Anda di halaman 1dari 12

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

Bahagian A

Psikologi pendidikan adalah satu bidang yang sangat penting terutama sekali dalam
pembangunan kurikulum pendidikan. Psikologi pendidikan bermaksud memilih pengetahuan
yang bersesuaian dari disiplin psikologi dan menggunakan pengetahuan ini untuk
memperbaiki kualiti dan hasil proses pendidikan. Psikologi pendidikan sangat penting kerana
guru boleh memahami tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
menggambar, menerangkan, mengawal, meramal tingkah laku dan seterusnya memodifikasi
tingkah laku yang tidak diingini kepada yang diingini.

Di samping itu, ia juga boleh

digunakan untuk memperbaiki kualiti dan hasil proses pendidikan dalam bilik darjah. Bukan
itu sahaja, psikologi pendidikan memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan
prinsip psikologi untuk digunakan dalam bilik darjah serta memberi kesedaran kepada guru
mengenai perbezaaan individu dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Melalui psikologi
pendidikan, guru boleh merancang aktiviti yang sesuai dengan perkembangan pelajar dan
memberi pengetahuan kepada guru untuk mengenai naluri dan keperluan murid (Aziz Jaafar,
2009).
Kurikulum pendidikan pula adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami
perubahan. Di dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan
kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan
arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada seluruh usaha dan rancangan dalam
pendidikan.
Kurikulum juga adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta
hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan
semula ilmu dan pengalaman, di bawah naungan sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek
kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007).
Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan
untuk memberi impak pendidikan kepada pelajar di sekolah. Di mana, rancangan yang dibuat
untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen
yang mengandungi pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang
turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi Ahmad, 2007).
Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam
sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun,
Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara. (Kamarudin
Haji Husin, 1994).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta
mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan
individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk
kurikulum tersebut.

Hal ini perlu kerana murid adalah individu yang bakal menjadi

sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab


menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana
mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.
Selain daripada kehendak masyarakat dan keperluan murid, pembentukan kurikulum
juga adalah disebabkan oleh faktor falsafah pendidikan. Sebagaimana yang diketahui,
falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
adalah seperti berikut :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "
(PPK, 1988 )
Ini bermakna, penggubalan kurikulum haruslah berlandaskan atau berpaksi dan tidak lari
daripada prinsip-prinsip yang ditekankan seperti yang di atas.
Peranan para penggubal dan perancang kurikulum juga penting dalam pembentukan
kurikulum pendidikan. Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

membuatkan kurikulum pada hari ini perlu disesuaikan dan mengikut peredaran masa. Oleh
itu, perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa sesuatu
kurikulum yang digubal itu. Ini bermakna, pengguguran, perubahan atau pertambahan
terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan
kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru
sentiasa

ditemui,

sementara

pengetahuan

lama

yang

dibuktikan

kurang

tepat

diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah


pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran
harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan
diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum
harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj.
Husin, 1994). Ini bermakna, penggubal dan pelaksana kurikulum haruslah sentiasa peka
dengan perubahan yang timbul dan bersedia untuk mencari penyelesaian dalam menggubah
kurikulum.
Faktor politik juga mempengaruhi penggubalan sesebuah kurikulum. Francis P.
Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and
their various power bases and their views of what makes for good education"
Ini membuktikan bahawa politik mempengaruhi perkembangan kurikulum sesebuah negara.
Hal ini demikian kerana kurikulum pendidikan akan dibuat kajian semula setiap kali pucuk
pimpinan sesebuah negara itu bertukar. Perkara ini terjadi kerana kurikulum pendidikan
merupakan saluran penting bagi setiap badan pemerintahan untuk menguatkan pengaruh
mereka dan oleh itu, kurikulum yang akan digubal sejajar dengan hasrat pemerintah.
Di negara ini, kurikulum pendidikan ketika zaman pemerintahan British hanyalah
bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada
ibubapa mereka. Pihak British tidak menitikberatkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum
di negara ini. Oleh itu, sejurus selepas mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut berkembang dan berubah dan menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan
perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan, disalurkan
aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan
boleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

