Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATUK ROSNAH

ABDUL RASHID SHRILIN (TIMB. MENTERI KERJA RAYA) SEMPENA


SEMINAR JATI DIRI REMAJA: PERGAULAN BEBAS MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM DAN KESIHATAN.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaiku warahmatullahi wabarakatuh.
Yang berusaha En. Halim Abd. Rahman
Penyelia Ko-kurikulum Pendidikan Daerah Papar
Merangkap Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Papar
Yang berbahagia En. Salleh Eddris
Pengetua SMK Pengalat, Papar
Yang berbahagia Pn. Noorziean Md. Tairuddin
Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Daerah Papar
Guru-guru pemimpim Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Papar,
puan-puan dan adik-adik remaja yang dihormati sekalian.
1.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana


dengan

izin-Nya

kita

dapat

berhimpun

pada

hari

ini

untuk

menjayakan Seminar Jati Diri Remaja: Pergaulan Bebas Menurut


Perspektif Islam dan Sudut Kesihatan. Semoga melalui seminar
seumpama ini, matlamat kita untuk melahirkan remaja Islam
solehah selaku generasi pemimpin masa hadapan Negara melalui
program yang melibatkan puteri-puteri Islam di daerah Papar akan
dapat dicapai, sesuai dengan slogan wawasan 2020 negara kita
iaitu menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.
2.

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah


kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana Seminar Jati Diri Remaja ini
atas usaha melaksanakan program yang bermanfaat bagi adik-adik

remaja daerah Papar ini. Mudah-mudahan kerjasama erat ini akan


berterusan pada masa-masa akan datang sebagai satu wadah
perjuangan melahirkan puteri-puteri Islam yang menepati syariat
agama, sekaligus menjadi kebanggaan dalam mempamerkan jati
diri bangsa dan Negara kita.
3.

Hadirin yang saya hormati,


Dalam proses pembangunan sesebuah masyarakat dan Negara,
setiap aspek penting mestilah tidak boleh dipinggirkan. Pembinaan
sesebuah

masyarakat

adalah

berteraskan

kepada

pembinaan

ummah secara individu dan bersepadu. Pembinaan masyarakat


meliputi keseluruhan tatacara kehidupan sama ada dari sudut
fizikal, mental, moral, kerjasama, saling ingat-memperingati dan
kebertanggungjawaban.

Salah satu asset terpenting yang boleh

menjamin kemajuan sesebuah masyarakat ialah golongan remaja.


Mereka ini perlu digilap dan dibentuk dengan acuan yang terbaik
untuk melahirkan satu model yang ideal dan berkualiti sesuai
dengan cita-cita murni dan aspirasi Negara menuju wawasan
kegemilangan.
4.

Adik-adik remaja yang dikasihi,


Seperti yang kita sedia maklum, alam remaja merupakan satu
tempoh yang datang hanya sekali sepanjang tempoh kehidupan
seseorang manusia. Tempoh tersebut merupakan zaman yang
paling manis, mencabar dan paling kekal dalam ingatan semua
peristiwa dan kenangan yang berlaku pasa zaman remaja banyak
mempengaruhi

kehidupan

remaja

dalam

menempuh

zaman

dewasanya. Oleh itu, janganlah adik-adik remaja mencalitkan


zaman yang indah ini dengan perlakuan dan kenangan yang sia-sia
seperti terlibat dengan gejala sosial yang amat berleluasa akhirakhir ini. Saya secara peribadinya, amat sedih apabila membaca
laporan-laporan berita yang menulis tentang adik-adik remaja
terutamanya gadis-gadis remaja yang terlibat dengan gejala buang
bayi dan gejala lari daripada rumah. Ini adalah suatu permasalahan

yang amat besar yang melanda masyarakat kita, dan amat


merugikan Negara.
5.

Pelbagai

usaha

perlu

dilaksanakan

dalam

memastikan

permasalahan yang melanda remaja negara kita pada hari ini dapat
dibenteras dan dibendung secara bersepadu. Usaha-usaha ini
bukanlah

terletak

sepenuhnya

dibahu

kerajaan

semata-mata,

namun ini merupakan tanggungjawab kita sebagai satu masyarakat


untuk memberikan apa jua sumbangan dalam pelbagai bentuk
sama ada program pendidikan seperti seminar atau aktiviti fizikal
seperti sukan dengan satu tujuan jelas iaitu melahirkan remaja
pewaris Negara yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial.
6.

Akhir kata, suka saya mengingatkan semua adik-adik remaja agar


kita sentiasa beramal dengan pekerti dan akhlak yang mulia dan
menghargai zaman remaja yang hanya datang sekali sahaja.
Marilah kita renungkan dan menghayati hadis Rasulullah s.a.w yang
diwasiatkan untuk golongan remaja yang bermaksud:
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain:
hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit,
kelapangan sebelum sibuk, muda sebelum tua dan kaya
sebelum kamu papa.
Dan kita semua selaku masyarakat iaitu para ibubapa, guru dan ahli
keluarga perlu sama-sama menggalas tanggungjawab untuk
mendidik anak bangsa kita untuk menjadi insan yang Berjaya
didunia dan diakhirat.
Dan sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah kepada Pergerakan Puteri
Islam Malaysia Perhubungan Daerah Papar dan Pejabat Pelajaran
Daerah Papar kerana menyahut seruan kerajaan dalam mendidik
dan melahirkan modal insan yang seimbang berdasarkan acuan kita
sendiri.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan Seminar Jati Diri


Remaja: Pergaulan Bebas Menurut Perspektif Islam dan Sudut Kesihatan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai