Anda di halaman 1dari 4

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang

Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun
1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering
Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa
selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian
orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas
alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap
Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus
yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan
bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana
percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh
tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh
majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan
dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai
penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual
yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang
kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara
kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan
mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The
Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan
warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan
lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk
melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton,
West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua
kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari
Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh
wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari
tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914,
Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai
hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar
pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan
tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih
merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Seorang datang berjumpa Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang
paling berhak untuk saya berbuat baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia
bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi:
Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian
siapa? Rasulullah saw. menjawab : Bapamu. (HR Muslim No.4621)
Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan ja nganlah kamu sekutukan
dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran
tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir
yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang som bong, takbur dan membanggakan diri. (an-Nisa: 36)
Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah Allah yang wajib
diikuti. Berbuat baik sifatnya umum, ini termasuk bersikap lemah lembut,
berbudi bahasa, tidak berlaku kasar, malah selalu mengingati dan menghargai
pengorbanan yang mereka berikan kepada kita selama ini.
Jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar. Mereka bersusah payah
memelihara dan menjaga si anak siang dan malam, mengorbankan waktu,
tenaga, perasaan serta wang ringgit demi memberikan yang terbaik dan ingin
melihat anaknya menjadi seorang yang terbaik.
Atas faktor itu, Islam dari awal lagi menetapkan tang gungjawab kepada si anak
supaya melakukan kebaikan kepada ibu bapa dalam segenap aspek, bermula
dari hati, tutur bicara dan tindakan.
Malah, jika diteliti tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa diberikan keutamaan
dalam al-Quran, kerana perintah ber kenaan digandingkan dengan perintah
tauhid kepada Allah.
Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak me nyembah melainkan
kepadanya dan hendaklah engkau ber buat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun per kataan uh dan janganlah
engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (al-Isra: 23)

Melalui ayat itu juga dapat difahami, anak wajib berbuat baik kepada ibu bapa
tanpa mengira keadaan dan kedudukan mereka, malah ketika mereka tua dan
berkeadaan lemah, lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian. Jangan sesekali
disisih.
Islam mengingatkan umatnya, di samping bersyukur kepada Pencipta, sebagai
anak wajib bersyukur kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa dapat si anak
melihat dunia dan menikmati kemanisannya, malah dapat mengenal Allah dan
beribadat kepada-Nya.
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima ba lasan). (Lukman: 14)
Maksud daripada beberapa ayat al-Quran terbabit jelas menunjukkan tuntutan
berbuat baik terhadap ibu bapa bukan satu perkara remeh yang boleh diambil
ringan, malah ia satu tanggungjawab besar yang wajib bagi anak melaksanakan
sebaik mungkin.
Jika mahu dibandingkan nilai pengorbanan ibu bapa ter hadap anak dan
kebaikan si anak kepada ibu bapa, memang tidak terbanding, malah sangat
jauh perbezaannya.
Seorang ibu misalnya, sanggup melakukan apa saja demi anak, bersengkang
mata hingga pagi jika si anak tidak lelap tidur, tidak berhenti daripada
menyusukan anak selagi tidak kenyang, malah dalam aspek makanan dan
pakaian anak diutamakan. Tetapi anak belum tentu mendahului ibu ba panya.
Begitu besar pengorbanan ibu bapa dan sudah semesti layak mereka diberikan
penghormatan tinggi, lebih-lebih lagi ibu yang sangat rapat dengan anak. Ini
tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w, bermaksud: Syurga itu
berada di bawah telapak kaki ibu.
Kisah Alqamah misalnya elok dijadikan pengajaran. Beliau sukar untuk
melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya
yang tergores atas layanannya.

Walaupun Alqamah kuat beribadah, beliau melakukan sesuatu yang menggores


perasaan ibunya, lalu ibunya kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya
sukar untuk memaafkannya. Peristiwa itu sepatutnya dijadikan iktibar, semoga
perkara yang dialami Alqamah tidak terjadi kepada kita.
Jika sebelum ini berlaku beberapa kes yang mengecewakan seperti dipaparkan
media, mencederakan dan mengasingkan ibu bapa, mudah-mudahan dengan
kesedaran mengenai perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa, tiada
lagi kes seumpama itu berulang.
Ibu bapa perlu diberikan layanan terbaik, diperuntukkan masa berbicara
bersamanya, diziarahi jika berjauhan, di berikan hadiah pada waktu yang
sesuai, malah sesekali diajak bercuti atau bersiar-siar bersama bagi
menghiburkan ha tinya.
Tidak rugi berbakti kepada ibu bapa, malah ia memberikan satu kepuasan
kepada si anak kerana dapat membalas jasa orang tua, walaupun tidak dapat
dibandingkan dengan pengorbanan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya,
mereka bangga kerana mempunyai anak yang mengenal orang tua.
Anak juga bertanggungjawab mendoakan keampunan dan kesejahteraan
kepada ibu bapanya, malah apabila mereka sudah tiada sekalipun, doa kepada
mereka tidak dilupakan, sesuai dengan hadis nabi terputus amalan anak Adam,
kecuali tiga perkara, ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak soleh

Read More: http://www.serikasih.com/tazkirah-berbakti-kepada-ibubapa#ixzz1udHd7X7f

Anda mungkin juga menyukai