Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya


dapatlah saya menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA
MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 5 dapat disempurnakan dengan
sebaiknya.
Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya
ialah ingin membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada
antara guru penyelidik yang masih belum dapat memberi penekanan
sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang betul.
Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat
berguna berkaitan kajian tindakan ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya
hulurkan kepada guru panitia Bahasa Melayu yang selalu membimbing saya
memantapkan lagi proses menyediakan Laporan Kajian Tindakan ini.
Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang
membantu saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya.
Dengan adanya bantuan mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini
dengan jayanya.
Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan
ia sebagai panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan
panduan untuk rakan-rakan seperjuangan saya.

Anda mungkin juga menyukai