Anda di halaman 1dari 10

Nilai Estetika Landskap Melayu

SENI ukiran kayu begitu sinonim dengan masyarakat Melayu dan sering dikaitkan dengan latar
landskap tradisional yang penuh nilai estetika. Kehadiran pergola, wakaf atau gazebo berunsurkan
ukiran kayu keupayaan seni ukiran itu sendiri yang dihasilkan menerusi kemahiran terbaik.

Pada asalnya reka bentuk landskap Melayu atau tradisional banyak mengetengahkan ukiran kayu
bermotifkan flora khususnya kangkung, kacang, bayam dan bunga-bungaan. Sementara ukiran dalam
landskap Bali pula lebih cenderung menampilkan bunga-bungaan lebih eksotik termasuk bunga
matahari, teratai dan kemboja.

Landskap Bali juga sarat dengan motif haiwan liar yang sering diketengahkan berdasarkan khayalan
masyarakat berkenaan.

Pengaruh besar ajaran Islam dalam masyarakat Melayu terlalu besar dan memberikan kesan kepada
reka bentuk landskap kediaman. Seni khat antara yang popular digunakan begitu meluas pada ruang
tertentu dalam kediaman dan masjid. Tidak ketinggalan bentuk geometri dalam seni tampak Melayu
turut diminati ramai hingga terhasilnya ukiran kayu unik.

Pengaruh Islam dalam budaya Melayu menzahirkan bahawa kesenian itu penting dan menjadi
sebahagian daripada elemen penting untuk hiasan dalaman dan landskap. Bukan sekadar ukiran
bermotif, malah seni berasaskan kayu turut menjadi pilihan dalam perincian landskap kejur yang
sekali gus menyerlahkan imej landskap Melayu. Menerusi penataan ruang dalaman rumah
berkonsepkan Melayu pula, jelas kelihatan ukiran kayu pada kekisi tangga, pengadang sisi yang
biasanya terletak pada serambi rumah.

Dalam menyerlahkan suasana tradisional Melayu di laman, reka bentuk pagar kayu gaya ringkas juga
tidak kurang hebatnya biar pun mempunyai keluasan terhad. Bagaimanapun, jenis kayu yang
digunakan turut mempengaruhi suasana dan tema landskap pilihan anda. Perlu diingat bahawa reka
bentuk landskap Melayu tidak dapat lari daripada menampilkan seni ukiran berasaskan kayu berkualiti
termasuk keruing dan nyatoh. Kayu berkenaan biasanya menampilkan rona semula jadi iaitu lebih
gelap dan kemerah-merahan.

Filed under: Uncategorized — saadiah | May 17, 2009 @ 11:25 am (Views: 309)
http://mylaman.net/modules/wordpress/?p=34

1
PENGENALAN

Jalan-jalan sepanjang jalan,


Singgah-menyinggah dipagar orang,
Mata terpukau pemandangan halaman,
Melihat megah burung terbang.

Sebagaimana adat, halaman kediaman Melayu juga begitu tersusun rapi. Orang Melayu mencintai
alam semula jadi. Mereka menghargai khazanah ini, terpesona, kagum dengan unsur-unsur semula
jadi ini sehingga di puja melalui pantun dan menjadi kiasan yang sering di bahaskan.

Alam sekitar dianggap pakaian yang memenuhi kehidupan mereka. Tempat mereka mencari rezeki
dan tempat mereka bersemadi. Alam sekitar mengilhamkan sesuatu kepada mereka, memberi
kreativiti, motif dan penemuan. Daya kreatif ini menghasilkan tenunan, ukiran, anyaman, seni kraf dan
binaan. Binaan itu begitu sebati dengan alam sekitar kerana ia di ambil daripadanya. Pangkin, guri,
perigi, wakaf, pengadam, sangkar ayam, jamung andang, pelita, adalah sebahagian daripada inspirasi
air, tanah dan tumbuhan yang menjadi pelengkap dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Daripada unsur-unsur diatas maka, lahirlah lanskap Melayu dengan daya kreativiti orang Melayu
dengan alam sekitar. Gubahan yang dihasilkan penuh dengan hasil seni yang indah dan perlu dihayati
oleh masyarakat umum terupamanya orang Melayu. Sebelum perbincangan yang lebih menyeluruh
mengenai lanskap Melayu, eloklah kita tahu apa yang di maksudkan dengan Melayu dan konsep
Melayu.

Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca,
mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh alam sekitar.
Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam
Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan daripada sejarah peradaban Melayu
itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di
Semenanjung Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi
Ketiga : 874).

Pembinaan masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian
kelompok sosial dan sub budaya yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya
Melayu. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan sebagai
mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.

2
Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu
Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya sebuah Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu
sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan
"Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit"
ataupun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu"
ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus lagi dalam Perlembagaan
Malaysia yang mengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik. Pengertian itu adalah
berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah
"Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganuti agama
Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu
adalah merupakan orang Melayu. Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian
daripada konsep Melayu yang luas. Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang
terdiri daripada penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi
dalam pengertian Perlembagaan ini.

Pengertian Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan kepentingan politik terdapat perbezaan
dengan konsep Melayu yang digunakan dalam realiti iaitu ebih berasaskan kepada kelompok sosial
Melayu dengan sub budaya masing-masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan
menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu
ditakrifkan sebagai :
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur dalam bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia
bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.
Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawa sebenarnya terdapat juga orang
Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia contohnya di selatan Thailand terdapat
segelintir kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya
orang Melayu.

Bagaimanapun, menurut UNESCO pada tahun 1972 istilah "Melayu"ditakrifkan ebagai suku bangsa
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Menurut Syed
Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi

3
zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah
lembut serta berbudi bahasa.

Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid. Penggunaan
istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya
Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini
menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram,
yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Istilah
Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman
Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan
berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa
Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga turut dicatat dalam buku catatan
perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para
pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah merupakan kerajaan
yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera dan juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada perkembangan budaya Melayu merupakan
fenomena penting dalam pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu
itu telah dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini secara umumnya dan daripada
keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan kepada tradisi sejarah yang sama yang
telah dilalui oleh kumpulan Melayu tersebut.

Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini telah
membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi
budaya. Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam telah memperkukuhkan
peradaban Melayu setelah sekian lama. Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu
telah menyumbang dan memainkan peranan yang begitu penting dalam pembinaan pusat-pusat
peradaban itu. Islam juga telah membawa kepada peradaban penting dalam pembinaan
peradaban Melayu.

Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan peradaban Melayu. tetapi tidak


menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu. Konsep Melayu juga bukan sahaja
merangkumi aspek-aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa, tetapi entiti budaya yang
merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa, asalkan semua itu tercerna dan terjelma

4
dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi iaitu berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan
bertingkah laku sebagai manusia Melayu dan mengamalkan agama islam. Berdasarkan konsep
Melayu sedemikian, kita telah menerima bahawa Melayu merupakan orang yang berasal atau
berketurunan dari Arab atau India seperti Malik Ibrahim iaitu seorang wali songo pembuka Gerisek
pada tahun 1396, Syarif Abu Bakar atau dikenali sebagai Sultan Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun
1405, Sultan Syarif Ali Brunei pada tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango
pada tahun 1515, Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637, dan puluhan
ulama dan pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, al-Habsyi, al-Sagot, al-Badawi,
dan lain-lain.

TEORI DAN FALSAFAH LANDSKAP


Kamus Dewan Edisi Keempat, ms: 882 mendefinisikan lanskap
1. Pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti bukit bukau, sungai,
dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan pedesaan ;
2. Catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkan pemandangan alam ;
3. Seni taman yang menggambarkan pemandangan alam.Menurut Laurie (1975), mendefinisikan
lanskap perancangan dan rekabentuk tanah & air untuk kegunaan awam.

Manakala menurut Hubbard dan Kimball (1917), seni halus” dimana fungsi utamanya adalah untuk
mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan
semulajadi negara.

