Anda di halaman 1dari 56

.

0
PENGENALAN.
1.1
Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih
ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 2025), dinyatakan kepentingan Pemikiran
Kreatif dalam membangunkan potensi individu secara holistik untuk menghasilkan individu
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
1.2
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting antaranya
ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif iaitu kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan
baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Ia dilihat releven dengan aspirasi mata
pelajaran pendidikan seni visual kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang
membolehkan fikiran kreatif berkembang.
1.3
Selain ia dapat mengembangkan kreativiti dan menggalakkan penjanaan idea murid,
ia juga memberi kebebasan dan peluang untuk mereka melakukan percubaan dan eksplorasi
untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Pekara ini dizahirkan menerusi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasikannya dalam pedagogi dan kurikulum mata
pelajaran dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti bermula
seawal pendidikan rendah lagi .
1.4
(Abd Rahim,1999) Kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang
berbeza . Kreativiti mereka juga berbeza maka sangat penting penerapan pengetahuan asas
mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak kanak sebelum didedahkan dengan pelbagai
aktiviti. Aktiviti kreativiti dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan
melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan tanpa bahasa. Ia mampu membantu
memberi rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Tahap kreativiti dapat
dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.
1.5
Kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini
kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiri
dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain
(university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahap
doktor falsafah.
1.6
Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yang
demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori
kreativiti. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda
yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali
sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa.
Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak
masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui
norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai
sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

1.7
Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis ialah suatu konsep pembelajaran yang
bersifat multi dimensi dan inter disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan
difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan school of thought yang berbezabeza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan
kepimpinan.
2.0
PENGERTIAN KREAVITI
2.1
Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud
kemampuan mencipta.Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh pakar: 1. June
King Mc Fee Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi
mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi
yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea
baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu
memberi makna baru.
2.2
E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian,
penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa
mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
2.3
Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya
serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka
berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan
kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.
2.4
Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek
penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada
satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan
tertentu.
2.5
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan
naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka
dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
3.0
CIRI-CIRI KREAVITI.
3.1
Melalui pembacaan saya, penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu:
3.1.1 Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu.
Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang
sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya
tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun,
disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin
mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah
gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad
tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

3.1.2 Berskala dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut
menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang
terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu
idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna
dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang
kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh
dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau
elemen seronok.
3.1.3 Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau
menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka.
Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai
permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia
memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil
kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan
semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang
sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan
membuat hubunganyang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang
sebelum ini belum pernah dilihat.
3.1.4 Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli.
Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau
pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:
a. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri
yang terdahulu.
b. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.
c. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak
dalam mana-mana bidang.
4.0

PENGKAJI TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

4.1

TEORI PIAGET.

4.1.1 Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget
sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak
pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia.
4.1.2 Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan
maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data
itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.
4.1.3 Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
4.1.4 Piaget mengenal pasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi
proses pemikiran individu. Iaitu:

a) Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.


b) Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk
memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati.
c) Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan
orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.
d) Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh
individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.
4.1.5 Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman
dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk
membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini,
penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi
menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan
pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.
4.1.6 Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat
melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan
mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif
di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea
dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.
4.1.7 Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang
perkembangan kognitif sebagai suatu proses dimana anak secara aktif membangun sistem
makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi
mereka. Hal ini bererti bahwa anak-anak mengkontruksi pengetahuan secara berterusan
dengan mengasimilasi dan mengakomodasi informasi-informasi baru.
4.1.8 Melalui aktiviti bentuk dan warna yang kami laksanakan, konsep-konsep Jean Piaget
telah digunakan secara tidak langsung. Contohnya dalam slot pengajaran set induksi kita
boleh menguji pengetahuan sedia ada dengan menggunakan konsep asimilasi dan mengaitkan
persekitaran mereka dengan bentuk dan warna. Contohnya ketika guru bertanya apa benda
yang berbentuk bulat dan murid menjawab bola. Kemudian mengaitkan ilmu baru dan
sekaligus menggunakan konsep akomodasi.
4.1.9 Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan
pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian
terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan,
pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala,
bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya
pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Tiga fenomena ini
dilakukan apabila berlaku proses penaakulan ketika hendak menghasilkan benda yang baru
dari bentuk-bentuk yang telah dihasilkan.

A.
B.
C.
D.

4.1.10 Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari
segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus
ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan
operasi mental.
4.1.11 Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah
melalui empat peringkat konsekutif iaitu:
Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun
4.2.
TEORI EMOSI KANAK-KANAK ERIK ERIKSON.
4.2.1 Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami
perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan
pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia
yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif
yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.
4.2.2 Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat
umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang
dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh,
dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya
pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati.
Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali
berhampiran dengannya.
4.2.3 Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak
berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk
melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanakkanak yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan
sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan
mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa
ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.
4.2.4 Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh
kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus
bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya.
Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi
yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak
tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah
dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.
4.2.5 Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang
wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan
menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan

rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya
dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan
berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering
bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa
rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.
4.2.6 Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak
yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada
dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini,
mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya
persekitaran sosial mereka. Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam
lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih.
Individu ini mula mengenali diri sendiri.
4.2.7 Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui
perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah
berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang
identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan
menghindari perhubungan dengan orang lain.
4.2.8 Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam
lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk
memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati
sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan
menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa
kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri sendiri.
4.2.9 Akhir sekali, dalam peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku
pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke
peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang
berjaya melalui segala krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan
kekecewaan di hari tua.
Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya
adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang
psikologi.
Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang
komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka.
Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau
digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.
4.3.
TEORI E. PAUL TORRANCE.
4.3.1 Teori E. Paul Torrance menjelaskan tujuh perkara yang sangat pentingdi dalam proses
kreativiti seseorang individu. Beliau telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang
membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang

individu. Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses memupuk dan
mengembangkan kreativiti para pelajar. Ianya adalah penyoalan, penemuan, pemerhatian,
percubaan, penerokaan, memanipulasi dan aktiviti/bermain.
4.4
TORI VIGGOTSKY.
4.4.1 Zon perkembangan Proksimal yang diperkenalkan oleh Viggotsky terbahagi kepada
had atas, zon perkembangan proksimal dan had bawah dan dijayakan dengan bantuan
bimbingan org dewasa atau rakan sebaya yang mahir. Guru memberi bimbingan pada set
induksi dan aktiviti kumpulan membolehkan murid yang cerdas membimbing murid kurang
cerdas.
4.4.2 Perancah (Scaffolding) adalah Individu mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan
dan bimbingan yang diberikan adalah minimum. dalam slot pengajaran yang kami sediakan,
selepas set induksi, guru hanya menjadi pemerhati dan murid akan menyelasaikan sendiri
tugasan secara individu dan berkumpulan. Peringkat individu( peribadi) ialah kebolehan
individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial
kepada kefahaman individu.
4.4.3 Menurut Viggotsky, perolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif seorang
hampir dengan teori sciogenesis. Dimensi kesadaran sosial bersifat primer, sedangkan
dimensi individualnya bersifat derivative atau merupakan turunan dan bersifat skunder.
Ertinya, pengetahuan dan pengembangan kognitif individu berasal dari sumber-sumber sosial
di luar dirinya. Hal ini tidak bererti bahwa individu bersikap pasif dalam perkembangan
kognitifnya, tetapi Viggotsky juga menekankan pentingnya peran aktif seseorang dalam
mengkonstruksi pengetahuannya.
4.4.4 Maka teori Viggotsky sebenarnya lebih tepat disebut dengan pendekatan
konstruktivisme. Maksudnya, perkembangan kognitif seseorang disamping ditentukan oleh
individu sendiri secara aktif, juga oleh lingkungan social yang aktif pula.
4.4.5 Pada dasarnya teori-teori Viggotsky berpandukan pada tiga idea utama:
I. Iaitu intelektual berkembang pada saat individu menghadapi pemikiran baru dan sulit
mengaitkan ide-ide tersebut dengan apa yang mereka telah ketahui.
II. Interaksi dengan orang lain memperkaya perkembangan intelektual.
III. Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan pembelajaran kanakkanak.
4.4.6 Sumbangan psikologi kognitif berakar dari teori-teori yang menjelaskan bagaimana
otak bekerja dan bagaimana individu memperoleh dan memproses informasi. Pandangan
yang ditawarkan Viggotsky dan para ahli psikologi kognitif yang lebih mutakhir adalah
penting dalam memahami penggunaan-penggunaan strategi belajar.
4.4.7 Peringkat perkembangan Kognitif Viggotsky juga percaya bahawa teori kognitif
berlaku dalam sosio budaya yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu.
Kebanyakkan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial
dengan ibu bapa, guru, orang dewasa dan rakan sebaya.
5.0

AKTIVITI MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK.

5.1
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan
ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih
awal(Atan Long, 1980).
5.2
Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang
berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan.
5.3
Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan
berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami
perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi
dan kognitif serta bahasa.
5.4
Pembelajaran kanak-kanak kreatif boleh dibantu melalui tiga jenis program:
Pengasingan,
Pemecutan (acceleration)
Pengayaan
5.5
Pengasingan dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan
sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa
mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang
tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
5.6
Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah
mereka untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut.
Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara
kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang
sama. Rancangan ini membantu merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala
masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
5.7
Penggayaan program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan
pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan
seperti lawatan kemuzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek
atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang
sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara bersendirian.
5.8
Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan
didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi.
Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik
ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa
yang sama menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan
kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua
akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan
bunyi yang dilakukan dengan baik.
5.9
Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi
dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. boleh dilakukan untuk
menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu

bapa dan anak. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta
merangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa
mereka.
5.10 Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak di samping
meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri
mereka. Gardner(1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif.
Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik
bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
5.11 Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk
animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang
mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak
mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua
mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan
yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam
pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam
menjayakan sesuatu persembahan.
5.11 Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada
kanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanakkanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam
bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan
untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang
berkesan.
5.12 Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.
Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga
melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan
perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat
membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya
penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan
rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanakkanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
5.13 Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk
belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan
nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan
mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yang
singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi
daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak

balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial,
keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.
5.14 Aktiviti lawatan, Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium
kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Peluang perlu
diwujudkan kepada pelajar meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea
asal pelajar.
5.15 Aktiviti temubual dan perjumpaan bersama tokoh dan idola. Pengalaman ini akan
membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahirankemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi
yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar
yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.
5.16 Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara
berikut:
a. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah
mengalah.
b. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang
diceburi.
c. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap
kecemerlangan.
d. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
e. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi
terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
6.0
KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITI DALAM PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK.
6.1
Kepentingan kreativiti Kreaviti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan
untuk membolehkan murid mengetahui potensi yang tersembunyi serta potensi
kecenderungan diri dalam diri mereka.
6.2
Kepentingan kreaviti kepada kanak-kanak ialah :
a ) menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru.
b) mencerna idea untuk penghasilkan karya atau penulisan tugasan dengan lebih lancar.
c) meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikkan.
6.3
Melalui aktiviti-aktiviti tertentu, mereka boleh merealisasikan imiginasi mereka.
Aktiviti seperti melukis, mewarna , membuat kraf tangan, nyanyian, tarian, membentuk arca
dan sebagainya. Kanak-kanak memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang sangat sempurna
dan teratur. Minda mereka mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti
supaya ia tumbuh dan menjana minda yang positif dan kreatif.
6.4
Berdasarkan teori Viggotsky di atas, maka diperoleh keuntungan jika:
a. anak memperoleh kesempatan yang luas dalam mengembangkan zon perkembangan
proksimalnya atau potensinya melalui belajar dan berkembang.
b. Pembelajaran perlu dikaitkan dengan tingkat perkembangan potensialnya dari pada tingkat

perkembangan aktualnya.
c. Pembelajaran lebih diarahkan pada penggunaan strategi untuk mengembangkan
kemampuan intermentalnya dari pada kemampuan intramentalnya.
d. Kanak-kanak diberi kesempatan yang luas untuk mengintregrasikan pengetahuan deklaratif
yang telah dipelajarinya dengan pengetahuan procedural yang dapata digunakan untuk
melakukan tugas-tugas dan memecahkan masalah.
e. Proses belajar dan pembelajaran tidak sekadar bersifat peralihan tetapi lebih merupakan
konstruksi, yaitu suatu proses mengkonstruksi pengetahuan atau makna baru secara bersamasama di antara semua pihak yang terlibat di dalamnya.
6.5
Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam
di dalam jiwa kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga
generasi akan datang. Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak
belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan
sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya
mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi
menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk
belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi
dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.
6.6
Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di
persekitaran.
Dengan terbentuknya rasa ingin tahu, itu terbitlah pemikiran kreatif dan idea yang pelbagai.
Iniakan memberikan suatu penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan . Pemikiran
sebeginiharuslah terus diamalkan sehingga kanak- kanak meningkat dewasa dan
mewujudkanmasyarakat yang kreatif serta berdaya saing.
6.7
Melafazkan sentiasa rasa bersyukur kepada Tuhan. Rasa bersyukur kepada Tuhan
boleh dipupuk ke dalam jiwa kanak - kanak dengan meneroka alam sekitar mereka . Kanak kanak digalakkan berfikir dengan melihat alam semula jadi dan mereka perlu diberitahu
setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka pada Pencipta.
6.8
Menyediakan kemahiran yang fleksibel yang diperlukan untuk menghadapi masa
depan yang tidak menentu. Negara perlukan individu yang boleh menyesuaikan diri, inovatif,
bolehmenyelesaikan masalah dan berkertampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi
untukmemajukan negara di peringkat antarabangsa. Dengan membangunkan keupayaan
menjadikreatif boleh memperkayakan pengalaman kehidupan mereka .
Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher(1943), menerangkan bahawa
kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai
satu refleksi diri.
7.0

PENUTUP.

7.1
Sebagai seorang guru, kita juga perlu peka dengan kehendak yang diperlukan oleh
pelajar tersebut agar dapat mengcungkil bakat dan kehendak mereka untuk menghasilkan
pemikiran yang kreatif semasa dan selepas pembelajaran.Guru perlu kreatif dan berinovasi
dalam mendekatkan diri dengan pelajar agar mereka dapat mengembang dan mengasah bakat
yang ada dalam diri. Menurut Hassan Langgulung (1991), kreaviti ialah proses yang dilalui
oleh seseorang ketika ia menghadapi suasana di mana ia terlibat, kemudian bergerak balas
sesuai dengan dirinya .
7.2
Kreativiti adalah sebagai satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Tindak balas terhadap rangsangan persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti
sebagai jalan penyelesaian masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih
baik.Kreativiti ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di
mana ia dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita.
7.3
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk
hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial
serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
7.4
Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif perlukan guru
sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan
bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
7.5
Pemikiran kreatif dan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan
suasana mereka dibesarkan. Persekitaran ini memainkan peranan yang penting dalam
membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
8.0 RUJUKAN
Eh Ah Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak . Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa ` dan
Pustaka
Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia (1982). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the West:
An Islamic Perspective,
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia
Abd Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Hashim. ( Prof. Dr) (2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur : Meteor Doc . Sdn Bhd.
Chang, Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi ke Dua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

PENGERTIAN KREATIVITI:
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan
kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang
diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang
diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.
Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;
Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan
kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari
produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat
bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama
kreativiti iaitu kreativiti intuitif dankreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis
kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah
apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan.
Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud
membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.
Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan
mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik
dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya
dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah
diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni
Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;
a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh
dengan perasaan ingin tahu.

b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta
sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.
c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan
kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.
i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman
ii) menikmati kehidupan yang dialami
iii) menghargai diri sendiri
iv) mengamalkan kebebasan
v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran
CIRI-CIRI KREATIVITI:
a) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya
dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
b) Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif
menggunakan deria.
c) Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli
dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa
unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada
biasa.
d) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan
pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan
demokratik.
e) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik
atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.
f) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar
berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat
keputusan.
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI:
a) Perkembangan Kreativiti Fisher
i) Peringkat Rangsangan merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan
kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.

ii) Peringkat Penerokaan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang


pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru
berdasar permasalahan yang timbul.
iii) Peringkat Perancangan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang
dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu;
perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian,
interaksi dan sebagai.
Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan
sebagai.
iv) Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran
kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala
perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana
harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?.
v) Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah
diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif
kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang
telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
b) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;
i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) dalam penjanaan sesuatu idea,
pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan
karya.
ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) proses
pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual
yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan
objektif penghasilan.
iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) bimbingan
penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan
melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai
makna dan nilai tersendiri.
c) Calvin W.Taylor
i) Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini
boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan
dan bebas mengikut kemampuan sesuai dengan perkembangan fizikal yang
belum stabil. Pada peringkat ini gambaran melalui garisan dan contengan
mudah.

ii) Kreativiti melalui penghasilan proses penambahbaikan kemahiran sedia ada


kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun rapi.
iii) Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau
objek melalui proses eksperimentasi. Pada peringkat ini motoivasi dan
galakan diberi untuk mengelakkan rasa bosan dan putus asa.
iv) Kreativiti bersifat inovatif melibatkan pengubahsuaian kepada konsepkonsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.
v) Kreativiti bersifat emergen bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan
prinsip formal diterjemahkan dan muncul dalam bentuk abstrak dan
mudah. Sebagai contoh, figura manusia yang digambarkan tanpa
menitikberatkan bentuk formal dan asalnya.
PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :
Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik
berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni
mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang.
Menurut Hanna (1994), seni membantu dalam;
a) kerjasama dan kasih sayang
b) merancang dan melaksanakan
c) kemahiran berfikir
d) adaptasi dengan orang lain
e) mengembangkan bakat
f) mengambil risiko
g) membuat keputusan
h) harga diri/yakin diri
i) semangat kerjasama
j) kemahiran menyelesaikan masalah
k) perkembangan emosi
l) membina kreativiti
m) disiplin diri
n) menjadi rakyat yang baik
o) menjadi seorang dewasa yang berdikari

p) meluahkan perasaan
Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan
kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu
banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau
maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak.Kadangkala apabila kita melihat lukisan
sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk
dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui:
a) Penyoalan rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
b) Penemuan penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.
c) Pemerhatian tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata
sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai.
d) Percubaan usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan
terus bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan.
e) Penerokaan penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi
pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
f) Memanipulasi menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
dijadikan hasilan seni.
g) Aktiviti/bermain kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui
permainan yang berbentuk akademik.
Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah. Tidak
ramai guru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat
rendah. Hakikatnya Seni bersifat subjektif , dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia
tidak bersifat fakta malahan terdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam
seni dipaksa mengajar seni. Ini memberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak
didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang lukisan yang betul
atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti dan pengalaman seseorang individu
menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni bnayak memberi manfaat kepada para
pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif.
Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui
seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti
sastera dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani
bermain dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan.
James dalam Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan
kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai
tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif
untuk mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam
aspek-aspek tertentu.

Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai gifted child
(individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu
yang gifted kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh
belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan
menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted).
Gifted student mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa.
Pelajar dari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa
diperbaharui. Ini kerana kumpulan pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang
sentiasa baru. Berdasar dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US
manyatakan 5 % hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Selaras dengan
perkembangan teknologi moden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video conference,
semuanya memudahkan seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah.Malahan soalansoalan boleh diajukan melalui panggilan telefon sahaja.
PENGARUH SENI DALAM AKADEMIK
Pendidikan Seni juga dapat membantu pelajar-pelajar yang berisiko. Alkema (1971)
menjelaskan bagaimana seni boleh membantu pelajar yang kekurangan. (OKU). Seni boleh
membantu pelajar berfikir sendiri, ekspresi diri, perkembangan mental dan penemuanpenemuan idea baru, mencari penyelesaian baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas
semula pengalaman-pengalaman masa lalu. Seni membantu individu menyelesaikan konflik
diri.
Menurut satu kajian, pelajar yang mengambil mata pelajaran seni lulus dengan
keputusan 100%. Apa yang menariknya dalam kajian ini pelajar-pelajar yang cenderung
gagal telah lulus dalam mata pelajaran ini. Para pendidik telah berpendapat bahawa apabila
kita menggunakan lebih daripada satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu lisan,
penglihatan dan kinestatik, pengukuhannya adalah jauh lebih baik.
Kesabaran dalam seni mengajar seseorang individu agar sabar, dan terus berusaha
dalam mata pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan memberi
ruang untuk ekspresi diri tetapi perlu juga berdisiplin dan bertanggungjawab. Sebagaimana
yang kita ketahui selain kekuatan yang ada dalam mata pelajaran seni ini, ia juga merupakan
satu mata pelajaran yang adventure atau mencabar dan indah. Justeru, seni perlu kepada
seseorang yang kebal dengan kritikan
John Adams (2000) pernah berkata, seseorang individu itu sering berkonflik dengan
keinginan diri sendiri dan kita semua sering mengaitkannya dengan wang ringgit dan
kehendak. Pada pendapat kita apa-apa yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah
tidak berguna. Tetapi seni merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang patut
dipelajari. Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni di sekolah. Dulu seni hanya
dipelajari oleh golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi kini seni boleh dipelajari oleh
sesiapa sahaja, semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya. Adalah satu kerugian jika
tidak mempelajari seni kerana ianya sesuatu yang cukup bermakna dalam menjalani
kehidupan seharian..

Seni kini boleh dipelajari di sekolah-sekolah menengah dan wajar ianya diwajibkan
sebagai mata pelajaran teras atau utama di sekolah-sekolah menengah. Tetapi ada yang tidak
dapat menerima seni dengan alasan ianya tidak sesuai dan agak lucah. Ini kerana kadangkala
gambar-gambar bogel atau separa bogel sering disalah ertikan. Punca keadaan ini adalah
disebabkan pengetahuan tentang seni terlalu cetek dan mereka tidak lihat seni itu sebagai
sesuatu yang bermakna penuh dengan simbol-simbol atau metafora(perlambangan).
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan
dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni
amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma
menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada
masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni
sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar
lemah)
Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang
kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);
.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art
education: each is important in itself...............
HUBUNGAN SENI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan
afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan
harmonis. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat
KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping
boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur
yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang
indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai
teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar
yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilainilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan
kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat
mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi
yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan
besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat
mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk
satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana
terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.

Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada
disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan
teras kepada pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk
masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak
mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan
negara.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan
pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu.
Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada
kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
seni, budaya dan warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung
kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran
seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana
kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.
Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk
melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu
sendiri. Beliau menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni
tersebut iaitu:
a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu
karya seni
c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni
d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek
e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni
g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan
konstruktif yang membina
Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan
rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun
kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni
hampir menyeluruh, terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah,
susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang

bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah
masyarakat.
MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM EKSPRESI SENI : TEORI MC FEE
Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti
Eisner(1972), Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) dan Efland(1977)
berpendapat bahawa Pendidikan Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta
melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk memahami nilai seni untuk dirinya,
masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara global iaitu mengaitkan seni
dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang terbaik.
(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)
Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan
objektif dalam Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu:
a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta
bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.
b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan makna
dengan nilai.
c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilainilai dan unsur budaya.
d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan
budaya.
Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu
dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman
dahulu lagi. Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada kebudayaan sesuatu
masyarakat melalui penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan
mempunyai makna kebudayaan di dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh kebudayaan
amat ditekankan dalam matlamat kurikulum Mc Fee.
Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau percaya,
kanak-kanak melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu
faktor tetapi disebabkan oleh semua.
Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah
sebahagian dari kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini sebenarnya
memberi kesan kepada pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat
pelajar yang mewakili kebudayaan masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah
sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak dan subculture dilindungi dan
dipertahankan melalui seni tampak.

Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan


kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang
dicadangkan adalah seperti berikut;
a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti
mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.
- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar
mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar
rujukan biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam
kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan terhadap persekitaran dan
alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran
alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna.
Melalui design object ini pelajar menggunakan simbol-simbol untuk
menyampaikan makna dan secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej yang
ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan
terhadap persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka
berdasar kepada pengalaman yang dilalui.
b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampau seseorang
seniman sebagai bahan rujukan.
- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku
di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan
bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan
pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung
menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang
mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.
c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya
yang mengandungi simbol dan makna.
- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan
seniman mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu
kreativiti yang hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni
berperanan untuk mendidik penghayat (masyarakat).
Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi
yang berkesan kepada masyarakat.
Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham
untuk dijalin dan dianyam dengan sebaik mungkin.

d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan


memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual.
- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka.
Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru
terdapat pelbagai cara perlakuan manusia untuk menterjemahkan perasaan dan
emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology of Gesture
telah mengkaji perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan
pernyataan perasaannya di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.
Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup
dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang
difahami dan dihayati bersama dalam kelompok masyarakatnya. Geertz seorang ahli
antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.

Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan


menggunakan simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam
belantara simbol. Kemampuan manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana
pendidikan adalah proses budaya. Bagaimana budaya tercipta?Tentulah melalui seni warisan
bangsanya.
PENUTUP:
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni
tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan
ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan
perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik
hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan
budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin
melalui kegiatan seni ini.
Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan.
Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan
seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan
kepentingan bersama.
Posted by SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF at 8:29 PM 1 comment:

PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI (Strategi &


Pelaksanaan di Malaysia)- BY SITI HAYATI

Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia


hidup dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang

difahami dan dihayati bersama dalam kelompok masyarakatnya. Geertz seorang ahli
antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.

Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan


menggunakan simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam
belantara simbol. Kemampuan manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana
pendidikan adalah proses budaya.
DEFINISI SOSIAL
Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam
masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti.(DBP: ms 1186 ) .Sosiologi pula didefinisikan
sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia
merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden. Secara mudah kita boleh
menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Vander Zanden (1996) dengan ringkas
menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi.
Bagi Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan suatu bidang kajian saintifik mengkaji
masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi
sosial, perkembangan kebudayaan dan jenis-jenisnya.
Menurut Giddens (1993) pula, sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia,
kumpulan-kumpulan dan masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman
bagaimana pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.Waters
(1994) pula menegaskan bahawa perkara yang diperhatikan bidang sosiologi sangat jelas iaitu
fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara manusia.
Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses menyelaraskan
individu-individu tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya dan berfungsi sebagai
makhluk sosial dan anggota masyarakat yang sesuai dengan kebudayaan masyarakatnya.
Zanden (dalam Suharso,1992) mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah proses
interaksi

yang

memberi

peluang

kepada

anggota

masyarakat

mengenai

cara

berfikir,berperanan dan berkelakuan positif. Jelas kepada kita manusia memerlukan hubungan
sosial dengan manusia lain dalam lingkungan kelompok masyarakatnya. Broom (1981)
menyatakan, Manusia memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain.

Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan sebagai pedoman hidup oleh warga


masyarakat dan bersifat tidak mudah berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi yang

lazim bagi penganut sesuatu masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah buatan manusia
dan pasti boleh berubah.
Menurut Bennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi sesuaidigunapakai mengikut
arus perubahan, maka kebudayaan akan diubah, dan disesuaikan agar dapat menepati
keinginan baru.
PENDEKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT:
Yang dimaksudkan dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu
sebagai

suatu

sistem.

Ia

diertikan

sebagaikonsep

yang

digunakan

untuk

menganalisis seterusnya sebagai objek kajian. Dalam konteks ini sosial dipandang sebagai
satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang berfungsi, beroperasi atau bergerak dalam satu
sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem yang sistematik; merujuk kepada
aspek-aspek seperti individu, sosial dan budaya dari kehidupan manusia sebagai sistem sosial
budaya

dan

masyarakat

persekitarannya.

(Parson:1966;

Spindler

1977;Spradley

1972;Suparlan 1985)
Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama
iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial
dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa
serta respon mereka terhadap sesuatu perkara.
Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk sosial dan budaya,
menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk mempertahankan peradapan nilainilai sosial dalam lingkungan masyarakatnya. Melalui proses pendidikan ini setiap individu
dalam masyarakat mengenal, mewarisi dan menghayati segala unsur unsur kebudayaan iaitu
nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan serta teknologi sangat diperlukan dalam sistem sosial
budaya kerana dari situ mereka mempelajari intipati sosial, mempelajari simbol-simbol
budayanya serta menerap nilai murni yang terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk
dijadikan panduan serta pedoman dalam kehidupan seharian sekaligus dalam masyarakat
lingkungannya.
Seni dan sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu
kurikulum integrasi. Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan
dan pengalaman manusia. Seni memberi peluang untuk memahami pengalaman manusia
dengan baik.

Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni


mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat. Sebagai contoh bahan-bahan
dan teknik penghasilan seni yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni boleh memberi
kefahaman tentang faktor geografi, alam sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat.
Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan ahli politik menggunakan unsur seni
untuk menyampaikan mesej dan memupuk sistem kumpulan masyarakat.
Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk menyampaikan sesuatu idea atau
perasaan yang begitu kuat yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Imej juga boleh
menimbulkan semangat patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan. Seni juga boleh
menyampaikan mesej tanpa komunikasi lisan kepada sesuatu masyarakat.
Untuk membolehkan pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu
mengalami sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri
proses yang dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni.
Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu
latarbelakang sosial. Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan
kepercayaan sesuatu masyarakat. Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa, zaman, budaya
dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-bahan yang digunakan, teknik penghasilan seni,
bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada dapatan maklumat tentang latar belakang
sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan agama.
Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat
memberikan kita pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi
masyarakat, memberi mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh;
bagaiman imej digunakan untuk menyebarkan semangat patriotik dan kempen anti
ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan pendekatan sosial di mana ia mengkaji
emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu masyarakat itu. Kesemua elemen
seni ini boleh membantu para ahli sosial memahami pemikiran masyarakat.
Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar
mengalami pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam penghasilan
sesuatu bahan seni. Proses penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar
untuk memahami persoalan seperti kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu
dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada masyarakat. Semua aktiviti seni ada kaitan dengan
budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh sejarah dan geografi. Begitu juga dengan

persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek sosial seperti; siapa mencipta
seni, siapa menggunakan seni, apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana ilmu seni itu boleh
diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama, politik,
ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan
pendekatan sosial.
Dalam

mengintergrasi

seni

dengan

pendekatan

sosial

harus

perlu

ada

keseimbangan. Satu cara intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema yang
berkaitan. Teknik ini adalah sesuai sebagai perkongsian untuk subjek yang mempunyai
matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini, setiap topik dijadikan sebagai bahan
perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan sosial secara bergilir-gilir.
Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan Pendidikan Seni akan
tercapai.
Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni
dengan baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu produk
dari asal usul sejarah dan budaya. Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan
dengan isu semasa ketika itu. Menurut Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat
kombinasi kedua-dua struktur seni dan sosial adalah satu pencapaian kognitif.
Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya
menggunakan simbol sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Pendidikan
merupakan satu proses budaya.
PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan
afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan
harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni
sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland
(ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif),
semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya
masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan
seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM

iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh
menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur
yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya
dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.
Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan
seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta
menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu
melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di
samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang
berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat
semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengancontengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu
perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar
belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan
terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu
pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan
yakin diri dalam kelompok masyarakatnya.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat
mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi
yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan
besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat
mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk

satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana
terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih
sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia
terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan
seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada
disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentangseni
telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alatalat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di
atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan
warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak
tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi
seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat
simbol-simbol yang mudah dan ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya.
Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa
kita sedari.Kajian ini dibuat oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education Through
Art.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan
teras kepada pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk
masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak
mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan
negara. Tanpa kesan estetika kesenian mungkin boleh membawa penyakit yang menjurus
kepada wabak sosial yang memudaratkan.
Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait rapat dengan
aspek penghayatan estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman
agama dan segala aspek yang bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh
diubati.Memahami makna estetika dalam seni itu sendiri cukup mendalam, keindahan yang
mutlak dan hakiki. Penghayatan terhadap seni yang mendalam dan diamalkan dalam
penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran Tuhan juga menuntut kita
merenung jauh tentang setiap kejadian itu.

Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan
insan, pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan kehidupan
seharian. Seni bukan semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika adalah untuk
mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT.
Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik
masyarakat.
Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu
proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas
kegiatan seni yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu:
a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan
b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan
c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan
d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan
Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individuseterusnya masyarakat
sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti
dan inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap
penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar
sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada
peringkat ini sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni,
maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.
Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana
pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam
proses pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang
tidak menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan
Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh
guru akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut.
Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat kerana masyarakatMalaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan
kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan

tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun
dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin
terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan
semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara.
Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri
kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan
budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan
sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan
warisannya. Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan
estetika dan kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan
pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu.
Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada
kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
seni, budaya dan warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung
kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran
seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana
kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.
Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka
meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di
bawah sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia
sebenarnya.
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu
dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting
dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi
persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada
masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni

sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar
lemah)
Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang
kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);
.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental
importance in art education: each is important in itself...............
Peranan kita sebagai ahli masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati
tetapi juga memiliki. Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati karya
seni, mereka juga perlu diajar untuk melihat lebih mendalam, memahami, mempelajari,
menghayati dan mengetahui proses sesuatu produk yang dihasilkan. Di samping cuba
memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni tersebut iaitu nilai estetika yang tersirat
ataupun tersurat.
Proses memahami dan menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni Visual di mana
konsep-konsep Asas Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Kraf, Sejarah
Seni Visual menjadi sebahagian dari intipati Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan
Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak bersunguh-sungguh berdasar respon masyarakat
yang menganggap mata pelajaran ini terbelakang berbanding mata pelajaran lain.
Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in accordance with the
National Education Philosophy which has as its core the concept of life long education
towards the developement of a morally upright person who is intellectually,
spritually,emotionally and physically intergrated..............
PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI
Seni mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap produk yang
dihasilkan akan diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta mempunyai nilai
estetika yang sangat tinggi. Hubungan rapat antara seni dan masyarakat dijalinkan melalui
jaringan kasih dari simbol dan makna yang diterjemah oleh seniman.
Menurut Muliyadi

Mahamood:

....................... seni

mempunyai

hubungan

dengan

masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni kita
perlu terlebih dahulu memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan

masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta samasama penting dalam mengenengahkan perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar
untuk dipisahkan.......
Pendidikan Seni dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Satu daripadanya ialah dalam
kontaks sosial. Seni tidak bermakna apabila tiada pemerhati ataupun penghayatnya kerana
seni dipengaruhi oleh persekitaran. Seni menjadi jambatan yang menghubung antara individu
dan masyarakat. Ia menghubungkan sesama manusia dan tempat serta bagaimana manusia
bergantung sesama mereka. Antara aspek sosial yang terlibat ialah kumpulan keluarga,
komuniti,kumpulan umur, fenomena kelas, kaum dan etnik, agama serta jantina dan baka.
Semua elemen tersebut menyumbang ke arah pembangunan sosial.
Keluarga merupakan insttusi sosial yang penting walaupun kini ia tidak berperanan
sebagai institusi menghasilkan produk seni. Malahan ada menyatakan masyarakat Melayu
tidak lagi menjadi pencipta sebaliknya hanya sebagai pengguna. Warisan menghasilkan
produk semakin terhapus. Sewajarnya melalui Pendidikan Seni inilah warisan seni budaya
harus dikekalkan dan tidak pupus seperti dalam kraftangan. Umpamanya seni anyaman
mengkuang, seni anyaman kelarai,seni tekat, tembikar dan lain-lain. Boleh dikatakan
kepentingan barangan kraf tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Ini disebabkan faktor
perkembangan ekonomi industri di mana untuk mendapatkan sesuatu barangan kraf misalnya,
boleh di dapati dengan mudah dan cepat.
Begitu juga pendapat masyarakat terhadap kefahaman kraf dan makna apresiasi serta
kritikan dalam pengajaran kraf. Kewujudan kraf tangan di negara ini amat hebat dan
mempunyai kepentingan. Ia dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa Melayu, kaya
dengan falsafah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi bahkan dikagumi oleh para sarjana
Barat. Terdapat pelbagai barangan kraf dalam masyarakat kita, cuma fungsinya sahaja
berbeza mengikut kaum dan etnik.
Perkembangan kraf tradisional amat pesat membangun pada suatu ketika dahulu di
zaman awal ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya mempunyai nilai dan jati diri
masyarakat Melayu. Ini disebabkan suasana sosial yang diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain. Memang tidak dinafikan sesebuah keluarga pada ketika itu memiliki
kepakaran dalam sesuatu bidang dan akan diturunkan ilmu tersebut kepada setiap anggotanya
untuk diwarisi.

Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan
banyak lagi barangan kraf yang lain diperturunkan ilmu berdasar keperluan dan kehendak
masyarakat pada ketika itu dan bukan paksaan. Justeru ia melahirkan pandai tukang dan
diteruskan kemahiran dan pengetahuan tersebut kepada generasi berikutnya. Industri
pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun temurun sebagai mata pencarian dan
hanya berfungsi untuk kegunaan harian kini telah berubah menjadi produk komersial.
Perusahaan labu sayong yang menerapkan nilai kesabaran semasa menghasilkan juga
mementing nilai estetika dalam kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah teknologi
moden digunakan.
Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni bidang kraf masih mendapat
perhatian kerana ia memberi peluang kepada pelajar mempelajari hubungan antara bentuk,
fungsi dan media. Ini perlu supaya masyarakat sekeliling tahu tentang keistimewaan produk
seni dengan nilai falsafah yang dibawanya,kerana barangan kraf mahupun produk seni yang
lain mempunyai nilai falafahnya yang tersendiri. Untuk mencapai kebolehan masyarakat
menginterpretasikan makna melalui simbol-simbol, masyarakat kita perlu mempunyai rasa
penghayatan.
Contoh lain seperti dalam seni kraf tradisi keris, keunikan pembuatan keris terletak
pada hulu , sarung dan bilah mata kerisnya. Keris amat sinonim dengan masyarakat Melayu
dan penggunaannya dianggap satu keperluan bagi kaum lelaki untuk menunjukkan kehebatan
mereka. Kini seni warisan yang menjadi tunggak dan pusaka warisan yang dibanggakan telah
hilang ditelan zaman. Bahkan berjalan membawa keris tanpa kebenaran dari pihak berkuasa
juga dilarang dan menyalahi undang-undang.
Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka. Kanakkanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada
cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang
menampakkan imej dan ekspresi individu sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka
belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.
Masyarakat Orang Asli misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir dengan
kehidupan mereka. Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di mana mereka
menghasilkan bakul untuk mengisi buah-buahan, anyaman tikar sebagai alas lantai dan
sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan keindahan hutan yang merupakan
gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok dan melihat air hujan
turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan persekitaran, alam dan masyarakat

setempat. Secara tidak langsung menunjukkan seni adalah jambatan untuk menghubungkan
kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Mereka kenal budaya sosial keturunan
nenek moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Contoh Gambar 1: Karya pelajar yang mengambil alam persekitaran sebagai tema utama,
di mana hutan menjadi gelanggang permainan mereka.
Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut peringkat umur kerana pembelajaran adalah
sepanjang hayat. Pendidikan Seni dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari kanakkanak sehinggalah dewasa. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan menghargai
seni, maka aktiviti seni boleh dilakukan secara santai. Selain mengisi masa lapang, dapat juga
meningkatkan kemahiran. Sebagai contoh dalam aktiviti melukis, seseorang dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya menjadikan bidang seni ini sebagai
kerjaya

untuk

menambah

pandapatan.

Di

samping

itu

dapat

memupuk sikap

berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Apatah lagi Pendidikan


Seni menjurus kepada fungsi konstektual dan esensial untuk mendapat masyarakat yang
seimbang budayanya tanpa mengenepikan warisan pusaka mereka.
Tema juga memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Seni kerana ia mempunyai
kaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Ia turut dipengaruhi oleh ideologi
kepelbagaian budaya di mana setiap kaum dan etnik mempunyai keseniannya yang tersendiri.
Dalam masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang.
Justeru dalam acara peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian dari

upacara tersebut. Begitu juga sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh dihulurkan sebagai
salam sejahtera dari tuan rumah. Dua unsur penting ini begitu sinonim dengan budaya
masyarakat Melayu. Apa sahaja upacara yang berlangsung pastinya sireh pinang menjadi
elemen penting. Ianya berperanan utama sejak zaman dahulu lagi apabila disediakan sama
ada dalam upacara perkahwinan, upacara menyambut bayi, majlis melenggang perut dan
banyak lagi. Daun sireh yang bertemu urat sahaja yang akan dipilih untuk perubatandan
sebagainya.
Ia menjadi falsafah ketuanan Melayu, kekuatan jiwa, penyeri majlis dan simbol ikatan
kasih sayang serta mengembalikan roh dan jiwa kepada pesakit dalam setiap fungsi yang
diungkapkan tadi.
Melihat kepada keunikan dan kepentingan daun sireh serta buah pinang ini, terdapat
pelukis menjadikan dua elemen ini sebagai subject matter dalam penghasilan karya mereka.
Realitinya apabila melihatkan sesuatu imej, kita dapat menghayati nilai-nilai dalam
kandungan karya tersebut dan inilah yang mendekatkan hubungan dengan masyarakat
melalui mesej yang disampaikan. Secara tidak langsung pengaruh kebudayaan mempengaruhi
seni. Begitu juga dengan lain-lain masyarakat di luar sana mempunyai kepercayaan dan
budaya yang pelbagai yang diwarisi turun temurun. Cuma apabila arus kemodenan datang,
budaya sesuatu kaum atau etnik semakin dipinggirkan.

Contoh

Gambar

2:

Karya

pelajar

yang

menunjukkan

sayang menggunakan simbol daun sireh yang membawa makna tersebut.

tema

kasih

Mencipta karya seni adalah untuk dihayati masyarakat. Pelukis akan sentiasa berusaha
untuk menyampaikan mesej dalam pengkaryaan. Ini selaras dengan Feldman(1981) yang seni
berfungsi untuk masyarakat. Ia masih berperanan untuk menyampaikan aspek-aspek
kehidupan dalam masyarakat. Justeru masyarakat terutama golongan artist harus sentiasa
menerapkan mesej dalam penghasilan karya mereka. Ini kerana secara tidak langsung
membentuk tingkah laku untuk menghayati dan menghargai budaya mereka sendiri.
Menurut pandangan Syed Ahmad Jamal; Pada asasnya seni ialah sesuatu bentuk
pengantara yang diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya gambaran. Kalau
dilihat kesan ekspresionisme yang utama ialah nilai-nilai emosi dan mistik melahirkan
perasaan dan deria, sebagai suatu bentuk pengantaraan yang menyampaikan perasaan yang
tegas.
Jelas di sini seni dan masyarakat saling memerlukan dan tidak akan berkembang baik
tanpa salah satu daripadanya. Melalui karya seni yang melambangkan budaya sesuatu
masyarakat diharapkan dapat mendekatkan diri kepada nilai kesopanan dan jati diri
masyakarat Melayu khususnya melalui karya Anita, Bertemu Kasih.
Perkembangan dalam masyarakat juga menjadi faktor terhadap perkembangan seni.
Masyarakat yang tinggal di bandar lebih terdedah dan mudah menerima perkembangan seni
berbanding masyarakat desa. Seni juga bertindak untuk menyuburkan perkembangan fizikal,
emosi, jasmani, intelektual seseorang kanak-kanak atau remaja. Joseph Chiari (1997) dalam
Art and Knowledge menjelaskan bahawa pengetahuan dan pendidikan seni membantu
seseorang untuk mengenali persekitaran.
Sebagaimana dalam kandungan kurikulum Mc Fee (1970) yang menekankan kepada simbol
sebagai mesej yang ingin disampaikan, pelajar dilatih untuk mengkaji dan membanding
makna dan melalui elemen-elemen yang digubah inilah terbentuknya komunikasi antara
pelajar dan masyarakat persekitarannya. Bahkan perspektif pemikiran mereka dipengaruhi
oleh budaya sosial yang didukung turun temurun.Sebagai contoh dalam kesenian tradisi
Melayu melihat motif pucuk rebung dalam pelbagai maksud.
Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang dilahirkan akan
mendukung makna. Pucuk rebung tadi amat sinonim dengan kepercayaan apabila ingin
mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan masalah apabila dewasa kelak.
Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila menjadi

buluh. Secara tidak langsung mesej bertujuan dapat mengelakkan gejala sosial yang kian
menular.

Contoh Gambar 3: Karya pelajar yang menunjukkan tema melentur buluh biar dari
rebung. Pokok buluh membawa pelbagai makna mengikut kepercayaan masing-masing.
Masyarakat orang Asli juga sangat percaya kepada semangat buluh. Kebanyakan rumah
masyarakat Orang Asli diperbuat daripada buluh. Ini bertujuan untuk kemudahan
mengadakan tarian sewang apabila menyambut sesuatu upacara. Mereka juga percaya buluh
mempunyai roh dan diletakkan di dalam rumah apabila melakukan perubatan tradisional.
Melalui spritual buluh ini yang akan melindungi orang yang sedang berubat tadi.
Bagi masyarakat orang Cina pula meletakkan pokok anak buluh sebagai lambang
kesejahteraan. Kebanyakan rumah masyarakat orang Cina mempunyai anak pokok buluh ini
sebagai tanda kesejahteraan mereka dipelihara. Jelas kepada kita design objek yang
digunakan adalah sama iaitu buluh tetapi diberi makna yang berbeza oleh masyarakat orang
Melayu, orang Cina dan juga orang Asli.
Begitu juga dengan permainan wayang kulit Kelantan yang semakin dilupakan padahal ianya
telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Kelantan. Tema yang disampaikan melalui
persembahan wayang kulit dengan watak pahlawan, pemerintah dan balasan atas segala
perbuatan membawa gambaran pada realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu, di mana
perlu taat pada pemerintah, sentiasa bersikap baik dan menghormati sesama manusia. Secara
tidak langsung ia membentuk tingkahlaku yang positif supaya sentiasa berbuat baik semasa

hayatnya. Matlamat untuk meneroka makna kebudayaan di dalam objek-objek yang diolah
jelas menunjukkan bahawa manusia dan kehidupan sosial tidak dapat dipisahkan.
Masyarakat kita tidak mempunyai pengetahuan tentang ini dan menyebabkan mereka
tidak pernah meletakkan kepentingan bahawa simbol dan lambang yang terdapat pada
sesuatu karya itu mempunyai makna. Mereka hanya menganggap ia sebagai hiasan untuk
menampakkan keindahan luaran semata-mata.
Sepatutnya peranan kita sebagai ahli masyarakat bukan sebagai pemerhati sahaja
tetapi juga memiliki. Apabila kita memiliki, kita melihat karya seni secara mendalam dan
mengkritik apa juga isu yang dipamerkan secara simbolik.
Justeru peranan guru Pendidikan Seni di sekolah perlu dipertingkatkan. Bukan setakat
mengajar bahkan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan.
Pelajar perlu memahami akan fungsi karya seni berkenaan. Menurut pandangan ahli falsafah
dan sejarawan Hauser; A work or art is a challenge; we do not explain it, but we adjust
ourselves to it.
Seorang pelukis terkenal, Awang Damit mengilhamkan idea karya beliau melalui pengalaman
kehidupan sosialnya. Beliau gemar menjadikan nostalgia zaman silamnya sebagai tema
utama. Menggarap pengalaman hidup beliau yang pernah melalui penderitaan untuk dikongsi
bersama penghayat seni. Ia dilakukan dalam bentuk simbol dan makna. Melalui karya beliau,
Intipati Budaya 1 (1985),EOC Sira dan asam Jawa (1989) serta Intipati Budaya lV (1986),
beliau mengolah tema yang mencerminkan latar belakang dirinya sebagai anak petani dan
nelayan supaya dapat dihayati maksud yang tersirat dan tersurat. Bahkan turut mempamerkan
cerminan ciri-ciri budaya tradisi serta alam semulajadi sekitar kehidupannya.
Menghayati karya-karya pelukis tanahair yang terkenal, membuat kita kembali mengingati
agar kesenian Melayu ini wajar dipertahankan. Itulah antara mesej yang ingin disampaikan
pada penghayat seni dalam konteks pendekatan sosial yang melingkungi budaya dan
masyarakat pendukungnya. Sebagai penggiat seni, sudah pasti ada cara untuk memartabatkan
kembali seni warisan ini. Supaya generasi hari ini dan generasi seterusnya mampu
menghayati keindahan seni warisan bangsa Melayu.
Di Malaysia, faktor agama tidak dapat dipisahkan dengan pendidikan. Penerapan nilai-nilai
murni adalah salah satu daripada bukti pertalian yang wujud. Setiap ajaran agama
menekankan kepada kebaikan dibalas dengan kebaikan dan budaya menghormati sesama
manusia diberi penekanan dalam mendidik anak-anak. Cara menghormati orang tua juga

mengikut kepercayaan dan budaya, ada yang tunduk apabila meminta laluan, ada yang tangan
diletakkan di dada dan pelbagai gaya mengikut etnik masing-masing. Walaupun terdapat
perbezaan budaya tapi nilai positif yang ditekankan adalah samauntuk membangunkan sosial
masyarakat sesuatu tempat. Dalam kurikulum Pendidikan Seni, guru perlu bijak kerana dalam
pengajaran kraf tidak memasukkan kraf semua kaum dan ini boleh mengundang rasa tidak
puashati di kalangan pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa.
Guru sebagai agen perubahan perlu menekankan aspek seni dalam budaya sebagai
topik pembelajaran kerana semua penghasilan karya menekankan tentang seni dalam
masyarakat dari sudut budaya yang dimiliki turun temurun dan kecenderungan mereka
terhadap warisan budaya mencernakan idea-idea yang ada hubungkaitnya dengan nilai sosial
kehidupan persekitaran mereka.
Demikian antara beberapa elemen yang dikupas yang menjadi titik tolak kepada
perubahan dalam pembangunan sosial. Guru Seni merupakan agen kepada perubahan sosial
dengan menyumbang kepada transformasi budaya tampak yang umum, kerana melaluinya
pelajar belajar melihat dunia. Perubahan berlaku sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.
Seni juga penting sebagai transformasi sosial yang melibatkan perkembangan biologi,
transformasi teknologi dan pembentukan budaya.
Menurut Robert A.Ott dari Pennsylvania Art Educatormenyatakan; seni merupakan
sesuatu yang dikaitkan dengan persekitaran dan masyarakat. Guru Seni pula adalah
sesorang ahli falsafah, penulis, ahli sejarah dan artist yang kreatif. Pendidikan Seni telah
menjadi suatu pendidikan jangka hayat. (life learning process)
Seni juga mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza mengikut umur masyarakat.
Masyarakat warga tua lebih berminat dengan seni dan kelapangan waktu tersedia berbanding
dahulu tidak memperoleh peluang mempelajari kerana kesibukan bekerja.
Menurut Ott lagi, seni melibatkan proses pembelajaran tentang tamadun dan
budaya sesuatu etnik dan bangsa. Seni sebagai refleksi pemikiran golongan intelektual dari
zaman berzaman. Mesej yang disampaikan dalam sesuatu seni boleh dipertahankan dalam
jangka masa lama dan asas kepada pemahaman tentang sesuatu budaya, etnik dan sesuatu
golongan masyarakat... (telah diterjemahkan dari bahan internet).
Beliau juga berpendapat, seni mungkin menjadi asas kepada segala jenis
pembelajaarn (centre of learning). Melaluinya kita boleh mengetahui tentang cara
pemikiran, emosi, adat dan istiaat masayarakt dan pemahaman ini terus berkembang.

Menurut Ralph Smith (2006) dalam tulisan beliau, Culture And The Arts in
Education menyatakan;
.......................seni mempunyai kaitan dengan proses pembentukan perwatakan
seseorang manusia. Ini kerana untuk menghasilkan seni ia perlukan tahap kestabilan,
konsentrasi, disiplin, kreativiti dan tamadun yang tinggi dan memuaskan. Seni melibatkan
proses komuniti, kesinambungan dan kritikan serta pendidikan falsafah yang akan dilalui
oleh seseorang individu. Dalam kontaks sosial ini dapat diperjelaskan kepada kita bahawa
pendidikan tentang seni amat berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka sehingga
boleh menghasilkan seni yang excellent, terutama jika ia melibatkan pengalaman estetik
seseorang individu.
Melalui Pendidikan Seni juga boleh memupuk sikap kesedaran tentang ciri-ciri
kemanusiaan dan menggunakan seni untuk mengekspresi pandangan, dilema dan peribadi
kepada masyarakat. Seni hakikatnya suatu subjek yang sangat berkuasa sehingga boleh
menyebabkan social change. Contoh-contoh seni juga telah mengubah pandangan manusia
tentang sesuatu isu atau kejadian yang berjaya menimbulkan kesedaran tentang kemanusiaan
di kalangan manusia. (Guernica-Picasso)

Contoh Gambar 4: Persekitaran mereka amat berkait rapat dengan kepercayaan tentang
unsur-unsur animisme(semangat) malahan menjadi budaya kehidupan mereka terutama
dalam perubatan tradisional.

Menurut Kerry Freedman dalam pembentangan kertas kerja beliau di Konferens


Persatuan Pendidikan Seni Pennsylvania (2001);beliau melihat Pendidikan Seni dari
perspektif sosial iaitu jika seni diajar tanpa memasukkan nilai-nilai dan pandangan sosial
terhadap seni maka ianya cuma menjadi suatu pengajaran dan pembelajarn seni semata-mata
kerana perspektif kurikulum tetapi seni juga harus dipandang dan diinterpretasikan dengan
sifat-sifat sosial seperti jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa, budaya, sosioekonomi,
keadaan politik, alam sekitar dan perasaan manusia. Ini kerana seni adalah kompleks
mempunyai unsur kepelbagaian dan mewakili sesuatu budaya. Justeru tujuan seni dan asal
usul seni hanya boleh difahami jika seseorang melihat seni dari perspektif sosial.
Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar
untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu
sendiri. Beliau menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni
tersebut iaitu:
a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu
karya seni
c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni
d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek
e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni
g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan
konstruktif yang membina
Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan
rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun
kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni
hampir menyeluruh, terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah,
susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang
bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah
masyarakat.

STRATEGI DAN PELAKSANAANNYA: TEORI MC FEE


Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti
Eisner(1972), Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) dan Efland(1977)
berpendapat bahawa Pendidikan Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta
melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk memahami nilai seni untuk dirinya,
masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara global iaitu mengaitkan seni
dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang terbaik.
(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)
Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan
objektif dalam Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu:
a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta
bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.
b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan makna
dengan nilai.
c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilainilai dan unsur budaya.
d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan
budaya.
Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu
dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman
dahulu lagi. Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada kebudayaan sesuatu
masyarakat melalui penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan
mempunyai makna kebudayaan di dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh kebudayaan
amat ditekankan dalam matlamat kurikulum Mc Fee.
Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau percaya.
kanak-kanak melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu
faktor tetapi disebabkan oleh semua.
Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah
sebahagian dari kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini sebenarnya

memberi kesan kepada pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat
pelajar yang mewakili kebudayaan masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah
sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak dan subculture dilindungi dan
dipertahankan melalui seni tampak.
Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan
kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang
dicadangkan adalah seperti berikut;
a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti
mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.
- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar
mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar
rujukan biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam
kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan terhadap persekitaran dan
alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran
alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna.
Melalui design object ini pelajar menggunakan simbol-simbol untuk
menyampaikan makna dan secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej yang
ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan
terhadap persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka
berdasar kepada pengalaman yang dilalui.
b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampau seseorang
seniman sebagai bahan rujukan.
- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku
di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan
bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan
pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung
menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang
mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.

c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya
yang mengandungi simbol dan makna.
- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman
mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu kreativiti
yang hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni berperanan
untuk mendidik penghayat (masyarakat).
Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi
yang berkesan kepada masyarakat.
Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham
untuk dijalin dan dianyam dengan sebaik mungkin.
d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan
memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual.
- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka.
Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru
terdapat pelbagai cara perlakuan manusia untuk menterjemahkan perasaan dan
emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology of Gesture
telah mengkaji perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan
pernyataan perasaannya di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.

Contoh Gambar 5: Karya ini menunjukkan luahan rasamereka melalui emosi dan
perasaan terhadap isu pempupusan penyu, iaitu spesis haiwan yang sepatutnya
dipelihara. Tafsiran idea di sini boleh membawa maksud protes di atas apa yang
berlaku.
e) Membandingkan berbagai tafsiran yang digunakan dalam tema dan pilihan subject
matter yang dipilih. Ini membolehkan sesuatu tajuk itu dikembangkan kepada isuisu yang lebih luas untuk diterokai. Seterusnya boleh juga dimasukkan kesan dari
sudut sosial dan ekonomi.
- Tidak semua anggota masyarakat mempunyai tafsiran yang serupa bagi sesuatu imej
yang sama. Masyarakat mentafsirnya dengan pelbagai pandangan berdasar
perbezaan pengalaman, umur, jantina, persekitaran dan beberapa faktor lain. Dari
sini secara disedari atau tidak penghayat diajak meneroka idea-idea yang telah
diolah dalam menyampaikan makna di sebaliknya. Ini juga bertujuan supaya
penghayat tidak melihat seni itu sebagai satu hiburan kosong semata-mata.
f) Penggiat seni perlu sentiasa merancang aktiviti yang merangkumi bidang perkara, tema,
media/bahan, hasil fungsi, rekabentuk dan gaya.
- Aktiviti kesenian perlu banyak sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah
dan sebagai. Ini kerana seni mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan
oleh seniman. Melalui aktiviti seni ini juga mampu membawa masyarakat
menyelami erti kehidupan yang sebenarnya. Masyarakat seharusnya mendekati

seniman untuk menimba semua ilmu itu. Di bahu seniman terletak satu
tanggungjawab sosial yang berat. Ini kerana seniman bukan lagi berkarya untuk
keseronokan sendiri tetapi selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat.
Masyarakat perlu didedahkan bagaimana cara menghayati nature nya.
g) Peminat seni dan pengkritik seni perlu peka dengan isu persekitaran dan semasa kerana
ianya melibatkan pengurusan diri (perasaan), tindakbalas, warisan artistik dalam
konteks seni dalam masyarakat.
- Ini adalah kerana seni melambangkan tamadun dan budaya sesuatu masyarakat,
justeru warganegara diajar menggunakan seni bagi menyatakan hasrat, idea,
nilai dan pandangannya mengenai pelbagai bidang kehidupan yang dialaminya.
Secara tidak langsung penghargaan terhadap warisan budaya dapat dipupuk.
PENUTUP:
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak
dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan
ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan
perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik
hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan
budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin
melalui kegiatan seni ini.
Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan.
Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan
seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan
kepentingan bersama.

1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni visual,
Muzik dan Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti
individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan
memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi
citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Kursus ini
meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni
Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni
Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan
kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guruguru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan
kepekaan deria kanak-kanak Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk
memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanakkanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru,
salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak
adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang
kreatif dan imaginatif. Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang
dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan
mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan
dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya.
Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera
lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual
telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam
pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik
melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud
yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk
berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya. Pendedahan tentang
Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali digunapakai
untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program
ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya,
pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan
memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui
proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Kursus ini
membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan
kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu
untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni
visual. 2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Penghubungkaitan dan pautan di dalam
mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang
terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara
seperti 1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses
penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada
matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan
antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat 2.
Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya
penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait
sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini
berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan
pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat
membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan
yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap
inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang
setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun
kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah,
sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak
memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka
datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai
sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan
yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang
sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai
matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru
berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk
melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa
ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak
langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian,
pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar

memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang


dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. 3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran
di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan
bertema. Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema
Persekitaran : Pokok Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan
sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok
diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik. Pergerakan : (a) Cara dahandahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang
berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b)
Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup Seni Visual : (a) Mewarna
danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus
dengan pelbagai warna. Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti
penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan
dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu, - untuk mengesan
bahagian-bahagian pokok (Sains) - mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan
persekitaran (muzik) - menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang
berbeza-beza (seni visual) - melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani) 3.1
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih; Tema Persekitaran : Pokok yang
dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua
matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti
mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran
muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok
bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan
pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat
interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema
Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada
masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara
perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan kemudahan untuk
memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah
pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. 3.2 Aktiviti pengintegrasian
mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P a)Penggabungjalinan Bermaksud sebagai
proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran
yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada
dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan
kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa

kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. 2)Penyerapan Penyerapan ialah proses
menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu
mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam
sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil
petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3)Penerapan Konsep penerapan
membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai
murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya. 4)Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara
khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti
yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi
pengetahuan dan kemahiran. 5)Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada
pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan
adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. 3.3
Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran? Saranan
mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain
mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya : (a)Mempunyai kepelbagaian dan
keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan
diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk
menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka
telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan
menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. (b)
Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila
setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan
proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang
baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. c)
Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu
tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan
sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing
dan terpisah 3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid
meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan
alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran? Seni dalam Pendidikan
memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang

mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di
kawasan sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis
dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan
bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja,
bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan
kegirangan di dalam bilik darjah. Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat
ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya
adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan
memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah,
membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat
penilaian dan bijak membuat pilihan. Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang
menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri
melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang
digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para
pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka
dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang
seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan,
memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada
seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan
memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. Rujukan
MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan
pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara yang
perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik,
objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji
murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat
merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil
kira tahap kebolehan mereka.

ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar.
Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Bahan
tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik
seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh
digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang
bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan
keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat
membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.
Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru
membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah
meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta
membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian
akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana
pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi

B. ii Peranan Murid
Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran penghubungkaitan iniberjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal.
Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran
belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan
diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru
dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep
atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian.
Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang
diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu
pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari
peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan
tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
berkesan. Antara perkara tersebut ialah: tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada
murid
tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang
mudah kepada yang lebih mencabar.
Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran

dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang
dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas
matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

6.0
KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITI DALAM PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK.
6.1
Kepentingan kreativiti Kreaviti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan
untuk membolehkan murid mengetahui potensi yang tersembunyi serta potensi
kecenderungan diri dalam diri mereka.
6.2
Kepentingan kreaviti kepada kanak-kanak ialah :
a ) menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru.
b) mencerna idea untuk penghasilkan karya atau penulisan tugasan dengan lebih lancar.
c) meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikkan.
6.3
Melalui aktiviti-aktiviti tertentu, mereka boleh merealisasikan imiginasi mereka.
Aktiviti seperti melukis, mewarna , membuat kraf tangan, nyanyian, tarian, membentuk arca
dan sebagainya. Kanak-kanak memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang sangat sempurna
dan teratur. Minda mereka mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti
supaya ia tumbuh dan menjana minda yang positif dan kreatif.
6.4
Berdasarkan teori Viggotsky di atas, maka diperoleh keuntungan jika:
a. anak memperoleh kesempatan yang luas dalam mengembangkan zon perkembangan
proksimalnya atau potensinya melalui belajar dan berkembang.
b. Pembelajaran perlu dikaitkan dengan tingkat perkembangan potensialnya dari pada tingkat
perkembangan aktualnya.
c. Pembelajaran lebih diarahkan pada penggunaan strategi untuk mengembangkan
kemampuan intermentalnya dari pada kemampuan intramentalnya.
d. Kanak-kanak diberi kesempatan yang luas untuk mengintregrasikan pengetahuan deklaratif
yang telah dipelajarinya dengan pengetahuan procedural yang dapata digunakan untuk
melakukan tugas-tugas dan memecahkan masalah.
e. Proses belajar dan pembelajaran tidak sekadar bersifat peralihan tetapi lebih merupakan
konstruksi, yaitu suatu proses mengkonstruksi pengetahuan atau makna baru secara bersamasama di antara semua pihak yang terlibat di dalamnya.
6.5
Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam
di dalam jiwa kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga
generasi akan datang. Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak
belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan
sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya
mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi
menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk
belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi
dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

6.6
Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di
persekitaran.
Dengan terbentuknya rasa ingin tahu, itu terbitlah pemikiran kreatif dan idea yang pelbagai.
Iniakan memberikan suatu penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan . Pemikiran
sebeginiharuslah terus diamalkan sehingga kanak- kanak meningkat dewasa dan
mewujudkanmasyarakat yang kreatif serta berdaya saing.
6.7
Melafazkan sentiasa rasa bersyukur kepada Tuhan. Rasa bersyukur kepada Tuhan
boleh dipupuk ke dalam jiwa kanak - kanak dengan meneroka alam sekitar mereka . Kanak kanak digalakkan berfikir dengan melihat alam semula jadi dan mereka perlu diberitahu
setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka pada Pencipta.
6.8
Menyediakan kemahiran yang fleksibel yang diperlukan untuk menghadapi masa
depan yang tidak menentu. Negara perlukan individu yang boleh menyesuaikan diri, inovatif,
bolehmenyelesaikan masalah dan berkertampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi
untukmemajukan negara di peringkat antarabangsa. Dengan membangunkan keupayaan
menjadikreatif boleh memperkayakan pengalaman kehidupan mereka .
Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher(1943), menerangkan bahawa
kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai
satu refleksi diri.
7.0
PENUTUP.
7.1
Sebagai seorang guru, kita juga perlu peka dengan kehendak yang diperlukan oleh
pelajar tersebut agar dapat mengcungkil bakat dan kehendak mereka untuk menghasilkan
pemikiran yang kreatif semasa dan selepas pembelajaran.Guru perlu kreatif dan berinovasi
dalam mendekatkan diri dengan pelajar agar mereka dapat mengembang dan mengasah bakat
yang ada dalam diri. Menurut Hassan Langgulung (1991), kreaviti ialah proses yang dilalui
oleh seseorang ketika ia menghadapi suasana di mana ia terlibat, kemudian bergerak balas
sesuai dengan dirinya .
7.2
Kreativiti adalah sebagai satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Tindak balas terhadap rangsangan persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti
sebagai jalan penyelesaian masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih
baik.Kreativiti ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di
mana ia dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita.
7.3
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk
hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial
serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
7.4
Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif perlukan guru
sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan
bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

7.5
Pemikiran kreatif dan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan
suasana mereka dibesarkan. Persekitaran ini memainkan peranan yang penting dalam
membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
8.0 RUJUKAN
Eh Ah Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak . Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa ` dan
Pustaka
Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia (1982). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the West:
An Islamic Perspective,
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia
Abd Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Hashim. ( Prof. Dr) (2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur : Meteor Doc . Sdn Bhd.
Chang, Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi ke Dua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai