Anda di halaman 1dari 66

ALAM SEKITAR MANUSIA

Proses Pembangunan Ekonomi &


Sektor Pertanian

MUHAMMAD FATAHULHANIF BIN


JUMLI
MUHAMMAD KHAIRUL ANAM BIN
ISHAK
Pendahuluan
 Menurut catatan sejarah, kegiatan ekonomi di
Semenanjung Tanah Melayu berbentuk pertanian dan
penternakan.
 Ia bertitik tolak dari zaman logam sehinggalah ke era
moden ini.
 Proses perkembangan ini boleh dibahagikan kepada
beberapa era, iaitu era prapenjajahan, era penjajah, era
kemerdekaan, dan era baru.
i. Era Prapenjajahan
• Pergantungan hidup kepada pertanian dan
penternakan telah memulakansatu kehidupan baru
iaitu kehidupan yang saling bergantungan.
• Kehidupan ini telah dijelmakan melalui
perdagangan.
• Perdagangan yang dijelmakan ini pula
berkembang dan barangan yang didagangkan
juga bertambah.
• Bahan galian seperti bijih timah dan emas mula
diperdagangkan.
• Akibat peningkatan mendadak ekonomi
perdagangan ini, maka muncullah beberapa pusat
perdagangan seperti Pengkalan Bujang dan kuala
Selinsing.
• Kegiatan ekonomi bertambah rancak dengan
tertubuhnya beberapa kerajaan Melayu tua seperti
Kerajaan Kedah Tua.
• Ini diikuti dengan pembukaan Melaka oleh
Parameswara yang telah membuka lembaran baru
dalam sejarah politikdan ekonomi Semenanjung
Malaysia.
• Dengan sistem yang lebih tersusun, Melaka berjaya
menjadi pelabuhan enterpot yang ulung di dunia.
• Para pedagang yang berlabuh di Melaka hadir dari
segenap pelusuk dunia iaitu dari timur ke barat.
• Dari segi pertanian, penanaman padi dan lain-lain
tanaman dijalankan secara tradisional dan kecil-
kecilan.
• Kebanyakkan kegiatan ekonomi akan dijalankan
secara gotong-royong, buruh keluarga,dan
sebahagiannya melalui tenaga kerahan.
• Hasil negara pula biasanya akan diperolehi
daripada kutipan cukai perdagangan dan hasil
pengeluaran pertanian.
• Cukai akan dipungut oleh golongan pembesar dan
bangsawan.
ii. Era Penjajahan
• Perjanjian Inggeris-Belanda 1924 memulakan era
penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang
nyata memberi kesan besar terhadap perubahan
ekonomi.
• Campur tangan Inggeris telah mengubah struktur
ekonomi dan politik Tanah Melayu.
• Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi
Tanah Melayu, Inggeris telah melaksanakan
beberapa dasar yang memberi kepentingan kepada
mereka.
• Dalam sektor pertanian, Inggeris telah
memperkenalkan ‘sistem Torrens’ iaitu sistem
pendaftaran tanah.
• Dengan ini, Inggeris berjaya mewujudkan sistem
perladangan bagi tanaman getahnya.
• Untuk menguasai sektor perlombongan, Inggeris
menggunakan modal yang besar untuk mengambil
alih sektor ini.
• Sebelum ini, aktiviti perlombongan dikuasai oleh
para pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan
Ngah Ibrahim.
• Pada tahun 1930-an, para pemodal Inggeris telah
menguasai lebih 65%daripada pengeluaran bijih
timah dan 75% kawasan perladangan getah Tanah
Melayu.
• Inggeris juga bertanggungjawab membawa buruh
asing dari China dan India.
iii. Era Kemerdekaan
• Era ini meliputi proses transisi, kemerdekaan, dan
selepas kemerdekaan.
• Menjelang kemerdekaan, kerajaan telah
memperkenalkan satu rancangan ekonomi yang
lebih teraturdengan nama Rancangan Pembangunan
Ekonomi pertama(RPE 1).
• Pada era trasisi ini juga Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan(FELDA)(1956) telah ditubuhkan.
• Ia bagi mengatasi masalah petani yang kekurangan
tanah disamping meningkatkan pendapatan dan
kehidupan keluarga petani.
• Pada tahun 1961, RPE 2 dilancarkan.
• Namun tumpuannya masih sama iaitu
memfokuskan kepada sektor pertanian yang pada
ketika itu menjadi tunjang ekonomi Malaysia.
iv. Era Baru
• Selepas 12 tahun kemerdekaan, ekonomi Malaysia
mengalami suatu perubahan yang mendadak apabila
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
• Ia dipercayai berlaku disebabkan daripada
ketidakseimbangan dalam pelbagai aspek
khususnya ekonomi antara kaum.
• Maka kerajaan telah merangka beberapa dasar baru
yang bermula dengan pelancaran Dasar Ekonomi
Baru(DEB).
• Ia kemudiannya diikuti dengan Dasar
Pembangunan Negara(DPN) dan Dasar Wawasan
Negara(DWN).
Kepentingan Pertanian
 Sebagai sumber pekerjaan
 Sebagai sumber pendapatan kepada negara dan petani
 Pertumbuhan industri berasaskan pertanian
 Mewujudkan sektor peringkat ketiga atau
perkhidmatan.
Faktor yang mempengaruhi pertanian

 Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi


pertanian iaitu fizikal dan kemanusian.
Faktor Fizikal
 Iklim
• Iklim merupakan faktor utama yang mempengaruhi
pertanian.
• Aspek-aspek seperti suhu, hujan, panjang musim
pertumbuhan, dan angin sering mempengaruhi
pertanian.
• sebagai contoh, tanaman yang berlainan
memerlukan jumlah suhu dan hujan yang berbeza
untuk tumbuh.
 Bentuk muka bumi
• Ketinggian dari aras laut, kecerunan, dan sifat
permukaan mempengaruhi pertanian.
• Contohnya pokok teh hidup subur di kawasan tanah
tinggi.
• Sebaliknya pokok getah pula hidup subur di
kawasan kaki bukit yang beralun.
• Secara umum, kawasan bentuk muka bumi yang
pamah dan rata adalah sesuai untuk semua jenis
tanaman.
• Ianya bukan sahaja memudahkan kerja-kerja
penaman tetapi juga memudahkan pengunaan
jentera pertanian.
 Garis lintang
• Suhu yang berbeza di antara garis lintang tinggi dan
garis lintang rendah mempengaruhi jenis tanaman.
• Tumbuhan atau tanaman tropika tidak bolah hidup
dengan baik di kawasan garis lintang tinggi dan
begitu juga sebaliknya.
 Tanah tanih
• Tanih yang subur serta kaya dengan galian dan
humus merupakan kawasan pertanian yang penting.
• Contohnya tanah gunung berapi jenis lava bes di
pulau jawa, tanih lanar dan tanih jenis chernozem di
Prairi, Kanada.
• Tekstur tanah, kadar serapan, dan pengaliran air
juga mempengaruhi.
• Ini penting kerana ada sesetengah tanaman yang
tidak boleh hidup dalam keadaan air bertakung.
 Penyakit, haiwan perosak dan pokok parasit.
• Di kawasan pertanian yang banyak terdapat
penyakit pokok, haiwan perosak dan pokok parasit,
pertanian sudah pasti tidak akan berkembang maju.
• Pertanian di kawasan yang bermasalah ini sukar
untuk dimajukan.
• Ini bukan sahaja kerana kos pengeluaran menjadi
tinggi, tetapi keadaan sebegini melemahkan
semangat para petani.
 Faktor Kemanusiaan
 Kecekapan
• Kecekapan, kepintaran, kekuatan dan kesihatan
seseorang petani boleh mempengaruhi kemajuan
pertaniannya.
• Petani yang berpendidikan tinggi boleh
memanfaatkan teknologi dan idea baru dalam
pertanian.
• Banyak idea dan teknik baru pertanian tidak dapat
diserapkan oleh petani yang buta huruf.
• Contohnya pengunaan baja kimia dan racun
serangga yang berlebihan dan tidak mengikut
peraturan yang ditetapkan oleh pengeluar akan
menyebabkan kesan sampingan.
• Ini berpunca dari ketidakpekaan petani yang ada
kaitannya dengan taraf pendidikan mereka.
 Sistem pemilikan tanah.
• Saiz tanah yang dimiliki sesorang petani boleh
mempengaruhi pengeluarannya.
• Saiz yang terlalu kecil menyebabkan kegiatan pertanian
tidak ekonomik diusahakan.
• Dalam sistem ladang rakyat pula, petani tidak
mempunyai daya usaha yang tinggi dan kesungguhan
menghasilkan hasil yang tinggi.
• Dalam sisitem sewa tanah, petani juga tidak
memperbaharui baja kerana setiap hasil yang diperolehi
itu dibahagi dengan tuan tanah.
• Kadar sewa yang tinggi menyebabkan petani tidak
mampu membeli baja.
• Pemecahan tanah pusaka kepada pewaris juga
menyebabkan tanah semaki lama semakin sempit
dan akhirnya tanah tidak dapat diusahakan keran
tidak ekonomik.
 Faktor sosial, budaya dan adat resam.
• Pertanian di lereng-lereng bukit secara primitif oleh
kaum asli di kawasan tropika menyebabkan tanah
cepat kehilangan kesuburan.
• Amalan seperti ini memaksa mereka sentiasa
berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan.
• Pemecahan tanah secara pusaka menyebabkan saiz
tanah semakin lama, semakin kecil sehingga tanah
pertanian itu tidak ekonomik dan akhirnya terbiar.
 Permintaan
• Permintaan akan menentukan jumlah pengeluaran
dan jenis tanaman yang ditanam.
• Tanpa permintaan yang besar, kegiatan pertanian
hanyalah untuk kegunaan sendiri.
• Permintaan yang tinggi juga mempengaruhi
penyelidikan mencari baka-baka baru yang bermutu
tinggi.
• Contohnya penyelidikan yang yang dibuat MARDI.
 Politik
• Usaha dan rancangan kerajaan telah banyak
membantu dalam usaha meninggikan hasil
pengeluaran pertanian dan pembukaan kawasan
baru di negara masing-masing.
• Bagi kerajaan Malaysia pula penubuhan FELDA,
FELCRA, Bernas dan MARA adalah antara
rancangan yang telah dilancarkan.
 Tenaga buruh
• Adanya bekalan buruh yang mencukupi penting
supaya hasil pengeluaran pertanian dapat
dimaksimumkan.
• Kekurangan tenaga buruh akan menjejaskan hasil
pertanianyang berintensifkan buruh dan dalam
keadaan tertentu, khususnya dalam musim menuai
boleh menyebabkan hasil pertanian rosak.
 Pengangkutan
• Adanya sistem pengangkutan yang murah dan
cekap seperti jalan raya, kereta api ataupun air
penting dalam pembangunan dan kemajuan
pertanian.
• Bagi tanaman yang tidak tahan lama, ia
memerlukan jaringan pengangkutan yang baik
supaya dapat dipasarkan secara segar.
 Teknologi
• Penggunaan teknologi moden dalam pertanian telah
menambah hasil pertanian dan mempercepatkan
kerja-kerja.
• Kemajuan dalam bidang penyelidikan genetik
khususnya dam kemajuan teknologi pengklonan
telah menemukan baka-baka baru.
Jenis pertanian dan taburannya
 Pertanian pindah
• Pertanian pindah merupakan pertanian yang
primitif yang dijalankan oleh kaum asli di kawasan
pendalaman yang terpencil.
• Ia bersifat sara diri.
• Kawasan pertanian pindah secara umumnya terletak
di kawasan tropika iaitu di sekitar garis lintang 0-
20darjah (utara/ selatan).
Ciri-ciri pertanian pindah
• Tapak kawasan pertanian pindah terletak di kawasan
pedalaman iaitu di lereng-lereng bukit yang terpencil
atau di tanah tinggi.
• Kawasan yang telah dipilih itu diterangkan dengan
cara tebang, tebas dan bakar.
• Kerja-kerja menanam dijalankan secara primitif dan
menggunakan alat yang mudah seperti tugal.
• Tanaman yang ditanam merupakan tanaman yang
kaya dengan karbohidrat seperti ubi kayu dan jagung.
• Tanaman ditanam pada masa-masa tertentu dan juga
ditanam di celah-celah tanaman lain supaya hasilnya
dapat dipungut satu lepas satu. Ini bagi menjamin
bekalan yang berterusan.
• Hasil tanaman adalah rendah dan cukup untuk
keperluan keluarga, dan jika ada lebihan akan ditukar
dengan keperluan pertanian.
• Keluasan tanah yang digunakan adalah kecil.
• Apabila hasil pengeluaran pertanian tidak lagi dapat
menampung keperluan tenaga kerana kehilangan
kesuburan tanah, petani akan pindah dan mencari
tanah baru untuk diusahakan.
• Selepas satu tempoh masa(20-25 tahun) petani akan
kembali ke tempat yang mereka pernah tinggalkan
dan usahakan semula tanah itu. Ini kerana dalam
tempoh itu kesuburan tanah telah pulih. Ia
dinamakan ‘giliran kawasan’
• Kerja-kerja dilakukan secara kolektif atau secara
gotong-royong dan tidak ada pemilikan tanah
secara individu kerana tanah dianggap hak milik
bersama.
• Oleh itu petani bebas membuka kawasan tanah baru
dengan keluasan yang dipilihnya olehnya.
