Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Bau,

Rujukan Kami: SMKB/KK/2014/1

Jalan Sebuku,
94000 Bau,
Sarawak.

Tarikh: 2 Januari 2014

...............................................................
Sekolah Menengah Kebangsaan Bau,
Jalan Sebuku,
94000 Bau,
Sarawak.

Tuan / Puan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Kokurikulum & Sukan SMK BAU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan secara rasmi dilantik dan dibertanggungjawab atas
perjalanan dan kegiatan
KELAB/PERSATUAN.............................................................................................................
dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Kelab dan semua ahli kelab demi
memastikan Pergerakan Kelab / Persatuan sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat
penubuhannya.

2.
Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti KOKURIKULUM & SUKAN
sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan
Malaysia.

3.
Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan
menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli semasa menyertai aktiviti-akviti atau
program-program yang dianjurkan oleh kelab di dalam dan di luar kawasan sekolah.

4.
Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang
diberikan ini dengan cekap dan berkesan.

5.

Kesediaan dan kesanggupan tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

......................
( EN TAN KIANG TUANG )
Pengetua
SMK Bau,
.
s.k.

1.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

2.

Penyelaras-penyelaras Kokurikulum

3.

Setiausaha Kokurikulum

4.

Fail Kelab

Anda mungkin juga menyukai