Anda di halaman 1dari 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MENCEGAH JENAYAH MENGISLAH UMMAH


(17 JANUARI 2014 / 15 RABIULAWWAL 1435H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian,
agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT iaitu dengan
membuktikan kita mentaati perintah Allah, mengutamakan ajaran al-Quran dan
sunnah, mudah-mudahan diri kita dekat dengan Allah dan memperolehi keberkatan
hidup yang berkekalan di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah, umat Islam seluruh negara baru saja menyambut hari ulangtahun
kelahiran Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan yang kita cintai. Mudah-mudahan
sambutan yang meriah tersebut akan melonjakkan semangat kita untuk terus
melipatgandakan amalan dan seruan baginda SAW. Mimbar hari ini akan
membincangkan tajuk: MENCEGAH JENAYAH MENGISLAH UMMAH.
Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Kesejahteraan ummah samada dari segi rohani dan jasmani di dunia mahupun di
akhirat merupakan objektif utama agama Islam. Bagi mencapai matlamat ini, mimbar
yang mulia ingin menegaskan bahawa, agama Islam telah menyusun satu sistem yang
lengkap untuk dipatuhi oleh setiap manusia. Sistem ini bermula dari permulaan
kejadian manusia, semasa kehidupannya dan selepas kematiannya. Pada semua
peringkat ini jasad dan roh manusia itu dilengkapi dengan syariat Islam yang jelas lagi
1

teratur. Namun perlu diingat bahawa agama Islam juga telah mengatur kehidupan
manusia kepada yang wajib dan sunat, yang harus dan yang haram. Islam juga
menggariskan hal-hal yang berkaitan dengan dunia dan akhirat, dosa dan pahala serta
penilaian dan pembalasan kepada manusia di atas apa yang dilakukannya. Berdasarkan
kepada sistem kehidupan ini, maka mimbar yang mulia ini menyeru kepada sidang
jemaah dan umat Islam sekalian untuk mematuhi segala peraturan hidup ini
berlandaskan syariat dengan bersama-sama melaksanakan segala tuntutan dan
mencegah segala perbuatan yang menyalahi peraturan kehidupan samada secara zahir
atau batin bagi mencapai matlamat kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Maka bagi mengislahkan ummah ini, sebagai umat Islam yang beriman kita
hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan meletakkan persoalan
mencegah segala kemungkaran ataupun jenayah adalah tanggungjawab bersama.
Inilah masanya, semua umat Islam samada mereka itu dari kalangan mereka yang
berkuasa atau rakyat jelata mesti bangkit atas dasar tanggungjawab untuk
membenteras sebarang kemungkaran yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini
tanpa mengira fahaman dan pengaruh ideologi tertentu kerana ini tanggungjawab kita.
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Barangsiapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka


hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka
hendaklah dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diubah
dengan hatinya (benci dengan hati), dan yang demikian itu adalah selemah-lemah
iman.( Riwayat Muslim)
Muslimin yang Dikasihi Sekalian
Lihatlah, mutakhir ini hampir setiap hari dilaporkan oleh media massa akan pelbagai
gejala kemungkaran dan jenayah melanda masyarakat negara kita. Perlakuan buruk ini
melibatkan semua golongan samada golongan remaja dan dewasa. Di antara beberapa
gejala yang amat membimbangkan kita ialah seperti kes pembunuhan, rompakan
2

pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, kes bersekedudukan sehingga melahirkan


zuriat tanpa nikah, kes dadah, arak, rogol dan sebagainya. Pada pemerhatian mimbar
terdapat kes tersebut melibatkan masyarakat melayu yang beragama Islam yang
berlaku di sekeliling kita. Bayangkanlah, tindakan penjenayah dalam membuat
kerosakan dan kezaliman di negara ini mengakibatkan banyak kerugian termasuklah
harta benda, kehilangan nyawa dan kemusnahan alam sekitar. Dalam hal ini Abu
Hurairah RA telah meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :

Bermaksud: Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang


kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa
ia menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu
sebab mengapa ia dibunuh.(Hadith Riwayat Muslim)
Mimbar yang mulia ini ingin mengatakan bahawa dalam Islam pelakuan jenayah
diklasifikasikan sebagai perbuatan zalim dan kejam. Jenayah-jenayah ini jelas
melanggar syariat dan hukum Allah SWT serta menggugat keselamatan orang lain.
Ingatlah Allah SWT sangat membenci mereka yang melakukan kezaliman. Firman
Allah SWT di dalam Surah Hud ayat 113:

Maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku


zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu,
sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian
(dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Persoalan besar timbul di sini ialah kenapa gejala kemungkaran dan jenayah ini
berlaku?. Adakah ia menggambarkan bahawa agama Islam itu sendiri gagal mendidik
umatnya? atau sikap masyarakat Islam yang lupa tentang syariat Islam dan
tanggungjawab dalam konteks amal makruf dan nahi mungkar untuk membendung
segala jenayah sebagai satu tanggungjawab bersama. Percayalah bahawa isu jenayah
3

merupakan isu yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman. Porak-peranda


kehidupan masyarakat adalah berpunca daripada wujudnya golongan rosak akhlak
yang membelakangkan agama, syariat Islam dan adab dengan mengutamakan hawa
nafsu. Namun, gejala jenayah mungkar tidak dapat diatasi selagi masyarakat
mengamalkan sikap keakuan dengan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan
apa yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, tatacara hidup Islam yang sebenarnya
adalah bersaudara, saling bantu membantu, faham-memahami antara satu sama lain
sebagaimana hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya: Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti
sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.(Hadis
Riwayat Muslim)
Muslimin yang Dikasihi Sekalian
Sebagai umat Islam kita perlu sedar bahawa syariat Islam yang diturunkan oleh Allah
SWT adalah kunci segala kehidupan bagi mengislahkan ummah. Syariat Islam
bertujuan untuk mengatur dan mengawal kehidupan manusia supaya bebas dari
sebarang unsur-unsur kemungkaran dan jenayah yang boleh membawa kepada
kemusnahan. Oleh itu, dalam syariat Islam kedudukan manusia sama sahaja,
perbezaan warna kulit, pangkat dan darjat tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan,
yang salah tetap salah, begitu juga yang benar tetap benar, kerana ianya berpaksikan
kepada keadilan yang nyata. Ketahuilah bahawa syariat itulah sebenarnya agama, yang
meliputi hukum-hakam yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Menegakkan,
melaksanakan dan berusaha ke arahnya adalah tanggungjawab kita semua, bukan
hanya tertanggung ke atas pihak tertentu sahaja. Ingatlah, Islam itu agama kita, bumi
bertuah ini tanah air kita. Tiada gunanya kita menjadi bangsa yang telah merdeka jika
kita gagal dan takut untuk mempertahankan hak dan maruah kita sendiri. Maka,
sanggupkah kita biarkan agama kita terus ternoda, terus dipersenda dan terus
dipermainkan? Siapa lagi yang akan mempertahankan kesucian Islam di tanah air ini
jikalau bukan kita sendiri yang mempertahankannya?.
4

Justeru, sebagai umat Islam kita wajib mendokong tanpa berbelah bagi segala usaha
bagi meletakkan syariat Islam sebagai dasar negara dan pendinding kepada segala
unsur-unsur kemungkaran dan jenayah yang melanda masyarakat ketika ini. Kita juga
hendaklah melakukan penghijrahan minda ke arah menyedari dan menginsafi bahawa
kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad-deen) andalah tanggunjawab bersama.
Sebagai umat Islam kita juga dituntut untuk mengenali agenda penghakis kedaulatan
agama Islam dengan mengenali unsur-unsur yang cuba menghakis kesucian agama
Islam dan sebagainya. Tariklah nafas keimanan dan sedarlah wahai jemaah sebelum
terlambat. Saat ini agama kita sedang diserang, akidah kita sedang digugat, maruah
kita sedang dicabar. Bayangkanlah,apakah lagi keburukan yang akan melanda kita jika
umat islam terus berpecah belah dan tidak bersatu untuk mempertahankannya?.
Bagaimana pula dengan akidah anak-anak kita di masa hadapan?.
Malulah kita kepada Allah SWT jika kita sebagai umat yang ramai gagal
menjalankan tanggungjawab untuk mempertahakan kedaulatan agama kita. Rasulullah
SAW pernah bersabda yang mafhumnya: Sesungguhnya Allah SWT telah
menetapkan beberapa kewajiban, maka janganlah engkau abaikan. Allah SWT juga
telah menentukan peraturan hukum, maka jangan engkau melanggarnya. Allah SWT
juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka jangan engkau melakukannya.
Dan Allah SWT juga ada mendiamkan sesuatu perkara kerana kasih sayangnya
kepada kamu dan bukan kerana lupa, maka janganlah engkau menimbulnimbulkannya . (Riwayat Dar al-Qutni)
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru sidang jemaah dan umat
Islam sekalian, untuk sama-sama kita mengislahkan ummah dengan berpegang kepada
ajaran Islam yang sebenar dengan meletakkan syariat Islam sebagai tirai besi kepada
setiap unsur kemungkaran dan jenayah. Yakinlah bahawa syariat Islam yang adil ini
dapat menjamin kebaikan kepada individu, masyarakat dan negara. Marilah samasama kita mengambil tanggungjawab dalam membenteras segala unsur kemungkaran
yang melanda umat Islam pada hari ini. Ingatlah, jika umat Islam masih leka dan terus
5

dibuai mimpi yang indah tanpa menyedari barah dan virus yang sedang meratah
mangsanya, pasti rosaklah minda, hilanglah jati diri dan terpesongnya persepsi yang
akhirnya akan melenyapkan kuasa dan maruah.
Marilah sama sama kita mengucapkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT
kerana diciptakan dalam keadaan yang cukup sempurna sehingga disebabkan
kesempurnaan ini, martabat kita diangkat. Ingatlah, kesempurnaan ini tidak membawa
apa-apa erti jika kita gagal menggunakan akal dan hati dalam mematuhi segala syariat
Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah alTahrim ayat 6:

Bermaksud: Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikatmalaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan.