mempunyai potensi diri yang pelbagai


2. Sesuatu kemahiran boleh dipupuk melalui ilmu dan latihan
yang betul secara berterusan

Lampiran 3C
25

Contoh Borang Analisis Diri


Nama :
Tingkatan :

1. Kemahiran
(apa yang
dipelajari)

2. Bakat
(anugerah semulajadi)

3. Minat (hobi)

4. Pengalaman

5. Pencapaian

26

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Hala tuju dan perancangan kerjaya

Objektif

Murid dapat:
1. Memahami kandungan buku teks
2. Mengetahui aliran pengajian di Menengah Atas
3. Mengenali diri dan potensi serta menggalakkan murid
meneroka alam kerjaya

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Buku teks, Lampiran 3D, Kertas sebak/Papan Tulis, Majalah/


Surat Khabar.

Langkah-Langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
Berhubung tajuk yang akan dibincangkan.
2. Soal jawab secara lisan dengan murid
3. Mengedarkan lampiran 3D
4. Murid menjawab soalan dalam lampiran.
5. Berkongsi jawapan dengan rakan sekelas.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.
Penilaian

Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan

Rumusan

Murid dapat memahami matlamat dan hala tuju kerjaya masingmasing dengan lebih jelas

Falsafah

1. Murid dapat mengoptimakan potensi diri dan menjuruskan


diri ke alam kerjaya secara terancang
2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan
matlamat diri yang jelas
3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia
globalisasi.

27

Lampiran 3D
PERANCANGAN DAN HALA TUJU KERJAYA

CITA-CITA SAYA ADALAH

ALIRAN YANG AKAN DI AMBIL DI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

ALIRAN

SUBJEK

JURUSAN/BIDANG YANG AKAN SAYA AMBIL DI IPTA / IPTS

NAMA
TINGKATAN

28

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Bidang yang diminati

Objektif

Murid dapat:
1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati
2. Menyediakan diri secara terancang ke arah
jurusan/bidang yang tepat
3. Sensitif terhadap bidang kerjaya yang diminanti

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Buku teks, Soal Selidik Bidang yang diminati

Langkah-Langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
berhubung bidang kerjaya yang diminati
2. Guru Kaunseling mengedar soal selidik (sds) bidang yang
diminati
3. Guru Kaunseling memberi arahan mentadbir ujian
4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik
5. Guru Kaunseling membuat interpretasi terhadap dapatan
ujian
Guru Kaunseling membuat peneguhan positif terhadap rumusan
secara keseluruhan.
Penilaian

Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya (sds)


Ujian, Merekod dan Pemerhatian

Rumusan

Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat

Falsafah

1. Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang


diminati
2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan
kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus

Bidang

Kerjaya
29

Tajuk

Maklumat Kerjaya

Objektif

Murid dapat:
1. Menghasilkan folio kerjaya yang diminati
2. Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber
4. Membina keyakinan diri melalui kemahiran komunikasi agar
dapat berhubung dengan agensi-agensi yang berkaitan

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Majalah, keratan akhbar, gambar, alat Multimedia.

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
tentang kepentingan mengetahui maklumat-maklumat
sesuatu kerjaya.
2. Guru Kaunseling membimbing murid mendapatkan
maklumat kerjaya dari segi :
i. Diskripsi Tugas
ii. Kemudahan-kemudahan yang disediakan
3. Murid-murid merancang kerjaya pilihan untuk dijadikan tajuk
folio.
4. Murid merancang strategi untuk mendapatkan maklumat
kerjaya yang dipilih.
5. Murid menyedia dan menyiapkan folio mengenai satu kerjaya
6. Guru Kaunseling menggabungkan keseluruhan folio murid
untuk dijadikan folio kerjaya kelas
7. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.
Penilaian

Murid dapat menyampaikan jenis-jenis pekerjaan melalui


penghasilan folio.

Rumusan

Maklumat kerjaya dapat mencetuskan rasa minat yang lebih


mendalam terhadap kerjaya dan seterusnya berusaha untuk
mencapai matlamat kerjaya.

