Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN SUKAN

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial
aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita
dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan.
Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat
yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh
membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana
setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang
terlibat.
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada berbagai
kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk
bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala
gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan
dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga
dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang
lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam
membentuk perhubungan global yang baik.
Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM
Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah
rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah
terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan
mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan
tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga
diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan

institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti


sukan yang biasanya kita jalankan.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan
bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan
7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman
pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara
pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan,
jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk
mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan
bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan
7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman
pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara
pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan,
jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk
mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.
Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara. Sukan
berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya :
Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi
pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1%
hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar
pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil
daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut
Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran
antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan
perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi
RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat
menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan
dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan
teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan
modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat
wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif
individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan
perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu
berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas
seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai