Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Pengurus sesebuah organisasi umpama jurumudi sebuah kapal yang sarat


dengan muatan. Dengan menggunakan segala kemahiran dan ilmu pengurusan
jurumudi tadi akan berjaya membawa kapalnya berlabuh dengan selamat di
pelabuhan mengikut jadual. Seterusnya anak-anak kapal dapat berjumpa sanak
keluarga dan dalam masa yang sama muatan tadi dapat digunakan untuk
manafat bersama tanpa mengalami sebarang kerosakan. Sebaliknya jika
jurumudi tadi tidak mempunyai ilmu pelayaran, sudah tentu kapalnya gagal tiba
di pelabuhan di mana ia mungkin karam di lautan dan segala muatan
berkubur di dasar laut.
Pengurus yang berkesan akan dapat mengurus perjalanan organisasinya agar
mencapai matlamat. Dalam masa yang sama semua peranan hendaklah
dimainkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Bila berlaku kematian di
kalangan pekerja, sebagai ketua pengurus mesti menjadi orang pertama
menghantar ucapan takziah. Sebagai pemimpin pengurus mesti adil dalam
membuat penilaian prestasi pekerja . Sebagai liaison pengurus perlu menjaga
perhubungan antara pihak perkerja dengan pihak pengurusan. Sebagai
pemantau pula pengurus perlu mengetahui segala aktiviti yang sedang dan akan
berlaku dalam organisasi. Maklumat yang diperoleh dari pemantauan perlu
disebarkan mengikut saluran yang betul untuk mengurangkan grapevain
sesuai dengan peranannya sebagai penyebar maklumat. Pengurus akan menjadi
jurucakap apabila berurusan dengan pihak luar. Bagi meningkatkan produktiviti,
pengurus mesti berperanan sebagai pengusaha di mana pada setiap masa
memikirkan cara terbaik meningkatkan kualiti di samping mengurangkan kos
serta dapat memuaskan pelanggan. Kemahiran membuat keputusan pula akan
membolehkan pengurus mengatasi sasuatu masalah besar yang timbul seperi
mogok pekerja. Sebagai pengurus gangguan isu kritikal perlu ditangani dengan
segera. Seterusnya pengurus tadi perlulah menggunakan sumber yang ada
dengan semaksima mungkin. Akhir sekali sebagai perunding pengurus perlu dari
semasa ke semasa mewujudkan hubungan dua hala yang harmonis demi
mencapai matlamat bersama.

Cabaran-Cabaran Pengurus Masa Kini dan Masa Depan


Pengurus masa kini menghadapi pelbagai cabaran dan akan terus menghadapi
cabaran pada masa hadapan. Salah satu cabaran yang nyata ialah tentang
bagaimana organisasi akan bersaing dengan jayanya bukan saja dalam pasaran
tempatan atau kebangsaan bahkan juga di pasaran antarabangsa atau 'global'.
Cabaran persaingan antarabangsa telah menyebabkan pengolahan fikiran
pengurus tentang perkara-perkara seperti bagaimana organisasi perlu
distrukturkan dan kerja perlu perlu dibuat dengan lebih berkesan dan cekap.
Pasukan pengurusan sendiri, pengurusan kualiti keseluruhan dan inventori 'justin-time' adalah beberapa contoh yang menunjukkan di mana pengurus sedang
mencari cara-cara yang lebih berkesan bagi membolehkan mereka bersaing di

pasaran antarabangsa.
Bila persaingan dunia menjadi lebih hebat, organisasi-organisasi perlu mengolah
ke arah sumber yang paling bernilai untuk mencari kaedah-kaedah baru
persaingan iaitu manusia. Justeru manusia menjadi sumber paling berharga,
adalah sangat penting untuk seorang pengurus mengetahui bagaimana
memaksimakan sumber tadi supaya organisasinya mempunyai kelebihan
persaingan.
Salah satu lagi cabaran yang dihadapi oleh pengurus adalah untuk menghasilkan
produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Pada masa kini konsep pengurusan
berkualiti keseluruhan (TQM) diamalkan oleh kebanyakan syarikat yang
progresif. Pengurusan berkualiti keseluruhan adalah komitmen keseluruhan
organisasi kepada kemajuan berterusan dan keperluan pelanggan.
Dalam memenuhi keperluan pelanggan, pengurus juga perlu mempertingkatkan
produktiviti dalam organisasinya. Produktiviti merupakan satu pengukuran
perhubungan output (iaitu produk atau perkhidmatan) dengan input (iaitu
manusia, bahan, wang dan maklumat). Pengurus perlu memikirkan atau
mengeluarkan kaedah baru untuk mempertingkatkan produktivi supaya
membolehkan organisasinya bersaing di pasaran antarabangsa. Mengikut Jack
Welch, Pengurus Besar General Electric, " Untuk sesuatu syarikat dan negara,
produktiviti merupakan perkara yang penting untuk 'survival'."
Rangka-kerja Integratif (Integrative framework)
Fleet & Peterson (1994) telah mewujudkan empat model pengurus berdasarkan
kepada pendekatan teoritikal pengurusan. Mengikut penulis-penulis tersebut,
setiap model pengurusan menerangkan sebahagian daripada proses pengurusan
keseluruhan. Empat model ini - Model pengurusan saintifik, Model pengurusan
pentadbiran, Model sumber manusia dan model sistem terbuka akan
membekalkan satu rangka-kerja yang berfaedah kepada pengurus-pengurus
untuk membantu mereka melaksanakan peranan dengan lebih berkesan.
Berdasarkan empat model yang tersebut, satu rangka-kerja integratif telah
dibentuk untuk membantu pengurus memahami perhubungan dan interaksi di
antara model-model tersebut. Rangka-kerja itu dibentuk dalam dua kontinum
( Rajah 5.l). Kontinum mendatar menganjur dari fokus dalaman ke fokus luaran.
Pengurus bergerak di sepanjang kontinum untuk memenuhi keperluan dalaman
organisasi dan keperluan luaran kawasan persekitaran. Fokus dalaman
membantu menstabilkan organisasi iaitu seperti aktiviti penglibatan pekerja
dalam membuat keputusan dan pengurusan maklumat. Fokus luaran membantu
membentuk kelebihan bersaing (competitive advantage ) untuk sesebuah
organisasi itu. Contohnya, seperti pertumbuhan organisasi dan produktiviti.

Kontinum menegak menganjur dari penekanan kecekapan ke penekanan


fleksibiliti. Pengurus bergerak di dalam kontinum ini untuk mewujudkan suatu
organisasi yang cekap atau efisien dan pada waktu yang sama organisasi boleh
mengadaptasi kepada kuasa-kuasa persekitaran. Penekanan kecekapan
membantu pengurus untuk menggunakan sumber dengan sepenuhnya.
Penekanan fleksibiliti membantu pengurus menyesuaikan kepada perubahan.

Dimensi kecekapan merujuk kepada kestabilan dan halatuju sementara dimensi


fleksibiliti merujuk kepada penglibatan pekerja dan innovasi. Dua paksi itu
menggambarkan ketegangan dinamik yang dihadapi oleh seseorang pengurus.
Model Pengurusan Saintifik
Model ini berfokus kepada mengeluarkan produk yang terbaik dengan
menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap. Tujuan utamanya adalah untuk
memenuhi keperluan pelanggan iaitu mengeluarkan produk yang bermutu
dengan kos pengeluaran yang terendah.
Model Pengurusan Pentadbiran
Model ini pula memberi tumpuan kepada operasi dalaman organisasi . Tujuan
utamanya adalah untuk menyediakan prosedur-prosedur pentadbiran yang
efisien dengan mencari kaedah-kaedah yang lebih baik dalam menyelaras dan
memantau tugas organisasi itu. Ini akan menjadikan organisasi lebih stabil.
Model ini dapat memenuhi keperluan pengurus di samping membolehkan
pengurus menilai produktiviti organisasinya . Ini dapat memperbaiki setiap
kelemahan yang timbul.
Model Sumber Manusia
Model ini memberi penekanan kepada fleksibiliti organisasi untuk disesuaikan
dengan perubahan dalaman. Ia memberi fokus kepada manusia di dalam
organisasi itu. Ia bertujuan untuk membina orientasi pasukan dan penglibatan
pekerja di kalangan ahli dalam organisasi. Dengan berbuat demikian, adalah
diharap pekerja-pekerja akan lebih komited kepada organisasi di samping
penyesuaian terhadap perubahan organisasi. Model ini dapat memenuhi
keperluan individu di dalam organisasi. Biasanya organisasi yang menghargai
penglibatan pekerja akan dihormati dan dianggap tempat kerja yang
menyeronokkan.
Model Sistem-Sistem Terbuka.
Model ini memberi penekanan kepada fleksibiliti bagi disesuaikan dengan
perubahan luaran. Ia berfokus kepada penyesuaian terhadap maklum balas dari
kuasa-kuasa luaran secara kreatif dan inovatif. Ia memerlukan aplikasi peranan
'entrepreneruial'. Dengan selalu mencari kaedah-kaedah dan ide-ide yang baru
untuk mengeluarkan produk lama, organisasi akan mengekalkan kedudukan
persaingannya dalam ekonomi antarabangsa. Model ini memenuhi keperluan
pemilik organisasi.

Penutup
Rangka-kerja integratif membantu pengurus memahami keempat-empat model
yang tersebut di atas supaya mereka boleh menjadi lebih berkesan dan cekap.
Walaubagaimanapun, keempat-empat model mempunyai pemikiran yang
bertentangan dan persamaan.
Contohnya, seperti model pengurusan pentadbiran dan model pengurusan
saintifik , kedua-dua menekankan kestabilan dan kecekapan. Model-model

pengurusan manusia dan sistem terbuka pula menekankan kepada fleksibiliti


dan adaptasi. Manakala model-model pengurusan sumber manusia dan
pengurusan pentadbiran menfokus kepada proses dalaman dalam sesuatu
organisasi. Model sistem terbuka dan pengurusan saintifik menfokus kepada
kuasa-kuasa luaran dan kesannya kepada sesuatu organisasi.
Setiap model mempunyai pandangan bertentangan. Contohnya, model sumber
manusia dengan penekanannya kepada orientasi pasukan dan penglibatan
pekerja adalah bertentangan dengan model pengurusan saintifik yang memberi
penekanan kepada kecekapan pekerja dan pemudahan tugas (task
simplification).
Walaubagaimapun, perbezaaan di dalam keempat-empat model tersebut
menggambarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap pengurus semasa
menjalankan tugas mereka. Seorang pengurus yang berkesan akan
menggunakan semua model pengurusan untuk membantu melicinkan perjalanan
tuganya.
Adakah mencukupi untuk seorang pengurus untuk mengetahui model mana
yang di aplikasikan supaya menjadi pengurus yang berkesan? Jawapannya ialah
tidak! Tetapi memahami keempat-empat model ini adalah sangat penting sebab
mereka membekalkan satu rangka-kerja konseptual untuk menolong pengurus
menjadi lebih bertumpu kepada peranannya sebagai pengurus. Pengurus
melaksanakan model-model pengurusan melalui peranan-peranan mereka
sebagai pengurus.