Anda di halaman 1dari 9

Penyesalan

Aduh..... sakitnyer..... isk..... aduuh..... Bang sakit nya tak tahan saya" keluh
Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak ini..... lama sangat nak bersalin dah
berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada
benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak
dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1½ jam Nisa dalam
bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata
begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena di hati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari..... Doktor
Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan
menyambut kelahiran.

Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas di pipi
bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari
menyuruh Nisa meneran..... "Come on Nisa u can do it..... one more....." Kata
ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran
sahaja kepala baby sudah keluar..... "Good mummy" kata Doktor Johari
selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar
seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih
macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya,


kembar pulak .

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran


anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.
Nisa berasa lega..... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.

Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti


Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel
sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang
kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu
memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena.

Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal
semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi
demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi
waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia,
dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa mengandung.

Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan
kahwin dah mengandung..... Nisa dah 2 bulan..... Nisa cuma kosong selama
sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah
dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya
pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga, Nisa dapat memberi zuriat
kepada Zakri.

Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak
jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut,
suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?" soal
Nisa pada Zakri. "Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri
menempelak Nisa. "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri
lagi. "abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa Abang syak yang bukan-
bukan, Nisakan isteri Abang yang sah takkan Nisa nak buat jahat dengan
orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki
awal, tak baik cakap macam tu.

Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk
badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga
Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis.

Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang
sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini
sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun
boleh jadi tau apatah lagi macam kau ini, tau tak.

Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main
baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging
kau pun tak senonoh..... heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni"
kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang
bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang
keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum
hakam agama.

Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan
berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah
daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina
keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak
kandung saya.

Mereka lahirkan saya ke dunia" ucap Nisa sambil menangis. Semenjak


kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis
waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di
salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.

Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul
10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat
waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain
dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat
demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi


kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa
menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin
Nisa. Kalau diminta jemput..... macam-macam kata kesat dilemparkan pada
Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senanglah, lagak kayalah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai
sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin
dan cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada
Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut
dimarahi pula..... bila Nisa balik ke rumah kami berdua akan berlakun yang
kami tidak bergaduh..... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang
masalah melanda perkahwinan kami.

Kasihan Nisa..... dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan masih
kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik
rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding..... Nisa hanya mampu
menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak
Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.

Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang
jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti
bahaya, "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah
tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka,
"ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keraskan" kata Nisa pada Zakri.

Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari
dah mula gelap, takut pula hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri
bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak
boleh tunggu ke, suka hati akulah nak pergi malam ke, siang ke tak pergi
langsung ke" marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi
Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu
Zakri.

Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya
kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri
berbuat demikian..... terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening
kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam
hatinya.

Nisa memencilkan diri Nisa di sudut dinding dan menangis. Zakri kemudian
duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
membengkak..... berdenyut²..... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,
Treet, Treet, Treet..... bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok saja....."
Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa
punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, a, ha, ha"
gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup
Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau
bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau..... mereka
perlukan kita masa tu..... nyawa mereka di hujung tanduk semata-mata nak
melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan
mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat
laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kaulah, tapi
kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti"
kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet..... bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri
speaking" jawab Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri....." panggilan kecemasan
dari Doktor Johari. "Iye ke, teruk ke dia Johari, okay I datang....." tuttttttt.
Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku,
Nisa tak sedar diri....." ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau
sihat" tanya Lan pada Zakri.

"Alah jom lah cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa,
Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa
jatuh atau..... terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan
bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari
dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri.

Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya..... dan selepas kejadian itu
Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan
kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk.....
tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa..... baginya Nisa
mengada-ngada..... saja buat sakit untuk minta simpati..... tetapi sebaliknya.....
Zakri hanya diam..... "YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat
dirinya rasa menggigil.....

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di
kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah
ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak
mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu
dengan tenang.

Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry
Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor
Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap
lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa
yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan
nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di
diarinya.

Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa..... "YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri
muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang
telah kering..... membuat Zakri tertarik untuk membacanya..... Untuk suami
Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang..... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamu'alaikum.

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang..... Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahukan..... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.....
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin..... Abang panggil Nisa AYANG..... terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa macam tu..... walaupun Nisa dapat merasa panggilan
AYANG itu seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak
kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa? Abang.....
mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa
pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita yang
pertama dan Nisa hadiahkan Abang..... Danial dan Dania.

Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan
melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan
dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap
Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali
sakiti mereka.

Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri
Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang
boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka..... Nisa ingin
mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang
sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang
bukan dari darah daging Nisa..... tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi
kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini.

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang
Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa
tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar
kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang..... Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania
berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa.

Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak
sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang..... Dania mengikut raut muka Abang..... sejuk kata orang dan Nisa yakin
mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa..... Ibunya..... sejuk perut
Nisa mengandungkan mereka.

Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi
dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada di sisi Abang dan kembar kita.
Wassalam. Assalamu'alaikum terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa "Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa.

Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri
hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abang, Nisa. Zakri longlai
dan diari di tangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahan antara
Zakri dan Nisa jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN


BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DI SAMPING SUAMI
TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN
KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA
NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk di lantai dan
berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang
akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti
terakam dalam kotak otaknya..... setiap perbuatannya..... seperti wayang jelas
terpampang..... kenapalah sampai begini jadinya..... kejamnya aku..... Nisa, Nisa,
Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba di rumah suasana amat
memilukan.

Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania
sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa,
Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali
terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa, Abang
minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil
menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.

Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya mereka diam dari tangisan
dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka
buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di
tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah


kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar
mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih
ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian
Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai
meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di
pusara Nisa yang merah tanahnya..... meratapi pilu, berderai airmata dengan
jutaan penyesalan..... YA ALLAH, kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU
sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa..... ampunkan aku YA ALLAH.....
akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa
datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut
mulus.

Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Nisa
putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak ke mana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri
terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH,
Zakri, Zakri bangun Zakri..... dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau
tidur kat sini Zakri?" tegur abang Long, abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri
lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri
berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak
kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania
anak ayah, ayah akan menjagamu nak..... kaulah penyambung zuriat, darah
daging ayah..... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka
berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....."