Kesan negatif pertanian pindah
• Pertanian pindah menyebabkan kemusnahan hutan
secara besar-besaran.
• Ekologi hutan rosak, di mana kerja-kerja pembersihan
hutan menyebabkan ketiadaan pokok-pokok tutup
bumi dan keadaan ini menggalakkan kejadian hakisan
tanah.
• Kadar larut resap yang tinggi di kawasan tanaman di
lereng-lereng bukit yang menyebabkan tanah cepat
kehilangan kesuburannya.
• Hasil pengeluaran padi bukit rendah disebabkan
kesuburan tanah semakin berkurangan.
• Pembakaran hutan boleh juga menyebabkan
pencemaran udara dan keadaan berjerebu.
 Pertanian sara diri giat.
• pertanian sara diri dijalankan secara giat atau
intensif di bidang tanah yang kecil.
• Sungguhpun hasil per unit tanah adalah tinggi, hasil
per pekerja rendah kerana tenaga kerja yang ramai
bagi satu unit tanah.
• Tedapat dua jenis pertanian giat, iaitu:
o Pertanian padi sawah
o Pertania bukan padi sawah
 Pertanian padi sawah
• Pertanian padi sawah merupakan suatu ciri
kehidupan tradisional yang biasa terdapat di negara-
negara Asia.
• Padi merupakan tanaman makanan ruji masyarakat
Asia.
• Asia merupakan pengeluar utama dunia dengan
sumbangan lebih dari 90% pengeluaran dunia.
• jumlah pengeluaran beras bertambah dengan cara
o Pembukaan tanah baru
o Mempergiat usaha meningkatkan daya
pengeluaran.
• Pertanian padi sawah dijalankan secara giat
setempat, banyak menghasilkan bekalan makanan
dan dapat menampung penduduk yang tinggi.
Ciri-ciri pertanian padi sawah
• Padi merupakan tanaman yang penting dan petani
memberi tumpuan yang lebih kepada tanaman ini kerana:
o Padi menghasilkan hasilan yang lebih banyak per
hektar berbanding tanaman lain.
o Padi hidup subur di iklim panas dan lembab.
• Dua cara penanamna yang biasa diamalkan di kalangan
petani ialah:
o interkultur
o Penanaman yang berbilang
• Interkultur ialah cara penanaman dimana petani
menanam dua jenis tanaman yang berlainan di atas
tanah yang sama.
• Dalam pertanian berbilang, penanaman jenis tanaman
yang sama dijalankan berturut-turut di atas tanah
yang sama.
• Saiz kebun di kalangan petani sawah rata-ratanya
kecil.
• Tanaman dua atau tiga kali setahun bagi menampung
keperluan penduduk yang tinggi.
• Ternakan secara kormesial tidak maju kerana
kekurangan kawasan ragutan.
• Kegiatan padi sawah banyak menggunakan tenaga
kerja.
Masalah pertanian padi sawah
• Masalah petani sawah terdiri daripada alam sekitar
fizikal, pemilikan tanah, kekurangan modal,
pengangkutan, dan pasaran.
• Tidak semua kawasan padi mendapat kemudahan
pengairan.
• Pemilikan tanah yang sempit tiadak dapat
menampung keperluan seisi keluarga.
• Petani yang menyewa tanah pula sering dieksploitasi
oleh tuan-tuan tanah.
• Hasil padi yang rendah per seorang pekerja
menyebabkan sektor ini tidak dapat menarik minat
golongan belia.
• Kemiskinan dan taraf pendidikan yang rendah di
kalangan petani menyebabkan mereka bergantung
kepada pertanian cara tradisional.
• Penggunaan tanh yang sangat giat menyebabkan
tanah cepat hilang kesuburan.
Revolusi hijau
 Revolusi hijau adalah satu cara pertanian yang
menggunakan teknologi moden bertujuan meninggikan
pengeluaran hasil bijirin, khususnya padi, jagung dan
gandum.
 Revolusi hijau dapat meninggikan hasil pertanian kerana:
• Penemuan benih baka baru.
• Pengunaan teknik pengeluaran yang moden dan saintifik.
• Pengunaan baja kimia dan racun serangga
membantu meninggikan hasil pengeluaran padi
sawah.
 Pengenalan revolusi hijau juga menghadapi beberapa
masalah:
• Petani yang miskin tidak mampu membeli peralatan
yang moden ini.
• Petani sebahagian besarnya tidak mempunyai tanah
sendiri.
• Penggunaan jentera membajak dan jentera menuai
telah menyebabkan tenaga manusia tidak lagi
diperlukan.
• Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah
menyebabkan kerosakkan alam sekitar khususnya
akuatik.
• Jurang antara petani kaya dan petani miskin
semakin luas.
• Ketidakseimbangan dalam pembangunan pertanian
antara kawasan berlaku.
• Padi baka baru tidak dapat mengeluarkan hasil yang
tinggi tanpa bantuan baja kimia.
Pertanian dagangan
 Pertanian dagangan merupakan satu jenis kegiatan
pertanian yang dijalankan untuk tujuan
perdagangan.
 Kegiatan ini merupakan pertanian paling maju dan
menggunakan teknik moden serta canggih.
 Antara ciri-ciri pertanian dagangan ialah:
• Tanaman yang ditanam di ladang untuk dijual di
pasaran eropah dan sebagai bahan mentah.
• Pertanian dijalankan secara pengkhususan iaitu di
dalam hanya satu tanaman sahaja ditanam.
• Kebanyakan ladang dimiliki oleh orang dan
pekerja terdiri daripada orang tempatan.
• Pertanian dagangan diuruskan secra moden dan
saintifik.
Kesan pertanian ladang di negara sedang
membangun
 Kesan ke atas pandang darat fizikal:
• Wujudnya ‘hutan tanaman’ yang sama jenis seperti
getah dan kelapa sawit.
• Tanaman kelihatan beralun dan berbukit.
 Kesan ke atas geografi penduduk
• Pertanian ladang menyebabkan wujudnya pola
petempatan berpusat di luar bandar.
• Tali air dan parit dibina di kawasan rendah atau
berhampiran paya untuk menyalirkan air keluar dari
kawasan ladang.
• Pembukaan kawsan hutan yang luas untuk ditanam
dengan satu jenis tanaman seperti getah.
• Berlaku peningkatan dalam infrastruktur umum.
• Tertubuhnya agensi-agensi penyelidikan seperti
RRIM dan PORIM.
• Pertanian ladang telah menyebabkan usaha
memajukan sektor pertanian tradisional yang
diabaikan semasa zaman penjajahan.
• Wujudnya kilang-kilang perusahan tempatan yang
menggunakan hasil ladang sebagai bahan mentah.
• Pembukaan ladang ala barat oleh kerajaan bagi
membantu penduduk miskin melalui FELCRA dan
FELDA.
 Kesan ekonomi
• Pertanian ladang memberi pendapatan kepada
negara melalui cukai eksport.
• Membuka banyak peluang pekerjaan kepada
penduduk .
• Pembinaan industri yang berasaskan tanaman
jualan seperti kilang memproses, menggred dan
membungkus.
Kelebihan relatif antara pertanian ladang dan
pertanian kebun kecil
 Hasil ladang tinggi.
 Penjagaan dan pengawalan.
 Penggunaan teknik moden.
 Pengurusan yang cekap.
 Namun sektor kebun kecil juga punyai kelebihan iaitu:
• saiz kebun yang kecil.
• Pekebun boleh membuat keputusan sendiri tanpa
perlu merujuk mana-mana pihak.
• Tidak terikat dengan kontrak.
• Kos overhead yang rendah.
• Risiko kerugian rendah.
• Kos pengeluaran rendah.
Usaha meninggikan hasil pertanian ladang di
Asia Tenggara.
 Memperkenalkan teknik baru yang canggih seperti
jentera dan baja kimia.
 Menubuhkan pusat-pusat penyelidikan.
 menggalak dan memberi subsidi kepada petani
menggunakan baja-baja kimia.
 Membina empangan dan tali air.
 Memberi bantuan kewangan kepada petani.
Pertanian Mediterranean
 Pertanian ini bercirikan gabungan di antara pertanian
dengan penternakan.
 Tanaman yang ditanam meliputi tanaman musim
sejuk dan tanaman musim panas.
 Tanaman musim sejuk terdiri dari:
• Bijirin
• Pertanian kering
• Sayuran musim dingin seperti tomato dan kubis.
 Tanaman musim panas pula seperti pokok zaiton dan
anggur.
 Ciri-ciri nya pula:
• Mempunyai akar yang panjang
• Akar manjalar secara mandatar
• Berdaun kurang
 90% daripada kawasan tanaman zaitun terdapat di
lembangan Mediterranean.
 Terdapat dua jenis kegiatan ternakan yang dijalankan
di kawasan Mediterranean.
• Ternakan ragutan- kambing biri-biri
• Perladangan ternak – lembu daging dan lembu
tenusu.

Anda mungkin juga menyukai