Anda di halaman 1dari 2

GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT

Para Fuqaha sepakat bahawa Zakat diwajibkan ke atas setiap Muslim yang merdeka, yang
memiliki nisbah secara sempurna yang akan berubah setiap tahun dan telah mencapai setahun
ataupun dalam kata erti lain cukup haul. Umat Islam sepakat bahawa Zakat adalah tidak
diwajibkan bagi bukan golongan Muslim. Hal ini dikuatkan oleh sabda Nabi saw: Wajib atas
kaum beriman dalam Zakat buah-buahan atau perkebunan sepersepuluh, jika dicurahi air
sumber atau air hujan. Sementara jika disiram dengan timba, Zakatnya separuh dari
sepersepuluh. Bukan Muslim adalah seorang kafir asli atau pun kafir kerana murtad. Hal ini
kerana Zakat merupakan bahagian dari Islam, sehingga yang kafir tidak dituntut
membayarnya.
Tegasnya, petugas diperintahkan untuk memungut Zakat dari orang-orang yang wajib
membayar Zakat untuk diberikan kepada para fakir. Rasulullah mengharuskan kepada para
wajib Zakat bukan hanya menyerahkan atas keredahan dan kesudian mereka sahaja. Inilah
sebabnya Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq memerangi kaum murtad enggan membayar zakat
dan ini pula sebabnya Abu Bakar memarahi Umar Ibnul Khaththab yang pada mulanya
menentang kebijaksaan Abu Bakar yang menumpas kaum murtad yang enggan membayar itu.

GOLONGAN YANG WAJIB MENERIMA ZAKAT


Golongan yang wajib menerima Zakat terbahagi kepada lapan golongan penerima. Golongan
yang pertama ialah golongan fakir. Al-Quran telah menjadikan kaum fakir sebagai golongan
pertama untuk menerima agihan sedekah yang diwajibkan. Hal ini kerana Zakat memainkan
peranan penting untuk memerangi kemiskinan dan memenuhi keperluan dalam masyarakat
muslim serta menjamin kaum fakir dan keperluan mereka. Secara definisinya, orang fakir
adalah orang yang tidak menemukan separuh kecukupannya. Maka dia lebih besar
keperluannya daripada orang miskin, sehingga Allah mendahulukannya dan Dia tentu
mendahulukan yang lebih penting menuju yang penting. Golongan kedua ini golongan
miskin. Golongan miskin adalah orang yang masih menemukan separuh kecukupannya atau
lebih banyak. Golongan ketiga yang wajib menerima Zakat ialah pengelola dan pengurus
Zakat. Mereka adalah orang yang dilantik oleh Imam atau wakilnya untuk mengumpulkan
zakat dari kaum hartawan. Sesungguhnya al-Quran dan ketetapannya tentang golongan ini
dan menjadikan mereka termasuk lapan golongan yang berhak menerima zakat. Pengelola

zakat diberi agihan zakat yang sebanding dengan tugasnya tanpa kurang atau lebih, dan gaji
tersebut hendaklah sebatas kesejahteraan.
Golongan yang keempat ialah golongan yang perlu disenangkan hatinya atau AlMuallafah Qulubuhum. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan mualaf iaitu mereka
yang baru sahaja memeluk agama Islam, maka mereka diberi zakat untuk mendorong mereka
agar lebih tumpu perhatiannya kepada Islam. Golongan yang kelima ialah Al-Riqab iaitu
hamba sahaja. Menurut al-Quran, riqab membawa maksud hamba laki-laki dan hamba
perempuan. Kata (wa fial-riqab) bererti mengeluarkan zakat untuk pembebasan perhambaan.
Para pakar berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan riqab adalah hamba mukatab,
mereka semestinya mendapat bahagian dari zakat untuk membayar ansurannya. Seterusnya
ialah mereka yang berada dalam golongan al-Gharimun iaitu orang yang terlilit hutang.
Mereka adalah orang yang tertumpuk hutang dan tidak mampu menutupnya. Seseorang
penanggung hutang untuk dirinya sendiri dapat diberi zakat dengan syarat yang dapat
menutupnya tanpa mengambil kecukupannya dengan syarat di dalam berhutang adalah untuk
melakukan ketaatan dan hal untuk mubah.
Golongan ketujuh yang berhak menerima zakat ialah golongan Sabililah yang
bermaksud penjuang di jalan Allah. Ketiga Imam kecuali Imam Ahmad menyatakan bahawa
yang dimaksudkan dengan objek agihan zakat ini adalah para pejuang perang untuk
mengangkat agama Allah. Mereka ini mempunyai bahagian zakat, baik mereka kaum
hartawan mahupun kaum miskin. Dari Ibnu Said, dia berkata: Rasulullah bersabda: Zakat
tidak halal untuk orang kaya kecuali dalam perjuang (perang) atau ada seorang jiran miskin
diberi zakat kemudian dia berikan kepadamu atau mengundangmu. Golongan terakhir yang
layak menerima zakat ialah golongan Ibnu Al-Sabil. Perkataan Ibnu Sabil menurut ulama
Jumhur merupakan kinayah dari seorang musafir yang dari satu negeri ke negeri yang lain.
Para ulama bersepakat bahawa seorang musafir yang meninggalkan tempat tinggalnya boleh
diberi agihan zakat yang dapat membantu untuk mencapai tujuannya, sekalipun dia kaya di
negerinya, sekiranya dia berhadapan dengan kesulitan kewangan kerana melihat kemiskinan
insidentilnya.