Anda di halaman 1dari 1

Pada

petang itu, tanpa pengetahuan ibu dan bapanya,

Kamal telah mengambil kunci motosikal yang terletak di atas


peti televisyen di rumahnya. Kamal mencapai motosikal yang
berada di belakang rumah dan terus menunggang motosikal
tersebut dengan laju ke rumah rakannya, Najib. Ibu dan bapa
Kamal telah sering kali mengingatkan dan melarang Kamal
daripada menunggang motosikal kerana dia tidak memiliki
lesen. Akan tetapi, Kamal tidak mengendahkan nasihat
tersebut.
Kamal tiba di suatu selekoh yang tajam. Tiba-tiba sebuah
kereta yang dipandu dengan laju datang dari arah yang
bertentangan. Kamal mengelak kereta tersebut, menyebabkan
motosikalnya terbabas ke dalam parit. Mujurlah ada orang
yang lalu-lalang di situ. Mereka membantu Kamal dan
membawanya ke hospital yang berdekatan. Kejadian itu
menginsafkan Kamal.

Anda mungkin juga menyukai