Falsafah

1. Murid dapat mengoptimakan potensi diri dan menjuruskan diri


ke alam kerjaya secara terancang
2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan
matlamat diri yang jelas
3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia
30

globalisasi .

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


31

Tajuk

1. Perkembangan Remaja
1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
1.2 Cabaran Remaja
1.3 Gaya Hidup Remaja Sihat

Objektif

1. Meningkatkan kefahaman tentang perkembangan remaja


2. Menyedari cabaran seorang remaja
3. Mengamalkan gaya hidup sihat seorang remaja

Masa

80 minit (dua waktu)

Sasaran

Murid Tingkatan Tiga

Bahan

1. Folio
2. Brosur dan majalah tentang remaja
3. CD atau bahan tayang mengenai kehidupan remaja
4. Ceramah Mengenal Usia Remaja
5. Gunting
6. Gam
7. Lirik lagu Permata Biru oleh Ella

Langkah-langkah
1. Guru kaunseling memperdengarkan lagu Permata Biru kepada
pelajar.
1. Guru Kaunseling menerangkan maksud remaja kepada pelajar dan
cabaran yang perlu di hadapi oleh pelajar.
3. Guru mengumpulkan semua hasil kerja murid dan di tampal di dalam kelas
4.Murid menonton tayangan video ceramah berkaitan remaja dan
meminta murid menyatakan pengajaran secara lisan isi-isi penting
daripada tayangan tersebut.
5. Guru Kaunseling memecahkan murid kepada beberapa
kumpulan kecil
7. Setiap kumpulan diberi edaran brosur dan majalah berkaitan
keremajaan.
8. Murid diminta menyediakan folio REMAJA dengan menggunting
dan menampal bahan yang dipilih.
9. Folio yang siap dikutip dan dipamerkan di hadapan kelas.

Penilaian

1. Merekod
2. Pemerhatian
32

Rumusan

1. Usia remaja jika digunakan dengan sebaik mungkin akan


membantu seseorang menjadi insan mulia
2. Usia remaja merupakan proses antara kanak-kanak dan dewasa.

Falsafah
:
1. Zaman remaja itu indah, isikan keindahan dengan taqwa
2. Insan yang mensia-siakan usia remaja akan rugi
3. Ingatkan LIMA perkara sebelum datang LIMA perkara (Hadith)
Hidup sebelum Mati
Lapang sebelum Sibuk
Kaya(senang) sebelum Miskin (Payah)
Muda(remaja) sebelum Tua
Sihat sebelum Sakit

LAMPIRAN
LIRIK LAGU PERMATA BIRU (ELLA)
33

Permata biru usah biarkan dirimu


Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina
Engkau yang dinilaikan setinggi permata
Rela membiarkan dirimu tercela
Dengan jutaan sanjungan yang kau terima
Engkau mudah merasa bangga mengapa
Permata biru usah biarkan dirimu
Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina
Seharusnya kau sedar
Dirimu sungguh berharga
Tiada dapat ditukarkan harta benda
Awasilah selalu segala tingkah dan laku
Demi kebahagiaanmu menunggumu
Usah kau terus mengkhayalkan dirimu
Dengan kata-kata pujian yang palsu
Segalanya akan serta merta pudar
Tiba waktu dan ketika sedarlah

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Komunikasi
34

1 Kepentingan Komunikasi.
1.1 Intrapersonel
1.2 Interpersonel
2 Tips Komunikasi Berkesan
Objektif

Murid dapat:
1 Menjelaskan dan mengamalkan
kepentingan komunikasi dalam hubungan harian.
2 Menyatakan tips komunikasi berkesan.

Masa

1 jam

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Alat Multimedia, Ujian Psikologi

Langkah-langkah
1 Set Induksi.
Guru Kaunseling menunjukkan aksi komunikasi:i. Bercakap dengan diri sendiri
ii. Berinteraksi dengan murid
2 Guru Kaunseling memperkenalkan tajuk.
3 Guru Kaunseling memilih murid secara rawak untuk menjelaskan
kepentingan komunikasi intrapersonel dan interpersonel.
4 Guru Kaunseling meminta murid duduk dalam kumpulan dan
membincangkan tentang tips komunikasi berkesan.
4 Guru Kaunseling meminta ketua kumpulan membentangkan hasil
kumpulan.
6 Guru Kaunseling dan murid membuat rumusan.
Penilaian

Murid mengetahui hubungan komunikasi yang berkesan dan


positif.

