Anda di halaman 1dari 4

HARI SUKAN SEKOLAH SAYA

Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan
tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat
persiapan.padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarnawarni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan
berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para
peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan
tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam, tarian dan
sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan
tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan
badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba
lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak
hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para
penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masingmasing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Tun Merah
telah muncul sebagai juara keseluruhan telah terpilih sebagai olahragawan
manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan
piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang
berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah
dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.
PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI:
Kita hendaklah saling bekerjasama antara guru dan murid untuk membuat
persiapan sebelum hari sukan. Selain itu bersukan dapat menjaga kesihatan
kerana bersukan menyihat tubuh badan serta menjadikan otak kita cergas. Di
samping itu, melalui bersukan dapat mengeratkan silaturahim antara guruguru dan murid-murid apabila mereka saling bekerjasama. Seterusnya, melalui
bersukan kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan
mengharumkan nama sekolah.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung nenek di Sabak Bernam,
Selangor. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti
menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu, keluarga saya
mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga sebagai
persediaan jika terpaksa berpindah.
Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan
menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk
kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat. Walau
bagaimanapun saya berasa agak sedih setelah melihat seluruh kampung kami
telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan
surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang
keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian.
Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya berasa
kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang
terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan
beberapa orang kawan sebaya.
Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke
kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang
begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta,
binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.
Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk
kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI:


Kita hendaklah saling bekerjasama antara penduduk kampung untuk
membersihkan kawasan kampung. Selain itu, kita mesti menjaga kebersihan
alam sekitar agar tidak berlaku banjir. Di samping itu, banjir juga dapat
mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung apabila mereka saling
bekerjasama. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa bermurah hati dengan
bersedekah kepada orang lain kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada
tangan yang menerima

Kegunaan Pokok Kelapa


Pokok kelapa tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia kerana tumbuhan ini
hidup dengan suburnya di sepanjang persisiran pantai.Orang-orang kampung
juga suka menanam pokok-pokok kelapa di sekeliling rumah mereka.
Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak
kegunaan.Hampir semua bahagian pokok kelapa mempunyai kegunaannya
sendiri.
Buah kelapa mempunyai isi yang sedap dimakan dan boleh diparut untuk
mendapatkan santannya.Santan kelapa boleh dimasak kari atau dibuat
kuih.Santan juga boleh digoreng untuk mendapatkan minyak. Hampas kelapa
yang tinggal boleh dijadikan makanan binatang ternakan seperti ayam dan itik.
Minyak kelapa boleh digunakan untuk menggoreng makanan atau dibuat sabun.
Sabut buah kelapa boleh dibuat berus,tali dan pengalas kaki. Tempurungnya pula
boleh dibuat tabung duit atau kraftangan.Daun kelapa muda boleh dibuat
kelongsong ketupat. Lidi yang didapati daripada daun kelapa boleh dijadikan
penyapu.
Batang pokok kelapa cukup panjang dan biasanya digunakan untuk membuat titi
di kampung-kampung.Batang itu juga boleh digergaji dan dibelah untuk dijadikan
kayu api.
Mayang kelapa menghasilkan nira yang boleh dijadikan minuman.Nira yang telah
dimasak boleh dibuat gula melaka manakala nira yang telah diperam boleh
dijadikan tuak dan cuka.
Memandangkan pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan, maka tidak
hairanlah kita menggelarnya Pokok Seribu Guna.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI:


Kita hendaklah berdikari dengan menggunakan bahagian-bahagian pokok
kelapa yang sebaguna untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Hasil yang dibuat
boleh menambah pendapatan seseorang.. Selain itu, kita mesti menghargai
alam sekitar agar sentiasa terpelihara. Di samping itu,kita dapat berjimat
cermat dengan menghasilkan barangan daripada pokok kelapa tanpa perlu
membelinya di kedai. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa berusaha gigih
untuk mencapai kejayaan dalam bidang perusahaan daripada pokok kelapa.

Suraya menaiki bas ke hospital.Dia ingin melawat kawannya,Salmi yang terlantar


di hospital kerana kemalangan. Suraya membawa buah tangan semasa melawat
Salmi di hospital.
Ketika sampai di hospital,seorang jururawat sedang memberikan ubat
kepada Salmi.Setelah selesai makan ubat, Salmi bersalaman dengan Suraya.
Salmi mengucapkan terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang
menziarahinya.Kemudian, Suraya menolong mengupas buah epal untuk Salmi.
Tidak lama kemudian,guru serta kawan-kawan lain tiba. Suraya dan Salmi
bersalaman dengan mereka.Salmi menceritakan peristiwa kemalangan yang
menimpanya tempoh hari kepada guru dan rakan-rakannya.Pada hari
kemalangan,sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju oleh seorang
pemuda merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.Guruguru dan rakan-rakan berharap agar Salmi akan cepat sembuh.
Sikap penunggang motosikal yang tidak berhati-hati dan mematuhi
peraturan jalan raya menyebabkan Salmi terlantar di hospital. Doktor yang
merawat Salmi menasihatinya supaya sentiasa makan ubat dan menjaga
kesihatan diri. Salmi dibenarkan pulang setelah berada di hospital selama
seminggu.
Pengalaman berada di hospital tidak akan dapat dilupakannya dan akan
menjadi kenang-kenangan dalam hidupnya.

Pengajaran cerita ini.


Kita patut prihatin seperti Suraya melawat kawannya,Salmi yang terlantar
di hospital kerana kemalangan.Seterusnya,kita perlu murah hati dengan
membawa buah tangan semasa melawat kawan di hospital.Selain itu,kita
hendaklah berbudi bahasa seperti Salmi mengucapkan terima kasih kepada
Suraya kerana datang menziarahinya. Akhir sekali,kita perlu menjaga
keselamatan dengan tidak mencontohi pemuda yang menunggang motosikal
dengan laju lalu merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga
jejantas.