sebagaimana yang disyorkan dalam Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas
sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Faktor yang seterusnya ini adalah faktor yang penting kerana ia melibatkan
perkembangan ilmu itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa ilmu berkembang seiring dengan
perkembangan masa. Bertitik tolak kepada peredaran masa dan kemajuan yang kita kecapi
kini, maka perubahan juga perlu dilakukan terhadap struktur kurikulum pendidikan. Ini
adalah berikutan dengan perubahan keperluan dan kehendak masyarakat yang menuntut
mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang
kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang dan
perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang
lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Perubahan yang sangat
drastik ini meliputi pelbagai skop termasuklah dari segi infrastruktur dan prasarana hinggalah
pemikiran dan tingkah laku. Seiring dengan perubahan drastik ini, perkembangan kurikulum
dalam bidang pendidikan perlulah seiring dengan kehendak dan keperluan semasa. Di antara
isu yang sering ditimbulkan tentang pendidikan di alaf ini ialah isu cabaran untuk memiliki
sistem pendidikan yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan masyarakat yang
mempunyai tahap yang tinggi dalam penguasaan sains dan teknologi.
Penemuan baharu dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya
menjadikan bidang pembangunan kurikulum terus berkembang. Perkembangan ini penting
dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemas kini dari masa ke semasa agar ilmuilmu ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Bertitiktolak dengan keperluan pendidikan ini, satu kurikulum yang bersesuaian perlulah dibentuk
agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan asas murid yang meliputi keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat serta penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk
sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluan
sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan
menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan
potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee
Ah Meng, 1995).
Sehubungan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penggubalan kurikulum
pendidikan, penulisan ini akan membincangkan tentang bentuk kurikulum yang bakal dibina
dalam konteks pendidikan di negara ini pada masa hadapan menurut hemat penulis. Hal ini

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

adalah berkait rapat dengan faktor-faktor yang telah dikemukakan di dalam perbincangan
sebelum ini.
Teknologi komunikasi dan maklumat merupakan satu medium sumber maklumat
yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Kesedaran kepada kepentingan
teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut
sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana selain
daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang
diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik dalam penggunaan
komputer. Penekanan kepada perkara ini adalah berkait rapat dengan keperluan negara untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Mereka yang celik komputer adalah seseorang yang mempunyai kefahaman asas
fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas
harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan
berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan menggunakan aplikasi-aplikasi
seperti multimedia dan Internet. Kemajuan pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit,
telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai,
mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai
jenis maklumat dengan cepat dan mudah. E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet,
CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem
pendidikan bersifat bestari. Menyedari hakikat ini, kemahiran di dalam menggunakan
komputer adalah sangat perlu. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama
mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh
dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua,
kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan
dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan yang menjadi kunci untuk
ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri. Keperluan untuk
menguasai kemahiran ini sememangnya berkaitan dengan kehendak masyarakat moden yang
lebih banyak menggunakan ICT dalam mengurus kehidupan seharian.
Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan sama
ada dalam kehidupan harian atau pun dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

pembelajaran, komputer boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan teknik. Guru yang
berbakat dapat menggunakan komputer secara kreatif dan kritis untuk membantunya
mencapai objektif pembelajaran (Giesert & Futrell, 1990). Sekiranya komputer digunakan
dengan secara sistematik dan terancang, proses pengajaran akan berjalan lebih lancar, selain
sebarang masalah yang rumit dalam penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah
(Heinich, 1996). Dengan kata yang lain, kehadiran komputer sebenarnya telah
memperkayakan teknik pengajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, keperluan dan kehendak pendidikan murid-murid pada masa hadapan
adalah bertepatan dengan peningkatan keperluan penguasaan ICT.
Komputer sebagai bahan simulasi yang mana guru boleh menggunakan program yang
mudah seperti persembahan elektronik untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti
dengan cara menulis dan menyediakan bahan persembahan audio dan visual di samping
seperti program Real Adobe yang boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu
pelajar dalam latihan pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah satu cara yang tepat bagi usaha untuk
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Komputer dalam
pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya
mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi
cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu
kaedah pengajaran yang dilihat sangat sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan
kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid secara keseluruhannya.
Pada peringkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagai
alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telah
diperluaskan kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian komputer
pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik, grafik dan animasi
mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah berupaya untuk
mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna. Kemampuan
multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi
daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan (Zamri & Mohamed
Amin, 2008). Dengan kemajuan teknologi, kaedah pengajaran di sekolah boleh dipelbagaikan

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

dengan menggunakan perisian komputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul
Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam P&P
Bahasa Melayu, Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan
komputer dalam P&P mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik.
Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P telah giat dijalankan.
Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh Yahya Othman dan Dayang Rini
(2011) ke atas 56 orang murid tahun Empat yang berpencapaian sederhana di salah sebuah
sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan
CD-ROM perisian cerita Interaktif bagi pemahaman bacaan. Dapatan kajian beliau
menunjukkan bahawa murid yang melalui proses P&P menggunakan CD-ROM secara
signifikan lebih baik prestasi pemahaman bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti
pembelajaran secara kawalan. Manakala kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) ke atas 122
orang murid gred 11 di salah sebuah sekolah di Jordan mengenai keberkesanan pencapaian
dalam penulisan berasaskan penggunaan web. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran
berasaskan web adalah lebih berkesan daripada pengajaran kaedah kawalan.
Selain itu, satu kajian oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di Lyon
University bagi menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa
kedua antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengan kaedah kelas yang
belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telah menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-dua kumpulan dengan kumpulan yang
didedahkan melalui penggunaan komputer memperoleh markah yang lebih baik. Hal ini jelas
menunjukkan penggunaan komputer secara signifikan memberi kesan positif dalam
pembelajaran bahasa Perancis.
Kajian eksperimen oleh Abu Seileek dan Rababah (2007) ke atas 128 orang murid di
King Saud University yang membandingkan pengajaran Grammar berasaskan komputer
(Computer Based Grammar Instruction) berbanding dengan pengajaran Grammar berasaskan
guru (Teacher Based Grammar Instruction). Kajian mendapati pengajaran Grammar
berasaskan komputer secara signifikan lebih efektif berbanding dengan pengajaran oleh guru.
Dalam pada itu, Naba'h, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009) pula dalam kajian
yang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadap

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

keberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalam aspek
grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang positif
terhadap pencapaian akademik murid. Dalam satu kajian di Oyo State, Nigeria yang
dijalankan oleh Yusuf dan Afolabi (2010) terhadap 120 orang murid sekolah menengah
tentang prestasi pembelajaran mata pelajaran Biologi berdasarkan penggunaan komputer
secara individual dan koperatif mengikut gender. Analisis menunjukkan penggunaan
komputer telah memberi kesan yang signifikan berbanding dengan pengajaran secara
kawalan. Dalam pada itu, kajian oleh Spradilin (2009) ke atas 155 orang murid bagi
menentukan perbezaan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Algebra antara dua
kumpulan yang belajar menggunakan komputer dengan kaedah kawalan.
Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian lepas ini jelas menunjukkan bahawa
penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan hasil yang
memberangsangkan dan mampu memberi impak yang positif dalam usaha meningkatkan
pemahaman terhadap sesuatu topik dalam semua mata pelajaran di sekolah. Hasil-hasil kajian
ini juga menggambarkan dengan jelas betapa besarnya peranan dan pengaruh yang boleh
dimainkan oleh komputer di dalam mencorakkan kurikulum pendidikan di masa hadapan.
Kewujudan Sekolah Bestari yang berkonsepkan penggunaan ICT sebagai pemangkin
ke arah pembestarian dalam persekolahan adalah bukti kurikulum pendidikan di masa
hadapan adalah berteraskan kepada kemudahan-kemudahan berasaskan ICT. Seperti yang
diketahui, Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik dari segi amalan P & P serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar
menghadapi zaman maklumat yang melengkapkan pelajar untuk pembelajaran sepanjang
hayat. Ia juga bertujuan untuk menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat
dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh,
menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat.
Sejajar dengan objektif Sekolah Bestari iaitu untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi, kurikulum
yang berorientasikan ICT adalah gambaran yang tepat tentang pendidikan negara di masa
hadapan.
Justeru itu, kurikulum yang berteraskan sains dan teknologi serta ICT seperti yang
ditekankan

dalam

Sekolah

Bestari

akan

dapat

meningkatkan

penglibatan

pihak

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

berkepentingan ke arah mendemokrasikan pendidikan serta mewujudkan peluang bagi


meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu ke arah membangunkan intelek, rohani,
emosi dan jasmani pelajar.
Konsep Sekolah Bestari dengan kerjasama Multimedia Development Corporation
(MDEC) umpamanya, kini terus memberi tumpuan kepada 88 Sekolah Bestari bagi
meningkatkan proses penjenamaan semula sekolah untuk terus unggul sebagai penyedia
program k-pembelajaran secara holistik.
Selain itu, ia bertujuan untuk membawa kepada pendemokrasian pendidikan
sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara
bestari bagi menjamin setiap pelajar dari segi kekuatan atau kelemahan, kaya atau miskin
bagi mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina
dalam sistem pendidikan.
Langkah Kementerian Pelajaran dalam membestarikan sekolah menerusi penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 dalam memperkasa sekolah kebangsaan menerusi penyediaan ICT
yang canggih merupakan langkah awal ke arah itu. Pada peringkat permulaan, empat mata
pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains menerusi program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) telah
diperkenalkan di sekolah dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan P & P disediakan dalam bentuk perisian yang
direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seperti mana pelaksanaan kurikulum pendidikan yang terdahulu, untuk menentukan
kejayaan pelaksanaan konsep celik ICT ini, guru-guru di sekolah pada masa hadapan akan
diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti P & P
melalui penggunaan teknologi terkini di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Strategi P & P di sekolah seperti ini adalah berbentuk Direktif (Directive),
Pemerhatian (Observation), Mediatif (Mediative), Generatif (Generative), Koperatif dan

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

Kolaboratif (Co-operative and Collaborative), Konteks Luar (Outside-Context), Metakognitif


(Metacognitive), Konteksual (Contextual) dan Kajian Masa Depan (Futuristic Studies).
Jelasnya, perkembangan kurikulum yang menjurus kepada celik ICT akan menjadi
satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi
pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan ini merupakan cara yang dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing
apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.
Pengetahuan mengenai ICT dan cara penggunaannya perlu dikuasai guru supaya
mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak ketinggalan dalam
kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju. ICT di dalam konteks pendidikan
seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai
mengikut peringkat pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar
boleh menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan
maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa ICT khususnya komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan
dalam pelbagai bentuk yang lain. Sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan
kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu sendiri.
Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan
berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini tiba
masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran global dengan
memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti pendidikan berteraskan ICT di
peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT
dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak terkecuali. Guru yang kreatif serta bijaksana
menggunakan teknologi yang ada untuk membantu mereka mencapai objektif pembelajaran
dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara meluas dalam
pelbagai aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru juga perlu
merancang penggunaan teknologi dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum
diperolehi daripada bahan tersebut.
Berdasarkan kepada perbincangan itu dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan
sesebuah kurikulum pendidikan adalah bergantung kepada beberapa faktor dan faktor-faktor

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

inilah yang menyumbang kepada pencorakan pendidikan di sesebuah negara. Proses


perkembangan kurikulum bersifat berubah-ubah dan turut dipengaruhi oleh faktor-faktor
persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat
terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi
wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.
Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum
adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktorfaktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme
dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan
meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.

Bibliografi

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah
menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225.

HMEF5073_V2 : FOUNDATIONS AND PRINCIPLES OF CURRICULUM

Abu Seileek, A.F. & Rabab'ah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar
instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL
Journal, 3 (1-2): 59-80.
Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional
EFL Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students.
The JALT CALL Journal, 6 (3): 189-218.
Chenu, F., Gayraud, F., Martinie, B. & Wu, T. (2007). Is Computer Assisted Language
Learning (CALL) efficient for grammar learning? An experimental study in French as
a second language. The JALT CALL Journal, 3 (3): 85 -93.
Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.
Naba'h, A. A., Hussain, J., Al-Omari, A. & Shdeifat, S. (2009). The effect of computer
assisted language learning in teaching English grammar on the achievement of
secondary students in Jordan. The International Arab Journal of Information
Technology, 6 (4):431-439.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.
Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan
kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49. Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011).
Spradilin, K.D. (2009). The effectiveness of computer-assisted instruction in developmental
mathematic. Unpublished Doctoral Dissertation. Liberty University, United States,
Virginia.
Yusuf, M.O. & Afolabi, A. O. (2010). Effects of Computer Assisted Instruction (CAI) On
Secondary School Perfomance in Biology. The Turkish Online Journal of
Educational Technology, 9 (1): 62-69.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai