Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan

Definisi dan Konsep Peribahasa

Ciri Ciri Kepentingan Peribahasa

Strategi dan Teknik Penggunaan Peribahasa

12

Kesimpulan

14

Rujukan

15

PENGENALAN
Keindahan peribahasa Melayu yang sebelum ini menjadi medan berkesan dalam
menyampaikan nilai murni dan dakwah kepada masyarakat antaranya dapat dilihat melalui
hujan emas di negeri, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Bagaimanapun, perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang melanda warga sejagat
menyebabkan bangsa Melayu terlena panjang sehingga seolah olah lupa bahawa mereka
mempunyai khazanah bahasa yang bukan sekadar melambangkan jati diri, malahan sarat
dengan pelbagai ilmu, mesej dan teladan berguna dalam kehidupan.
Penghayatan bangsa Melayu terhadap peribahasa kian tipis dan kelebihan dalam
berbahasa dengan memanfaatkan kehadiran peribahasa sebagai wadah penting bernafas
intelektual yang mampu menjadi pelengkap kepada pemartabatan bangsa maju sebelum
menjelang 2020, seolah olah tiada.

Generasi muda yang didedahkan dengan sistem

pendidikan berorientasikan peperiksaan pula tidak lagi menganggap peribahasa menyumbang


kepada pembangunan modal insan kerana sistem pendidikan negara tidak memberi tumpuan
terhadap fungsi emosi dan jiwa dalam penyampaian ilmu. Meskipun kita sering menyaksikan
peribahasa dalam akhbar, majalah, radio, televisyen, iklan, khutbah dan ceramah, ia tetap
tidak memberi kesan kepada komunikasi seharian masyarakat khususnya dalam hal memberi
nasihat dan perangsang seperti yang menjadi amalan bangsa Melayu lama.
Memang tidak dinafikan orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan
kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus
terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu
yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan
kelunakan pengucapan. Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan
generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang
mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula. Jenis
yang lazim terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan,
perumpamaan, kiasan dan simpulan. Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa
masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana
kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di
dalamnya. Bentuk bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari harian.

Sebagaimana yang dinyatakan terlebih dahulu bahawa penggunaan peribahasa dalam


penulisan merupakan gaya dan teknik yang dapat menarik minat pembaca. Aspek peribahasa
dalam penulisan semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa lebih merupakan
elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Antara sebab permasalahan ini ialah anggapan
bahawa peribahasa merupakan bahan klise atau milik sastera lama. Selain itu, sebabnya juga
ialah tidak memahami peribahasa dengan baik. Juga peribahasa sukar diingat atau dihafal.
Generasi muda kini menganggap bahawa pembelajaran peribahasa membosankan. Menurut
Goh Suzie (1998)1, masalah mempelajari peribahasa ialah mempunyai banyak makna yang
tersirat, terlalu banyak yang perlu difikir. Selain itu, peribahasa juga terlalu panjang dan
mempunyai pelbagai makna, kadangkala ianya mengelirukan.
Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping
itu peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna
bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga
membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan
peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam
proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah
digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik buruk
serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.
Dalam perenggan yang seterusnya, penulis membincangkan tentang definisi dan
konsep peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Penulis juga membincangkan secara
terperinci berkaitan dengan ciri ciri kepentingan peribahasa dalam penulisan karangan.
Selain itu, strategi dan teknik yang berksean dalam pengajaran peribahasa juga turut
dihuraikan.

Justeru, penulis berharap melalui tugasan ini, peribahasa dapat digunakan

sebagai wacana dalam penulisan kreatif guru dan murid di sekolah.

Goh Suzie. Februari 1988. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah. Jurnal Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA


MELAYU
Pelbagai definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu yang
dikemukan oleh pakar bahasa dan ahli akademik. Sebagaimana yang dinyatakan dalam
pengenalan, tugasan ini membincangkan beberapa definisi dan konsep yang dilontarkan oleh
pakar bahasa.
Menurut ahli bahasa Zainal Abidin Ahmad2, definisi peribahasa ialah segala susunan
cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh
sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan sebutan
sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Menurut Ishak Ramly3 pula,
peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi
Melayu kuno yang bernilai sastera. Keris Mas4 pula memberi definisi peribahasa sebagai
percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian, yang
tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan
fikiran. Abdullah Hussain5 pula menjelaskan bahasa peribahasa itu sama tuanya dengan
bahasa sesuatu bangsa.

Beliau menyatakan bahawa peribahasa mula mula digunakan

apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur,
batas antara yang baik dan buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib
pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia.
Menurut Kamus Peribahasa, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara
tersurat atau tersirat.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan
kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan
bijak perkataannya. Beliau menyatakan bahawa:

Zainal Abidin Ahmad. 1965.Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Ramly.1990.Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa.
4
Keris Mas. 1988.Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5
Abdullah Hussain.1991.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3

Peribahasa itu ialah rangkaian rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku
dengan susunan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan
daripada asalnya6.
Apabila kita menyoroti Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dalam bahagian pendahuluan menyatakan:
...Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam
Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa,
dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan
Tamil (T) disempurnakan dengan mengambilkira tahap kebolehan dan kemampuan murid di
SJK (C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK (C) dan
(T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran
berbahasa, contoh contoh peribahasa, tatabahasa dan jumlah perbendaharaan kata yang
dicadangkan.
Oleh yang demikian, amatlah besar maknanya jika peribahasa di implementasikan
dalam penulisan kreatif murid seawal sekol rendah lagi. Penulis berharap melalui tugasan
ini, ramai guru dan murid mengorak langkah mempertingkatkan penggunaaan peribahasa
dalam komunikasi secara lisan atau bertulis.

Zainal Abidin Ahmad.(1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur:DBP

CIRI CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA


Peribahasa Melayu yang meliputi simpulan bahasa, bidalan, perbilangan, pepatah dan
perumpamaan adalah sebahagian daripada warisan orang Melayu yang bukan sahaja perlu
diipelihara, tetapi juga diperkayakan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Walaupun ia
boleh mengindahkan lanskap bahasa dalam karangan, ucapan, skrip drama dan kertas kerja,
tetapi penggunaannya bergantung pada latar belakang dan minat pengguna masing masing.
Sehingga kini, sukar dipastikan jumlah sebenar peribahasa Melayu dalam perbendaharaan
bahasa Melayu.

Walaupun ada kira kira 300 buah peribahasa Melayu yang sudah

diterbitkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, setiap buku itu cuma mempunyai
bilangan entri yang terhad. Walaupun keterbatasan itu membuat murid, guru, penerbit atau
penyelidik sukar mengkaji peribahasa dengan lebih terperinci7.
Setiap peribahasa dimasukkan dalam kategori tertentu. Oleh kerana ada di antara
peribahasa yang mempunyai maksud yang boleh digunakan dalam beberapa konteks, terdapat
peribahasa yang mempunyai kategori lebih dari satu.

Misalannya, peribahasa sambil

menyelam minum air mempunyai dua kategori iaitu usaha dan motivasi.

Sebahagian

daripada peribahasa ini juga ada disebutkan dalam dua atau tiga bentuk yang berbeza kerana
ada peribahasa yang dianggap sebagai kiasan dan ada juga yang bidalan atau perumpamaan,
contohnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu juga dengan pepatah boleh terhasil
dari simpulan bahasa, misalannya patah kemudi adalah simpulan bahasa tetapi boleh
dikembangkan menjadi pepatah patah kemudi, perahu hanyut.
Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama digunakan oleh masyarakat
penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat
biasa, kedua melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati
daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003:vii). Hasilnya, peribahasa yang bermain di
mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam,
malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu,
perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan
sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati.

Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arbaeyah Abd. Rahman (2004).Kamus Peribahasa Melayu
Digital yang Pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat
memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.
Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang
benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa
merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata
hikmah dan bahasa kiasan (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 2003:14).
Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu. Simpulan bahasa ialah ungkapan
yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan
daripada erti perkataan yang membentuknya. Biasanya simpulan bahasa berkaitan dengan
beberapa perkara iaitu tubuh badan, contohnya telinga kuali dan hati batu, haiwan,
contohnya, buaya darat dan cicak kubin, tumbuh tumbuhan, contohnya durian runtuh dan
diam ubi, dan kata nama khas seperti Mat Jenin dan Abu Nawas. Terdapat juga simpulan
bahasa yang bersifat bebas, contohnya juling air dan serkap jarang. (Zaba,1965:151-157).
Perumpamaan pula merupakan peribahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan
diumpamakan kepada sesuatu yang lain sehingga menerbitkan makna dua lapis. Istilah
perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan
satu perkara lain yang setanding Ini bermakna perkataan yang diungkapkan mempunyai
makna yang lain daripada erti perkataan yang dipaparkan. Malah Zaba (1965:173) dalam hal
ini menyatakan bahawa peribahasa yang tidak mempunyai erti dua lapis tidaklah boleh
dinamakan perumpamaan yang berasal daripada bahasa kiasan.Perumpamaan terdiri daripada
dua jenis iaitu yang menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan.
Contohnya adalah seperti berikut,
Menggunakan perbandingan:
Bagai abu di atas tunggul
Seperti lipas kudung

Tidak menggunakan perbandingan:


Menyelam sambil minum air
Telunjuk lurus kelingking berkait
Pepatah pula lebih menitikberatkan sifat ringkasnya di samping ketepatan perkataan
dan kebenaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya. Dengan kata lain, setiap patah
7

perkataan yang digunakan membawakan unsur pengajaran kepada pendengarnya walaupun


ada juga pepatah yang tidak memuatkan sebarang pengajaran secara khusus. Ungkapan
pepatah adalah berasal daripada patah-patah perkataan. Antara contoh pepatah Melayu adalah
seperti berikut :
Indah khabar dari rupa
Alah membeli menang memakai
Sementara itu, bidalan merupakan peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu
ungkapannya tidak membawa maksud yang lain daripada perkataan yang dipaparkan. Oleh
itu, bidalan sering digunakan untuk memberikan teladan secara terus. Dalam hal ini bentuk
bidalan terdiri daripada dua bahagian, iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan,
diikuti dengan unsur pematah atau pelengkap bagi maksud tersebut.Contohnya ialah seperti
yang berikut :
Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan
Cicir dipungut hilang dicari
Perbilangan mempunyai ciri seakan-akan bidalan dan pepatah, tetapi berbeza dari segi
bentuk susunannya, iaitu pernyataan perkataan secara berangkap yang terdiri daripada dua
baris atau lebih. Perbilangan biasanya disebut satu persatu seperti kaedah membilang dan
isinya seringkali diungkapkan sebagai peraturan dan undang-undang. Berikut merupakan
beberapa contoh perbilangan.

Perbilangan dua baris :


Kecil jangan disangka anak,
Besar jangan disangka bapa.

Hidup dikandung adat,


Mati dikandung tanah.

Yang berat sama dipikul,


Yang ringan sama dijinjing.

Hati gajah sama dilapah,


8

Hati kuman sama dicecah.

Selain itu, terdapat pecahan yang lain, iaitu kiasan dan kata hikmat. Kiasan atau bunga
bahasa secara ringkasnya ialah ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan
mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannya adalah untuk menjelaskan dan menegaskan lagi
sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Di samping itu kiasan juga bertujuan memaniskan
kata ketika menyebut perkara yang tidak digemari oleh pendengar atau pembaca (Nik Safiah
Karim dan Norliza Jamaluddin, 2003: 270-271). Kiasan biasanya menggunakan isyarat
perbandingan, contohnya,
Mukanya terserlah seperti bulan purnama.
Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu.
dan adakalanya tanpa isarat perbandingan, contohnya, ayam tambatan, mandi kerbau dan
orang rumah. Menurut Zaba (1965), kiasan terpecah kepada beberapa bahagian kecil iaitu
kiasan sandar, contohnya tidur ayam; kiasan terus, contohnya kutu embun; kiasan berangkap
contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula atau sebab pulut santan
binasa, sebab mulut badan merasa; kiasan berbunga, kiasan pemanis kiasan melompat,
tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsil ibarat. Sementara itu kata hikmah pula ialah perkataan
bijak pandai yang mengandungi pengajaran dan pengertian yang tinggi. Ungkapan
cendekiawan ini dijadikan nasihat, panduan dan pedoman hidup. Contohnya,bersatu teguh
bercerai roboh dan pandu cermat jiwa selamat.
Dalam era globalisasi pada hari ini, penggunaan peribahasa amat penting dalam
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, dalam era moden ini
nilai dan norma masyarakat Melayu juga kadangkala tergugat akibat daripada penggunaan
bahasa yang terlalu berterus terang dan terbuka. Namun begitu, dalam konteks masyarakat
Melayu yang kaya dan mementingkan nilai norma serta adap sopan, sikap keterbukaan ini
masih perlu dibataskan. Dalam kaitan ini, hati budi orang Melayu sebagai pemilik peribahasa
ini akan dapat dikenali dengan jelas selaras dengan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa dan
Bahasa Menunjukkan Bangsa. Oleh itu, penggunaannya dalam wacana penulisan,
khususnyan dalam bidang pengajaran, amat sesuai dilaksanakan kerana ia secara tidak
langsung dapat mendidik generasi muda menjadi warga yang berkeperibadian mulia.
Dalam konteks kemasyarakatan, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu
menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika
berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu tidak gemar
berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Contohnya, untuk
meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa yang
berikut : Siapa makan lada, dialah terasa pedasnya, dan lembu punya susu, sapi dapat
nama.
Menerusi peribahasa juga kata kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan
diganti dengan kata kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan
tidak puas hati. Contohnya dalam menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka
digunakan peribahasa badannya melidi, sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang
diganti dengan ungkapan Pak Pandir.
Dalam membicarakan persoalan adat pula, peribahasa banyak mengungkapkan
persoalan yang dihadapi oleh masyarakat dalam kehidupan sehari hari. Dalam hal ini,
perbilangan digunakan sebagai media untuk menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada
orang tertentu khususnya golongan muda. Bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan
perbilangan masih digunakan dengan meluas dalam urusan adat dan interaksi sosial ahli
masyarakatnya. Contohnya bagi menggambarkan ikatan kemesraan dan kasih sayang,
digunakan perbilangan seperti berikut,
Merajuk pada yang kasih
Manja kepada yang sayang
Meminta kepada yang ada
Berkaul kepada yang keramat
(Zaba, 1965:173)
Peribahasa bukan sahaja sebagai alat nasihat dan kiasan malahan menjadi lambang penting
dalam menyatukan masyarakat Melayu dan simbolik pantang larang masyarakat Melayu
seperti dalam pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat.

10

STRATEGI DAN TEKNIK PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN


BAHASA MELAYU
Sebagaimana yang dibincangkan dalam perenggan sebelumnya, sekali lagi ingin
ditegaskan bahawa dalam proses pengajaran pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
khasnya di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain.
Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut
secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara 5.0, halaman 14 dinyatakan bahawa:
Peribahasa...perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa...
hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia,...
dan hendaklah diajarkan dalam konteks."
Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan
meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula
akan diteliti dalam konteks kebolehan pelajar menggunakan peribahasa dalam aktviti seharian
dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya
dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.
Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara
mudah dan tepat. Namun begitu murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu
peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang
agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa
halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya
ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa ekoran sifatnya yang mempunyai
pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa yang hanya sesuai
untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk mempelajarinya
menurun.
Selain itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa
tidak begitu berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala
murid begitu pasif sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan berusaha menghafal
peribahasa yang diberikan dan tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap
peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk diperlajari (Koh Boh Boon, 1982:196-198).
11

Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di
dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai
fasilitator. Menerusi pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara
perkara yang dibandingkan, diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir
dengan membuat penilaian terhadap ketepatan peribahasa berdasarkan konteks atau
situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati peribahasa berdasarkan kontek dan
situasi.
Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih
peribahasa yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan
biasa digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta
penggunaan peribahasa yang diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran
peribahasa mengunakan konteks situasi.
...Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram
walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis.
Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat.
Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan prajurit negara yang berjuang
mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa
yang tepat bagi remaja yang berlumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi
ialah menempah maut. Ini kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.

12

KESIMPULAN
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa peribahasa ternyata begitu
penting dalam pengajaran bahasa. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa
yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan. Ini
bukan sahaja dalam aktiviti penulisan ayat atau karangan, malah murid juga digalakkan untuk
menggunakan bahasa kiasan ini dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau sebaliknya.
Lebih penting lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda juga akan dapat memastikan
warisan bangsa tidak terus dilupakan. Mereka juga boleh didedahkan dengan falsafah,
pemikiran dan moral bangsa Melayu untuk dijadikan pedoman hidup. Secara langsung, hasrat
negara menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek dan keperibadian mampu dinyatakan pada masa hadapan.
Peribahasa yang merangkumi pepatah, bidalan, simpulan bahasa dan sebagainya,
wajarlah dimanfaatkan sebagai wahana pendidikan yang mampu menyumbang kepada norma
budaya dan nilai agama. Penggunaannya yang tidak lagi diamalkan dalam penulisan atau
pertuturan kini adalah berpunca daripada lunturnya semanagat cintakan bahasa Melayu,
sekaligus beranggapan bahawa peribahasa yang hadir dalam bahasa Melayu sebagai kurang
penting untuk dipraktikkan.
Hakikatnya, peribahasa boleh diangkat semula sekiranya masyarakat menanamkan
semangat cintakan bahasa Melayu terlebih dahulu. Guru di sekolah pula perlu menjadi ejen
pendidikan berkesan dalam memastikan sistem pembelajaran bahasa Melayu berfungsi dalam
pembentukan jati diri. Walau bagaimanapun, diakui bahawa usaha berkenaan bukannya
perkara yang mudah kerana segala nilai dan norma sedia ada wujud pada watak dan
keperibadian

bangsa timur, tetapi

memerlukan masa

dan

cara

berkesan untuk

merealisasikannya.
Peribahasa bukan sahaja sebagai alat nasihat dan kiasan malahan menjadi lambang
penting dalam menyatukan masyarakat Melayu dan simbolik pantang larang masyarakat
Melayu seperti dalam pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat.

(3,092 patah perkataan)

13

RUJUKAN
Abdullah Hussain. 1991. Kamus Istimewa Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Goh Suzie. Februari 1988. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah dalam Jurnal
Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Ramly.1990.Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu dalam Jurnal Dewan
Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Keris Mas. 1988.Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arbaeyah Abd. Rahman (2004).Kamus
Peribahasa Melayu Digital yang Pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin Ahmad (Zaba). 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

14

Anda mungkin juga menyukai