Anda di halaman 1dari 24

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN


KERAJAAN ISLAM UTHMANIYYAH
Oleh:
Mohd Roslan Mohd Nor, PhD

PENDAHULUAN
Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap
pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah
S.A.W. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai seluruh Jazirah
Arab, seterusnya meluas ke al-Sham (Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria),
Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam
Melayu. Pemerintahan Islam melalui kerajaan yang terbentuk
memberikan gambaran betapa Islam telah menguasai sebahagian besar
dunia. Ia berlangsung sehinggalah kepada kerajaan Islam yang terakhir
iaitu kerajaan Uthmaniyyah.
Kerajaan Islam Uthmaniyyah juga dikenali sebagai Khilafah
Uthmaniyyah. Gelaran khilafah memberi petunjuk bahawa sistem
pemerintahan yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah berteraskan

Penulis merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui email:
m_roslan@um.edu.my.

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

kepada sistem khilafah berdasarkan pemerintahan yang diwarisi


semenjak zaman awal Islam.
Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila
kota Constantinople telah ditakluk oleh seorang pemuda yang
mempunyai kepimpinan dan wawasan yang jelas, iaitu Muhammad alFatih (1432-1481).1 Sejak dari awal era perkembangan Islam pada abad
pertama hijrah (abad ke 7 Masihi), telah terdapat usaha untuk menakluk
kota ini. Sesiapa yang menakluknya merupakan orang yang diiktiraf oleh
Nabi S.A.W sebagai tokoh yang ideal. Ia bertepatan dengan sabda Nabi
S.A.W:








Maksudnya: Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya
(yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk)
adalah sebaik-baik tentera.
(Hadis Musnad Ahmad)
Oleh yang demikian, tidak hairanlah tokoh seperti Abu Ayyub alAnsari pernah cuba untuk menakluki kota ini demi menyebarkan Islam,
di samping menggapai apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut.
Beliau dirakamkan sebagai pejuang yang berani, walaupun tidak
mendapat kejayaan membuka kota tersebut, tetapi beliau telah berjaya
berada di sisi ahli syurga setelah gugur syahid dalam misi menguasai
Constantinople.
Walaupun beliau gugur syahid, ia tidak bermakna misi membuka
kota tersebut terhenti begitu sahaja. Malah, ia sebenarnya pembuka jalan
serta penyuluh semangat juang umat Islam untuk terus berusaha
merealisasikan sabda Nabi S.A.W itu. Akhirnya, setelah hampir 8 abad

Steven Runciman (1965), The Fall of Constantinople, 1453, UK: Cambridge University
Press, pp. 55 80; Franz Babinger (1992), Mehmed the Conqueror and His Time, New
Jersey: Princeton University Press, pp. 269 278.

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

kewafatan baginda, kota Contantinople berjaya dibuka oleh umat Islam


pada tahun 1453, setelah dua tahun pemerintahan Muhammad al-Fatih.
Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah
kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru
kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu
Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan kepada Kristian. Empayar
Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya
ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka
ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama
Eropah Timur.
Di bawah pemerintahan Islam, kota ini diberi nama Islambol, yang
bermaksud keseluruhan kota itu adalah Islam. Ia dijadikan pusat
pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.
Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad
ke 13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fatrah,
sepertimana berikut:2
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Peringkat awal penubuhan (1299 1453)


Perkembangan dan pengukuhan (1453 1682)
Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan
cabaran pihak Barat (1683 1827)
Kemerosotan dan kejatuhan (1828 1908)
Pembubaran pemerintahan (1908 1924)

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

Gambarajah 1: Wilayah Pemerintahan Uthmaniyyah.


http://www.ottomansouvenir.com/img/Maps/Ottoman_Empire_Map_1359-1856.jpg

BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH


Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah
diasaskan oleh Osman I, yang turut juga dikenali dengan nama Osman
Gazi Khan dan Osman I El-Gazi (1258-1324). Beliau merupakan pengasas
kepada
Kerajaan
Uthmaniyyah
dan
mengasaskan
Empayar
pemerintahan tersebut. Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan
tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk pada
tahun 1299. Bermula dari itulah beliau telah membentuk sistem
pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan
yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang
berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.3
Golongan Byzantine yang merasai kehangatan kehadiran Osman di
Turki, sebahagian mereka telah mengambil pendirian untuk
meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampunganperkampungan countryside dalam negara yang dikenali sebagai Anatolia.
3

Suraiya Faroqhi (1999), Approaching Ottoman History: An Introduction to the Sources, UK:
Cambridge University Press, pp. 5 15; __________ (2008), The Ottoman Empire: A Short
History, Princeton: Markus Wiener Publisher, pp. 39 50.

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Kepimpinan pihak Byzantine sedaya upaya ingin mempertahankan


Osman dari menyeberangi ke wilayah Eropah dan cuba untuk
menghalang mereka dari meluaskan kekuasaan ke Barat. Namun, pihak
Osman tidak berdiam diri; mereka terus mara untuk menguasai wilayahwilayah di sebelah Barat. Osman berjaya menguasai Eupheses, iaitu
kawasan yang berhampiran dengan Laut Aegen. Pasukan beliau juga
turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka
telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan strategik bagi Byzantine.
Ini menyebabkan Byzantine terpaksa melepaskan wilayah tersebut yang
telah membuka jalan kepada Osman untuk melebarkan jajahannya.
Misi terakhir Osman sebelum kematiannya ialah menentang tentera
Byzantine di Bursa pada tahun 1324. Walaupun beliau tidak menyertai
peperangan itu, tetapi beliau cukup bersemangat memberikan nasihat
dan tunjuk ajar sehinggalah pasukannya berjaya menewaskan Byzantine.
Ia merupakan satu kemenangan yang sangat penting dalam sejarah
Uthmaniyyah kerana ia telah membuktikan bahawa pasukan Islam boleh
menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka.
Kekalahan Byzantine telah memberi tamparan hebat sehingga mereka
terpaksa berundur. Bursa menjadi tapak perkembangan seterusnya bagi
Uthmaniyyah. Anak yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan,
telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan mereka.
Kepimpinan Osman Gazi ini telah membuka ruang yang besar
kepada kerajaan yang diasaskan oleh beliau untuk terus menyebarkan
Islam dengan menguasai wilayah-wilayah penting di sebelah Asia dan
Eropah. Penguasaan ke atas beberapa kota sebelum kematiannya juga
memberikan gambaran betapa pasukan pimpinan beliau merupakan satu
pasukan yang hebat dengan membawa misi jelas ke pelosok dunia.

PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN


Setelah kematian Osman, kerajaan Uthmaniyyah tidak luntur. Malah
semangat juang mereka sentiasa membara untuk berhadapan dengan
kelompok Byzantine. Semasa era ini, perkembangan kerajaan
Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

i.

Kejayaan penaklukan kota Constantinople (1453) sehinggalah


Sultan Sulaiman al-Qanuni meninggal dunia pada tahun 1566.
ii. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah
kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.
Pembukaan kota Constantinople oleh Muhammad al-Fatih telah
menjadikan kerajaan Uthmaniyyah terus dihormati oleh pihak Barat.
Kekuatan yang ditunjukkan oleh golongan Byzantine berakhir kerana
kota tersebut merupakan antara kota terpenting bagi mereka. Apabila ia
jatuh ke tangan kaum Muslimin, maka ia membawa maksud kekuatan
yang ada pada tentera Islam tidak dapat ditandingi. Oleh sebab itu,
Byzantine tidak mampu bangkit untuk menentang atau merampas
kembali kota Constantinople tersebut. Kota itu telah menjadi jambatan
penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah.
Sebelum Kota Constantinople dapat ditakluk, pihak Uthmaniyyah
telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya
ialah kejayaan dalam peperangan Kosovo pada tahun 1389. Kejayaan
tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah
satu dari kuasa Eropah yang ada. Ia adalah kemenangan yang strategik
bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.
Pada peperangan Nicopolis pada tahun 1396, yang dianggap
sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang
Uthmaniyyah, tidak dapat menyekat kemaraan Uthmaniyyah menguasai
wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Uthmaniyyah telah
berjaya mengawal hampir keseluruhan wilayah Byzantine yang ada di
sekeliling Kota Constantinople. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana
Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di
mana Timur4 telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara 1402,
menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan
sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara,
antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan
perancangan penguasaan ke atas Kota Constantinople mengalami
4

Juga dikenali sebagai Tamerlane, merupakan sebuah kuasa dari sebelah Timur yang
wujud pada abad ke 14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang
dengan Dinasti Mughal.

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

gangguan. Ia dapat dikembalikan semula di bawah pemerintahan Sultan


Murad II yang memimpin Kerajaan Uthmaniyyah (1421-1451).
Apabila Muhammad al-Fateh memimpin Kerajaan Uthmaniyyah,
beliau telah menyusun kembali pentadbiran negara dan aspek
ketenteraan. Cicit kepada Sultan Beyazid I ini akhirnya berjaya
memimpin pasukan Uthmaniyyah menawan Kota Constantinople pada
29 Mei 1453, dalam usia beliau yang masih muda iaitu ketika beliau
berusia 21 tahun.
Kerajaan Uthmaniyyah berjaya menjadi suatu kuasa yang kuat
kerana mereka menguasai laut. Armada mereka cukup cekap dalam
mengendalikan pertahanan laut sehingga menggerunkan musuh-musuh
mereka. Mereka juga membentuk pasukan armada laut sehingga ke Laut
Merah bagi menghalang Portugis yang menguasai perdagangan rempah
ratus di pelabuhan-pelabuhan terkenal.
Pasukan tentera Uthmaniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah
lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui
jalan laut ke Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk
mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I adalah sultan
Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran sultan. Manakala
mulai tahun 1517, Sultan di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut
menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang
diguna bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.
Zaman kegemilangan Uthmaniyyah berterusan di bawah
pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni yang memerintah dari tahun
1520 1566, pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan
Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek
perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni, pembuat
undang-undang. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah
menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Belgrade dan Rhodes.
Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

Mediterranian, Laut Merah dan Teluk Parsi, di mana ini merupakan


laluan strategik para pedagang terdahulu. Ini bermakna Kerajaan
Uthmaniyyah turut mengambil berat tentang keselamatan para
pedagang, dan turut menekankan soal pembangunan ekonomi.
Perkembangan pada zaman yang kedua pula menunjukkan bibitbibit kemunduran. Pada asasnya, pihak Uthmaniyyah pernah berusaha
untuk menawan Vienna di zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, tetapi
tidak berjaya. Kekalahan tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa
berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan
tersebut juga membuka ruang kepada pihak Kristian untuk merencana
tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus
yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome berusaha untuk
membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera
Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar
golongan salib bangun menentang penguasaan Islam dan Kerajaan
Uthmaniyyah tersebut.
Kekalahan pasukan Uthmaniyyah di Vienna pada tahun 1683 telah
melemahkan kerajaan mereka. Mereka juga kehilangan gah sebagai satu
kuasa di Eropah. Kebangkitan semula masyarakat Eropah menentang
Uthmaniyyah telah memberikan tamparan baru kepada mereka. Ini
adalah kesan daripada kelemahan struktur pentadbiran Uthmaniyyah
pasca 1566 (kematian Sulaiman al-Qanuni). Mereka seakan tidak berdaya
untuk mengemudi wilayah jajahan yang semakin luas merentasi Eropah.

ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME


Kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman mendatar sebagai sebahagian
daripada proses kemerosotan yang melanda pemerintahannya. Ia
disebabkan oleh banyak faktor yang menjadikan pengembangan yang
dilakukan oleh Uthmaniyyah menjadi tidak aktif. Antara faktor tersebut
ialah kekalahan mereka untuk menguasai Vienna (1683) dan juga
penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja yang
besar. Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di
Eropah. Antara peperangan yang mereka lalui ialah peperangan
menentang Poland-Lithuania, Rusia dan Autria-Hungary. Peperangan
8

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad, dari


kurun ke 17, 18 hingga kurun ke 19. Ia merupakan konflik yang panjang
dalam sejarah peperangan mereka. Ia pastinya menelan belanja yang
besar untuk menampung pasukan barisan hadapan. Kemenangan yang
didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan
pemerintahannya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.
Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian
yang dikenali sebagai Perjanjian Passarowitz, di mana ia telah
mewujudkan suasana yang aman pada tahun 1718 1730 (selama 12
tahun).5 Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng
pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak
Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar
pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat
dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan
cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam dan bermacam-macam
lagi.
Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem
pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti
Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak
dapat untuk menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di
Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyyah telah tewas
kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke 18.
Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah
dalaman dengan wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah
pemerintahannya. Mereka menghadapi kebangkitan umpamanya dari
Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua negara ini telah dijajah pula oleh
British dan Perancis.
Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negaranegara Balkan seperti Revolusi Serb (1804-1815). Revolusi ini menjadi
5

Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers 1535-1855, UK:
Foreign Office, pp. 67 70; Viorel Panaite (2001), On Ottoman-Polish Diplomatic
Relations, Stvdia Asiatica: International Journal for Asian Studies, issue II, no. 1-2, pp. 189197.

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun


1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang
terhadap Sultan oleh Greek. Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di
bawah Empayar Uthmaniyyah yang dibebaskan.
Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan
Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan.
Satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari
pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi
Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin
ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan
untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc
Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak
British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan Arab
ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu.

ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)


Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan
cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan
penjajahan dari kuasa luar, terutamanya dari kalangan Kristian.
Serangan-serangan itu datang dalam bentuk kuasa sesebuah negara di
Eropah yang mula bangkit untuk menentang penguasaan Uthmaniyyah.
Semasa era ini jugalah pihak Uthmaniyyah banyak terlibat dalam
kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain
dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain
dan juga Rusia. Sebagai contoh, ketika berlaku Perang Crimea6 pada
tahun 1853, Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain
dan Perancis dalam menentang kuasa Rusia.
Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai
Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan.

Perang Crimea telah menyebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai penduduk


yang dikenali sebagai Crimean Tatar. Penduduknya seramai 300,000 di daerah Tauride.
Ia terletak di selatan Rusia. Sejumlah 200,000 telah melarikan diri ke dalam wilayah
empayar Uthmaniyyah. Hari ini masih ada keturunan Crimea ini yang menetap
kebanyakannya di Uzbekistan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

10

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Mereka terus berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam
membangunkan Turki dan membantu di dalam proses modenisasi
pendidikan yang dilakukan pada akhir abad ke 19.
Ketika Uthmaniyyah berada pada zaman melakukan penyusunan
semula dan pembaharuan (tanzimat)7 sekitar tahun 1839-1876, kerajaan
telah melakukan beberapa siri pembaikan kepada undang-undang
negara dan perlembagaan. Ia bermula dengan satu polisi rasmi yang
dikenali sebagai The Imperial Rescript of the Rose Chamber of 1839.8 Ia
merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika
pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga
penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang
lebih sekular. Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. Ia menjadikan
para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk.
Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam
kalangan masyarakat.
Tanzimat mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Ia lebih
merupakan proses untuk menangani kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
yang sedang berjalan secara perlahan dan beransur-ansur. Sempadansempadan wilayah yang mereka kuasai semakin mengecil lantaran
kebangkitan Eropah. Kerajaan Uthmaniyyah juga dilihat sudah tidak gah
berbanding dengan pasukan tentera Eropah. Oleh kerana wilayah
tadbiran mereka begitu luas, mereka tidak dapat menahan dari serangan-

Tanzimat bermaksud era penyusunan semula (reorganization) yang dilakukan oleh


pihak Uthmaniyyah yang bermula dari tahun 1839 sehingga wujudnya Perlembagaan
Pertama (First Consitutional) Uthmaniyyah pada tahun 1876. Ia bagi melindungi
Uthmaniyyah dari gerakan pembebasan berpaksikan bangsa, nasionalis, dan juga
untuk sentiasa berwaspada dengan pihak luar terutama kuasa-kuasa yang ingin
melakukan penjajahan ke atas wilayah mereka. Sewaktu era inilah bermulanya pihak
kerajaan Uthmaniyyah membuka ruang yang lebih dalam mengiktiraf golongan nonMuslim iaitu dengan memberikan mereka hak kebebasan civil liberty dan hak samarata
equality. Dengan cara ini, Kerajaan Uthmaniyyah dapat memanfaatkan golongan nonMuslim dan kaum-kaum minoriti lain untuk turut sama dalam mempertahankan
negara.
Ia merupakan satu polisi rasmi yang memberikan hak samarata dalam kalangan
Muslim dan non-Muslim. Ia bertujuan untuk menyatukan masyarakat yang tinggal di
bawah pemerintahan Uthmaniyyah, di antara Islam dan non-Muslim, Turki dan Greek,
Armenia dan Yahudi, dan Kurdi dan Arab.

11

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

serangan pihak musuh. Kekalahan di dalam beberapa peperangan di


Eropah tersebut, terutama kekalahan di Vienna, telah memberi kesan
kepada proses kejatuhan ini.
Proses tanzimat merangkumi aspek ketenteraan, perbankan dan
mendirikan kilang-kilang moden yang boleh menandingi Eropah.
Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan
samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa
mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini
menghapuskan sistem millet dalam Empayar Uthmaniyyah. Sistem millet
adalah sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang, di mana
setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak,
adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat
yang mereka anggotai. Sistem ini terhapus dengan menjadikan semua
rakyat adalah sama tanpa mengira fahaman mereka. Kerajaan
Uthmaniyyah melihat bahawa penghapusan sistem millet akan
membolehkan mereka mengawal rakyat mereka terutama golongan nonMuslim di Barat.9 Begitu juga mereka berasa yakin dapat melegakan
kuasa Eropah dengan tidak lagi perlu untuk membela golongan nonMuslim kerana pihak Uthmaniyyah telah mengambil pendekatan
proaktif menjamin hak-hak mereka. Tetapi pihak kuasa Eropah
meneruskan kebangkitan mereka dan ini melemahkan kerajaan
Uthmaniyyah.
Jika diteliti, penghapusan sistem millet adalah suatu tindakan yang
pada asasnya boleh diterima kerana suasana pada waktu tersebut
berbeza, di mana gerakan pembebasan dari sebarang cengkaman sedang
berkembang. Tambahan pula dari aspek Islam, ia amat digalakkan untuk
memberi hak sama rata tanpa memilih sesiapa. Itulah yang menjadi
amalan ketika Nabi S.A.W memasuki Madinah dan melakukan
perjanjian dengan penduduk pelbagai kaum di Madinah dengan
memasukkan semua bangsa sebagai satu ummah. Ini menunjukkan
perkara equality ini sebenarnya bukan sesuatu yang pelik di dalam Islam.
Cuma yang menjadi masalah ialah orang yang tidak memahaminya atau
mereka yang cuba menjadi jaguh dengan mengambil ia sebagai contoh
9

Peter F. Sugar (1993), Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804, US: University
of Washington Press, pp. 231-245.

12

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

untuk tujuan dan kepentingan tersendiri. Sehingga di dalam konteks


agama pun, ada yang ingin menyamatarafkan semua agama itu sama; ini
suatu yang tidak betul dan tidak tepat dalam penafsiran equality dan
ummah tersebut.
Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari
tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I,10 dengan harapan
dapat membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap
ke seluruh wilayah di bawah kerajaan Uthmaniyyah melalui institusiinstitusi baru. Antara cetusan baru pihak Uthmaniyyah merangkumi:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

10

Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan


jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840)
Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji
dan penentuan tempoh berkhidmat (1843-1844)
Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara
(1844)
Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model
Perancis
Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah
mengikut model Perancis
Mewujudkan Meclisi Maarifi Umumiye (1845) yang menjadi
dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan
memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)
Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866.
Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri,
pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan
kemajuan perdagangan.

Ia turut didokong oleh mereka yang berpendidikan barat seperti Ali Pasha, Fuad Pasha,
Ahmet Cevdet Pasha dan Medhat Pasha. Mereka ini melihat bahawa institusi-institusi
agama dan ketenteraan yang bersifat tradisional sudah tidak sesuai untuk berdepan
dalam zaman moden pada ketika itu. Pembaharuan yang mereka inginkan adalah lebih
kepada mengambil sistem-sistem yang berjaya dijalankan di Eropah. Pembaharuan itu
termasuklah servis wajib untuk pertahanan (conscription), pendidikan, institusi dan
perundangan, dan pendekatan sistematik bagi menghapuskan rasuah.

13

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

Semasa proses Tanzimat berlangsung, sebenarnya golongan Kristian


yang mendapat manfaat dari segi pendidikan tinggi. Mereka telah
mengatasi golongan Muslim yang menyebabkan berlakunya sedikit rasa
kesedaran di kalangan Muslim tentang apa yang sedang terjadi. Sebagai
contoh, pada tahun 1861, terdapat kira-kira 571 sekolah dasar dan kirakira 94 sekolah peringkat menengah bagi golongan Kristian dengan
jumlah pelajar menjangkau 140 ribu orang. Jumlah ini lebih tinggi
berbanding golongan Muslim yang mendapat pendidikan formal kerana
rata-rata masyarakat Muslim lebih memberikan tumpuan di madrasah
mempelajari Bahasa Arab dan pengajian Islam. Kesan dari pendidikan
formal yang diperolehi oleh golongan Kristian, mereka telah berjaya
menguasai aspek ekonomi. Umpamanya pada tahun 1911, daripada 654
gedung pemborong di Constantinople, 528 dimiliki oleh masyarakat
bukan Islam (Kristian) dari keturunan Greek yang jelas menunjukkan
penguasaan ekonomi semasa masih di bawah pemerintahan
Uthmaniyyah.
Kewujudan Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah merupakan
zaman perubahan dari Kanun-i Esasi yang bermaksud undang-undang
asas kepada sistem perlembagaan yang bersifat monarki (constitutional
monarchy). Ini bermaksud mereka memartabatkan Sultan sebagai ketua
negara yang bertindak berdasarkan parameter yang ditetapkan sama ada
bertulis (codified written), tidak bertulis (uncodified unwritten) ataupun
kedua-duanya. Ia berbeza dengan monarki mutlak (absolute monarchy) di
mana monarki mutlak bertindak sebagai satu-satunya sumber kuasa
politik di dalam sesebuah negara dan tidak terikat dengan sebarang
perlembagaan.
Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh golongan
muda Uthmaniyyah11 pada 23 November 1876 sehingga 13 Februari
11

Young Ottomans atau Golongan Muda Uthmaniyyah, merupakan satu organisasi rahsia
di kalangan intelektual yang dibentuk pada tahun 1865. Ia dipengaruhi oleh pemikirpemikir Barat yang mencetuskan Revolusi Perancis iaitu Monstesquieu dan Rousseau.
Organisasi rahsia ini membentuk konsep Ottomanism yang selari dengan dua pemikir
Perancis tersebut. Mereka mencadangkan pembentukan perlembagaan dan kerajaan
berparlimen. Mereka adalah kumpulan yang tidak puashati dengan birokrasi mutlak
dan ingin mencari jalan ke arah sistem yang lebih mesra dengan mengambil kira
keputusan dibuat secara demokrasi. Salah seorang dari anggota mereka, Namik Kemal,

14

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

1878. Ia tidak melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen


dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat
rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk
berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa yang dibuat
oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berperlembagaan, bukan
sistem perwakilan rakyat.
Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga
kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid
II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak
kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini
terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana
terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka
memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan
Uthmaniyyah menyertai Perang Dunia I.
KESAN TANZIMAT
Pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Uthmaniyyah telah
memberikan kesan kepada perkembangan masyarakat pada waktu
tersebut. Dari aspek pendidikan, ia telah melahirkan tokoh sekular yang
dikenali di Turki dan juga dunia iaitu Mustafa Kamal Atartuk.
Sebahagian menganggap beliau sebagai pemikir dan pemimpin
progresif, namun sebahagian besar umat Islam di luar Turki
menempatkan beliau sebagai pengkhianat kepada sistem khilafah, atau
sistem pemerintahan Islam dengan memperkenalkan sistem sekular.
Mereka turut terpaksa tunduk kepada desakan kuasa Barat yang
menuntut supaya hak diberikan kepada penduduk mereka yang

memperkenalkan konsep vatan [Arab. watan] (fatherland) yakni negara dan konsep
hurriyet [Arab. hurriyat] (freedom) yakni kebebasan. Organisasi ini diisytiharkan haram
pada tahun 1867 dan ahlinya terpaksa hidup dalam buangan. Kegagalan polisi yang
ingin dibawa oleh kumpulan ini dalam usaha menyekat kejatuhan Empayar
Uthmaniyyah telah menyebabkan kelompok intelektual mencari jalan lain. Kemudian
terbentuklah beberapa organisasi, salah satunya Young Turks (Golongan Muda Turki),
di mana mereka telah membawa kerajaan Uthmaniyyah kepada zaman Perlembangaan
Kedua (second constitutional era) dan kemudiannya terlibat dalam Perang Dunia I. Polisi
cadangan mereka berkembang ketika era pemerintahan 3 Pasha.

15

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

beragama Kristian, terutama dari golongan kelas menengah. Ini telah


membuka ruang kepada pengukuhan golongan non-Muslim.
Sedangkan bagi pihak Muslim, ia tidak memberikan sebarang
kelebihan kepada mereka, malah menyebabkan status mereka makin
teruk dihimpit oleh permintaan-permintaan non-Muslim. Ini
menyebabkan wujudnya kumpulan anti-Barat yang dipelopori golongan
muda dan mereka yang sedar terhadap polisi yang tidak
menguntungkan umat Islam. Pembaharuan ini mencapai kemuncak pada
tahun 1876 ketika Perlembagaan Pertama dicetuskan, di mana
perlembagaan itu membataskan kuasa pemerintah autokrat para Sultan
yang harus mengikut kehendak perlembagaan.
Perkara utama yang dimasukkan dalam pembaharuan ini
termasuklah kebebasan agama, menghormati undang-undang, dan
pemerkasaan hak. Ia memberi nafas baru kepada non-Muslim yang
meminta supaya perkara ini diberikan kepada mereka terutama dari
aspek jaminan untuk menjalani kehidupan dengan selamat.12 Kesannya
turut dirasai di wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah, termasuk
Lubnan dan Palestin.
Di
Palestin,
pembaharuan
undang-undang
tanah
telah
membolehkan golongan Yahudi keturunan Rusia membeli tanah di
Palestin dan mendapat hak untuk berhijrah ke tanah tersebut. Ia adalah
sebahagian dari pembaharuan ke atas struktur pemilikan tanah di dalam
Undang-undang Tanah Uthmaniyyah (Ottoman Land Law) 1858.13 Untuk
meningkatkan pendapatan melalui cukai, buat pertama kalinya Kerajaan
Uthmaniyyah meminta supaya masyarakat Arab Palestin untuk
mendaftarkan tanah milik mereka. Oleh kerana kebanyakan golongan
petani fallahin tidak berkemampuan untuk mendaftarkan tanah dan tidak
mempunyai kebolehan membaca, maka golongan ketua kampung
mukhtar mengambil kesempatan dengan mendaftarkan secara kolektif

12

13

Roderic H. Davison (1954), Turkish Attitudes Concerning Christian-Muslim Equality in


the Nineteenth Century, The American Historical Review, Vol. 59, No. 4 (July), pp. 844864.
Raja Shehadeh (1982), The Land Law of Palestine: An Analysis of the Definition of State
Lands, Journal of Palestine Studies, Vol. 11, No. 2 (Winter), pp. 82-99.

16

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

tanah-tanah tersebut di atas nama mereka mengikut kampung masingmasing. Oleh sebab itu ada sebahagian mereka yang tidak amanah,
mengambil kesempatan menjual tanah-tanah tersebut yang mereka
perolehi kepada golongan pendatang Yahudi dan mereka sendiri
memilih untuk berpindah ke tempat baru di Syria atau Turki.
Ini sesuatu yang harus dipelajari terutama dalam konteks negara
kita Malaysia dengan kepelbagaian penduduk yang ada. Pernah pada
satu ketika dahulu, ada pihak-pihak tertentu yang ingin menubuhkan
IFC Interfaith Commision, bagi membantu memperjuangkan tuntutan
non-Muslim dalam beberapa perkara. Namun, IFC tersebut telah ditolak
oleh pihak kerajaan kerana ia dilihat tidak sesuai dan boleh mencetuskan
ketegangan dalam kalangan umat Islam selaku penduduk majoriti di
dalam negara ini. Ia turut mendapat bantahan kuat dari masyarakat,
termasuk jaringan NGO Islam, Allied Coordinating Committee of Islamic
NGOs (ACCIN).
Kini versi yang hampir sama dengan IFC ditubuhkan oleh kabinet
dengan nama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan
Keharmonian di antara Penganut Agama (JKMPKPA), di bawah
penyelaras yang dilantik iaitu Datuk Hjh Illani Isahak. Pihak ACCIN
dijemput untuk menganggotai Jawatankuasa ini. Walaupun pihak
ACCIN menerima untuk menganggotainya, namun masih terdapat
ruang perbincangan yang sedang diteliti dari masa ke semasa supaya
Jawatankuasa ini tidak dilihat sebagai rubber stamp untuk membenarkan
tuntutan-tuntutan non-Muslim yang tidak berpaksikan kepada semangat
perlembagaan. Persatuan Ulama Malaysia dan para cendikiawan Islam
sama ada di IPT atau di institusi-institusi lain perlu mengambil jalan
untuk mewacanakan isu-isu sebegini demi memugar hak-hak yang
seharusnya diperkasa untuk masyarakat Islam.

KEMERDEKAAN ATAS SEMANGAT


PENJAJAHAN ABAD KE 19

NASIONALISME

DAN

Kebangkitan semangat nasionalisme telah melanda banyak negara pada


abad ke 19. Thal ini tidak terkecuali memberi kesan kepada wilayahwilayah yang berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Bilangan
17

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

kumpulan revolusi pejuang politik bertambah dengan banyak, di


samping perjuangan berlandaskan etnik. Ramai di kalangan rakyat Turki
Uthmaniyyah melihat perkara ini dan ingin mendapat kepastian sama
ada ia berpunca daripada polisi negara mereka atau berpunca dari
gerakan luar. Sebahagian melihat bahawa gerakan kebangkitan etnik ini
adalah masalah dalaman tanpa ada kaitan dengan unsur luar dan tidak
berkait dengan polisi pemerintahan. Walaupun era ini ada menunjukkan
kemajuan kepada pihak Uthmaniyyah, tetapi masalah kebangkitan
bangsa yang berlaku ini menyebabkan mereka tidak dapat mentadbir
secara efektif. 14
Pada tahun 1821, Republik Hellenistic (Greece) menjadi wilayah
Balkan pertama yang membubarkan diri dan mengisytiharkan
kemerdekaan dari pihak Uthmaniyyah. Gerakan tanzimat tidak pula
memberi tumpuan kepada negara Balkan lain seperti Serbia yang telah
menjadi wilayah autonomi atau ada yang mengatakan ia sebagai wilayah
semi-merdeka di bawah Uthmaniyyah. Pada tahun 1875, Serbia dan
Montenegoro, dan Wallachia dan Moldavia (kedua-duanya dalam
Romania) telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Empayar tersebut.
Ketiga-tiga wilayah ini telah merdeka secara rasmi setelah peperangan
yang berlaku di antara Kerajaan Uthmaniyyah dan kuasa Kristian
Ortodox di sebelah Timur Eropah. Lebih tepat ia dikenali sebagai RussoTurkish War yang berlangsung pada tahun 1877-1878, di mana pihak
Rusia telah membebaskan negara Balkan tersebut dengan kemerdekaan
rasmi.
Bosnia dan negara Sanjak of Novi Pazar (Montenegro, Serbia and
Kosovo), sebahagiannya dijajah oleh Austria dan Hungary pada tahun
1878. Walaupun tentera Uthmaniyyah berada di Bosnia, namun ia tidak
menghalang dari kemerdekaan negara tersebut pada tahun 1908,
manakala Novi Pazar pada peperangan pertama yang berlaku di Balkan
iaitu pada tahun 1912. Uthmaniyyah menyerahkan Cyprus kepada
British pada tahun 1878.

14

Kemal H. Karpat (1972), The Transformation of the Ottoman State, 1789-1908,


International Journal of Middle East Studies, 3, pp. 243-281.

18

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Gambarajah 2: Sanjak of Novi Pazar.


Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sanjak_of_Novibazar.png

British menjajah Mesir pada tahun 1882, tetapi Mesir dianggap


masih lagi berada di bawah Uthmaniyyah bersama dengan Sudan secara
undang-undang (de jure) tetapi tanpa kuasa sehingga 1914, iaitu ketika
Uthmaniyyah menyertai pasukan bersekutu terlibat di dalam Perang
Dunia I. Wilayah Uthmaniyyah lain di Utara Afrika dijajah oleh Perancis
bermula dengan Algeria (1830), Tunisia (1881) dan penjajahan Itali ke
atas Libya pada 1912.
19

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

Dari sini dapat dilihat bahawa kejatuhan wilayah pemerintahan


Uthmaniyyah satu demi satu telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah
semakin mengecil dan pengaruhnya tidak lagi digeruni oleh Barat. Lebih
memenatkan Uthmaniyyah ialah mereka terpaksa berhadapan dengan
jumlah hutang yang tinggi dari bank-bank di Eropah. Ini telah menjadi
parah apabila mereka perlu menubuhkan badan penyelarasan hutang.
Satu perkara yang menyebabkan mereka masih bertahan pada akhir
abad ke 19 ialah kerana wujudnya kuasa yang ingin mengimbangai
kuasa-kuasa Eropah yang lain. Austria dan Rusia ingin terus menguasai
wilayah-wilayah Uthmaniyyah tetapi mereka sering mendapat halangan
pihak British dalam hal tersebut. Ini kerana British tidak mahu Rusia
mendominasi kawasan Timur Mediterranian sehingga nanti boleh
menjadikan mereka suatu kuasa yang kuat tanpa ada kuasa pengimbang.

AWAL ABAD KE 20: ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN


PEMERINTAHAN
Rentetan dari beberapa peristiwa yang berlaku pada awal abad ke 20,
Kerajaan Uthmaniyyah semakin tertekan.
Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916,
menyaksikan Kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas
wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi). Ketika
perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan
pada 30 Oktober 1918,15 sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang
masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Madinah,
sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.
Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan
Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan
oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu

15

Perjanjian itu dikenali sebagai Armistice of Mudros di mana Uthmaniyyah perlu


menyerahkan wilayah di luar daripada Anatolia dan membenarkan pasukan bersekutu
memasuki laut Bosporus. Perjanjian itu juga memberi hak kepada pasukan bersekutu
untuk menjajah mana-mana wilayah yang bergolak dan dianggap memberikan
ancaman keselamatan.

20

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Perjanjian Sykes-Picot. Ia adalah perjanjian sulit untuk membahagibahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut,
termasuklah Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir McMohan, wakil British
di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab
Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk
beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam
perjanjian rahsia tersebut. Hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain
pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.
Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya
menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau Berjaya
menawannya pada Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan
terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal
yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British
menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada
pemerintahan Uthmaniyyah.16
Kerajaan Islam Uthmaniyyah mula terbubar pada 1 November 1922
apabila ia tidak lagi menjadi negara yang mempunyai sistem
pemerintahan beraja (monarki). Kerajaan tersebut tidak wujud lagi
bermula apabila pertukaran nama dibuat kepada Republik Turki yang
telah diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923. Ia telah
menandakan kejatuhan Uthmaniyyah yang telah memimpin dunia Islam
selama lebih 6 abad.
Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah memberi kesan besar kepada
permasalahan yang berlaku di Timur Tengah pada masa kini.
Catherwood menyatakan: as a result in the twenty first century we live
with the consequences, namely the so called Muslim terrorism, Palestine vs.
Israel, the intifada, the war in Iraq, Saudi petrodollars and even the wars at the
backyard of Europe, in Bosnia and Kosovo. According to him, these all resulted
from the demise of Ottoman Empire.17

16
17

Dov Gavish (2005), A Survey of Palestine under the British Mandate, 1920-1948, hal. 21.
Christopher Catherwood (2006), A Brief History of The Middle East, London: Robinson, p.
154.

21

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

Baxter and Akbarzadeh juga mempunyai pandangan yang sama


tentang perkara ini. Katanya the fall of the Ottoman Empire and the
establishment of a system of distinct nation-states signalled a new phase in
regionally history.18
Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh
digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti
berikut:
i.

Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan


dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka
dengan bank-bank Eropah.19 Sebahagian mengatakan termaterma pinjaman dari bank di Eropah memberikan keistimewaan
kepada Perancis dan Britain, yang mana dua kuasa inilah pula
yang menjadi penganjur hutang kepada Uthmaniyyah.20

ii. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah


termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab
pada tahun 1916. Ia berlaku dengan adanya perbincangan rahsia
di antara kuasa penjajah Barat dengan golongan pemimpin Arab.
Kebangkitan Arab itu berpunca daripada a blend of political
opportunism, nationalist inclinations, financial incentive (which was
provided by the British) and dynastic ambition. 21
iii. Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah
menjadi
plan
strategik
pihak
kuasa
Barat
untuk
memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku
disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah

18

19

20

21

Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the Middle East: The
Root of anti-Americanism, London and New York: Routledge, p. 8.
Douglas A Howard (2001), The History of Turkey, London: Greenwood Publishing
Group, p. 71.
Sila lihat Robert G. Landen (2006), Financial Imperialism and Its Relationship to
Development; the Ottoman Public Debt Administration, 1881 1925, in Camron
Michael Amin, Benjamin C. Fortna & Elizabeth Brown Frierson (eds.), The Modern
Middle East: a Sourcebook for History, New York: Oxford University Press, pp. 584 593;
Murat Birdal (2010), The Political Economy of Ottoman Public Debt: Insolvency and European
Financial Control in the Late Nineteenth Century, UK: Ib Tauris, pp. 1-15.
Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the Middle East, p. 12.

22

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada


tahun 1914.22
iv. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama juga
menjadi penyebab kejatuhan empayar ini. Mungkin mereka
tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan
untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas.
Selepas Uthmaniyyah menandatangai persetujuan pada bulan
Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia
dengan sokongan dari United Kingdom, ia sebenarnya
menambah episod duka buat empayar Uthmaniyyah itu sendiri.
Baxter dan Akbarzadeh menyatakan had the Ottoman elected to
remain neutral in this conflict, regional history might have taken a very
different cause.23
Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti
pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Beliau menjadi sultan kepada
kerajaan Uthmaniyyah di ambang pembubarannya di mana beliau
sempat memerintah selama hampir 17 bulan bermula 19 November 1922
3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah
Republik Turki diisytiharkan dan polisi negara mereka juga telah
berubah kepada mengadaptasi sistem yang lebih terbuka, liberal dan
mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di
dalam pertimbangan sebarang polisi negara.
PENUTUP
Kerajaan Uthmaniyyah pernah berada di posisi hebat dengan menguasai
dunia Timur dan Barat, termasuk juga benua Afrika. Penguasaan mereka
ke atas tiga benua ini menjadikan mereka sebagai kuasa yang dihormati.
Namun, seakan membenarkan teori kitaran Ibn Khaldun, Kerajaan ini
mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa
masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas
tersebut, Uthmaniyyah mengalami zaman kemerosotan. Zaman tersebut
22

23

David Fromkin (1989), A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman Empire and the
Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. pp. 286 288.
Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the Middle East, p. 10.

23

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak


semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan
Uthmaniyyah. Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya
penguasaan empayar Islam ke atas dunia. Cuma pengharapan kita agar
kejatuhan ini adalah sementara, bukan syahid yang tidak boleh bangkit
lagi. Kebangkitan seterusnya perlukan perencanaan. Ia mungkin sahaja
berbeza bentuknya dengan penguasaan ke atas teknologi, perdagangan,
pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting, sejarah ini perlu
diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di
dalam buku.

24

Anda mungkin juga menyukai