Anda di halaman 1dari 3

1.

PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan hebat kerana ayat-ayat yang digunakan
mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain dan mempunyai perkaitan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain. Wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang
melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut dan semua perkara yang melibatkan bahasa ialah
wacana.
Menurut Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985),Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan
sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.
Seseorang penulis yang bijak menggunakan wacana yang baik dan tepat mampu melahirkan
karya Bahasa Melayu yang hebat. Pendengar atau pembaca dapat memahami isi atau hujah yang
ingin disampaikan melalui tulisan ataupun lisan

sekiranya ia mempunyai kesinambungan

antara satu idea dengan satu idea yang lain yang memperlihatkan wacana yang berkesan. Bahasa
adalah alat perhubungan yang paling efektif oleh itu penggunaan kata yang sempurna dan tuntas
baik secara lisan mahu pun tulisan menjadikan bahasa itu gramatis dan difahami. Penggunaan
kata dan wacana dalam ayat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap sebaris
dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Secara umumnya, wacana lisan dan tulisan merupakan dua jenis wacana dalam unit Bahasa.
Wacana lisan terhasil secara lisan melibatkan komunikasi secara langsung antara pendengar dan
penutur. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis melalui media
tulisan melibatkan hubungan antara pembaca dan penulis. wacana ini disampaikan dalam bentuk
bertulis. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.
Menurut Zainol Ismail (2003), berdasarkan kepada bentuk, penulisan dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu berformat dan bebas.Wacana berformat dalam wacana tulisan mesti ditulis
berdasarkan cara yang khusus melibatkan peraturan dan proses penulisan serta merangka
pencerakinan idea bagi mewujudkan kesinambungan. Abdul Jalil Othman (2001) berpendapat,
aspek wacana jika tidak diberi penekanan menyebabkan pelajar menjadi alpa sedangkan
kecekapan wacana menjadikan teks lebih utuh dan bermakna. Jenis penulisan wacana berformat

ialah ucapan, berita, catatan harian, laporan, syarahan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak
rasmi, dialog dan perbahasan.
Menurut Kamarudin Husin (1988) dalam bukunya, Pedagogi Bahasa menyatakan, konsep
wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu
untuk menggariskan penampilan wacana secara kohesif dan koheran.
Sementara itu Sulaiman Masri (1988) berpendapat, konsep wacana boleh terjejas sekiranya
penulisan berformat tidak ditulis mengikut format yang ditentukan. Oleh itu, penulisan berformat
mesti ditulis mengikut cara yang ditetapkan. Hasil penulisan yang baik adalah penulisan yang
mengikut peraturan-peraturan yang dikhususkan dan mengandungi wacana yang mantap.

2.0

KONSEP DAN JENIS-JENIS WACANA BERFORMAT DALAM BAHASA MELAYU

Konsep wacana berformat adalah merangkumi komponen-komponen yang bersepadu seperti:


a)

Mempamerkan penggunaan kata, frasa serta ayat baik dan tepat supaya maklumat dapat

disampaikan secara tersusun dan kohesif.

b)

Wacana berformat mestilah ditulis dengan tepat berdasarkan format penulisan serta

tujuan penulisan tersebut.

c)

Pengenalpasti gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan. Dalam konteks

penulisan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bersesuaian dengan karya yang
ditulis. Gaya bahasa adalah unsur yang perlu wujud dalam penulisan jika aspek keindahan
bahasa ingin diberikan tumpuan dalam penulisan.

d)

Penganalisisan

gaya

bahasa

dan

penggunaannya

secara

koheren

dalam

penulisan.Strukturnya mestilah mengikuti urutan dan logik,untuk membantu pembaca


memahami mesej yang ingin disampaikan.

e)

Penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan dapat melukiskan

fikiran dan perasaan pengarang setepat-tepatnya dan menimbulkan pemahaman kepada pembaca
dengan yang dimaksudkan oleh pengarang

f)

Pembinaan ayat utama serta huraian bagi membina perenggan yang kohensif. Untuk

menghasilkan perenggan yang berkesan perlu ada kesatuan dan pertautan isi dalam penulisan.

g)

Penyusunan isi serta penggunaan penanda wacana bagi menghasikan perenggan yang

kohesif dan koheren. Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan
koherens.

h)

Tatabahasa merupakan asas dalam kecekapan berbahasa yang perlu di ajar secara

terancang agar ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat
dikuasai. Penulisan yang baik harus mempamerkan penggunaan tatabahasa yang baik dan betul.

Anda mungkin juga menyukai