Anda di halaman 1dari 5

Sintesis Pendekatan

1. Sukatan pendidikan muzik sekolah rendah digubal berdasarkan


falsafah Kodaly, Dalcroze dan Orff. Huraikan lima persamaan antara
ketiga-tiga pendekatan tersebut.
Menggunakan kaedah maujud nyanyian, gerakan dan
permainan alat
Lagu rakyat sebagai bahan asas pengajaran
Pendengaran dalaman kemahiran mendengar irama dan
melodi
menggunakan
mental,
tanpa
membunyikan/berpandukan alat muzik
Penghafalan mempelajari kemahiran muzikal melalui hafalan
atau learning by heart, contoh melalui isyarat tangan, skel
pentatonik dan imitasi
Improvisasi sebagai penentu penguasaan pemahaman murid
terhadap konsep muzik yang telah dipelajari
2.
Tokoh
W
X
Y

Alat muzik utama


suara
glokenspiel
dan
zailofon
perkusi badan

Komponen
Improvisasi
Improvisasi
Improvisasi

Kaitkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tokoh W,


X dan Y.

Tokoh W
Guru menggunakan lagu-lagu rakyat dalam pengajaran nyanyian.
Guru menggunakan aktiviti solfa, notasi lidi untuk membantu murid
memahami konsep irama. Guru menggunakan isyarat tangan bagi
latihan solfa. Menyanyi keseluruhan lagu beberapa kali.
Guru meminta murid (improvisasi) menyanyikan lagu tersebut
dengan rentak rap atau dengan menggantikan lirik dengan
perkataan lain.
Tokoh Y
Guru menggunakan lagu-lagu rakyat dalam pengajaran permainan
alat perkusi. Guru membuat latihan irama, tepukan dan perkusi
badan seperti aktiviti soal jawab dan sebagainya. Bermain perkusi
mengikut skor lagu. Membuat improvisasi dengan menggunakan
suara mengganti bunyi perkusi atau mengikut kreativiti murid
sendiri. Memberi rangsangan untuk mencetuskan imaginasi murid.

Tokoh X
Mempelajari elemen-elemen muzik melalui pergerakan dan
permainan bagi mengukuhkan elemen-elemen muzik seperti irama,
tempo dan pic. Menggunakan lagu-lagu rakyat yang telah diajar,
membuat pergerakan kreatif pada lagu yang diajar. Guru meminta
murid improvisasi membuat pergerakan mengikut muzik yang
didengar prop dan tanpa prop.
Buktikan bahawa mengaplikasikan kaedah mengikut tokohtokoh dengan mental, fizikal dan emosi kanak-kanak.

Emosi dapat dilihat pada pergerakan mimit muka bila emosi


dipindahkan kepada bentuk pergerakan tubuh badan dan
ditunjukkan melalui ekspresi muka kanak-kanak.
Anggota badan kanak-kanak bergerak secara spontan apabila
dirangsang seperti mendengar muzik untuk menggambarkan
emosi.
Emosi dapat dirasai dan dipersembahkan dalam pelbagai gaya
dan pergerakan badan untuk menggambarkan perasaan.
Idea muzikal kanak-kanak boleh diinterpretasikan melalui
nyanyian dan pergerakan badan semasa aktiviti improvisasi.
Aktiviti
improvisasi
melibatkan
kanak-kanak
secara
menyeluruh dari segi penyatuan minda, anggota badan dan
emosi sepenuhnya.
Murid lebih memahami muzik dan menggunakan pengetahuan
untuk mencipta/menggubah apa yang telah diajar mengikut
kreativiti sendiri dengan mengaplikasikan pendekatan ketigatiga tokoh muzik.

3. Senaraikan lima teknik yang sesuai untuk digunakan di bilik darjah


Tunjuk cara
berkumpulan
sumbang saran
permainan
simulasi
kuliah
main peranan
4. Kemukakan satu contoh aktiviti improvisasi berdasarkan sintesis
pendekatan Kodaly, Orff, dan Dalcroze.
Murid pertama menyanyikan satu frasa solfa. Murid kedua
menjawab dengan menggubah beberapa pic melodi asal yang
digalakkan oleh pendekatan Kodaly dalam mengimprovisasi
melodi.

Guru menepuk satu corak irama. Murid menjawab dengan


menggubah corak irama yang asal. Ini adalah pendekatan Orff
untuk menggalakkan murid melakukan improvisasi irama.
Aktiviti mengaplikasikan pendekatan Dalcroze di mana
anggota badan digunakan untuk menggambarkan emosi
seseorang. Murid melakukan aktiviti gerakan kreatif
berdasarkan muzik piano yang didengarkan.
5. Berikan dua ciri persamaan pendekatan Kodaly dengan pendekatan
Orff
Menggunakan pertuturan berirama yang merupakan perkara
yang penting dalam kedua-dua pendekatan ini.
Penggunaan solfa so mi diikuti dengan skel pentatonik
Improvisasi dalam pertuturan, gerakan dan nyanyian
Literasi muzik/teori muzik dipelajari selepas menguasai
kefahaman dalam bentuk amali
6. Jadual di bawah berkaitan dengan sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze.
Komposer
Dalcroze
Kodaly
Orff

Penekanan
Amali
bukan
teori
Isyarat
tagan
dan notasi lidi
Improvisasi

Alat Muzik
perkusi badan

Aktiviti PdP
P

Vokal dan koir

Glockenspiel dan R
xylophone
Kemukakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi
konsep irama pada P,Q, dan R berdasarkan tokoh muzik dalam
jadual tersebut.
Ruangan P
Pembelajaran irama melalui pergerakan dan permainan
Pembelajaran secara berimaginasi untuk membuat keputusan
Menyelesaikan masalah secara inkuiri penemuan
Ruangan Q

Menggunakan lagu-lagu rakyat dalam pengajaran irama


Nyanyian secara solo dan berkumpulan sebagai kemahiran
asas
Solfa dan notasi lidi membantu memahami konsep irama

Ruangan R

Mencetuskan imaginasi kanak-kanak


Menggalakkan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak
berfantasi
Permainan alat muzik pada peringkat awal kanak-kanak

Buat inferens faedah mengaplikasikan kaedah Kodaly, Orff dan


Dalcroze dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Muzik yang berkaitan dengan persekitaran kanakkanak.
o Mewujudkan perasaan berkumpulan
Ketiga-tiga tokoh ini menggalakkan permainan di
awal kanak-kanak sebagai medium pengajaran
Dalam permainan ada arahan, disiplin, ada ketua
yang harus dipatuhi
Permainan menjadikan guru dan murid saling
menghormati antara satu sama lain dan
mengukuhkan hubungan guru dan murid
Perasaan berkumpulan dan saling menghormati ini
membantu guru dan murid menjalani proses PdP
dengan lebih berkesan di bilik darjah
o Penggunaan budaya tempatan
Penggunaan perbendaharaan kata atau lirik lagu
dalam bahasa tempatan yang konsisten dalam
persembahan merupakan salah satu kemahiran
bagi guru-guru muzik untuk menyampaikan
konsep.
Guru juga boleh menggunakan lagu setempat
dalam komuniti tertentu untuk memudahkan
pelajar memahami isi pembelajaran yang hendak
disampaikan oleh guru.
o Kefahaman terhadap muzik
Pelajar akan lebih memahami muzik dan
menggunakan pengetahuan itu untuk mencipta
muzik
mengikut
kreativiti
sendiri
dengan
mengaplikasikan pendekatan tiga tokoh tersebut.
Dalam muzik elemental pelajar didedah dengan
elemen-elemen muzik semula jadi yang natural
seperti
perkusi
badan.
Kanak-kanak
akan
melakukan asimilasi (pindahan) apa yang mereka
tahu dalam gerakan atau persembahan mereka
kemudiannya dengan menggabungkan semua
pendekatan tokoh tersebut.
o Murid bebas bermuzikal
Gabungan
pendekatan
tiga
tokoh
ini
membolehkan pelajar berpeluang memimpin dan
memberi sumbangan dalam ensembel muzik,
aktiviti lakonan, tarian atau gubahan lagu-lagu
mudah
atau
melodi
pendek
untuk
dipersembahkan dalam bilik darjah.

o Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak


Teknik PdP yang betul da sistematik membolehkan
individu bertutur, menyanyi, menari dan bermain
alat muzik dengan betul. Penguasaan ini
menjadikan mereka mahir dan kreatif dengan
menggabungkan pendekatan ketiga-tiga tokoh
tersebut.
o Murid mempersembahkan apa yang dipelajari
Gabungan pendekatan tiga tokoh tersebut
membolehkan murid membuat persembahan yang
akan membina keyakinan dan kepuasan diri
mereka kerana merasakan yang mereka adalah
sebahagian daripada ahli kumpulannya.
o Perkembangan imej kendiri
Semua tokoh menggalakkan aktiviti persembahan
dalam mengembangkan potensi diri murid-murid
di bilik darjah. Murid-murid akan berasa seronok
dengan apa yang mereka sumbangkan dalam
ensembel. Dengan ini timbul perasaan harga diri,
kerana merasakan mereka diperlukan dalam
ensembel dan kumpulan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai