Anda di halaman 1dari 7

------------------------ 1----------------KEPERLUAN SOKONGAN EMOSIONAL DALAM KALANGAN ANAK DEWASA YANG

MENJAGA WARGA TUA (Emotional Support Needs In Caring For The Elderly Parents
By The Adult Children)
Khadijah Alavi, Rahim M. Sail, Khairuddin Idris, Asnarulkhadi Abu Samah &
Christine Chan
Ebangi UKM

Pendidikan informal dari segi penjagaan warga tua kepada anak dewasa, warga
tua dan komuniti secara keseluruhannya amat penting dalam meningkatkan
kualiti kehidupan komuniti. Sebaliknya diharapkan kerajaan perlu mengambil
langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti rumah penjagaan
harian untuk warga tua dan rumah penjagaan sementara, terutama untuk
melatih warga tua berdikari dan memberi peluang kepada penjaga berehat
seketika. Secara praktis, kerajaan telah mengaplikasikan bantuan dan sokongan
untuk warga tua dan penjaga mereka di Malaysia. Tetapi kekurangan rumah
penjagaan harian dan rumah penjagaan sementara amat serius dalam jangka
masa 10 tahun akan datang. Polisi ini secara signifikan dapat mengurangkan
beban penjagaan oleh anak dewasa dan kesejahteraan warga tua pula lebih
terjamin dan berkualiti.
--------------- 1-----------------------

--------- 2 ------------PANDANGAN WARGA TUA DI RUMAH WARGA TUA:KAJIAN KES DI BANDARAYA IPOH
DAN JOHOR BAHRU
Shalini Sanmargaraja1 & Seow Ta Wee2
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) Jabatan Bangunan dan Harta
Tanah University of Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM

Kebanyakan responden berpandangan bahawa mereka berpuas hati dengan


fasiliti yang disediakan di lokasi kajian. Kesemua responden mencadangkan
bahawa adalah baik sekiranya semua fasiliti yang disediakan di kawasan kajian
dibaiki dan dilakukan penambaikan untuk menambah bilangan fasiliti yang
disediakan supaya fasiliti-fasiliti ini selaras dengan pertambahan golongan ini di
negara kita. Terdapat juga sebilangan kecil responden menyatakan bahawa
pengurus tidak mengambil berat mengenai keperluan penghuni di rumah warga
tua yang dikelolakan oleh pihak kerajaan. Pengurus lupa akan tanggungjawab
mereka dalam penyediaan fasiliti yang bukan sahaja menjadi kegunaan penghuni
yang uzur tetapi juga menjadi kegunaan semua pihak. Penghuni di rumah warga

tua juga perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti orang normal
dengan bantuan kemudahan sokongan. Bukan semua penghuni berhasrat untuk
terus menghuni di rumah warga tua setelah melihat segala kekurangan dari segi
fasiliti tetapi mereka tidak mempunyai sebarang pilihan lain setelah mereka
dihalau dari rumah anak sendiri. Penghuni rumah warga tua tidak akan
mempunyai tempat untuk mengadu nasib sekiranya pihak kerajaan juga bersikap
acuh tak acuh dalam menangani isu ini. Kita tidak boleh menyisihkan golongan
ini semata-mata kerana penjagaan mereka
memakan perbelanjaan yang besar. Rata-rata penghuni di sini hanya menunggu
masa untuk mengembus nafas terakhir akibat penyakit dan faktor usia

Tiada kajian mengenai layanan yang diberikan dan dinyatakan dengan tepat
melainkan hanya cadangan dari warga emas.
---- 2------

-----3--RISIKO KESUNYIAN DALAM KALANGAN WARGA TUA DI RUMAH SERI KENANGAN


Siti Marziah Zakaria Khadijah Alavi Nasrudin Subhi
Terbitan atas talian: 1 Jun 2013 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan
Manusia, 2013 UKM
Warga tua sangat berisiko untuk mengalami kesunyian kerana kehilangan dan
perubahan hidup yang mereka alami. Jika dahulu mereka memiliki pekerjaan,
anakanak untuk dibesarkan, dan cita-cita untuk dicapai, namun sekarang, semua
itu sudah berubah. Kerjaya yang mereka banggakan sebelum ini sudah
ditinggalkan, anak-anak sudah membesar serta meninggalkan rumah, dan semua
cita-cita telah tercapai atau sudah musnah. Warga tua di rumah penjagaan lebih
tinggi risiko kepada kesunyian kerana
mereka kini berjauhan daripada anak-anak tersayang dan keluarga. Ia lebih
parah jika anak-anak itu mengabaikan mereka dan langsung tidak menunjukkan
keprihatinan. Warga tua perlu dibantu untuk menangani kesunyian supaya
mereka mempunyai kualiti hidup yang baik. Mereka hanya dapat melalui
penuaan yang aktif dan sihat jika gejala kesunyian dapat dikawal. Peranan
membantu perlu dipikul oleh semua ahli masyarakat. Pihak keluarga pastinya
adalah individu utama yang berperanan walaupun mereka telah membuat
keputusan untuk menghantar ibu bapa ke institusi penjagaan. Anak-anak perlu
menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang mereka selagi ibu bapa masih
bernyawa. Ini akan mengurangkan bebanan emosi yang dilalui dan menceriakan
hari-hari yang bersisa. Pihak institusi penjagaan dan pekerja sosial juga perlu
merapati warga tua di institusi. Warga tua hanya ingin bercerita dan ingin
didengar. Mereka sudah mencapai fasa hidup terakhir yang mana tidak banyak
lagi yang diharapkan di dalam hidup mereka. Cukuplah ada yang menunjukkan
kasih sayang dan keprihatinan. Ia mampu mencipta perubahan kepada hidup
warga tua.

------ 4----

AALA RKDATA KASL KLARA D JABATA KBAJKA ASARAKAT JOOR


Abd Rahim bin Mohd Mustiman, Noriani binti Jamal, Tee Chia Leng
3 Mohamed Sharif bin Hj. Mustaf
Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor
rahimgagah@yahoo.com.my, 3 mohamed_sharifutm@yahoo.com

Kekurangan Tenaga pekerja / staf Staf


Menurut Dato Sayed A. Rahman Sayed Mohd 151, JKMM merupakan agensi yan
g
terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang peker
ja
ketika ini. Namun, berdasarkan ulasan daripada En Mohd. Noor b. Abdullah (Ketua
Pejabat Kebajikan Masyarakat Labis) Pn Siti Maya bt. Bakam (Ketua petugas proj
ek
Pemulihan Dalam Komuniti di Pejabat Kebajikan Masyarakat Labis) Cik Tan Pey Pe
y,
(Pegawai Psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Segamat) dan En Sudarman b
in Jawahir selaku pegawai Psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Muar
telah
sebulat suara menyatakan bahawa masalah kekurangan tenaga pekerja atau sta
f
sesungguhnya perlu disusun strategi untuk diatasi memandangkan beban kerja d
an pelbagai aktiviti, program serta perkhidmatan yang kian bertambah dan
menjadi dasar pihak kerjaan dan wakilwakil rakyat dan permintaan
masyarakat umum, penempatan staf pekerja yang tidak seberapa
sesungguhnya tidak cukup untuk
menampung beban kerja yang berat. (sila rujuk lampiran untuk senarai tugas JKM
M). Contohnya, di Pejabat Kebajikan Masyarakat cawangan Labis hanya
terdapat 4
orang pekerja tetap yang perlu mengendalikan semua urusan dalaman dan luara
n di
pejabat tersebut. Manakala hanya terdapat 2 orang pekerja yang bertugas penuh
mengendalikan semua urusan dalam projek Pemulihan komuniti Komuniti termas
uk menjaga dan mengadakan kelas untuk 33 orang kanakkanak golongan
kurang
upaya setiap hari hari bekerja. Di samping itu, kekurangan tenaga pegawai Psikol
ogi
juga akan mengurangkan keberkesanan perkhidmatan JKMM kerana perjumpaan
dengan klien tidak dapat diadakan apabila pegawai Psikologi terpaksa menghadir
i ceramah dan kursus di luar kawasan perkhidmatan.
---- 4 ------- 5----

Journal of Community Health 2011: Vol 17 Number1


32
ORIGINAL ARTICLE PENJAGAAN PESAKIT STROK: ADAKAH IA SATU BEBANAN? APA
YANG PENJAGA PERSEPSIKAN?
STROKE PATIENT CARE: IS IT A BURDEN? WHAT THE CAREGIVERS PERCEIVED?
Fatimang L & Rahmah MA
Department of Community Health,UKM Medical Center
Peratusan yang tinggi bagi beban rendah dalam dapatan kajian ini boleh
dijelaskan kerana beberapa sebab. Secara amnya, kaum wanita telah disosialisasi
dengan peranan jagaan. Oleh itu tugas ini mungkin telah sebati dalam diri dan
kurang membebankan. Antara sebab lain juga adalah kerana kajian dijalankan ke
atas penjaga yang mungkin telah menyesuaikan diri setelah menjaga pesakit
lebih dari 4 bulan. Penjaga utama juga telah mempunyai keupayaan
menggunakan sumbersumber yang boleh diperolehi. Perhatian yang serius perlu
diberi kepada satu pertiga yang mengalami beban jagaan tinggi. Jumlah ini
mungkin kurang kerana penjaga yang telah berputus asa memilih untuk
menempatkan
warga tua di institusi.17 Namun jumlah ini dijangka akan terus bertambah jika
langkah intervensi tidak dilakukan dengan segera dan seterusnya menyumbang
kepada fenomena keruntuhan institusi kekeluargaan di Malaysia.
Menjaga seorang pesakit terlantar lebih memerlukan tugasan yang berat serta
intensif menyebabkan kelesuan fizikal dan emosi.4 Keadaan terlantar dan
bergantung sepenuhnya meletakkan pesakit dalam keadaan berisiko menjadi
mangsa penganiayaan, akibat penjaga yang mengalami kekecewaan, tekanan
dan kelesuan selepas menjaga untuk tempoh lama.19 Usaha mempromosikan
caragaya hidup sihat untuk memastikan warga tua kekal sihat dan boleh terus
bekerja wajar ditingkatkan.
------- 5 -------

------- 6----PENYEDIAAN FASILITI DI RUMAH WARGA TUA: KAJIAN KES DI


BANDARAYA IPOH DAN JOHOR BAHRU
SHALINI A/P SANMARGARAJA
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Faktor yang lain yang menyebabkan anak-anak mengabaikan ibu bapa


mereka sehinggakan sanggup menghantar mereka ke rumah warga tua atau
membiarkan mereka tinggal bersendirian adalah kecacatan, nyanyuk, tidak
bersefahaman antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak
dengan
tugas seharian dan masalah kewangan yang dihadapi.
Tidak sewajarnya kita meletakkan ibu bapa kita di rumah rumah warga tua
kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai
seorang anak. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita
seperti
mana kita memerlukan ibu bapa kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak
harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan
ibu
bapa mereka di rumah kebajikan.
Seumpamanya jika ibu bapa mereka mempunyai bilangan anak yang ramai,
mereka boleh bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka. Anak-anak mereka juga
boleh
menggajikan pembantu rumah untuk menjaga ibu bapa mereka jika mereka
bertugas.
Perkara ini lebih baik daripada menghantar ibu bapa mereka ke rumah warga tua
yang jauh dari pertalian keluarga. Sebenarnya perbelanjaan di rumah warga tua
tiada
bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah.
Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin
disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap kedua ibu
bapa
juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak
kanak. Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis,
suka
mendera sama ada dari segi aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan
kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak bertindak balas dan menyimpan
perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap
kejam
itu.
Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan
kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa setelah mereka uzur dan tidak berupaya

sebagaimana yang dialami oleh anak-anak mereka dahulu. Perasaan dendam


terhadap ibu bapa seharusnya dilupuskan kerana pintu kemaafan itu terletak di
telapak kaki ibu dan ayah. Ada di antara anak-anak yang mendakwa menghantar
ibu
bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna
seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak
masa
berbuat demikian. Tidak kurangnya juga terdapat anak-anak yang menghantar
ibu
bapa ke rumah kebajikan kerana tidak berdaya untuk merawat atau menjaga
mereka
yang sakit. Dengan menghantar ke rumah warga tua, masalah kesihatan ibu
bapa
akan dijaga dengan baik. Sememangnya niat anak-anak adalah baik tetapi
mereka
perlulah menyemak fasiliti yang disediakan untuk warga tua di rumah kebajikan
tersebut.

----- 7 ---Dasar warga emas negara


Kesejahteraan
13. Kesejahteraan dalam konteks dasar ini merangkumi 5 dimensi
utama iaitu dimensi kesihatan (penuaan sihat), sosial (penuaan aktif),
ekonomi (penuaan produktif), kerohanian (penuaan positif) dan
persekitaran (penuaan menyokong). Warga emas akan hidup dengan
sejahtera apabila dapat menikmati keseimbangan dalam kelima-lima
dimensi ini.
--------- 7 ---

----- 8 --PERANAN WANITA MELAYU DALAM PROSES PENJAGAAN IBU BAPA TUA: DILEMA
DAN CABARAN DALAM ERA GLOBALISASI1 ROLES OF MALAY WOMEN IN THE

PROCESS OF CARING FOR ELDERLY PARENTS: DILEMMA AND CHALLENGES IN THE


ERA OF GLOBALISATION1
Khadijah Alavi1* dan Rahim M. Sail2
1Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor
2Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa impak kepada
individu (wanita dan warga tua), keluarga dan komuniti serta pemerintah dan
negara. Menerusi aspek impak terhadap individu (wanita dan warga tua) didapati
bahawa bebanan anak dewasa yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga
ibu bapa semakin ketara. Hal ini terjadi lantaran pengecilan saiz keluarga yang
secara automatiknya mengurangkan bilangan anak-anak yang bertanggungjawab
untuk memelihara ibu bapa mereka (Mason, Sang-Hyop dan Gerard, 2001).
Fenomena ini turut dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku dalam sistem
penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial yang telah membebankan lagi
tanggungjawab penjaga tidak formal. Pengkorporatan dan peningkatan kos
perkhidmatan penjagaan kesihatan telah membawa kepada tempoh rawatan
yang lebih singkat dan peningkatan rawatan pesakit luar. Hal ini secara tidak
langsung telah menggandakan penjagaan warga tua di rumah (Cranswick, 1997).
Brody (1985), Connidis (1983) dan Denton (1997) mendapati 80% hingga 90%
bantuan untuk warga tua berpunca daripada penjagaan tidak formal. Hanya 10%
hingga 20% sumber bantuan untuk warga tua adalah penjagaan yang formal
(komuniti kesihatan, khidmat sosial, dan perkhidmatan berbayar). Penjagaan
tidak formal oleh penjaga dipercayai lebih berkualiti daripada perkhidmatan yang
disediakan oleh penjaga formal kerana ikatan kasih sayang dan rasa
tanggungjawab yang wujud antara warga tua dan penjaga tidak formal mereka.

Anda mungkin juga menyukai