Menurut Garrett Eckbo (1950), pula memberi maksud lanskap sebahagian landskap yang dibentuk
oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian
dan perhutanan).Kesimpulan yang dapat di buat daripada maksud yang di bincangan di atas, penulis
menyimpulkan bahawa lanskap adalah merupakan olahan daripada unsur-unsur alam semula jadi
untuk mewujudkan keindahan terhadap alam semulajadi.

Olahan lanskap dalam masyarakat Melayu menggunakan unsur-unsur alam semulajadi sepenuhnya
kerana orang Melayu menghargai alam sekeliling yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan
utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).Kesimpulan
yang dapat di buat daripada maksud yang di bincangan di atas, penulis menyimpulkan bahawa lanskap
adalah merupakan olahan daripada unsur-unsur alam semula jadi untuk mewujudkan keindahan
terhadap alam semulajadi. Olahan lanskap dalam masyarakat Melayu menggunakan unsur-unsur alam
semulajadi sepenuhnya kerana orang Melayu menghargai alam sekeliling

5
IMEJ DAN IDENTITI LANSKAP MELAYU
Dalam mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam landskap melayu, kita perlulah merujuk
kepada pengaruh budaya terhadap sebina landskap. Dengan itu kita akan dapat gambaran asas elemen-
elemen senibina landskap tersendiri. Berdasarkan kepada kajian, landskap tradisi Melayu
merupakan senibina landskap yang kompleks. Ini kerana ia tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir,
dan budaya fikir Melayu. Merujuk kepada tiga perkara tersebut ia berkait rapat dengan adat dan cara
hidup masayarakat Melayu dahulu kala.

Cara hidup masyarakat Melayu bagi mengimbangi dan membentuk seni landskap Melayu Melayu iaitu
unsur simbolisme (budaya, kepercayaan, metafizikal) dan fungsi. Dua unsur ini mempunyai perkaitan
rapat antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana wujudnya sesuatu elemen landskap Melayu
Melayu adalah berdasarkan kepada simbolisme yang hendak diketengahkan. Oleh yang demikian,
unsur-unsur ini berkemungkinan mempengaruhi elemen-elemen yang terdapat pada senibina landskap
Melayu dan membentuk identity dan karaktor tersendiri.Imej dan identiti yang merujuk kepada
elemen-elemen penting dalam senibina landskap.

Elemen-elemen ini membentuk karaktor-karaktor dalam senibina landskap Melayu boleh dibahagikan
seperti berikut:
a) budaya (prinsip)
b) elemen landskap 1) fleksibel 2) fungsi 3) estetika

BUDAYA MELAYU DALAM LANSKAP MELAYU


Dalam konteks ini, ia berhubung dengan adat istiadat dan pantang larang budaya dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Selain itu juga, ia berkait rapat dengan cara hidup dan aktiviti yang dilakukan di
sekitar kawasan rumah. Secara amanya, boleh kita katakan bahawa elemen ini adalah merujuk kepada
prinsip-prinsip yang diguna pakai dalam sesebuah masyarakat. Elemen landskap tidak boleh berdiri
dengan sendinya tanpa makna atau penjelasan kehadirannya dalam sesebuah lanskap. Ia perlu
bertongkat pada permaknaan dan prinsip sepertimana yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.
Prinsip-prinsip ini mempengaruhi elemen-elemen lanskap yang terdapat di persekitaran rumah dan
membentuk karakternya tersendiri.

a) Pelantar Rehat atau Pangkin


Masyarakat Melayu kebiasaanya akan melakukan aktiviti-aktiviti di luar daripada rumah. Aktiviti-
aktiviti ini akan dijalankan sama ada di bawah rumah atau atau di persekitaran rumah. Bagi aktiviti di
dalam rumah, kebiasaanya berkaitan dengan tetamu dan juga tempat tidur. Pangkin biasa digunakan
untuk berehat dan juga melakukan aktiviti harian bagi suri rumah seperti mengayam tikar, mengayam

6
ketupat dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan budaya
Melayu sebagai identity masyarakatnya. Perbuatan masyarakat Melayu yang berahat diatas pangkin
adalah berkaitan dengan budaya Melayu. Di pangkin juga merupakan tempat untuk masyarakat
Melayu berbual-bual sambil menunggu masa untuk membersihkan diri setelah pulang dari kerja
bendang. Hal ini sesuai dengan konsep Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu menjaga
kebersihan dan mencari rezeki.

b) Tempayam dan Guri


Tempayam digunakan penakung air untuk minum dan masak. Selepas itu, guri pula digunakan di
kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah. Keadaan ini bertujuan untuk mencuci
kaki sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Aspek kebersihan sangat di tekankan dalam
masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang menganut agama Islam.

c) Reban atau Sangkar Burung


Reban ayam dan sangkar burung adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat
Melayu. Masyarakat Melayu dahulu kebiasaanya mempunyai keperluan rumah yang cukup dan
bersesuaian dengan sifat orang Melayu yang berjimat cermat dan bersederhana. Pemeliharaan yang
dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak makanan serta mengisi masa lapang daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah. Ayam dan burung yang dipelihara akan dijadikan sumber makanan
kerana masyarakat Melayu masing-masing mengamalkan prinsip “ kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang ”.

d) Bangsal
Dahulunya pondok bangsal di gunakan untuk menyimpan kayu api. Sekarang ini, penggunaan bangsal
dibesarkan lagi iaitu sebagai stor simpanan barang dan juga bangsal untuk membaiki peralatan rumah.

ELEMEN -ELEMEN LANSKAP MELAYU


•Fleksibel
Laman rumah atau halaman depan rumah merupakan ruang pertama dalam penyusunan landskap
Melayu. Ruang hadapan ruang kebiasaaannya mempunyai kawasan laman yang lapang. Keadaannya
berpasir dan bersih dari sampah serta rumput. Laman hadapan rumah dibiarkan lapang kerana fungsi
sebagai kawasan upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan adalah
upacara perkahwinan dan permainan tradisi seperti gasing,galah panjang ,silat dan sebagainya Pokok
bunga yang ditanam di dalam pasu di sususn di sekitar halaman hadapan. Penanaman pokok bunga
dalam pasu adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini berbentuk mudah ubah dari segi
perletakkannya bagi membolehkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di halama.•FungsiTumbuh-tumbuhan

7
tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat melayu. Ia mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan
iaitu dari segi adat dan cara hidup masyarakat melayu. Peranan tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan
kepada dua iaitu: (tamadun melayu; Ismail Hussien et. Al., 1995)

1. Kegunaan langsung
a) sumber makanan utama
b) keperluan dan peralatan rumah
c) ubat tradisi
d) tumbuhan kosmetik
e) senjata dan bahan racun

2. kegunaan tak langsung


a) memperkaya khazanah satera - pantun - peribahasa - nyanyian- istilah- upacara adat- mempunyai
kekuatan mistik

•Estetika
Merupakan sebahagian daripada seni rupa Melayu. Dalam aspek ini, estetika merujuk kepada nilai dan
perasaan terhadap sesuatu yang indah, terasing daripada fungsinya dan penekanannya lebih kepada
aspek seni. Seni rupa Melayu dapat dinyatakan dalam segala bentuk seni seperti seni ukir, seni logam,
pantun dan lain-lain kegiatan yang berseni.

Pernyataan ini dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan bersesuaian dengan sifat masyarakat
Melayu yang bersifat rendah diri. Hal ini dibuktikan dalam Misa Melayu, Syair Burung
Pungguk.Selain itu, pantun juga menggunakan gambaran alam secara kiasan kiasan sebagai bahan
pembayang seperti pohon, bunga, haiwan, laut dan sungai. Penggunaan gambaran dalam pantun
membuktikan gambaran estetika dalam masyarakat Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa ada
perkaitan antara alam dan manusia. Bersesuaian dengan kenyataan dalam kosmologi Melayu iaitu
berhubung dengan tuhan, alam dan manusia.

Elemen Warna
Peranan warna dalam landskap melayu traadisi sangat penting bagi menghiasi ruang laman depan
rumah. Penggunaan warna dalam hiasan landskap laman adalah untuk menarik perhatian dan
menaikkkan seri rumah. Ini dibuktikan dengan penggunaan pokok pudding sebagai hiasan. Pokok
Pudding digunakan sebagai hiasan kerana daunnya mempunyai aneka warna dan ia tidak berubah
mengikut musim. Pokok ini senang diperolehi dan senang dijaga. Pokok-pokok lain yang digunakan
adalah seperti pokok siantan, pokok kemboja, kenanga, cempaka, melati dan lain-lain.

8
•Skala
Skala dan saiz pokok adalah penting dalam landskap melayu tradisi. Poko-pokok akan diletakkan
mengikut saiz dan ini mempengaruhi tatatur serta penyusunan pasu. Penggunanan pasu adalah
sebahagian daripada elemen landskap Melayu dan ini membuktikan adanya pengaruh saiz dalam seni
landskap tradisi. Kebiassaannya pokok-pokok besar akan diletaakkan di pingiran laman supaya tidak
mentutupi ruang dan pokok-pokok yang lebih kecil.

•Susun Atur
Berdasarkan kepada skala dan saiz, lanskap Melayu menggambarkan bahawa terdapatnya susun atur
dalam perletakan pokok. Selain itu, susun atur tanaman di pengaruhi oleh fungsi-fungsi tanaman
bagi keperluan kawasan dan manusia. Masyarakat Melayu banyak menggunakan alam sekitar
sebagai alatan, bahan memasak, perubatan, alat budaya, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pokok-
pokok yang berkaitan akan ditanam dipersekitaran rumah supaya ia mudah di gunakan. Dalam
masyarakat Melayu, kawasan persekitaran rumah boleh di bahagikan kepada beberapa kawasan iaitu
laman hadapan, laman sisi, dan laman belakang.

CABARAN DALAM LANSKAP MELAYU


Dalam mengahadapi globalisasi dan dunia tanpa sempadan, sudah semestinya kita akan mengalami
cabaran dalam mengekalkan warisan seni masyarakat Melayu. Lambakan produk dari luar negara
yang berharga agak murah akan mendorong masyarakat untuk memiliki dan menggunakan produk luar
negara berbanding dalam negara. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan dalam memartabatkan seni
warisan Melayu, kita harus berusaha untuk mengekalkannya.

CABARAN PROFESIONALISME KESENIBINAAN


Hari ini, kita telah menyaksikan sebahagian dari hak dan penghormatan yang diberikan kepada ahli
senibina sebagai pemimpin industri pembinaan dikikis oleh tekanan alam perniagaan yang berubah.
Penulis berpendapat bahawa hakisan ini dimungkinkan oleh kealpaan kita sendiri. Untuk sekian lama
kita beranggapan bahawa kedudukan kita yang selesa malah dilindungi oleh undang-undang akan
kekal selama-lamanya.

Keselesaan menumpulkan semangat dan daya juang langsung menjadikan kita alpa kepada arus
perubahan yang mengalir di sekeliling kita menyebabkan senibina lanskap Melayu terhakis. Lebih
malang lagi kita gagal melihat perubahan yang berlangsung dihadapan kita dan bersikap defensif
malah apologetik dalam menangani cabaran. Masa depan kita sebenarnya semakin kelam, kalau kita
tidak mahu bangkit dari tidur yang diulit mimpi selesa masa silam. Kita akan bangkit di satu hari
mendapati segala yang menyelimuti kita telah bertukar menjadi igauan yang seram. Sebahagian
daripada perubahan yang melanda kita sebenarnya bersifat kekal dan tidak mungkin dapat

9
dikembalikan kepada asalnya seperti lanskap Melayu yang telah diruntuhkan tidak akan kembali
kepada keadaan asal. Inilah hakikat yang pertama harus kita akur. Kalau kita mahu menghalang
hakisan yang berterusan pada apa juga yang masih tinggal berbaki, kita harus berani berdiri dan
mengakui bahawa kita telah tersilap mentafsirkan kehendak dan keperluan masa yang berubah. Dan
dari kedudukan sedar itu kita merancang langkah membina benteng agar hakisan dapat dibendung dan
sempadan baru dapat kita bina.

http://www.scribd.com/doc/22607821/Imej-Dan-Identity-Lanskap-Melayu

.......................................................

10