Rumusan

Membolehkan murid dapat membezakan komunikasi


intrapersonel dan interpersonel serta menyatakan tips
komunikasi berkesan

Falsafah

1 Komunikasi yang baik akan mengujudkan suasana yang baik


2 Berhemah tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan,
bijaksana.

LAMPIRAN

35

KOMUNIKASI
Definisi
`.satu proses perpindahan maklumat ,perasaan , idea dan fikiran
seseorang individu kepada individu /sekumpulan individu yang lain .
Kategori komunikasi
1. INTERPERSONAL
Proses komunikasi antara individu ( lebih dari seorang
individu )
2. INTRAPERSONAL
Kontemplasi ,intuitif , pemikiran ( taakulan ) meditasi
( bercakap dengan diri sendiri )
KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN
Maklumat yang di sampaikan perlu jelas dan tepat .
Menggunakan bahasa yang mudah di fahami dan terang
maksudnya .
Menggunakan alat bantu sekiranya perlu.
Memastikan maklumat di sampaikan sesuai pada keadaan dan
waktu.
Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi dan
menerima maklumat.
KOMUNIKASI
KOMUNIKASI BERKESAN
Ia berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
1) Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima
2) Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima

36

3) Peubahan yang berlaku(sekiranya di kehendaki) akibat dari mesej adalah seperti


perubahan yang dikehendaki oleh penghantar
Definisi Intrapersonal
Faktor dalaman remaja seperti faktor biologi(puberty), tahap transisi remaja daripada
kanak-kanak ke alam dewasa.
Definisi Interpersonal
Mengikut Adler, Rosenfeld dan Towne (1992:243) perhubungan interpersonal
didefinisikan sebagai, cara manusia berhubung antara satu sama lain secara sosial.
Kita mengukur kualiti perhubungan interpersonal melalui tahap kepuasan sosial kita
dan ini berhubungkait dengan keperlua manusia itu sendiri.
Bagi mendapatkan kepuasan memenuhi keperluan sosial, remaja perlulah mencapai
aspek iaitu (intimasi), afiniti, hormat dan kawalan.

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Perkembangan individu Menengah Rendah

Objektif
:
Murid dapat :
i. Meningkatkan pencapaian peperiksaan PMR.
ii. Mengenalpasti jenis pemakanan untuk meningkatkan
kecergasan minda.
Iii Menguruskan masa dengan berkesan semasa di rumah
selaras dengan matlamat dalam peperiksaan PMR.
Masa

1 jam
37

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Alat Multimedia

Langkah-langkah
1 Set induksi
Guru Kaunseling bertanya apa perasaan anda jika mendapat
keputusan cemerlang dalam PMR.
2 Guru Kaunseling menerangkan ciri-ciri pelajar cemerlang
3 Guru Kaunseling bertanya jenis makanan yang dimakan
di rumah dan di asrama. Murid menyenaraikannya.
4 Guru Kaunseling menerangkan pengurusan masa yang
berkesan.
Penilaian

Murid melengkapkan borang pengurusan masa yang disediakan


oleh Guru Kaunseling.

Rumusan

Guru Kaunseling merumus borang pengurusan masa yang telah


diisi oleh murid.

Falsafah

1 Otak yang cergas datang dari badan yang sihat.


2 Tekun, sabar, bertanggungjawab.

LAMPIRAN
PERKEMBANGAN INDIVIDU (MENENGAH RENDAH)
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
1. Taat kepada Allah
2. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan kegiatan dengan bersungguhsungguh bagi mencapai kecemerlangan
3. Mempunyai cita-cita, visi dan misi yang jelas
38

4. Mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran berkesan dan sentiasa tekun
belajar
5. Mahir dengan strategi dan teknik menghadapi peperiksaan
6. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
7. Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu bertanya dan berinteraksi
dengan semua guru
8. Suka dan minat pada setiap mata pelajaran yang di pelajari
9. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan komited pada pelajaran
10. Bersedia membantu rakan yang memerlukan bantuan atau pertolongan
11. Memiliki imej kendiri yang positif
12. Memberi ganjaran dan pengiktirafan pada diri sendiri
13. Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan badan dan
kesejahteraan mental
14. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta
mengelakkan bahan-bahan makanan atau sebarang anasir yang dapat
melemahkan daya pemikiran dan ingatan
15. Sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah.

PEMAKANAN YANG MENINGKATKAN KECERGASAN MINDA


1. Madu (2 sudu teh pada waktu pagi dan malam)
2. Kismis (Jangan dikunyah sebaliknya di kemam)
3. Susu Segar (sekurang-kurangnya 1 gelas sebelah pagi atau malam)
4. Telur (terutama telur kuning)
5. Halia (dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi) mujarab untuk kelupaan
6. Limau oren
7. Buah delima
8. Daging burung merpati
9. Daging ayam betina dara
10. Daging biri-biri
39

11. Kekacang
12. Zafaran(sejenis bahan berambu merah) di makan sedikit sahaja
13. Bunga kobis
14. Bunga cengkih
15. Labu
16. Minyak sapi
17. sayuran dan buah segar
MAKANAN YANG TIDAK DIGALAKKAN
1.
2.
3.
4.
5.

Minuman berkarbonat
Buah-buahan masam seperti epal hijau, mangga muda
Jeruk
Makanan ringan
Makanan yang telah dicemari semut

PANDUAN MERANCANG JADUAL WAKTU


Membahagikan masa berdasarkan aktiviti
1. Semua aktiviti anda dapat dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu belajar,
menguruskan diri dan tidur. Anda mempunyai 24 jam dalam sehari semalam
dan masa itu dapat dibahagikan kepada:
Belajar
= 8 jam
Menguruskan diri
= 8 jam
Tidur
= 8 jam
Jumlah
= 24 jam
Waktu Belajar
1. Paling minimum adalah 8 jam. Jumlah waktu belajar peling sesuai adalah
antara 8 11 jam sehari. Waktu belajar termasuklah waktu belajar di sekolah
sebanyak 7 jam (7.30 2.30 petang). Masa selebihnya digunakan untuk
belajar di rumah ataupun asrama.
2. Waktu belajar paling berkesan adalah pada waktu pagi (waktu perdana). Oleh
itu, waktu perdana adalah waktu pembelajaran di sekolah (Isnin Jumaat).
Waktu-waktu lain adalah antara pukul 4.00 5.00 petang dan 8.00 10.00
malam adalah waktu belajar secara bersendirian ataupun berkumpulan.
3. Waktu belajar di rumah ataupun asrama jangan disusun terlalu padat. Sebaikbaiknya gunakan satu jam atau kurang bagi setiap sesi aktiviti menelaah
kecuali aktiviti membaca ataupun mencatat nota.
4. Selepas setiap sesi belajar, beri ganjaran ada diri sendiri seperti berehat,
bersiar-siar mengambil udara bersih, melakukan senaman ringan (5 -10 minit)
ataupun melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang tidak membebankan minda
anda sebelum memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran yang baru. Pelajar
dinasihatkan meninggalkan meja belajar sepanjang waktu rehat atau
senggang yang singkat itu.

40

5. Apabila waktu belajar bersendirian pada sebelah petang digunakan bagi


aktiviti ko-kurikulum, maka waktu yang diambil perlu digantikan pada hari
Sabtu, Ahad ataupun cuti umum.
6. Elakkan belajar sehingga larut malam kerana perbuatan begitu dapat
mengganggu waktu tidur anda. Apabila tidur tidak mencukupi, kesihatan
terganggu, badan dan minda menjadi letih, konsentrasi menurun dan
menyebabkan anda mengantuk walaupun anda belajar pada waktu perdana.
Apabila mengantuk, proses pembelajaran anda masuk angin keluar asap.

PANDUAN MERANGKA JADUAL WAKTU BELAJAR BERSENDIRIAN


ATAUPUN ASRAMA
HARI
ISNIN

PAGI

PETANG
Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan
Pelajaran
esok
Buat Latihan

MALAM
Ulangkaji
persiapan
pelajaran
esok

41

SELASA

Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan
Pelajaran
esok
Buat Latihan

Ulangkaji
persiapan
pelajaran
esok

RAB U

Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan
Pelajaran
esok
Buat Latihan

Ulangkaji
Persiapan
pelajaran
esok

KHAMIS

Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan
Pelajaran
esok
Buat Latihan

Ulangkaji
Persiapan
pelajaran
esok

JUMAAT

Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan
Pelajaran
esok
Buat Latihan

Ulangkaji
Persiapan
pelajaran
esok

Pembelajaran di sekolah

SABTU

Ulangkaji pelajaran tahun lepas


Latihan Mengingat
Latihan Menjawab Soalan

AHAD

Ulangkaji pelajaran tahun lepas


Latihan Mengingat
Latihan Menjawab Soalan

BORANG PENGURUSAN MASA

42

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Kepimpinan
43

Peranan dan Tanggungjawab


Objektif

Memahami dan mengklasifikasikan peranan dan tanggungjawab


dalam kekeluargaan.

Masa

1 jam

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Kertas sebak, pen marker, kaset

Langkah-langkah
1 Set Induksi- Murid bernyanyi/bernasyid/bersajak yang
bertemakan Keluarga Bahagia/ Sayangi dan Bahagia
2

Murid diagihkan mengikut kumpulan.

Murid berbincang mengenai tajuk:


i. Peranan dan tanggungjawab remaja dalam keluarga
ii. Peranan dan tanggungjawab sebagai anak mengikut
umur dan kematangan/urutan adik beradik.
iii. Peranan dan tanggungjawab sebagai penyumbang idea.

Murid membentangkan hasil perbincangan secara


kumpulan.

5 Murid lain menyoal dan mencatat isi penting semasa


pembentangan dijalankan.
6

Guru Kaunseling merumuskan hasil pembentangan .

Penilaian

Hasil pembentangan

Rumusan

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya rujukan


awal dibuat

Falsafah

Remaja mempunyai peranan dan tanggungjawab penting


dalam keluarga.
2 Bertanggungjawab,berkeyakinan, bekerjasama.

KELUARGA BAHAGIA (NYANYIAN OLEH SAUJANA)


Sedamai taman firdausi
44

Limpahan kasih sayang sejati


Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indah damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titik rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

idang :

Keibubapaan

Tajuk

Perkembangan Remaja
45

(Remaja dan masalah keretakan hubungan kekeluargaan)


Objektif

1 Murid memahami punca-punca keretakan hubungan


Kekeluargaan
2 Murid dapat memahami situasi rakan-rakan yang terlibat.

Masa

1 jam

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Alat tulis

Langkah-langkah
1 Murid dibahagikan kepada 5 orang sekumpulan.
2 Guru kaunseling menayangkan klip video berkaitan.
Guru Kaunseling mengedarkan soalan untuk perbincangan.
Guru bebas memberikan tajuk untuk perbincangan kumpulan
berkaitan dengan kekeluargaan.
3 Perbincangan dalam kumpulan.
4 Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
5 Guru Kaunseling membuat rumusan
Penilaian

Pemerhatian dan penilaian hasil pembentangan murid.

Rumusan

Penyelesaian masalah hubungan dengan keluarga akan


menjamin kebahagian keluarga.

Falsafah

Semua orang perlu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun


persekitaran tidak menggembirakan.

LAMPIRAN
46

PERKEMBANGAN REMAJA
Contoh soalan perbincangan:
1) Apakah punca masalah keretakan hubungan kekeluargaan
2) Apakah kesan keretakan hubungan kekeluargaan kepada anak-anak
3) Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
4) Apakah peranan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi
masalah kekeluargaan
5) Apakah faktor-faktor yang membawa kebahagiaan di dalam institusi
kekeluargaan.
6) Apakah tanggungjawab anda sebagai anak?

Bidang

Keibubapaan
47

Tajuk

Isu-isu keibubapaan :
Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
(Perayaan Hari Keluarga).

Objektif

Murid dapat:
1 Memberi penghargaan terhadap ahli keluarga seperti Hari
Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir .
2 Menyatakan pentingnya kesejahteraan dan kerukunan
keluarga melalu kandungan ucapan dalam kad ucapan.

Masa

1 jam

Sasaran

Murid Tingkatan 3

Bahan

Kertas lukisan, pensil, warna lilin, gunting dan beberapa keping


contoh kad ucapan

Langkah-langkah
1 Set Induksi
Guru Kaunseling bertanyakan bagaimana kita memberikan
penghargaan pada orang lain. Paling asasnya ialah
mengucapkan perkataan terima kasih.
2 Penghargaan juga boleh dinyatakan melalui ucapan dengan
menyatakannya dalam bentuk visual contohnya melalui
kad ucapan .
3 Kandungan ucapan tersebut perlulah menyatakan rasa
terima kasih atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh
orang tua atau ahli keluarga kita. .
4 Elemen artistik juga boleh dimasukkan dalam persembahan
mereka seperti guntingan, tampalan, lipatan dan
sebagainya.
5 Murid diberi masa 30 minit untuk membuat Kad Ucapan
yang ditujukan kepada ahli keluarga mereka. Murid
memperlihatkan kad ucapan yang dihasilkan.
6 Murid diminta membacakan kandungan ucapan meraka.
7
Penilaian

Rumusan

Di akhir sesi murid menyatakan penghargaan meraka


melalui kad yang telah mereka bina.

Murid menyatakan pentingnya penghargaan dalam keluarga


melalui Kad Ucapan.
Murid boleh menghasilkan kad ucapan karya mereka sendiri.

Homat menghormati amat perlu dalam keluarga dan orang


persekitaran kita, bagi memupuk keharmonian dalam rumah
tangga dan masyarakat.
48

Falsafah

Rumahku Syurgaku.

Bidang
Tajuk

:
:

Pembangunan Diri
Nilai Diri dan Keluarga Salasilah Keluarga

Objektif

Murid dapat:
49

Masa
:
Sasaran
:
Bahan
:
Langkah-Langkah

1 Mengenali salasilah keturunan kedua ibu bapa.


2 Menghargai tanggungjawab ibu bapa dan ahli keluarga.
3 Menyedari tanggungjawab diri terhadap keluarga
40 minit
Murid tingkatan tiga
Bahan edaran, Lampiran 3E
1 Set induksi:
Guru Kaunseling menceritakan mengenai hal ehwal keluarga
sendiri. Guru Kaunseling bertanya murid mengenai keluarga
mereka. Guru Kaunseling menegaskan ada orang yang
mempunyai keluarga dan ada orang yang tidak mempunyai
keluarga. Guru Kaunseling menekankan konsep syukur dan
kasih sayang. Guru kaunseling menayangkan klip video
Makan Besar di Tahun Baru Cina
2 Guru Kaunseling meminta beberapa orang murid bercerita
mengenai nama-nama ahli keluarga bermula dari datuk dan
nenek.
3 Guru Kaunseling meminta murid menulis nama ahli keluarga
mereka mengikut salasilah keluarga berpandukan kertas
edaran.
4 Murid membina pokok salasilah keluarga mengikut sebelah
bapa dan sebelah ibu.
5 Guru memilih beberapa contoh dan paparkan di papan putih.
6 Guru bersoaljawab mengenai hubungan kekeluargaan
di dalam keluarga.
.
7

Murid menulis sepucuk surat kepada ibu mereka sebagai


tanda penghargaan

atas pengorbanan dan kasih sayang

yang telah mereka berikan.


Penilaian

Murid dapat menyenaraikan dan membina salasilah


Keluarga

Rumusan

Pengetahuan mengenai keturunan dan kekeluargaan amat


penting dalam pembentukan masyarakat.
50

Falsafah

Keluarga bahagia asas pembentukan masyarakat hormoni


Keluarga cemerlang, masyarakat gemilang, negara terbilang.

Lampiran 3E.
1. Nama datuk sebelah bapa

:_______________________________

2. Nama nenek sebelah bapa

:_______________________________

3. Nama bapa sebelah ibu

:_______________________________

4. Nama nenek sebelah ibu

:_______________________________

5. Nama Bapa

:_______________________________

6. Nama Ibu

:_______________________________

7. Nama bapa saudara sebelah bapa:______________________________


8. Nama ibu saudara sebelah bapa :_______________________________
9. Nama bapa saudara sebelah ibu :_______________________________
10. Nama ibu saudara sebelah ibu

:_______________________________
51

Contoh Pokok Keluarga:


Datuk

Nenek

Datuk

Bapa

Nenek

Ibu

Adik beradik

anak saudara

Bidang
Tajuk

:
:

Pembangunan Diri Murid


Nilai Diri dan Keluarga
-Biodata Keluarga Saya

Objektif

Murid dapat :

anak saudara

1 Menyenaraikan biodata ahli keluarga


2 Menghormati dan menghargai ahli keluarga.
3 Merekacipta dan membina kad ucap selamat.
Masa

40 minit

Sasaran

Murid tingkatan tiga

Bahan

Lampiran 3F
52

Langkah-langkah
1

Set induksi: Guru Kaunseling bercerita


mengenai kegemaran, hobi dan minat ahli keluarga

2 Murid menyenaraikan semua nama ahli keluarga yang tinggal


bersama
3 Dengan menggunakan bahan edaran, murid mengisi tempat
kosong mengikut kriteria.
4 Guru Kaunseling berbincang dengan murid, apakah tindakan
yang perlu dilakukan apabila mengetahui maklumat atau
biodata mengenai ahli keluarga.
contohnya: Menyediakan hadiah hari jadi.
5 Aktiviti tambahan: Setelah murid selesai mengisi maklumat
ahli keluarga, Guru Kaunseling bolehlah meminta murid
melukis atau merekacipta kad ucap Selamat Hari Jadi.
Penilaian
Rumusan

:
:

Menyenaraikan matlamat berdasarkan jadual biodata keluarga.


Saling menghargai dan hormat menghormati sesama ahli
keluarga.

Falsafah

Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila


mengenali seseorang dengan lebih dekat.

53

Lampiran 3F

Ahli

Nama

Tarikh
Lahir

Hobi

Makanan

Minuman

Kegemaran

Kegemaran

Warna

Datuk
Nenek
Ayah
Emak
Abang
Abang
Abang
Kakak
Kakak
Adik

54

*Kriteria tambahan:Pekerjaan, kenderaan, panggilan ringkas dll.

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Nilai Diri dan Keluarga


- Tegas Diri

Objektif

1. Menyenarai hak peribadi masing-masing


2. Meneliti hak asertif mereka
3. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Masa

40 minit

Sasaran

Murid Tingkatan Tiga

Bahan

Kertas Latihan Diskriminasi Asertif (Lampiran 3G)

Langkah-Langkah
1 Set Induksi:Guru mencetuskan satu kes perbicaraan di
mahkamah yang berkaitan dengan hak-hak peribadi
contohnya kes perceraian.
2 Guru Kaunseling menerangkan kepada murid bahawa hak
adalah kebebasan bagi seseorang untuk berbuat atau
memiliki sesuatu. Tiap-tiap seseorang harus sedar akan
wujudnya hak peribadi dan mereka harus menggunakannya.
3 Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan hak yang
mereka perlu mereka dapati. Contohnya hak mendapatkan
pendidikan, kasih sayang, keselamatan, kesihatan
dan sebagainya.
4

Murid menuliskan hak-hak tersebut di papan tulis.

Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 3G.


Berikut ini ialah contoh hak peribadi:
i. Untuk mendapat pertolongan dan sokongan emosi
55

ii. Mengalami dan melahir rasa kesakitan.


iii. Bersendirian
iii. Menolak nasihat orang lain
iv. Didengar dan dianggap serius
v. Mendapat sesuatu yang setimpal dengan bayaran
vi. Mendapat ilmu dan maklumat
vii. Menentukan keutamaan peribadi
viii. Mengatakan saya tidak tahu.
ix. Membantah terhadap layanan dan teguran tidak adil.
x. Menghakim perasaan sendiri
xi. Tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah
orang lain.
Penilaian

Murid menjawab soalan bertulis dalam lampiran 3G.

Rumusan

Setiap murid mempunyai hak peribadi masing-masing

Falsafah

Mempertahankan hak peribadi yang berkaitan dengan


agama, moral, maruah, harta dan tanah air adalah menjadi
kewajiban setiap insan.

56

LAMPIRAN
Definisi
Submisif/Permisif : Menghormati hak orang lain
Mengabaikan hak sendiri
Agresif

: Menghormati hak sendiri


Mengabaikan hak orang lain

Asertif

: Menghormati hak sendiri


Menghormati hak orang lain

57

Lampiran 3G
LATIHAN DISKRIMINASI ASERTIF
Dibawah ini terdapat senarai situasi dan respon. Ditepi respon tandakan AS jika
anda fikir responnya ASERTIF, S jika anda fikir ianya SUBMISIF dan AG jika
anda fikir ianya AGRESIF
SITUASI
1. Seorang murid lain minta pinjam
kertas tulis dari anda

RESPON
Awak selalu suka menipu.

2. Kawan anda menyampuk anda


bercakap.

Minta maaf, saya hendak bercakap


lagi

3. Seorang ahli keluarga anda suruh


anda buat kerja rumah semasa anda
membuat kerja sekolah.

Ya, Ok, saya sedang membuat kerja


sekolah sekarang..

4. Anda sedang menunggu layanan di


kaunter bila seorang melintas dan
pergi depan anda dan menerima
layanan lepas.

Anda terdiam, Cuma menarik nafas


panjang.

5. Seorang ahli pasukan bola sepak /


bola jarring anda menuduh anda
tidak bermain bersungguh-sungguh
dalam pertandingan yang lepas.

Saya fakir ini bukanlah teguran yng


sihat, saya fakir saya telah bermain
dengan baik..

6. Seorang kawan meminta nasihat


atas masalah peribadinya.

Bagaimana saya tahu apa yang awak


buat / itu adalah masalah anda....

7. Anda terlibat dalam lumba haram.


Seorang rakan telah menasihati
anda

Saya marah kerana dia mengambil


tahu hal saya...........
58

8. Saya mendapat berita kematian


orang tersayang

Saya menangis hingga teresakesak..............

9. Bapa saya telah memarahi saya


kerana bercinta dengan rakan di
sekolah

Saya fikir bapa saya keterlaluan kerana


menghalang cinta saya..............

10. Seorang kawan telah bertanya


sesuatu semasa anda sedang
mendengar guru mengajar

Saya berhenti mendengar guru


mengajar untuk melayan pertanyaan
rakan...............

Bidang

Pendidikan pencegahan

Tajuk

Konsep kendiri / penghargaan kendiri


Pembentukan jati diri remaja

Objektif

1 Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan


membenci dadah
2 Supaya murid mempunyai asertif kendiri yang bersepadu.

Masa

40 minit

Sasaran

Semua murid tingkatan 3

Bahan

1 Gambar gambar
2 Buku panduan
3 VCD berkaitan penyalahgunaan dadah atau perlakuan
negatif
4 Kertas edaran isu berkaitan remaja seperti remaja terlibat
dengan dadah, pil khayal

Langkah-langkah
1 Set induksi
Guru Kaunseling mendapatkan maklumbalas
berdasarkan tajuk yang dipilih
2 Guru Kaunseling mendapatkan pandangan
murid tentang imej jati diri remaja yang unggul
5 Murid mencadangkan bagaimana membina jati diri yang
cemerlang.
Penilaian

1 Soal jawab
2 Pemerhatian

Rumusan

Murid digalakkan supaya mengenali diri mereka melalui


perkongsian maklumat bersama rakan. Membina peribadi yang
59

kental melalui rakan sebaya adalah penting.


Falsafah

Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri
supaya tabah dan dapat menangkis pengaruh salah guna
dadah.

60

Anda mungkin juga menyukai