Anda di halaman 1dari 1

PERBINCANGAN

Hasil kajian mendapat amalan bengkung merupakan amalan yang paling utama
diamalkan oleh responden di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa. Dapatan kajian adalah
sama dengan kajian Nur Atiqah (2015), menurut Nur Atiqah yang menjalankan kajian di
Kampung Segedup, Kuching, beliau juga mendapati kebanyakan penduduk mengamalkan
amalan bengkung selepas melahirkan anak. Namun demikian, kajian Rozalina Suhai (2014) pula,
mendapati kebanyakan penduduk di Matang tidak mengamalkan bengkung. Dapatan kajian
beliau menunjukkan amalan bertungku adalah amalan yang paling ramai diamalkan oleh
penduduk di Matang, Kuching.
Namun demikian, hasil kajian mendapati amalan yang kedua untuk diamalkan oleh
responden di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa adalah amalan bertungku.
Hasil kajian mendapati faktor utama amalan tradisional yang diamalkan selepas
melahirkan anak oleh responden di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, adalah untuk
kesihatan dalaman badan dan rawatan yang sangat efektif untuk pemulihan selepas melahirkan
anak. Seperti kajian Nur Atiqah (2015) di Kampung Segedup, Kuching, responden di Kampung
Segedup, Kuching juga mendapati bahawa ramai masyarakat Melayu mengamalkan amalan
tradisional selepas melahirkan anak adalah disebabkan kesihatan dalaman.

Anda mungkin juga menyukai